Hari ini genap 10 tahun peristiwa hitam Anwar dipecat drpd jawatan TPM.
Saya masih ingat lagi ucapan saya malam itu dirumah Anwar..
"Roda itu sentiasa berpusing. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Hari ini kita dihina, satu hari nanti kita akan dijulang".Saya katakan "bahawa ALLAH masih sayangkan Anwar. Mungkin ada hikmah berlaku apa yang berlaku. Mungkin ianya akan lebih mematangkan Anwar dalam perjuangannya".
Hari ini roda Anwar sudah kembali semula. Perkara yang dianggap mustahil telah pun berlaku. Anwar yang dianggap lenyap dari peta politik Malaysia kini kembali.
Apakah akan ada lagi kemustahilan yang akan berlaku..
Pada 2 Sept 1998 tidak ada siapa memberi harapan kepada Anwar..10 tahun berlalu..2 Sept 2008 menjelang tiba..dan ramai yang tak memberi apa-apa harapan kepada Anwar. Mungkin ALLAH masih sayangkan Anwar lagi..
Saya berdoa apa jua yang ALLAH hendak berikan.. berikanlah apa yang terbaik buat umat Islam dan agama Islam..insyallah..ameen..
Happy 10th Anniversary Mr Prime Minister Sir..adios..
.............
Lompat: PKR Sarawak dakwa 40 MP dalam tangan, KM Sabah kata buang masa
LINK:
PENGERUSI Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Dominique Ng Kim Ho yakin peralihan kuasa kerajaan persekutuan 16 September ini akan menjadi kenyataan tetapi enggan mengulas spekulasi Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara mereka yang bakal sertai Pakatan Rakyat.
"PKR Sarawak sangat yakin sasaran 16 September (bentuk kerajaan) akan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang," katanya kepada mStar Online.
Beliau menyatakan demikian sehari selepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menemui beberapa Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung di ibu negara semalam.
Malah pada Khamis lalu, seramai enam wakil rakyat dari Sarawak sudah menemui Anwar iaitu pada petang selepa bekas TPM mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.
Menurut beliau, sehingga hari ini hampir 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak dan Sabah telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat.
"Keseluruhan dari kedua-dua negeri ialah hampir 30 orang. Dari Sarawak saja kita ada lebih 10 orang yang akan lompat menyertai kita membentuk kerajaan baru pada 16 September nanti," kata beliau.
Ketika ditanya sejauh mana benarnya desas-desus bahawa Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Industri dan Antarabangsa akan menyertai Pakatan, beliau berkata: "Maaf jangan tanya saya mengenai hal itu. Tiada komen."
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan memberitahu telah menemui kesemua Ahli Parlimen yang dimaksudkannya bagi mengadakan perbincangan mengenai hasrat menyertai Pakatan Rakyat.
"Sudah pastilah saya sudah menemui mereka, tapi siapakah mereka itu tak bolehlah saya dedahkan sekarang. Anda mesti tunggu 16 September ini jika ingin mengetahuinya," katanya.
Ditanya apakah faktor yang mendorong Ahli Parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat, beliau berkata, perkara itu adalah berdasarkan prinsip yang didokong pakatan itu.
"Mereka sudah sedar bahawa hanya Pakatan Rakyat sahaja yang boleh membela nasib rakyat terutamanya soal memberi perhatian yang lebih baik kepada rakyat di Sarawak dan Sabah yang lebih 10 tahun ketinggalan di belakang," katanya.
Dominique juga menjelaskan bahawa Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjanjikan pembelaan yang sewajarnya kepada mereka.
"Datuk Seri Anwar berjanji akan memberikan layanan yang sama rata kepada kami. Tidak seperti apa yang diamalkan oleh kerajaan BN sekarang," katanya.
Selain itu, beliau juga yakin setelah kerajaan Persekutuan berjaya diambil alih oleh kerajaan Pakatan Rakyat, kerajaan negeri Sarawak akan mengikut jejak langkah yang sama.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment