Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Friday, October 31, 2008

:: Hantar Barang ke Kelate ::

Announcement / Pengumuman :

Salam kepada semua sahabat-sahabat. Terbuka kepada semua manusia di dunia ini dan sesiapa yang hendak menghantar barang ke Kelate. Dijamin selamat. Rasa-rasa nak hantar barang-barang seperti yang telah diberitahu di atas, boleh menghubungi nombor yang tertera. Tempat pengumpulan barang adalah di UIAM, Gombak sahaja.

**Tarikh dihantar adalah pada 10/10/2008 pada hari Isnin. Bukan 11/10/2008. Harap maaf. Wassalam.

"Jadilah seperti kunang-kunang yang menerangi malam walaupun cahaya yang kecil. Bukan seperti kelkatu yang sepanjang hidupnya bergantung kepada cahaya"

Monday, October 27, 2008

:: Tidak boleh memberi jaminan akan menutup aurat ::



"Nak buat haji bukan semudah yang disangka, kita kena mempersiapkan
diri daripada segala aspek dan perkara. Sampai seru Insya-Allah saya
pasti menunaikan haji kelak, begitu juga dengan soal bertudung. Ia
bukan perkara main-main dan cukuplah andai tampil dengan imej sebegitu
datang dengan hati yang betul-betul ikhlas dan bersedia. Soal bertudung
memang wajib dan saya pasti menerima dengan hati yang reda jika
benar-benar ingin ke arah itu.



"Tapi saya tidak boleh memberi jaminan yang saya akan menutup aurat selepas kembali nanti. Niat saya ke sana hanya ingin beribadat
dan melunaskan tanggungjawab demi sebuah pekerjaan.
Harap pihak di luar
sana tidak terlalu fanatik mengharapkan sesuatu perubahan kerana bimbang akan memakan diri pada akhirnya," kata Eja yang ditemubual dua hari sebelum dia berangkat ke Tanah Suci.


Berita selanjutnya....(Berita Harian)


Apa nak jadi ngn artis kita sekarang nieeee.....iskk...iskk..klu yer pun..tak yah la nak cakap macam ni klu tak nak tutup aurat...pelik2 zaman sekarang...
apa plak korang pikir isu ni?? Marah niee..

Buat kepala fenin laa....ok dah. Jom study..Exam2..hehe..

Sunday, October 26, 2008

:: Benarkah Pilihanraya Kampus UIAM Mahu Dimansuhkan? ::

Pilihanraya Kampus (PRK) merupakan aktiviti tahunan yang wajib dilalui oleh setiap warga universiti yang bergelar ‘Mahasiswa’ kerana PRK adalah medan terbaik bagi mahasiswa untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka yang benar-benar berkualiti, berkredibiliti, berintergriti dan mengutamakan kebajikan pelajar.

Selain itu, PRK juga merupakan lapangan yang sesuai untuk melatih karektor dan kepimpinan mahasiswa kerana mereka inilah yang bakal menjadi pelapis kepada kepimpinan Negara yang ada pada hari ini. Mahasiswa secara praktikalnya perlulah didedahkan dengan ilmu politik, pelaksanaan yang tulen dan diberi kebebasan untuk menentukan halatuju mereka tanpa ada sebarang sekatan dan ugutan selagi mana ia tidak bercanggah dengan Syari’at Islam. Namun, mahasiswa Malaysia sejak tahun 1970-an hingga ke hari ini masih lagi dibelenggu oleh ‘kuasa-kuasa’ ghaib yang cuba memandulkan dan melemahkan idealisme mereka. Pelbagai usaha dilakukan oleh golongan ini untuk menakutkan mahasiswa daripada bergiat aktif dalam kancah politik kampus dan tanah air disamping bergiat aktif dalam masyarakat serta cakna kepada isu-isu semasa.

Pelbagai sekatan berbentuk akta dan juga ugutan dihidangkan kepada mahasiswa seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), ugutan buang kolej, buang universiti, ditarik balik biasiswa dan juga pinjaman. Semua tindakan ini dibuat adalah demi untuk kepentingan ‘politik’, ‘pengaruh’ dan ‘kuasa’ pihak pemerintah semata-semata.

Mereka tak nak kedudukan mereka tergugat dan digugat oleh mana-mana pihak termasuk mahasiswa walaupun terbukti merekalah pemerintah yang penipu, zalim dan gila kuasa. Menyekat hak mahasiswa untuk menikmati nilai demokrasi yang sebenar merupakan satu tindakan yang zalim dan pengecut.Seperti universiti-universiti lain di sekitar Lembah Klang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga tidak terkecuali daripada menerima tekanan daripada pihak pemerintah yang gila kuasa. Sehingga ke hari ini, pihak pentadbiran UIAM masih lagi membisu seribu bahasa berkenaan isu pilihanraya kampus sesi 2008/09. Tiada sebarang notis pemberitahuan mengenai status PRK pada kali ini.

Walaupun Pro-Mahasiswa UIAM (Pro-M) yang lebih dikenali dengan kumpulan ‘We Unite For Islam’ (WUFI) mendapat maklumat yang tidak rasmi secara verbal oleh seorang pensyarah kanan universiti bahawa Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Ust. Hamidon Abd Hamid ada memberitahunya tentang perjalanan PRK 08/09 yang akan dijalankan pada semester dua akan datang, januari 2009.wufis.JPG

Ust. Hamidon ada menyatakan bahawa pihak pentadbiran UIAM tidak akan sekali-kali tunduk kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) jika arahan yang dikeluarkan oleh mereka bercanggah dengan perlembagaan universiti. Bila ditanya bila PRK akan diadakan? Beliau berkata: “Itu KPT yang tentukan, kami hanya tunggu arahan.” Tapi, bila mahasiswa berpiket di KPT dan Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mendapat jawapan rasmi daripada Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Khaled Nordin, apa dia jawab? “Kita serah kepada universiti yang tentukan tarikh PRK”. Apa semua ini?

Untuk makluman semua, sebenarnya pihak pro-mahaiswa UIAM masih lagi tertanya-tanya adakah PRK 08/09 akan tetap diadakan atau dihazafkan terus? Maksudnya tiada lagi pilihanraya kampus di bumi UIAM. Yang ada hanyalah Forum bagi pemimpin-pemimpin pelajar yang dilantik diperingkat kuliyyah-kuliyyah (fakulti). Sebelum ini memang ada desas-desus berkaitan isu ini.

[ Perancang sebenar perjalanan UIA = "WUFI" ?? ]

Cumanya ia menjadi diam seketika setelah wakil-wakil MPP pro-m sesi lepas cuba membuat bantahan. Boleh jadi ia akan usaha jahat ini akan diteruskan memandangkan sikap pihak pentadbiran yang terus membisu dan buat-buat pekak. Sebenarnya, sejak zaman berzaman lagi pelbagai usaha dilakukan oleh pihak pentadbiran yang pro-UMNO untuk melenyapkan pengaruh We Unite For Islam (WUFI) dilihat cenderong kepada pembangkang.

Namun, usaha mereka tetap gagal, mahasiswa UIAM tetap bersama dengan pro-m atau wufi. Pro-Aspirasi hanya dapat membentuk kabinet mahasiswa pro-UMNO hanya sekali sahaja iaitu pada tahun 2005 setelah wufi memboikot pilihanraya pada ketika itu disebabkan oleh sistem dan peraturan baru yang diperkenalkan.

[Pejuang muda tak takut pada musuh Islam]

Biar apa pun yang terjadi, pro-m UIAM akan tetap memperjuangkan kebenaran dan hak-hak serta kebajikan mahasiswa. Mahasiswa UIAM perlu ingat, kita bukannya pak turut yang dicucuk hidunya untuk mengiakan apa yang tidak benar dan bersifat munkar.

Justeru, pro-m UIAM menggesa agar pihak pentadbiran supaya tetap mengadakan pilihanraya kampus seperti sediakala tanpa ada sebarang sekatan dan penyelewengan. Berilah kebebasan kepada mahasiswa, laksanakan amanah dengan adil dan telus, jangan sekali-kali mempermainkan mahasiswa. Kami tidak akan berdiam diri, kaku dan layu, kami akan bangkit menentang sebarang bentuk kezaliman. Ingat! kami bukan budak-budak tadika yang masih berhingus.

Cukuplah sekali pihak pentadbiran memalukan universiti kepada dunia umum pada PRK yang lepas setelah penamaan calon kali kedua diadakan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia penamaan calon buat kali kedua dengan tujuan untuk melayakkan calon-calon pro-aspirasi yang terperangkap dalam jerangkap samar ciptaan mereka sendiri. Mereka telah gagal sebelum perlawanan bermula. Student Power!

Oleh:Mohd Rihwan Bakar
Ahli MT GAMIS

Sumber : Mahasiswakini.com

* Ana sebagai mahasiswa UIA terasa sangat-sangat terkilan jika ia benar-benar di mansuhkan. Mungkin pemimpin yang bakal dilahirkan adalah melalui tali barut atau tali lembu atau tali seangkatan dengannya yang mudah untuk dipergunakan.

p/s: baru terfikir nak jadi calon untuk next year...hehehe...melepas la aku nampaknya...


"Jadilah seperti kunang-kunang yang menerangi malam walaupun cahaya yang kecil. Bukan seperti kelkatu yang sepanjang hidupnya bergantung kepada cahaya"

Saturday, October 25, 2008

:: Exam..Exam...Exam.. ::





Salam to all my IIUM friends and others who will face the war of intellectual - FINAL EXAM - I would like to wish all the best and good luck!

Hope all our efforts in studying will pay us well and Insya Allah, success will be ours! Just do not let yourself revising in the very last minute!
[ Jangan study last minute macam ana..serabut urat-urat otak]

[ Masa kena paksa study..hahah...]

:: Cinta agung-Nya ::




Bertemu cinta teragung
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Kandil cintaNya menerangi jiwa

Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku mencari cinta

Oh! Kusangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah namun amat payah
Kusedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta
Cinta agung-Nya

madah hanya pada RABBI…;-)


p/s: bila diri sudah dipanggil untuk bertempur..tp hati belum bersedia untuk memikulnya..Ya Allah..kuatkanlah diri ini..

Friday, October 24, 2008

:: Notis palsu pilihan raya kampus gemparkan mahasiswa UIAM ::

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan satu-satunya Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat.

Nama seperti Prof Abd Aziz Bari, Allahyarham Prof Dr Hassan Langgulung, Prof Dr Sidek Baba, Prof Dr Kamal Hassan dan ramai lagi menjadi rujukan dalam pelbagai bidang seperti undang-undang, pendidikan dan sebagainya. Tahun 2008 ini telah menjadi sejarah kepada UIAM kerana universiti tersebut baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke 25.

Tahniah kepada warga UIAM kerana kampus tersebut berjaya melahirkan ramai graduan yang memberikan sumbangan yang berguna buat negara dan agama.

Kampus yang terkenal ini telah mencipta banyak sejarah dalam lapangan debat dan perbahasan ala parlimen juga dikenali dengan jolokan Taman Ilmu dan Budi ini juga banyak menerima kejutan.

Sebagai satu-satunya kampus yang dimenangi oleh Pro-Mahasiswa, kampus ini menjadi tumpuan ramai kerana Aspirasi yang mendapat sokongan padu pentadbiran dan juak-juak Umno gagal untuk menawan kampus ini.

Mahasiswa UIAM kelihatan sudah serik dengan apa yang dilakukan oleh Aspirasi apabila memegang kuasa MPP sewaktu era boikot pada tahun 2005. Pesta Konvokesyen yang dianjurkan pada tahun itu telah menjadi sejarah hitam buat UIAM.

Kesucian Taman Ilmu dan Budi telah dicemari oleh unsur-unsur hedonisme, perjudian serta persembahan band�band nyanyian seperti Sixth Sense telah diundang tanpa mempedulikan sensitiviti mahasiswa.

Mahasiswa UIAM akhirnya membuat keputusan muktamad menguburkan terus impian Aspirasi untuk terus menerajui kepimpinan mahasiswa lantaran prestasi yang telah mereka tunjukkan.

Akhirnya mahasiswa memberikan amanah kepada We Unite for Islam (WUFI) iaitu Pro-Mahasiswa untuk membawa suara mereka.

Walaupun berbagai halangan dan kekangan dari pentadbiran, WUFI tetap terus tabah memperjuangkan hak-hak mahasiswa.

Akhirnya PRK 2007 menguji sekali lagi kesabaran mahasiswa apabila terpaksa melalui proses penamaan calon sebanyak dua kali.

Tetapi mahasiswa tetap memilih WUFI kerana ideologi kemahasiswaannya. WUFI telah membuktikan amanah yang dipertanggungjawab oleh mahasiswa apabila MPP mengetuai bantahan mahasiswa dengan mengumpulkan tandatangan warga kampus dan menghantar memorandum bantahan mahasiswa UIAM dalam kes pertukaran jubah konvokesyen dan songkok kepada mortar board yang diputuskan secara mengejut tanpa meninjau pandangan warga kampus terlebih dahulu.

Tahun 2008, ramai pihak menantikan gimik pentadbiran pihak universiti ini sempena PRK tidak lama lagi.

Akhirnya, pada hari Isnin, 13 Oktober, UIAM digemparkan dengan notis PRK 2008 sewaktu kampus lain di Lembah Klang heboh dengan khabar angin tarikhnya menjelang Januari 2009 kelak.

Notis tersebut ditampal di papan kenyataan Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alummni dan pejabat setiap fakulti yang menyatakan penamaan calon pada 15 Oktober dan pembuangan undi pada 17 Oktober. Beberapa orang mahasiswa telah pergi ke pejabat Timbalan Rektor HEP untuk mengambil borang pencalonan namun terkejut apabila dimaklumkan bahawa notis tersebut bukan dikeluarkan oleh pihak mereka.

Notis tersebut adalah PALSU! Notis yang dikeluarkan itu tidak mempunyai cop rasmi universiti, ejaan yang salah dan tahun yang tercatat pada tandatangan Pesuruh Jaya Pilihanraya UIAM iaitu sesi 05/06.

Pihak WUFI mengutuk tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu yang cuba menimbulkan provokasi.

WUFI juga kesal dengan tindakan pihak pentadbiran gagal yang mengeluarkan kenyataan rasmi sehingga kini berhubung notis tersebut dan mendesak pihak pentadbiran mengumumkan segera tarikh Pilihan Raya Kampus UIAM bagi mengelakkan sebarang provokasi dan sabotaj dari pihak tertentu yang akan menimbulkan suasana yang tidak menyenangkan.

Pihak pentadbiran juga perlu mengeluarkan kenyataan menafikan notis palsu tersebut jika benar notis tersebut bukan dari pihak HEP UIAM. Akhir sekali WUFI mengharapkan pihak pentadbiran telus dalam memastikan demokrasi terus subur di bumi UIA/Mahasiswa UIAM tidak mahu ada campur tangan luar dalam pentadbiran dan pengurusan UIAM.

Biarlah UIAM dapat melahirkan mahasiswa yang intelek dan sentiasa mempertahankan kebenaran berdasarkan ilmu yang telah mereka timba.

Besarlah harapan mahasiswa untuk melihat kematangan pentadbiran UIAM dan bebas dari anasir yang cuba menjatuhkan kredibiliti UIAM.

[ Tiada kepala surat atau logo UIA pada kertas pengumuman ]

[ Tarikh pada kertas pengumuman yang silap tahun.
Sepatutnya 2008/2009 dan bukan 2005/2006 ]

Source: Harakahdaily.net

Wednesday, October 22, 2008

:: Kumpulan “Kebajikan” menang bergaya ::

Berita dari UPSI
Keputusan PRK yang diumumkan petang tadi dilihat menepati ramalan ramai pihak berdasarkan manifesto dan strategi kempen calon-calon 'kebajikan' yang berkesan. Kumpulan ‘Kebajikan’ yang diwar-warkan sebelum ini benar-benar membuktikan mereka relevan meskipun dilabel sebagai ‘basi’ dan sebagainya. Menurut sumber, daripada 11 kerusi yang ditandingi, mereka berjaya menawan 8 kerusi yang mana 3 daripadanya merupakan kerusi umum. Calon-calon daripada kumpulan ‘kebajikan’ ini dikatakan mempunyai kekuatan dari segi sokongan mahasiswa di kalangan mereka yang begitu komited dengan gerak kerja kempen sehingga saat terakhir. Mereka juga dikatakan berupaya menarik perhatian ramai pengundi dengan isu dan manifesto yang dibawa dalam PRK kali ini.

Kumpulan ini berjaya menafikan majoroti 2/3 kumpulan yang dikenali sebagai 'kualiti' setelah berjaya menawan 8 kerusi daripada 21 kerusi yang dipertandingkan. Calon Pro Kebajikan yang menang dalam PRK kali ini adalah Akmal Madzir(umum), Nur Aqilah(umum), Arif(umum),Hanif Azwan(FST),Norhafizawati(FST),Mohamad ZUlhilmi(FSKPM),Adriyani(FSSK)dan Hisham(FSM)yang menang tanpa bertanding. Manakala calon Pro Kebajikan yang tewas pula adalah Wan Nasron(umum), Nazira(umum), Nurul Iman(FSSKPM) dan Suhainizam(FTMK).

Sumber :
http://upsikini.blogspot.com/

Monday, October 20, 2008

:: Message dari SAHABAT-SAHABAT ::

Kata orang, sahabat yang sebenar adalah sahabat yang sentiasa bersama ketika dalam kesenangan dan dalam kesusahan. Iyer, betul kata-kata itu, untuk melihat siapa sahabat kita yang sebenar, kadang-kadang ujian datang tanpa pengetahuan kita, bila ujian itu sudah pergi, baru kita sedar, bahawa, kita sedang diuji tentang kebenaran seorang sahabat.



Rasulullah bersabda,‘‘Tali iman yang paling kuat adalah saling berkasih-sayang kerana Allah, memusuhi kerana Allah, mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah” (riwayat Imam at-thabrani, hadis sahih)

Terima kasih sekali lagi pada sahabat-sahabat ana yang sentiasa bersama dalam susah dan senang. Di sini ana abadikan beberapa msg sahabat-sahabat sebagai kenangan ana. Kalau ada ana tak reply tu, ana mintak maaf la yer. Semoga Allah merahmati antum semua...:)

Antara msg-msg SAHABAT ana:
    1. "slm. duwe, nta xcdent?mintak maaf la ana xtau.ble?skrg da chat ke?"

    2. "Innalillahiwainnailaihiraji'un, syafakallah..cm nasht dr y pakar..jgn lupe p berurut pas xcdent..tkt pjung muda cepat hlg nanti..ingat ksan jangka pnjang..wassalam"

    3. "salam..hope duan cpt smbuh. jgn lupa makan ubat tau. Aja-aja fighting!..:) "

    4. "Adik beradik s4 sume doakan kesembuhan nta. sm2 beringat, ujian adalah nikmat dariNYA dan kafarah dosa2 untuk sesiapa yg di uji"

    5. "Salam. Ujian yang hebat utk org yg hebat. Moga cepat smbuh. syafakallah:) "

    6. "salam. ana dengar nta xcdent. berehat byk2 yer, syafakallah. Allah syg 2, sbb 2 bg ujian lagu ni..cpt smbuh yer..insyaAllah.."

    7. "org ke rumate?(^_^).dpa duk citer.papepun leklok la yer "

    8. "moga cpat smbuh. kami amat memahami shbt xcdent..:) "

    9. "salam. syafakalla..rehat byk2. moga cepat smbuh..lepas ni hati2 sket na"

    10. "slm.takziah atah gapo hok berlaku. Allah sdg menguji kesabaran dan keimanan nta.. seguris luka d jln Allah kn menjadi saksi pengorbanan. mmglah bukan sng nak hadapi sume ni, tp kto kna ingat ujian 2 pahit kerana syurga tu manis. sbr yer. kami shabat2 sentiasa mendoakan nta =)"

    11. "takdop gapo2 lah.rehat2.ore sakit tak leh tido lambat2..heheh"

    12. "assalamualaikum..sakit kena jahit? sori2..saje je gurau..ana doakan nta cepat smbuh. k syafakallah.."

    13. slm. sahabat, syafakallah..kdg2 kita berdoa utk kuat tp byk dugaan dtg, kdg2 kte minta ketenangan, tp masalah pula yg dtg, kdg2 kita minta kebahgiaan tp huru hara pulak jadinya, dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kite berfikir, huru hara menjadikan kita tabah, hebatnya Allah, sumenya ada hikmah. ada hadith, telah berkata jibrail,"wahai TUHAN, Engkau sampaikanlah hajat hambaMU, maka Allah jwb " Biarkanlah hambaku itu, krn aku mencintai suaranya(berdoa)..semoga luka cepat baik."

    14. " slm.dok mano? kawe ingat nak ziarah demo. semoga tabah dan sabar."

    15. "Ridhuan,nta ape kbr? Dgr citer xcdent? "

Rasulullah turut bersabda, “ Doa seorang Muslim untuk saudaranya di belakang (tanpa pengertahuannya) adalah mustajab, di kepalanya ada malaikat, setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya lantas malaikat itu berkata, “Amin. Begitu juga untukmu” (Muslim)

Rasulullah bersabda, ‘‘Barangsiapa yang menghilangkan kesulitan dari saudara mukminnya , maka Allah akan menghilangkan kesulitan darinya pada hari kiamat . Dan barangsiapa yang memudahkan orang sedang dalam kesulitan , maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat”(Muslim)

"Teman yang Soleh.. Malunya mengatasi perawan, Beraninya mengatasi Pahlawan,Cintanya bukan pada Gambaran, Rindunya bukan pada pertemuan, tapi pada hatinya tersirat Taqwa dan Keimanan"

Pesan Imam AlGahzali:"Yg dekat itu MATI,Yg jauh itu MASA,Yg besar itu NAFSU,Yg berat itu AMANAH,Yg ringan itu SOLAT,Yg tajam itu LIDAH…"oleh itu RENUNGILAH

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi
dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa
keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang
tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia,
batinnya kepada Allah" "Ketenangan dan kebahagiaan
adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam
lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap
berhati teguh, di kala insan lain mengalami
kegoncangan… (Syed Qutb)"

Sunday, October 19, 2008

:: Terima Kasih Sahabat-sahabat ::

[Untungnya ada ramai sahabat]

[ Jangan bawa moto laju-laju yer..:)]


emanate_star (10/20/2008 12:55:57 AM): haha
emanate_star (10/20/2008 12:55:57 AM): asal yg sebelum ibu jari ko kt belah kanan..jari klingking belah kiri..
emanate_star (10/20/2008 12:56:01 AM): mse eksiden die tuka tempat ek
helangsenja (10/20/2008 12:56:05 AM): hehe..
helangsenja (10/20/2008 12:56:16 AM): wat magic sket..
emanate_star (10/20/2008 12:58:47 AM): ooo
emanate_star (10/20/2008 12:58:48 AM): wess..manyaknye darah...
emanate_star (10/20/2008 12:58:53 AM): huhu..saket mate memandang..sakit lagi kaki yg kene...
helangsenja (10/20/2008 12:58:57 AM): tu baru sket..
helangsenja (10/20/2008 12:59:01 AM): hehe..
helangsenja (10/20/2008 12:59:05 AM): tahu tak pe..
helangsenja (10/20/2008 12:59:15 AM): mula2 mcm nak pensan tau..
emanate_star (10/20/2008 1:13:14 AM): huhu
emanate_star (10/20/2008 1:13:17 AM): ko xleh tgk darah ek?
helangsenja (10/20/2008 1:14:02 AM): boleh..
helangsenja (10/20/2008 1:14:05 AM): tapi ntah la..
helangsenja (10/20/2008 1:14:12 AM): darah byk kuar kot..
emanate_star (10/20/2008 1:14:19 AM): 1st time eksiden ek..
helangsenja (10/20/2008 1:14:20 AM): tu jadi mcm nak pitam..
emanate_star (10/20/2008 1:14:25 AM): huhu..
emanate_star (10/20/2008 1:14:30 AM): pstu kt spital die msok drh x?
helangsenja (10/20/2008 1:14:30 AM): tambah lagi aku tak makan lagi time tue..
helangsenja (10/20/2008 1:14:34 AM): tak..
helangsenja (10/20/2008 1:14:45 AM): mase tu da kering dah sket....
helangsenja (10/20/2008 1:15:02 AM): ni bukan 1st time..
helangsenja (10/20/2008 1:15:07 AM): tapi 2nd
helangsenja (10/20/2008 1:15:08 AM): hehe..
emanate_star (10/20/2008 1:20:54 AM): huhu
helangsenja (10/20/2008 1:21:18 AM): tu la kisahnya..
helangsenja (10/20/2008 1:21:37 AM): so, jgn bawak moto mcm bawa jet yer..
emanate_star (10/20/2008 1:21:48 AM): oke
emanate_star (10/20/2008 1:22:17 AM): jgn bek jet cm bwk mto jgak...
Antara sahabat aku yang aku chatting dan bertanya khabar pasal aku..:)

Firstly, aku nak ucapkan syukran, terima kasih, gambate, ape lagi la perkataan seumpamanya pada semua sahabat yang banyak memberikan semangat padaku dan tidak putus-putus menghantar msg supaya aku sentiasa tabah dalam menghadapi ujian ini. InyaAllah, kalau aku panjang umur dan murah rezeki, aku akan membalas segala jasa-jasa korang yang ikhlas itu.

Pertama
Nak ucapkan syukran pada Hilmi, senior aku kt sekolah padang siam dan junior aku kt UIA ni kerana telah memberikan aku peluang untuk tinggal di bilik dia hingga hari ini. Kerana bilik dia ground floor, bilik aku tingkat 3. So, tq sangat-sangat yer.

[ Hilmi di kiri hujung sekali, semasa program Baktisiswa]

Kedua
Terima kasih pada roomate aku si ZAHID dan RADEN kerana tidak putus-putus bantu aku beli makanan+belanja aku+tolong ambil pakaian+ macam-macam lagi aku buli..hehe..ia la kan, time sakit-sakit gini la nak buli orang...bantuan korang sangat-sangat aku hargai semasa aku sakit ni.

[aku dan Zahid]

Ketiga
Semua sahabat-sahabat aku yang banyak bantu dan tolong aku. Korang la sahabat dunia dan akhirat. Terima kasih kerana menjadi sahabatku. Semoga hanya Allah sahaja dapat membalas segala jasa baik korang semua..Amin..

Thursday, October 16, 2008

:: KISAH AKU ACCIDENT LAGI ::


Assalamualaikum...
Syukur pada Allah SWT kerana masih memanjangkan umurku. Hari ni hari bersejarah bagi aku. Tanggal 16/10/2008 bersamaan 16 Syawal 1429H hari Khamis Jam 9.50 pagi bertempat di Mahallah Bilal UIA aku kemalangan lagi. Hehe..apa nak jadi da..

Dulu dah accident pada tahun 2005, lepas SPM. Sementara tunggu tawaran. Pada masa tu lagi teruk, patah keng. Tulang pipi. Masa tu nak dekat raya aji..so, aku raya aji kt umah la time tu..ngn bengkak pipi, tapi alhamdilillah..tak der luka yang nampak, cuma ada bekas parut je kt kepala sket..tu pun sebab masa operate Dr. belah kt kepala. Walaupun cedera kat pipi, tapi tak der bekas luka kt muka. Jadi, muka aku pun tak der la nampak parut sangat..Alhamdulillah summa Alahmdulillah. Allah nak bagi aku peluang untuk berbuat baik lagi.

Pada tarikh ini aku kena lagi. Nak gerroh kata ore kelate. Ramai yang duk tanya aku camner bleh jadi, ada la dekat 50++ msg dalam inbox aku. Banyak tu. Jadi, sesiapa yang aku tak reply msg tu, maaf la yer. Time tu kaki tengah sakit lagi. Still berdenyut-denyut. So, perlukan rehat yang banyak. Jadi, maaf la sahabat-sahabat yang tak ter'reply' msg tue yer..Jangan marah dan terasa. Jadi, sesiapa nak tahu macam mana aku accident, aku cerita dalam blog aku nih.

Kisahnya
sekitar pukul 9.50 pagi, aku baru balik dari kelas. Masa kat kelas tu, aku asyik duk mengelamun jer buat Quiz. Ntah la nape. lepas habis kelas, aku terus balik, nak siapkan assisgment dan ada janji dengan kawan nak sarapan sama-sama.

Aku pun bawa la moto Kriss BGN aku yang baru basuh tu melalui jalan mahallah Uthman, mahallah Faruq dan sebelum menuju ke simpang sebelum masuk mahallah Bilal, ada la kawan aku tengah bawa moto Kriss XXX keluar dengan lajunya. Masa tu aku sempat tegur lagi kawan aku. Dalam jarak 400 meter.

"Nak gi mana tu Mamat (nama samaran) ?? "

Masa tu muka kawan aku memang masam la, ntah la dia ada problem apa. Belum sempat lagi dia jawab pertanyaan aku. "DOOOMMM!!! "

"Orang accident!! Angkat-angkat" - Kata seorang student yang melalui jalan tu dan terus berhenti dan menolong aku.

Kawan aku yang langgar tu pun berhenti juga, dan tolong angkat aku. Masa kawan aku langgar aku tu, aku sempat mengelak sikit, tapi tepi aku tu ada kereta kembara putih, jadi, elakkan aku tak banyak sangat yang boleh dielakkan. So, kawan aku langgar, kenalah kaki kanan aku, nasib baik aku elak gak sikit. Kalau tak, dia rempuh betul-betul kaki aku, memang patah la aku rasa. Kawan aku bawa moto laju gak, walaupun aku sempat break, tapi moto kawan aku tak sempat nak break. Moto dia baru boleh break dlm 100 meter.

Aku rasa stand tongkat moto tu kena kaki kanan aku, sampai berlubang kt bawah buku lali aku, kuat gak la. Moto dia sampai tak leh nak gerak. Moto aku boleh gerak lagi, tapi depan tu sket pecah. Masa kena tu, aku ingatkan kaki aku dah tercabut dah, sebab aku rasa kaki aku terheret. Mungkin sebab stand moto kawan aku tu terlekat kt kaki aku.

Lepas aku kena tu, ada seorang student mintak tolong kawan dia hantar aku ke klinik UIA dengan kereta kancil. Sementara tunggu tu, memang rasa sakit sangat kaki aku, sampai tak leh nak berpijak, aku pun rasa macam loya-loya. Mungkin sebab tak makan lagi, darah pun banyak keluar. Cepat je darah tu keluar. Aku pun rasa macam nak pengsan.

Di klinik UIA
Aku pun dihantar ke klinik UIA dengan kereta kancil. Aku suruh kawan aku settle moto dan buku-buku aku. Sampai saja di klinik UIA, aku ditolok dengan kereta yang orang tolak tu, ntah la nama apa, sebab kaki aku tak leh nak berpijak di bumi yang nyata..hehe, macam hantu plak..

Bila sampai saja di klinik tu, aku terus dibawa ke tempat emergency kes. Masa tu juga ada 2 orang muslimat yang aku tak kenal sape duk kat bilik sebelah. Dalam emergency kes juga, tapi bukan sebab accident dengan orang tapi dengan binatang iaitu anging. Baru lepas dikejar anjing dalam perjalanan nak pergi kelas. Hmm, macam-macam la..(IKLAN: jauhlah diri anda dari anjing)

Kawan aku yang langgar aku tak cedera pape, tapi moto dia jer sampai tak leh gerak. Mungkin kuat sangat terhentak kat kaki aku kot. Kawan aku dan seorang student tu, teman la aku sampai kat bilik emergency kes. Kaki aku dah menggeletar dah, bukan sebab takut, tapi sejuk sangat air cond dalam bilik tu, nasib baik kawan aku dia pakai baju engineering dia yang warna hijau bagi kat aku. Boleh panaskan sikit badan aku nih.

Masa Operate
Masa dalam bilik tu, darah aku dah tak kuar sangat dah. Sementara tunggu doktor datang, nurse kat situ cuci dulu kaki aku, time tu kaki aku asyik berdenyut dah. Otak aku pun macam-macam terfikir. Ntah la aku pun. Aku rasa macam lain jer aku accident ni. Biasanya aku tak takut sangat, tapi kali ni memang rasa sakit jer.

Doktor pun datang, bila nurse tadi dah siap cuci semua, doktor pun suruh kawan aku keluar sebab dia nak jahit luka aku. Masa tu doktor nak settle untuk jahit dulu sebelum pergi scan X-ray.

Otak aku dah macam-macam terfikir dah. Kenapa Allah bagi aku ujian dekat nak exam nih. Masa doktor nak cucuk ubat bius, aku rasa sakit sangat. Rasa tak nak kena bius, tapi doktor lebih mengetahui apa yang baik untuk pesakitnya. Dia pun bius. Allahu Akbar!! Sakitnya..Bukan satu, tapi dalam 7 dia cucuk..

Mungkin Allah nak kafarahkan dosa-dosa aku yang lepas. InsyaAllah. Aku menggayakan hati aku supaya tak takut. Aku rasa macam nak nangis jer masa tu, sebab terfikir ujian yang Allah bagi ni. Masa tu la baru aku sedar, yang bila Allah nak uji kita, bila-bila masa jer dan masa bila-bila tu kita tak tahu. Jadi, gunalah masa anda sebaik-baiknya sebelum terlambat.

Allah telah memanjangkan umurku. Astaghfirullah...aku beristighfar banyak-banyak masa tengah operate. Doktor pun jahit satu persatu. Di ibu jari kaki kanan aku ada 5 jahitan dan dibawah buku lali ada 3 jahitan. Jadi, 8 jahitan semuanya.

Selepas selesai dia jahit, aku dibawa ke tempat X-ray untuk melihat kaki aku patah ke tak. Alhamdulilah, keputusannya aku tak der pape masalah pada kaki aku. Cuma kaki aku cedera jer. Cuma kaki kanan aku masih tak leh nak berjalan dan nak bertapak. Aku pun sewa la tongkat kt klinik UIA. RM40 depositnya. MAHAL?? ntah la. Dari tak leh jalan baik sewa je.

Di Mahallah Bilal
Dalam pukul 1.00 tghari, aku dibawa pulang dengan kereta kancil kawan aku. Mula-mula, pihak klinik nak hantar aku dengan ambulance, aku pun setuju la, yer la..bila lagi nak try naik kereta ambulance kan, masa ni la. Bukan aku yang minta, tapi doktor tu tanya aku, Tapi, kawan aku dah pinjam kereta kancik kawan dia. Bila sampai jer di mahallah Bilal, aku ingat nak stay je kat bilik aku di tingkat 3, tetapi memandangkan kaki aku bertongkat ni, nampak gayanya aku terpaksa duduk bilik kawan aku buat sementara di tingkat satu. Masa first time guna tongkat memang susah betul. Maklum la, kali pertama. Nak setting tongkat tu tinggi rendah macam mana pun susah. Semua orang duk pandang aku pelik semacam jer, pahtu, mula tanya-tanya.

"kenapa ni? kenapa ni??"

Bagi la aku berehat dulu. Kerana susah sangat nak naik tingkat 3, tinggi sangat, aku ambil keputusan duk tingkat ground floor. Bilik HILMI, kawan sekolah aku dulu. Lepas tu mula la orang duk keliling aku, duk tanya-tanya. Ada la makcik cleaner yang jaga blok aku, mula bising-bising.

"dah kata dah, wan yang accident"

Mak cik cleaner tu memang aku ngn rumate berkawan rapat. Sebab selalu jumpa. Dia pun nampak aku accident tadi. Dan kitorang tahu, makcik tu suka kecoh-kecah, maka ramai lah yang tahu aku accident. Walaupun masa tu aku tak bagitau sesiapa pun. Maka, ramai la orang masuk bilik Hilmi. Aku da rasa penat dah..apa lagi..aku berehat jer la..makan pun tak lalu masa tu..aku pun..krooooooghhh...tidoq!

Masa dalam kereta kancil sebelum sampai di klinik

Di ibu jari 5 jahitan, di bawah buku lali 3 jahitan

Kaki aku terbalut

Nilah tongkat sakti aku..hehe

Kawan aku sedang tunggu aku di bilik X-ray

:: INILAH KISAH SEBENAR AKU MACAM MANA AKU ACCIDENT ::

:: Kakiku ::

Sebelum

Semasa

Selepas

Wednesday, October 15, 2008

:: Mutiara Kata ::


KATA-KATA HIKMAH ini ana kumpul yang lama-lama dulu. Saje nak kongsi kt blog ni. Kalau ada masa ana tambah lagi. Moga-moga dapat manfaat bersama..InsyaAllah..


Perkataan yg paling cantik adalah ALLAH,
Lagu yg paling sedap adalah AZAN,
Buku yg paling lengkap adalah AL-QURAN,
Senaman yg paling b'kesan adalah SOLAT.

Untungnya org mukmin ,semakin byk dugaan,smkin mustjb doanya,bukan p'jungn tanpa tnp kesulitan,tapi,dlm kesulitan itu t'catit ketenangan.

Brgsiapa tiada adab b'erti dia tiada ilmu,
Brgsiapa tiada kesabaran b'erti dia tiada agama,
Brgsiapa tiada sifat wara' b'erti dia tdk dekat dgn TUHANnya.

Bila mata bertemu mata,akan mula rasa kasih,
Bila hati bertemu hati, akan mula rasa saying,
Bila dahi bertemu sejadah akan rasa kasihnya ALLAH.

Laburlah saham taqwa,imbuhannya ksh P'cipta,
Laburlah shm pahala,tunainya di syrga Allah,
Laburlah shm akhirat,nescaya akn selamat,
Laburlah shm Ilahi,di sana syurga menanti.


Jadilah seperti mentari yang menyorok di malam hari tetapi membantu bulan menyinari bumi. Jadilah seperti rerumput laut, walaupun tenggelam, tetapi masih terpijak di bumi nyata. Jadilah seperti kunang-kunang yang menerangi malam walaupun cahaya yang kecil. Bukan seperti kelkatu yang sepanjang hidupnya bergantun

Untuk santapan rohani kita semua... renungkanlah.......

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya
sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan
telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan
layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup
ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada
bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak
tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan
yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya
enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan
pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga
ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh
itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu
tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu
sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk
bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan
hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka
belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan
dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan
yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia
bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa
itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal
kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang
bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya
Selalu
Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);
Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding
Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan
dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,
itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia
dan
terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi
kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima
sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak
hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti
duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg
telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg
diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan
mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang
lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita
akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita
sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa
yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui
apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari
semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa
melakukan
yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa
jua
yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."


Ukhwah& persahabatan

Secebis KASIH m'buat kita SAYANG,
Seucap JANJI m'buat kita PERCAYA,
Segaris LUKA m'buatkan kita KECEWA,
Tetapi,sebuah UKHWAH selamanya BERMAKNA..(",)

UKHUWWAH ibarat sebuah rumah,tak perlu terlalu cantik,tak perlu mewah,yang paling penting kita bahagia di dlmnya,tak lupe pdNYA...

"Bertahajud menyerikan wajah.Bersyukur m'bajai barakah.B'muhasabah m'cetuskan hikmah.B'tawakal m'buahkan pasrah.B'saudara menyemai mahabbah.B'ukhwah krn ALLAH.."

“sesungguhnya sahabat itu wujud dari satu pertemuan dgn 10 pertanyaan, 100 keyakinan & 1000 kali pengorbanan serta berjuta2 kali perjungan dgn 1 keikhlasan atas keredhaan ALLAH . Andai seorg sahabat membuat kebaikan, ukirlah di atas batu agar ia tersemat di hati & kekal sebagai memori terindah & seandainya seorg sahabat membuat kesalahan, tulislah ia di atas pasir agar ia hilang di tiup angin kemaafan …”


Exam

Eosk exam!
Lusa exam!
Minggu depan exam!
Mid term,Quiz,final,assignments….
Ya Allah byk lagi x study..
Mampukah aku menjawab exam nanti?
Layakkah aku pass exam?

Kerungsingan & kbimbngn mmbelenggu jiwa..
Tapi..
Knp tdk..

Esokku mngkin mati..
Lusa still x psti roh msh did lm diri..
Minggu dpn x ku pasti msh hidup lagi
Atau mungkin sejam brbaki..
Mayb smnit lg..
Ya Allah…byk lg dosaku..
X cukup lg amalanku..
Mampukah aku m'jwb soalan kuburMu Ya Allah?
Layakkh diriku utk syrgaMu Ya Allah?

Doa

ALLAH answers DOA in 3 ways…
HE says YES &GIVES u what u WANT,
HE says NO & GIVES u something BETTER,
HE says WAIT & GIVES u the BEST in HIS own time..

Jihad & REMAJA

Tika kau LEMAH,jadikan ALLAH sbg tmpt utk meluahkan rasa,
Tika kau GOYAH,kau prlu kuat krn kau p'bawa agama,
Tika kau REBAH,kau harus TABAH krn kau MUJAHID MUDA!

DAIE ibarat tiram dilaut,dihiris pepasir t'calarlah ia,sungguhpun tluka ttp dipendam,sungghpun pedih tp tetap disimpan, namun akhirnya dibalas MUTIARA BERHARGA…(",)

ISLAM tak perlukan kita,
Kita yg perlukan ISLAM,
PERJUANGAN X perlukan kita,
Kita yg prlukan PERJUANGAN,
Tnp kita ISLAM &PERJUANGAN akn trs hidup,
Tp, tnp ISLAM&PERJUANGAN..
Siapakah kita?

" ..:: ukhwah itu bkn t'letak pd indahnya p'temuan,bkn pula pd manisnya ucpn dibibir,ttp pd ingtan saudaranya t'hdp saudaranya dlm doanya ::.."..salam ukhwah fillah..

..::" iKhLa$ iTu aDaLaH SuAtU RaHSiA
Di aNtaRa RaHSiA-RaHSiA-KU
YaNg KU TiTiPKaN
kE DaLaM HaTi oRaNg YaNg KU CiNtAi
Di aNtaRa HaMBa-HaMBa KU "::..
~HADIS QUDSI~

~***..::UnTuNgNy@ oR@Ng MuKMiN,
SeM@KiN B@NYaK MaS@LAH
SeM@KiN Mu$T@JaB dO@NYa,
BuK@N PeRJu@NGaN T@NPa Ke$uLiT@N
T@Pi D@LaM Ke$uLiT@N
aD@ KeTeN@NGaN
MeM@GaR KeKu@TaN::.. ***~

##^_^## AiR M@Ta SeOr@nG M@Nu$iA HaNy@Lah UmPaM@ aIr d' PeRLiMP@HaN,
N@MuN SeTiTi$ AiR M@Ta KrN T@KuT KpD ALLAH PeRSiS PeRM@Ta iNd@HnYa GeMeRL@PaN TeRP@NcAr D@Ri $Eg@La aR@H D@N PeNjUrU….^_^ J

Jadikan AL-QURAN
Sebagai penawar hati….
ZIKRULLAH SeBaGai
PeNgHiBuR HaTi
SOLAT SeBaGai PeLiNDuNG DiRi TAQWA SeBaGaI BaJa daLaM TaMaN HaTi & aKu SeBaGai TeMaN SeJaTi…

LOOK…
The moon is Calling U.
SEE…
The stars are Shining for U!
LISTEN..
The birds are
Singing to U!
HEAR…
My heart say i
Always Miss U!...HuHuhU…

ANaK CiNa d'Tanya.AtUk aPa NaMa?Quat Ngo Rat.Nama Mak?Quat Ley TeR.Ayah?Quat Klen Tong.Lu apa nama?Quat Ley Pak.Yg baca msg??QUAT KEN TUT.

I HaVe a PaIr oF eYeS,BuT CaN't See U eVeRYDaY,i'Ve a PaIr Of eArS BuT CaN't hEaR Ur VoiCeS All Da TiMe.BuT i HaVe OnLy oNe HeArT,ThAt HoPInG U WiLL aLwAyS FinE !!
c",)

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan iman dan taqwa. Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang
terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.

Sahabatku... Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun, bila-bila masa ia akan pecah. Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.

Ingatlah... Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan daripada sebuah kemesraan.

Tiadalah yang menjatuhkan aku ke dalam bencana melainkan berteman dengan orang yang aku tidak malu kepadanya. -Imam Ahmad Bin Hambal-

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata yang terbuka belum bererti ia melihat.

Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. -Khalifah Umar bin Abdul Aziz-

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

“Inikah ertinya cinta. Hadir tanpa dipinta. Hati ingin menerima tapi dibatasi cita. Sinar wajahnya bercahaya membuat diriku terpesona. Namun aku masih mencari cinta Yang Maha Esa. Oh Tuhanku, aku mendamba cinta dan rahmat dari-Mu. Ku pohon cinta insan yang mencintai-Mu. Bimbinglah daku mengenali cinta suci. Moga dapatku kecapi kasih yang sejati...” (Inikah Ertinya Cinta, Saujana)

Sahabat kawan seiman Satu jalan dalam kenangan Tak pernah lepas dari ingatan Karna Allah jadi tujuan Susah dan senang kita jalani Tiada peduli jerih duniawi Janji setia kita teguhkan Menjadi asas dalam perjuangan

BaJaiLaH HaTimU dGn kEriNduAn pD ALLAH,SiRaMiLaH uSia ReMajaMu dGn sEmaNgaT jUaNg yG pEnUh bEraNi. PaHatKaN diDadAmU mAtLamAt mEnCaPai kEjaYaAn IsLam, TerUsKaN PerJuaNGaN!!

"Teman yang Soleh.. Malunyamengatasi perawan,Beraninya mengatasi Pahlawan,Cintanya bukan pada Gambaran,Rindunya bukan pada pertemuan,tapi pada hatinya tesirat Taqwa dan Keimanan"Pesan Imam AlGahzali:"Yg dekat itu MATI,Yg jauh itu MASA,Yg besar itu NAFSU,Yg berat itu AMANAH,Yg ringan itu SOLAT,Yg tajam itu LIDAH..."oleh itu RENUNGILAH.


Kata2 hikmah ukhwah & cinta
Cinta dan benci umpama cahaya dan gelap yang saling berlawanan. Cinta itu merubah segala kegelapan, seperti matahari dhuha yang menerangi bumi pada waktu pagi. Bacalah al-Quran, tetapi kali ini dengan beralas perasaan cinta, rindu dan kasih sayang. Sujudlah dengan perasaan mencari cinta yang murni. Senyumlah dengan hati yang pengasih. Pasti solat, bacaan al-Quran, senyuman dan segala amalan yang dialas cinta itu membawa perbezaan yang amat besar pada hidup kita. Tidak hairan, jika hati yang gersang bagai empangan yang tandus kontang itu, kini dibasahi semula dengan keindahan dan keagungan cinta kepada Allah s.w.t.

Tiap2 percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia, tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka, tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai, tiap-tiap gerak yang tidak disertai penghambaan adalah kosong. Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakur, pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan & tangannya, manusia mendapat kesejahteraan." [kata2 hikmah Sayyidina Ali]

Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu-Sahih Muslim


Segarkan cinta kita kepada yang lebih hak,
Dia yang menerima kita tanpa sebarang syarat
Dia yang begitu pemurah dengan memberi
Walau begitu sedikit Dia menerima daripada kita
Dia yang sentiasa mendengar dan mengawasi kita
Walau ingatan kita terhadap-Nya
Begitu nipis dan beralun

Dia...
Sehebat-hebat penyelamat
Ketika kita disisih orang,keluarga mahupun masyarakat

Benar...
Dia menerima kita tanpa sebarang syarat
Walau sehebat mana,
seingkar mana dan sehodoh manapun kita...."

Kata-kata tokoh islam

Dari Abu Bakar as-Shiddiq Radiallahuanhu :
Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban.
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas
daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya,
lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Umar bin al-Khattab Radiallahuanhu :
Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil.
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Uthman bin Affan Radiallahuanhu :
Khalifah Ketiga, Malaikat Berasa Malu Kepadanya.
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
- Hatinya selalu berniat suci.
- Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
- Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
- Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah.
- Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Ali bin Abu Thalib Radiallahuanhu :
Khalifah Keempat, Singa ALLAH Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh ALLAH.
1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'.
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8. Barangsiapa yang banyak bicara,
maka banyak pula salahnya,
siapa yang banyak salahnya,
maka hilanglah harga dirinya,
siapa yang hilang harga dirinya,
bererti dia tidak wara',
sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Umar Bin Abdul Aziz :
Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah; Khalifah Yang Agung.
1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.
4. Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya.
Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat.
Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah.
5. Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda.
Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari
dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari.
Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya.
6. Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia,
padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat
daripada siksaan ALLAH Subhana wa Ta'ala dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat.
7. Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka,
kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ?
Saya berlindung kepada ALLAH Subhana wa Ta'ala daripada perbuatan
yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri.
Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku.
Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin.
8. Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat.
Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur,
jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak.
Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ?
Kamu akan memasuki salah satu daripadanya.
9. Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya :
"Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga.
Jarak pemisah antara keduanya adalah mati.
Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang".
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Suffian Bin Unaiyah :
1. Dua perkara yang paling susah sekali mengubatinya iaitu meninggalkan loba (tamak)
untuk manusia dan mengikhlas amal untuk ALLAH.
2. Siapa yang ditambah akalnya kuranglah rezekinya.
3. Zuhud didunia ialah sabar dan menunggu - nunggu kedatangan mati.
4. Ilmu itu jika tidak memberi munafaat padamu maka dia akan memberi mudharat padamu.
5. Tidak dianggap orang yang menuntut ilmu sebagai orang yang berakal
hingga ia melihat dirinya hina dari sekelian manusia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Amru Bin Ash Radiallahuanhu :
Lelaki adalah terdiri dari tiga kategori:

Lelaki yang sempurna
Lelaki yang bersifat separuh lelaki
Lelaki yang tidak bersifat lelaki

Lelaki yang sempurna adalah lelaki yang
disempurnakan oleh ALLAH agama dan akalnya,
apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan,
dia sentiasa meminta pandangan daripada orang-orang
yang mempunyai pandangan menyebabkan dia sentiasa
membuat keputusan yang tepat.

Manakala lelaki yang bersifat separuh lelaki pula
adalah lelaki yang tidak disempurnakan oleh ALLAH
agama dan akalnya,
apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan,
dia tidak meminta pandangan daripada
sesiapapun sebaliknya dia berkata:
"Sesiapa sahaja aku boleh mengikuti dan menggunakan
pandangannya mengikut kesesuaian",
menyebabkan kadangkala dia membuat keputusan yang tepat dan
kadangkala dia membuat keputusan yang salah.

Adapun lelaki yang tidak bersifat lelaki pula
ialah lelaki yang tidak mempunyai agama dan akal
fikiran sedikitpun menyebabkan dia sentiasa
membuat tindakan yang silap.

Kemudian Amru berkata:
"Demi ALLAH!
Sesungguhnya aku akan meminta pandangan daripada sesiapa
sahaja mengenai sesuatu perkara walaupun daripada pembantu aku."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Imam As Syafie:
1. Barangsiapa mengkehendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama' melainkan kefakiran
dan memadai apa yang ada dan redha dengan keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua sebab sesudah menjadi ketua,
tiada jalan lagi buat kamu mencari pengetahuan.
4. Orang yang berakal ialah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat mazmumah (keji).
5. Barangsiapa menyukai ALLAH menutupi baginya dengan kebaikan
maka ia hendaklah bersangka baik dengan manusia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Imam Malik :
1. Bukanlah ilmu itu dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu
adalah cahaya yang ALLAH letakkan didalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajiblah di atas orang yang menuntut ilmu bahwa dia memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Imam Abu Hanifah :
1. Tidak sekalipun aku shalat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad
dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar. (murid-muridnya).
2. Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia.
Tidak ku dapati seorangpun yang mengampunkan kesalahanku.
Tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya.
Tidak ada yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa aman darinya bila dia murka kepadaku.
Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah perkara yang besar-besar.
3. Telah sampai berita kepadaku, bahwa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Imam Ahmad :
Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil mata benda dunia di atas ilmunya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Hasan Al Banna :
Saudaraku...
Janganlah engkau putus asa,
kerna putus asa bukan akhlak seorang Muslim.
Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin,
dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok.
Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian
masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita,
meski fenomena-fenomena kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka.
Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya
dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari รข€˜Aisyah Binti Abu Bakar Radiallahuanhuma :
Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang


Mghindari kegelisahan - "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama; ke tempat org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain. Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga; kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepadanya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu. Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu."- Abdullah ibnu Masu'd

OTHERS

~golongan yg dekat dgn Allah~
Siapa orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil
peduli tentang waktu solatnya seolah-olah dia
mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman as.

Siapa orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis
adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, Inna
lillahi wainna illaihi rajiuun. Lalu berkata lagi,
Ya Rabbi, Aku redha dengan ketentuanMU ini,
sambil
mengukir senyuman.

Siapa orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur
dengan
apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia
yang sementara ini.

Siapa orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-
numpukkan harta.

Siapa orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat untuk
melakukan
ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapa orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang
mempunyai akhlak yang baik.

Siapa orang yang mempunyai rumah yang paling
luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas
adalah
orang yang mati membawa amal amal kebaikan di
mana
kuburnya akan diperluaskan ke mana mata
memandang.

Siapa orang yang mempunyai rumah yang sempit
lagi
menghimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah
orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikan
lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapa orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang
yang
menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan
akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa
neraka.

IN THE NAME OF ALLAHS.W.T, THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL...READ THIS....

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha
yang seperti sia-sia... Allah tahu betapa keras
engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan
hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah
menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu
sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja...
Allah sedang menunggu bersama-samamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu
terlalu sibuk untuk menelefon dirimu... Allah
sentiasa berada di sampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha
sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa
lagi... Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak
masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah
bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak
harapan... sebenarnya Allah sedang berbisik
kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau
merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun
memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau
dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum
kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan
mimpi untuk digenapi...Allah sudah membuka
matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke
manapun kau berada...Allah akan mengetahui dan
senantiasa berada di sampingmu.

4 ur information visit its;-
www.raudhah.com,www.musleem.com,www.nurhidayah.com,www.liriknasyid.cjb.net,www.nasyeed.com,www.ikim.net.com,www.ikim.cjb.net,www.masjid.net,www.extro.4t,www.hijjaz.net,www.sahabathijjaz.net,www.ukhwah.com,www.hijrahremaja.cjb.net,www.ilmuislam.com,www.djrizal.com,www.galeriislam.com,www.karangkraf.com,www.islam.gov.my,www.e-masjid.com

::WASSALAM::

"Jadilah seperti kunang-kunang yang menerangi malam walaupun cahaya yang kecil.
Bukan seperti kelkatu yang sepanjang hidupnya bergantung kepada cahaya"