Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Saturday, November 22, 2008

:: Parents & Couple ::

CUTI SEMESTA
Alhamdulillah..Cuti semester 1 sudah bermula. Kebanyakkan universiti sudah mula bercuti dan saya kira agak lama bagi UIA untuk cuti sebulan lebih pada tahun ini mungkin disebabkan UIA nak renovate UIA balik...Harapnya terisi la benda yang bermanfaat untuk cuti kali ini. InsyaAllah.

Setiap kali cuti.. suasana terasa sunyi je. Mungkin sebab tak busy macam biasa..mata pun jarang nak tertutup awal kt rumah ni, tu pun kalau terlelap je. Alhamdulillah..sekurang-kurangnya kat rumah ni la tempat untuk saya release tension dengan segala macam jenis kerja di kampus dan dapat bersama keluarga tercinta.

Tiba-tiba pula rasa tak sabar-sabar nak grade, kemudian cepat-cepat dapat kerja, kalau boleh nak cari kerja yang dekat dengan ibu. Lepas tu tiap-tiap hari lepak dengan ibu. Bestnya. Kesian dengan ibu. Kadang kala kita tidak sedar tindakan kita menyebabkan ibu dan ayah kita rasa susah hati, terutamanya ibu kita. Pernahkah kita terfikir itu semua, atau kita sentiasa sibuk memikirkan tentang diri kita saje?

Bila ditanya soalan cepu emas kepada sahabat-sahabat saya tak kira lelaki mahupun perempuan ialah, apa yang awak nak buat lepas grade nanti? Dan kebanyakannya menjawab, kerja dan kahwin, kahwin dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bersama suami/isteri tersayang. Jarang-jarang sangat yang saya dapati jawapannya akan berkaitan dengan ibu ayah, jadi hati saya pun bertanya di manakah letaknya ayah dan ibu dalam hati kita, dan di manakah susunan dalam hierarki kasih sayang kita?

[ Baiti Jannati - Bahagia sebuah keluarga ]

BUDAYA COUPLE !!!
Inilah budaya yang kian tenat dan kritikal, di mana-mana institusi pengajian, bahkan sekolah menengah, merebaknya budaya ini. Sudah menjadi perkara lumrah kalau melihat couple di tempat begini. Orang yang single pula dianggap pelik pula. Sampai nanti ada yang bertanya,” yer ke dia tak ada pakwe/makwe?” Pelikkan zaman sekarang.
ORANG YANG TIDAK BERCOUPLE DIANGGAP PELIK?
Ish…ish….ish….

Ada pula kes yang nak kahwin time belajar. Tapi ni kes bagus bagi saya. Hari ini pun saya akan pergi konvoi beramai-ramai bersama-sama sahabat saya dari UIAM untuk ke majlis perkahwinan sahabat satu batch. Semoga beberapa sahabat saya dan senior dari UIA yang bakal melangsungkan perkahwinan akan terus berbahgia dihari mendatang.

Pasal kahwin awal ni memang bagus, tapi yang kes terang terangan masih belum memiliki tanggungjawab, tidak mampu memikul amanah, baik tak payah kahwin, nanti pahala tak dapat, dosa pula yang diperoleh.
Dunia sebelum perkahwinan ini banyak yang ilusi dan khayalan, kononnya sanggup memikul tanggungjawab, belajar berdikari, tapi sebelum kahwin tak praktis pun sifat kepimpinan kendiri tersebut. Kononnya lagi, selepas kahwinlah baru praktiskan. Aik…pulak dah !

Praktis dari sekarang. Tanamkan sifat sifat bertanggungjawab dalam diri. Ini solat 5 waktu tonggang langgang, kadang kala sembahyang kadang kala terbabas, subuhnya memanjang subuh dinasour, rokok sentiasa di mulut,duit belanja tak mencukupi, simpanan tak teratur, pergi surau/masjid jarang jarang,masa lepak dengan kawan kawan lagi penting, dan pelbagai lagi kekurangan yang mampu kita baiki dan ubah, tetapi kita memilih untuk static di takuk sikap kita yang lama. Justeru itu, bagaimana kita boleh diizinkan untuk berkahwin ketika masih belajar ni?

Apa yang disebutkan di atas itu penting kerana kalau kita suami, kita akan mendidik isteri dan anak anak kita, begitu jua sekiranya kita seorang isteri, sebagai ibu kelak,kita akan mempraktikkan itu semua dengan anak anak kita kelak.

Saya cakap ini semua sebagai peringatan kepada diri saya sendiri terutamanya.

[ Sama-sama kita jauhi zina ]

Yang pastinya, kasih sayang-Mu ALLAH yang amat ku harapkan…..
Yang lainnya, kuserahkan segalanya kembali pada-Mu…..

Kebahagiaan tersirat di hati, tak terasa kerana kita tak menghayati.

TEMAN...
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu....... tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu....
Mungkinkah kita...?


Wherever you are, whatever you do,
just remember that ALLAH will always be with you,
you are never alone my sahabat.
You are never alone my sahabat,
when you have ALLAH in your heart, and eeman in your soul.

la yukallifullahu nafsan illa wus’aha
ALLAH tak akan membebani seseorang melainkan sesuatu atas kemampuannya.

Maa ashabaka min hasanatin faminallah…
Wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi
(segala yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu dari diriku)

waalahu’alam bissawab….

Wassalam….

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"

4 comments:

Anonymous said...

salamun'alaik. Ana dengar kerusi umum je yang akan dipertandingkan di UIA, disebabkan kerusi fakulti dah dimenangi pro-m ye? apa-apapun manfaatkan cuti sepenuhnya dan selamat berjuang untuk PRK bulan januari ini. InsyaALLAH, moga kemenangan milik kita!

Everlasting Eternity said...

Yusuf Al-Qardawi berpesan: "Jangan kamu berkahwin dengannya hanya kerana perasaan kamu (sayang dan cinta) tapi kahwin la dengannya kerana Ilmu"

Unknown said...

salam semua. buat pengetahuan Muallimah..di UIA tiada kerusi umum dipertandingkan. hanya kerusi kuliyah sahaja yang dipertandingkan..

semoga akan menang dipihak PRO-M..AMIENN..

Unknown said...

for Everlasting Eternity..
inshaAllah.. :)