Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Friday, October 24, 2008

:: Notis palsu pilihan raya kampus gemparkan mahasiswa UIAM ::

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan satu-satunya Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat.

Nama seperti Prof Abd Aziz Bari, Allahyarham Prof Dr Hassan Langgulung, Prof Dr Sidek Baba, Prof Dr Kamal Hassan dan ramai lagi menjadi rujukan dalam pelbagai bidang seperti undang-undang, pendidikan dan sebagainya. Tahun 2008 ini telah menjadi sejarah kepada UIAM kerana universiti tersebut baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke 25.

Tahniah kepada warga UIAM kerana kampus tersebut berjaya melahirkan ramai graduan yang memberikan sumbangan yang berguna buat negara dan agama.

Kampus yang terkenal ini telah mencipta banyak sejarah dalam lapangan debat dan perbahasan ala parlimen juga dikenali dengan jolokan Taman Ilmu dan Budi ini juga banyak menerima kejutan.

Sebagai satu-satunya kampus yang dimenangi oleh Pro-Mahasiswa, kampus ini menjadi tumpuan ramai kerana Aspirasi yang mendapat sokongan padu pentadbiran dan juak-juak Umno gagal untuk menawan kampus ini.

Mahasiswa UIAM kelihatan sudah serik dengan apa yang dilakukan oleh Aspirasi apabila memegang kuasa MPP sewaktu era boikot pada tahun 2005. Pesta Konvokesyen yang dianjurkan pada tahun itu telah menjadi sejarah hitam buat UIAM.

Kesucian Taman Ilmu dan Budi telah dicemari oleh unsur-unsur hedonisme, perjudian serta persembahan band�band nyanyian seperti Sixth Sense telah diundang tanpa mempedulikan sensitiviti mahasiswa.

Mahasiswa UIAM akhirnya membuat keputusan muktamad menguburkan terus impian Aspirasi untuk terus menerajui kepimpinan mahasiswa lantaran prestasi yang telah mereka tunjukkan.

Akhirnya mahasiswa memberikan amanah kepada We Unite for Islam (WUFI) iaitu Pro-Mahasiswa untuk membawa suara mereka.

Walaupun berbagai halangan dan kekangan dari pentadbiran, WUFI tetap terus tabah memperjuangkan hak-hak mahasiswa.

Akhirnya PRK 2007 menguji sekali lagi kesabaran mahasiswa apabila terpaksa melalui proses penamaan calon sebanyak dua kali.

Tetapi mahasiswa tetap memilih WUFI kerana ideologi kemahasiswaannya. WUFI telah membuktikan amanah yang dipertanggungjawab oleh mahasiswa apabila MPP mengetuai bantahan mahasiswa dengan mengumpulkan tandatangan warga kampus dan menghantar memorandum bantahan mahasiswa UIAM dalam kes pertukaran jubah konvokesyen dan songkok kepada mortar board yang diputuskan secara mengejut tanpa meninjau pandangan warga kampus terlebih dahulu.

Tahun 2008, ramai pihak menantikan gimik pentadbiran pihak universiti ini sempena PRK tidak lama lagi.

Akhirnya, pada hari Isnin, 13 Oktober, UIAM digemparkan dengan notis PRK 2008 sewaktu kampus lain di Lembah Klang heboh dengan khabar angin tarikhnya menjelang Januari 2009 kelak.

Notis tersebut ditampal di papan kenyataan Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alummni dan pejabat setiap fakulti yang menyatakan penamaan calon pada 15 Oktober dan pembuangan undi pada 17 Oktober. Beberapa orang mahasiswa telah pergi ke pejabat Timbalan Rektor HEP untuk mengambil borang pencalonan namun terkejut apabila dimaklumkan bahawa notis tersebut bukan dikeluarkan oleh pihak mereka.

Notis tersebut adalah PALSU! Notis yang dikeluarkan itu tidak mempunyai cop rasmi universiti, ejaan yang salah dan tahun yang tercatat pada tandatangan Pesuruh Jaya Pilihanraya UIAM iaitu sesi 05/06.

Pihak WUFI mengutuk tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu yang cuba menimbulkan provokasi.

WUFI juga kesal dengan tindakan pihak pentadbiran gagal yang mengeluarkan kenyataan rasmi sehingga kini berhubung notis tersebut dan mendesak pihak pentadbiran mengumumkan segera tarikh Pilihan Raya Kampus UIAM bagi mengelakkan sebarang provokasi dan sabotaj dari pihak tertentu yang akan menimbulkan suasana yang tidak menyenangkan.

Pihak pentadbiran juga perlu mengeluarkan kenyataan menafikan notis palsu tersebut jika benar notis tersebut bukan dari pihak HEP UIAM. Akhir sekali WUFI mengharapkan pihak pentadbiran telus dalam memastikan demokrasi terus subur di bumi UIA/Mahasiswa UIAM tidak mahu ada campur tangan luar dalam pentadbiran dan pengurusan UIAM.

Biarlah UIAM dapat melahirkan mahasiswa yang intelek dan sentiasa mempertahankan kebenaran berdasarkan ilmu yang telah mereka timba.

Besarlah harapan mahasiswa untuk melihat kematangan pentadbiran UIAM dan bebas dari anasir yang cuba menjatuhkan kredibiliti UIAM.

[ Tiada kepala surat atau logo UIA pada kertas pengumuman ]

[ Tarikh pada kertas pengumuman yang silap tahun.
Sepatutnya 2008/2009 dan bukan 2005/2006 ]

Source: Harakahdaily.net

No comments: