Menarik juga kisah Shah Rukh Khan ni. Pada petang tadi, saya terbaca di akhbar Kosmo! keluaran 11 Oktober 2008, Hari Sabtu. Kalau tak silap saya pada muka surat ke 2. Yang ada tertulis berita mengenai Shah Rukh Khan bakal dianugerahkan gelaran Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.
Hmm, macam tak terfikir pulak anugerah itu juga diberi kerana dikatakan Shah Rukh Khan ini telah memberi beberapa sumbangan kepada negara. Entahlah sumbangan dia tu besar mana kalau nak dibandingkan dengan ulama' ke, pemikir ke, atau saya kira orang yang lebih layak untuk di gelar "Datuk" kat Malaysia ni. Ini artis Bollywood. Nampaknya Malaysia ni dah ketandusan orang nak bagi anugerah ke..SubhanAllah..
Zaman kita semakin nak kiamat. Apabila artis disangjung-sanjungkan melebihi orang alim.
Diriwayatkan daripada Umar al-Khattab r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari Kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh lagi hina). Maka sebaik-baik manusia pada hari seperti itu adalah mukmin yang diapit oleh dua orang mulia” [Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Ausath dengan dua sanad dan perawi-perawi salah satu sanadnya adalah perawi-perawi kepercayaan Majma'uz Zawaaid 7: 325]
*Sama-sama kita renung diri kita balik. Agak-agak kita layak ke kalau Allah nak bagi kita Datuk? Bukan orang, tapi pencipta orang. Sama-sama kita renung dan fikirkan."Jadilah seperti kunang-kunang yang menerangi malam walaupun cahaya yang kecil.
Bukan seperti kelkatu yang sepanjang hidupnya bergantung kepada cahaya"
Bukan seperti kelkatu yang sepanjang hidupnya bergantung kepada cahaya"
No comments:
Post a Comment