Alhamdulillah...selamat kembali kita pada fitrah. Kembalinya kita pada asal. Tapi jangan lupa untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal sebagai sunnah yang dituntut.
Selamat kembali juga pada sahabat-sahabat yang telah bertungkus lumus beraya di rumah masing-masing. Dan seperti yang sedia maklum, sekembalinya kita ke kampus masing-masing dengan satu perjalanan politik kampus yang lebih mencabar.
Sukalah saya untuk berkongsi beberapa berita menarik mengenai bahang pilihanraya kampus yang saya petik dari harakahdaily.net.
Pertama
Strategi BN sembunyi pilihan raya kampus dikesan
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Pilihan raya kampus (PRK) kali ini dijangka mengulangi sistem lama iaitu diadakan secara berasingan yakni tidak serentak.
Menurut sumber kepada Harakahdaily, ianya dibuat dua peringkat iaitu pada 16 Oktober bagi sembilan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan selebihnya akan diadakan pada bulan Januari akan datang.
Hal tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Idris haron dalam suatu mesyuarat bersama Timbalan-timbalan Naib Canselor pada 6 Oktober lalu.
Ianya dipercayai merupakan salah satu daripada strategi untuk menyembunyikan PRK daripada pengetahuan media dan rakyat negara ini.
"Alasan utama KPT mengarahkan PRK diadakan secara berasingan ialah untuk mengelak dari PRK menjadi perhatian media, rakyat, parti pembangkang dan mengelakkan kebangkitan mahasiswa.
"Sepatah kata Dato� Idris �Kalau boleh buatlah PRK secara senyap-senyap, jangan sampai diketahui sesiapa terutama media!� demikian menurut sumber tersebut.
Sungguhpun begitu beberapa Majlis Perwakilan Pelajar telah dibubarkan termasuk Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa pada 2 Oktober lalu.
Menurut sumber dalaman kedua-dua kampus itu pula, tarikh penamaan dijangka pada 13 Oktober dengan 17 Oktober merupakan tarikh pembuangan undi.
Meskipun notis pembubaran dinaikkan tetapi ianya tidak menyatakan tarikh penamaan dan pengundian.
Harakah sebelum ini telah mengeluarkan satu maklumat mengenai pelaksanaan pengundian secara berperingkat dengan membahagikannya kepada Zon Pantai Timur dan Pantai Barat.
Kedua
Pilihan raya kampus: Aspirasi tukar kepada GPMS?
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Menjelang pilihan raya kampus 2008/2009, Harakahdaily mendapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa pro-Aspirasi yang dikatakan pro kerajaan Umno-BN tidak akan bertanding pada kali ini dengan menggunakan nama Aspirasi.
Menurut sumber, mereka akan tampil dengan menggunakan platform Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau GPMS.
Hal ini adalah disebabkan oleh pengumuman kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti(Auku) yang membenarkan pemimpin parti politik memasuki Institusi pengajian Tinggi.
Sebagai badan bukan kerajaan atau NGO, gerakan GPMS adalah dipercayai lebih memudahkan mereka untuk meraih sokongan mahasiswa selain saingan rapat mereka Pro Mahasiswa yang menggunakan platform Persatuan Mahasiswa Islam.
Setakat ini,ianya telahpun ditubuhkan di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Teknologi Mara selain Universiti Malaya yang baru proses promosi pada Minggu Pengenalan Persatuan sempena kemasukan mahasiswa sesi baru.
Terkini, GPMS sedang berusaha menyusup masuk ke kolej-kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pada Pilihan raya Kampus lalu, kumpulan Pro Mahasiswa bertembung dengan kumpulan Pro Aspirasi yang dilabelkan sebagai penyokong kerajaan dan pentadbiran universiti.
Ketiga
Sembilan tuntutan desak UKM jalankan pilihan raya dengan adil
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mendesak Naib Canselor UKM, Prof Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin supaya mengambil tindakan segera bagi memenuhi sembilan tuntutan bagi memastikan perjalanan Pilihanraya Kampus berlangsung secara adil dan mengikut landasan demokrasi.
Pengerusinya, Ahmad Farhan Yusoff berkata, pihaknya optimis dengan keputusan Naib Canselor yang akan berpihak kepada GMUKM memandangkan tuntutan mereka adalah berlandaskan undang-undang dan juga keadilan sejati (natural justice).
"Keputusan Naib Canselor UKM untuk melakukan reformasi dalam sistem pilihanraya kampus (PRK) adalah sangat diperlukan bagi memberikan satu signifikan yang besar terhadap aspek ketelusan dan juga penyemaian benih demokrasi di kampus ini.
"PRK ibarat terjemahan kepada pilihanraya umum akan datang. Sekiranya PRK pada tahun ini dilaksanakan dengan tidak adil serta tidak berdemokrasi, dibimbangi situasi yang sama akan berlaku pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti," ujarnya.
Jelasnya, GMUKM akan masuk bertanding dalam PRK kali ini secara satu lawan satu dengan kumpulan pro-Aspirasi dan berharap agar padang pertandingan diratakan antara kedua-dua belah pihak. (sambungan..)
Inilah beberapa perjalanan kes pilihanraya kampus yang saban tahun berulang yang tiada penyelesian dalam beberapa tuntutan mahasiswa. Semua situasi ini menggambarkan helah yang mudah bagi saya. Mudah untuk kita meneka ketidakadilan mereka dalam mempengaruhi mahasiswa.Kalau nak berhelah dengan mahasiswa pun, biarlah padang sama rata. Jalan sama berturap. Bukan berpedang dengan berlidi. Mana adil. Semoga mahasiswa terus istiqamah memperjuangkan hak kita.
1 comment:
tak takut pada KPT ke?
Post a Comment