Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Thursday, October 09, 2008

:: Demo PRK di KPT 10/10/2008 ::

:: DEMONTRASI TUNTUTAN PILIHANRAYA KAMPUS ADIL DAN SELAMAT 2008 ::

jOM mahasiswa, kita samna-sama turun menuntut hak kita sebagai mahasiswa yang bermaruah dan berpendidikan. Demontrasi aman seperti berikut:

Hari : Jumaat
Haribulan : 10/10/2008
Tempat : Kementerian Pelajaran Tinggi di Putrajaya
Masa : Pukul 2.00 ptg, berkumpul di KPT

Dipetik dari harakahdaily.net, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menyerahkan satu memorandum berhubung tuntutan mahasiswa dalam pilihan raya kampus sesi 2008/2009 esok (10/10/1008) kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Putrajaya.

Antara lain, ianya akan menyentuh aspek sistem pelaksanaan pengundian secara online di hampir kesemua Institusi Pengajian Tinggi Awam iaitu e-voting serta kekecewaan peranan yang gagal dimainkan oleh KPT dalam menjana proses demokrasi dalam kampus selama ini.

SMM akan mengadakan perhimpunan aman di pekarangan KPT selepas solat Jumaat esok dengan penyertaan penyokong Pro Mahasiswa.

Pihak penganjur mengharapkan agar program tersebut mendapat laluan dan kerjasama daripada pihak KPT serta tidak disalah tafsirkan sebagai kekecohan.

Pilihan raya kampus yang bakal dijalankan tidak lama lagi kini mulai diperkatakan meskipun terdapat pihak yang berusaha untuk menyembunyikannya daripada pengetahuan pihak media dan masyarakat luar kampus.

Ianya dipercayai kerana bimbang dengan arus perubahan rakyat yang mungkin akan mempengaruhi semangat anak-anak muda di menara gading yang sedang bangkit selari dengan perkembangan politik semasa tanah air.

<>

No comments: