Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Wednesday, October 22, 2008

:: Kumpulan “Kebajikan” menang bergaya ::

Berita dari UPSI
Keputusan PRK yang diumumkan petang tadi dilihat menepati ramalan ramai pihak berdasarkan manifesto dan strategi kempen calon-calon 'kebajikan' yang berkesan. Kumpulan ‘Kebajikan’ yang diwar-warkan sebelum ini benar-benar membuktikan mereka relevan meskipun dilabel sebagai ‘basi’ dan sebagainya. Menurut sumber, daripada 11 kerusi yang ditandingi, mereka berjaya menawan 8 kerusi yang mana 3 daripadanya merupakan kerusi umum. Calon-calon daripada kumpulan ‘kebajikan’ ini dikatakan mempunyai kekuatan dari segi sokongan mahasiswa di kalangan mereka yang begitu komited dengan gerak kerja kempen sehingga saat terakhir. Mereka juga dikatakan berupaya menarik perhatian ramai pengundi dengan isu dan manifesto yang dibawa dalam PRK kali ini.

Kumpulan ini berjaya menafikan majoroti 2/3 kumpulan yang dikenali sebagai 'kualiti' setelah berjaya menawan 8 kerusi daripada 21 kerusi yang dipertandingkan. Calon Pro Kebajikan yang menang dalam PRK kali ini adalah Akmal Madzir(umum), Nur Aqilah(umum), Arif(umum),Hanif Azwan(FST),Norhafizawati(FST),Mohamad ZUlhilmi(FSKPM),Adriyani(FSSK)dan Hisham(FSM)yang menang tanpa bertanding. Manakala calon Pro Kebajikan yang tewas pula adalah Wan Nasron(umum), Nazira(umum), Nurul Iman(FSSKPM) dan Suhainizam(FTMK).

Sumber :
http://upsikini.blogspot.com/

2 comments:

Anonymous said...

SalaAm..

Saya berminat dengan politik. Tapi saya tahu belum tiba masanya.

hmm.. PKR ke PRK?

Hehe... Maaf. Tapi sedikit kesilapan boleh menjejaskan pemahaman orang terhadap sesuatu perkara.

Unknown said...

wassalam...takpe..anda berminat? tetapi, belum bersedia..inysaAllah..bila tiba masanya nanti..anda akan faham apa itu politik, apa itu politik islam...

yang penting anda banyak membaca yer..
ok..