Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Wednesday, September 03, 2008

AKU DI BULAN RAMADHAN..

Salam Ramadhan dan salam perjuangan untuk diriku dan seluruh umat Nabi Muhammad SAW..

Hmm…arini dah masuk 3 Ramadhan 1429 H (3/9/08). ni kali pertama aku “Open Diary” (aku amik nama ni dari ukhwah.com)..bukan nak saje2 menulis tp ingin berkongsi luahan hati ngn sahabat-sahabat. rasa sekejap je ngn Ramadhan lepas berlalu, rase yg lepas baru je abis, tetiba masuk Ramadhan baru..alhamdulillah..bulan yg paling ku tunggu²..datangnya hanya sekali setahun dan mungkin ini ramadhan terakhirku?? Hanya Allah saje yg tahu..

moga-moga ramadhan kali ini memberi aku lebih kekuatan, lebih memberi aku motivasi dalam pembelajaran, pengampunan dari segala dosa dan dipermudahkan segala gerak kerja Islam..insyaAllah..itu lah kehebatan ramadhan. Ibadat puasa Ramadan bertujuan melatih diri supaya menjadi orang yang murqarrabin (orang yang dekat dengan Allah). Puasa juga boleh menginsafkan diri bahawa kita ini adalah hamba Allah yang lemah di sisi-Nya. MasyaAllah..hebatnya puasa Ramadhan..

• Firman Allah yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk perbezaan di antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka hendaklah ia berpuasa." - (Surah al-Baqarah, ayat 185)

• Nabi Muhammad SAW bersabda: "Siapa berpuasa bulan Ramadan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah, diampunkan baginya dosa yang telah lalu." - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

[ Syahid adalah matlamatku ]

Moga2 aku beroleh apa yg Allah telah janjikan untuk hambanya yg betul2 inginkan keampunan..insyaAllah..

Huhu..aku ada lagi 2 hari aku kt umah..walaupun sebenarnya hari ini (3/9/08) cuti dah habis untuk cuti midsem, tp aku ‘extand’kan sendiri cutiku selama 2 hari untuk tambahan diriku sendiri… (satu kelas aku da skip.. hehe). bukannya dapat cuti selalu..ni pun da lama aku tak balik umah..mak aku pun da pesan suh balik..so, time ni la aku nak amik peluang untuk lama² ngn family aku…especially ngn mak aku yg tersayang..rindu sama mama..

Cuti ni pun adik beradik aku balik sume except yg kt kuis jer tak balik..cuti diorang lain..hmm, rasenya nak tambah lagi cuti seminggu..tp tak leh plak..ada kelas, presentation, quiz, meeting, program econ+maaruf+bazaar , pengajar, jd imam, pentazkirah, ada midterm lagi (last paper)…

waaa…tensionnya hidup aku nih..(ya Allah, permudahkanlah gerak kerjaku). mcm mana la aku nak manage myself..mungkin Allah nak uji hamba dia, klu tak layak, Allah takkan bebankan sebegini kerjaku..aku tgk kwn2 aku yg len..relaks jer..ntah ape la agenda hidup dirg…kena husnu zhon pada dirg,mungkin diorg ada kerja yang lebih besar pada aku..tp, aku jer yg tak nampak. tp bg aku tension tu lumrah hidup..klu org tu tak tension, mesti ada sumting wrong kt hidup dia, tak pun dia da tak hidup..hehe..jd ghost..huhu..ni pun tak masuk myself planning >> usrah, hafalan quran+hadis, business(nak jd jutawan b4 35years old) yg ni koya sket..tp, manatau satu hari nanti menjadi kenyataan…hahaa!! Lawak la aku ni duwe..koya lebih2 plak..

puasa tahun ni, mcm puasa 3 tahun lepas, tanpa abah aku (semoga Allah merahmati abahku dan bersama-sama para nabi..insyaAllah). hmm, bila teringat, mcm sedeh plak..dulu, klu abah aku ada, mst aku nak lumba2 siapa dapat khatam quran banyak-banyak di bulan Ramadhan..kadang2 aku yang menang..tp tak banyak..hehe..paling banyak aku khatam 2 kali setengah satu Ramadhan..time budak2 masa tu..:)..tp, hari ni, da tak bunyi dah suara yg gerak subuh, mengaji dan marah-marah kt kitorang adik beradik..:(

dulu masa abah ada, dia salu bg nasihat kt kitaorg, supaya banyakkan ngaji Quran, tetapi sekarang, suara itu sudah tidak kedengaran lagi..aku rindu bangat dengan suara itu (kata org indon)..Abah akan sentiasa dikenang oleh kami sehingga kita semua bertemu..insyaALLAH..

masa pun dah nak masuk zohor dah..cepat jer masa berlalu..targetku untuk 2kali khatam Al-Quran pada Ramadhan tahun ini semoga dipermudahkan..semoga bukan angan² kosong..tak pun sekurang-kurangnya aku dapat khatam sekali pun Alhamdulillah dah..dengan masaku yang semakin terbatas ini..insyaAllah..dipermudahkan segala gerak kerjaku..

akhirul kalam, jom layan lagu Ramadhan ni..hayati liriknya..semoga dapat muhasabah diri..inshaAllah..
wassalam..

Harapan Ramadhan
Album : Maafkan
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Mujahid Muda,
HeLaNgSeNja
Tanah Merah, Kelantan

3 September 2008
Bersamaan
3 Ramadhan 1429H

No comments: