Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Tuesday, December 08, 2009

ANALISIS RINGKAS ASPEK-ASPEK ASAS GERAKAN MAHASISWA (1)

ANALISIS RINGKAS ASPEK-ASPEK ASAS GERAKAN MAHASISWA

Mukaddimah

Kehadiran mahasiswa/siswi di universiti-universiti adalah suatu kesempatan atau peluang yang unik yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. s.w.t. kepada golongan ini. Dengan menikmati banyak kelebihan jika dibandingkan dengan golongan lain, mahasiswa/siswi bertanggungjawab untuk mengekalkan imej yang betul lagi benar sebagai seorang muslim, sebagai seorang wakil kepada gerakan-gerakan Islam dan juga sebagai model hidup yang melaksanakan tuntutan Ad-Din menegakkan segala sistem Islam. Inilah masanya mahasiswa/siswi belajar untuk memikul pelbagai tanggungjawab bagi persediaan menghadapi tugas-tugas yang sedia menanti pada masa akan datang. Bagi mengalami cabaran dan rintangan yang sentiasa wujud tanpa mengira zaman, mahasiswa/siswi yang baru ataupun yang telah lama berada dalam gelombang gerakan Islam perlulah memiliki pandangan yang jelas tentang beberapa perkara asas yang antara lainnya ialah hakikat mahasiswa/siswi muslim, konsep gerakan mahasiswa, bentuk pergerakan dan persediaan-persediaan yang perlu dibuat oleh mahasiswa dan agenda-agenda gerakan mahasiswa.

Hakikat Mahasiswa / Siswa

Secara umumnya mahasiswa/siswi tanpa mengira pengkhususan pengajian dianggap sebagai “cream of the society”, pewaris kepimpinan masa depan golongan yang idealis, agen perubah masyarakat, jurubicara ummah dan lain-lain tanggapan lagi yang meninggikan harga dan maruah semua mahasiswa/siswi. Tanggapan ini pada hakikatnya adalah tanggungjawab yang sepatutnya disedari dan dihayati oleh golongan yang istimewa ini. Dalam erti kata lain tiada jalan mudah bagi mahasiswa/siswi untuk keluar daripada tanggungjawab-tanggungjawab ini melainkan bertindak untuk merealisasikannya.

Tapi perlu diingat di sini, tanggapan yang menggunung akan sia-sia sahaja jika golongan mahasiswa/siswi ini gagal memahami beberapa konsep asas Islam. Kefahaman yang benar dan tetap tentang konsep-konsep asas Islam ini akan Insya Allah s.w.t. melahirkan mahasiswa/siswi muslim yang sedar akan hakikat dirinya. Antara persoalan-persoalan utamanya ialah menerima kebenaran Ilahiyat yang mutlak sifatnya, memiliki pandangan hidup yang betul sebagai seorang muslim, meneliti konsep hubungan antara Allah s.w.t. dengan manusia dan manusia sesama manusia, memahami hakikat dirinya yang terdiri daripada unsur jasad dan ruh serta pemikul amanah Allah s.w.t. di atas muka bumi dan menghalusi konsep ilmu pengetahuan dan sains Islam. Ini semua berhajatkan kepada pergantungan yang tinggi kepada Allah s.w.t., kecemerlangan akademik, kecerdasan fizikal, kekuatan mental, kesabaran, kegigihan serta keikhlasan.

Selain itu seseorang mahasiswa/siswi muslim pada hakikatnya sepatutnya hendaklah sentiasa sedar tentang keadaan kehidupan masyarakat baik pada waktunya atau pada zaman sebelumnya, di mana kesedaran tadi tidak dapat tidak akan melahirkan perasaan tanggungjawab sosial. Dalam ertikata lain, mahasiswa/siswi yang cemerlang ialah individu yang mewujudkan perasaan tanggungjawab dan kesedaran di samping mengutarakan buah fikirannya dan halatuju sosial kepada masyarakat umum. Golongan mahasiswa/siswilah yang memimpin / memandu masyarakatnya bagaimana hendak berubah dan menentukan perubahan itu menuju ke arah mana. Mereka jugalah yang menggalakkan misi penerokaan baru dan menyediakan alternatif-alternatif dengan menyediakan jawapan kepada persoalan “Apa yang patut kita capai”. Justeru itu mahasiswa/siswi hendaklah sentiasa berusaha untuk mengubah dan membentuk semula masyarakat dengan menggunakan segala kemampuan yang mereka miliki.

Konsep Gerakan Mahasiswa


Secara umunya gerakan mahasiswa di Malaysia dijelmakan dengan sekumpulan pelajar-pelajar muslim yang mengikat diri mereka dengan satu ikatan tanzim atau organisasi tertentu yang bergerak dalam bentuk-bentuk tertentu bagi mencapai matlamat-matlamat tertentu dibawah nama-nama pertubuhan persatuan dan jamaah tertentu. Ahli-ahli dalam pertubuhan, persatuan atau jamaah tadi lazimnya akan mengikuti satu proses pentarbiyyahan yang telah disediakan oleh barisan pimpinan mereka yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain dengan tanpa ada penilaian dan analisis baru.

Secara idealnya gerakan mahasiswa mestilah bersifat satu gerakan bebas yang tidak bergantung atau berharap kepada mana-mana gerakan yang berada di luar kampus. Kepimpinan dalam gerakan mahasiswa ini perlulah menggunakan kreativiti mereka masing-masing untuk mengemudi dan melayari gerakan mereka. Mereka tidak sepatutnya amat mengharapkan berlakunya keselarian dan persamaan dengan gerakan di luar. Bahkan mereka tidak perlu di pertanggungjawab dengan apa yang berlaku terhadap gerakan-gerakan di luar kampus.

Gerakan mahasiswa perlulah memiliki pandangan sendiri yang dibina daripada keyakinan, keilmuan, maklumat yang dimiliki oleh mereka. Suara mahasiswa biarlah bersifat tidak menjaga kepentingan golongan tertentu yang berada di luar kampus. Suara mahasiswa akan hilang taringnya atau sudah tidak berbisa lagi sekiranya hanya bersifat ‘rubber stamp’ kepada gerakan-gerakan di luar kampus. Suara mahasiswa sebaliknya akan lebih suci dan dihormati jika lahir daripada hati-hati yang cintakan kebenaran hakiki tanpa mengenal kepada siapa ianya ditujukan. Yang salah mestilah diperbetulkan secara mati-matian, walaupun pahit untuk diterima oleh masyarakat dan gerakan-gerakan diluar kampus. Yang benar wajiblah diperagungkan walaupun jutaan cabaran yang dihadapi. Kalau adapun berlakunya persamaan dan berbetulan dengan pandangan masyarakat dan gerakan-gerakan luar kampus. Ianya dianggap sebagai suatu perkongsian kebenaran yang bersifat universal.

Walau bagaimanapun, ini janganlah disalahanggapkan seolah-olah gerakan mahasiswa langsung tidak ada hubungan dengan masyarakat dan gerakan-gerakan di luar kampus. Atau beranggapan dunia mahasiswa adalah suatu dunia yang terpisah daripada realiti masyarakat dan gerakan-geralkan di luar kampus. Atau beranggapan tidak bolehnya berlaku perkongsian idea, pengalaman, tenaga dan sebagainya antara kedua-dua kumpulan gerakan ini. Apa yang sebenarnya ditekankan disini ialah, mahasiswa atau masyarakat yang bergerak dalam realiti dunia sekular perlulah menyedari bahawa gerakan atau suara mahasiswa akan lebih ditabalkan dan dimuliakan jika mereka diberi peluang seluas-luasnya untuk menjadi agen perubah masyarakat. Dalam erti kata yang lain, biarlah gerakan mahasiswa menentukan prinsip-prinsip mereka, halatuju mereka dan bentuk gerak kerja mereka. Masyarakat atau gerakan diluar kampus tidak perlu campur tangan dalam penentuan perkara-perkara asas gerakan mahasiswa. Pada masa yang sama, masyarakat dan gerakan-gerakan luar tidak boleh memandang sinis atau sepi terhadap buah fikiran yang dikemukakan oleh gerakan mahasiswa. Manakala bagi pihak gerakan mahasiswa, mereka tidak boleh berlagak seperti pemimpin-pemimpin masyarakat atau gerakan-gerakan diluar kampus. Unsur-unsur negatif seperti menjaga kepentingan individu-individu tertentu diluar kampus perlulah dijauhi. Apa yang dikehendaki di sini ialah mahasiswa bertanggungjawab menjadikan gerakannya sebagai gerakan mahasiswa yang tulen dan tidak menjadikan gerakan mahasiswa hanya sebagai cabang-cabang kepada gerakan pertubuhan-pertubuhan, persatuan atau jamaah diluar kampus. Inilah antara konsep-konsep penting yang perlu difahami oleh semua ahli-ahli dan terutamanya barisan kepimpinan gerakan mahasiswa.

Saturday, November 28, 2009

Krisis PAS: Luahan Isteri Abdul Ariffahmi

Salam Aidil Adha kepada semua. Ketika menjenguk beberapa blog politik semasa [ klik klik klik klik dan banyak lagi ], rata-ratanya sedang hangat dengan "entry" mengenai isu PMBK, Nik Aziz dan Ir Abdul Ariffahmi. Berbagai andaian, fitnah, "batu api", "mulut berapi", kata kesat, kritikan, pandangan, cadangan dan pelbagai makna yang sekutu dengannya yang memeningkan si pembaca bila membacanya. Sehinggakan ada yang sanggup mengutuk Tok Guru "habis-habisan" kutukan. Terkejut bila mendengarkannya.

Ntah mengapa kali ini tamparan PAS lain dari yang lain. Kali ini mungkin bukan tamparan, tapi mungkin sepakan atau terajang yang betul-betul menyesakkan PAS.

Mungkin di sini ada sedikit jawapan dari isu ini yang boleh kita rungkaikan. Saya terbaca dari blog Dr Siti Mariah yang beliau kongsikan di blognya. Iaitu luahan hati dari isteri Abdul Ariffahmi, Nik Amalina Nik Aziz (anak Tok Guru).

Ini ialah luahan hati Nik Amalina Nik Aziz.........

Suamiku, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman

Salam Ukhuwah,

Hampir empat hari berlalu...ujian yang cukup mencabar bagi kami...InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Sehinggalah ke saat ini kami masih mampu menjalani kehidupan sepertimana biasa, masih boleh bergelak ketawa bersama anak-anak dan juga tetap bersembang bersama Tok Guru dan Bonda tersayang, serta berborak mesra bersama adik-beradik yang lain daripada kedua-dua belah pihak, yang tentunya tidak pernah keputusan memberi kata-kata semangat juang buat kami serta doa yang berpanjangan buat kesejahteraan kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih untuk kalian!

Isu ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dikalangan kami sekeluarga. Ia mampu menjadi satu isu yang membuatkan kami semua membincangkannya dari pelbagai sudut. Walaupun kami sedih, kami tetap tenang. Kami tidak perlu berduka berlama-lama, kami harus bangun! Kami ingin bangun membuktikan kebenaran! Langkah kami belum mati, kami akan sentiasa maju ke hadapan! Datangnya kami dari keluarga yang dimuliakan, dan sesungguhnya kami tidak sesekali rela keluarga kami dihina.

Alhamdulillah, saya mempunyai sebuah keluarga yang matang. Semuanya tenang dalam mengharungi suasana laluan yang sukar ini. Kami dididik, selain ditarbiah baik bahawa jangan sesekali berbuat jahat, malah berusahalah untuk sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah sesuatu yang konsisten antara kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Ayahanda sentiasa berdoa dan mengajar kami supaya mendoakan agar ‘jadikanlah kami semua imam kepada orang-orang yang bertaqwa’. InsyaAllah...

Apabila saya menjengah dunia, ditakdirkan saya berada dalam sebuah keluarga yang dikenali ramai. Saya memang bertuah kerana hampir memiliki segala-galanya di dalam kehidupan dunia ini, tapi semuanya adalah secara bersederhana. Saya seorang yang cintakan kedamaian, dan sesungguhnya onar yang berlaku dalam isu ini sungguh menjerut rasa di hati saya. Jiwa saya sentiasa menuntut untuk berbuat kebaikan, mungkin kerana ia hasil dari didikan kedua ibubapa saya, malah dengan akal yang sudah cukup sifatnya di usia saya sekarang, saya sentiasa cuba untuk tidak mencalit arang kepada kedua ibubapa saya yang masyhur itu. Kadangkala datang juga rasa ketidakadilan berlaku dalam kehidupan ini, namun belajarlah menerima hakikat bahawa, dalam kebertuahan itu masih ada kecacatannya.

Saya hidup didalam sebuah keluarga yang sering sahaja diuji. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ke sebesar-besar ujian. Ia bergerak seiring dengan waktu saya membesar. Hari ini giliran saya pula menerima ujian yang hebat ini. Ia begitu mengasak fikiran kerana kelihatan mampu menguasai dunia realiti dan maya.

Saya tahu saya bukan bersendirian menghadapi ujian ini. Saya dan suami punya ‘pasukan’ yang kuat untuk menyokong kami dari mana-mana sisi sekalipun. Apa yang penting, kami tahu Allah swt hanya memberikan ujian ke atas hamba-hambaNya mengikut kemampuan hambaNya itu. Barangkali ia suatu ‘alarm’ kepada kami agar kami kembali muhasabah diri dalam meniti hari-hari yang berlalu dan juga yang mendatang. Mungkin ini saat terbaik dalam kehidupan kami, untuk kami terus merendahkan jiwa kami kepada Maha Pencipta kami, untuk kami menginsafi diri, lantas menitis air mata yang kadang-kala kami lupa untuk menghulurkan keikhlasan kami kepada Mu ya Allah...Pinta kami semoga Tuhan tidak pernah memandang enteng kepada kami walau dalam keadaan bagaimana pun keadaan kami ini. InsyaAllah...

Tatkala kita semua menghampiri saat-saat bahagia menghampiri Hari Raya Korban, jiwa saya turut tersentuh mengenangkan ada situasi yang perlu dikorbankan. Ia bukanlah situasi yang mudah, tapi bukanlah sukar untuk saya menerima pengunduran suami saya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dari jawatan CEO PMBK beberapa hari yang lalu. Saya menerimanya dengan hati yang tenang walaupun sedikit kecewa dengan situasi yang tidak memihak kepadanya.

Saya tetap optimis mengharapkan bahawa masih ada sinar yang akan menyelubungi kami sekeluarga. Walaupun ia sebuah memori yang pahit, saya tetap menerimanya dengan lapang hati. Namun terselit di jiwa saya rasa terkilan bahawa masih ada manusia di dalam kelambu PAS yang begitu rakus membaham sesama sendiri sehingga sanggup melukakan hati seorang tua yang juga Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, merangkap Tok Guru yang disayangi segenap lapisan masyarakat, yang tentu-tentunya beliau adalah Ayahanda saya yang tercinta. Jauh di sudut hati saya, sesungguhnya saya tidak rela ia terjadi begitu namun saya tetapkan pendirian bahawa yang terjadi itu ada hikmahnya dan barang tentu kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik!

Dalam menghadapi kemelut ini, ramai sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya bertanyakan khabar berita. Ada yang sekadar menghantar sms, ada pula yang sanggup melambungkan bil handphone mereka dengan bersoal-jawab bersama saya, tidak kurang yang sanggup datang ke rumah untuk mendengar saya ‘berceramah’. Paling saya hargai ada sepasang suami isteri dari Terengganu yang sanggup langsung ke rumah saya demi untuk mencari kebenaran. Pada waktu itu mereka semua menyatakan sokongan padu bahawa kami berada di pihak yang benar!

Hati saya tetap lapang meniti hari-hari yang penuh cabaran. Dalam menyusuri kemelut ini, saya dan suami sering berbincang kemungkinan-kemungkinan yang mungkin kami akan hadapi nanti. Walaupun begitu, kami tidak merancang apa-apa dan kami tiada perancangan ke atas kemungkinan-kemungkinan itu kerana kami masih optimis kami sentiasa di pihak yang benar. Namun siapa tahu kebenaran itu boleh tertimbus oleh kebatilan yang terancang!

Bukan sedikit kesan negatif yang terpaksa kami terima dari kemelut yang terancang ini. Perancangan kejahatan ini telah menemui titik noktahnya yang pertama! Namun saya tahu perancangan jahat ini masih belum menemui titik noktah penyudahnya!

Saya sentiasa bersedia menjadi sayap kanan kepada suami tercinta. Selagi saya yakin dia berada di pihak yang benar saya tetap akan padu menyokongnya. Bukan hanya dia yang membina keyakinan saya, namun saya masih ada keluarga yang jitu memperteguhkan kebenaran yang tercipta.

Saya sentiasa ada untuk menyokong segala gerak kerja suami saya dalam membangunkan negeri Kelantan yang tercinta ini. Saya sentiasa mahu menyuntik semangat kepada dirinya untuk bergerak maju menongkah arus membina kekuatan baru bagi negeri Kelantan ini. Saya sentiasa di sisinya untuk memberi idea yang terbaik dalam segala aspek kehidupan kami.

CEO

Hari ini suami saya masih CEO PMBK. Bagi saya pencapaiannya sungguh memberansangkan. Ia sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan kepada keluarga kami. Kami semua mengalu-alukan pencapaiannya itu. Namun siapa tahu akhirnya dia mampu dijatuhkan oleh satu fitnah yang terancang hebat.

Pada suatu hari dia memaklumkan kepada saya bahawa ayahanda telah melantiknya ke jawatan CEO. Saya mengucapkan tahniah. Apabila ada luang masa untuk berbicara dengannya saya mengingatkannya bahawa ini adalah suatu amanah yang besar. Bukan hari itu saja saya mengingatkanya, tapi sering! Saya sendiri mahu dia menjadi seorang CEO yang berjaya. Saya mahu dia sentiasa di landasan yang betul dan benar. Saya mahu dia dihormati kawan mahupun lawan. Bukan niat saya untuk menyibuk perihal kerjayanya, tapi saya tahu kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku kerana saya tahu apa itu politik!

Pelantikan suami saya ke ‘kerusi panas’ PMBK adalah daripada sokongan ayahanda tercinta. Saya bersetuju untuk suami memberi persetujuan kepada ayahanda menerima jawatan itu selepas hampir empat kali ayahanda menyuarakannya dalam tempoh setahun yang berlalu. Pada saat itu, saya pasti kelayakan dan kewibawaan suami saya adalah menjadi titik penentu ayahanda memilih dia untuk menerajui takhta PMBK.

Siri perlantikan ke ‘kerusi panas’ ini bukan berlangsung sebulan dua, namun ia memakan masa selama setahun dua. Apabila namanya dicadangkan oleh ayahanda, saya memberi nasihat untuk dia memikirkan semasak-masaknya. Saya meyakininya bahawa, terima jika berkemampuan, dan tolaklah jika ia suatu amanah yang tidak mampu digalas. Perasaanya ketika itu bersimpang-siur. Saya sentiasa disisinya untuk sebarang pandangan yang sihat, menerima amanah bukan seperti mendapat habuan yang indah, itulah ingatan saya kepadanya. Akhirnya dia memilih untuk menjawab ‘YA!’. Saya meyakini diri bahawa dia adalah calonnya untuk jawatan panas itu. Keluarga turut menyatakan sokongan. Dalam tempoh mendokong amanah besar itu saya akur kepada kehebatannya dan saya tahu dia boleh menjangkau impian besar ayahanda dalam menerajui bumi Kelantan ini.

Kami menjalani kehidupan seperti biasa walaupun selepas suami saya digelar CEO. Saya tetap berfungsi sebagai seorang suri kepada sebuah rumahtangga dengan menjalankan tugas-tugas rutin saya. Kadangkala kami berkunjung ke rumah ayahbonda. Ada masanya kami berbincang, apa saja isu yang terluah di meja makan yang kami panggil ‘persidangan meja bulat’. Tiada apa yang pelik selepas perlantikan itu, sekadar isu yang telah kami jangkakan, ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu! Kami tetap juga bersabar menghadapi hari-hari mendatang.

Segala kemungkinan yang mungkin berlaku hasil dari perlantikannya itu telah cuba kami hadap bersama. Apa yang pasti kami sedar bahawa fitnah akan sentiasa mengekori kami setiap masa. Kami cuba untuk membuat yang terbaik. Saya yang sentiasa optimis tidak pernah memikirkan bahawa suatu hari nanti dia akan kecundang. Saya sentiasa berkeyakinan bahawa apa yang baik akan dibalas baik. Saya sentiasa menyokongnya untuk berbuat segala jenis perkara kebaikan, bukan setakat kerana kebaikan itu adalah baik, tetapi beringat-ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan, baik dari kacamata kawan mahupun lawan kerana kita adalah ‘public figure’.

Saya sendiri tidak mendambakan kesenangan apabila suami saya dilantik menjadi CEO. Namun lumrah kehidupan, setiap kejayaan itu dirai dengan sebuah kegembiraan. Suami saya juga dikenali sebagai KJ Kelantan. Mana samanya? Tentunya suami saya lebih cerah, jika adapun sebenarnya dia bukan berkulit cerah. Bagi saya suami saya seorang yang terbuka, walaupun agak sukar untuk menerima kritikan, tapi dia bersedia untuk berhadapan mendengar sebarang kritikan.

Saya sentiasa memberi ingatan kepadanya. Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran. Kerana sukakan cabaran itulah dia sanggup menggalas jawatan penting yang disuakan kepadanya. Saya yakin dengan jawatan yang disandangnya itu mampu memberi ‘kuasa’ baru kepada daya saing negeri Kelantan.

Selain membawa watak sebagai isteri penyeri sebuah rumahtangga, saya juga sentiasa bersedia untuk memberi idea yang terbaik buat suami. Sebagai isteri, saya mahu dia menjadi suami terbaik didalam rumahtangga saya. Saya juga berusaha untuk memberi yang terbaik kepada kerjayanya. Saya sentiasa memberi idea yang segar kepadanya. Saya juga cuba membawa watak seorang sahabat yang dinamis selain daripada saya mencuba untuk menjadi seorang isteri solehah kepadanya.

Selain dari sokongan yang diberikan oleh ayahanda, saya tahu suami saya punya semangat yang tinggi dalam kemahirannya. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi di atas apa yang dia mahukan. Dia sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Tidak semua saya boleh bersetuju dengan segala tindakannya, namun saya berani memberi kerelaan kerana saya tahu rasional dia berbuat demikian. Saya iring dengan teguran-teguran yang membina agar dia tidak tersasar haluan. Saya mahu saya sendiri berfungsi adil kepada rakyat Kelantan kerana suami saya mensasarkan sesuatu yang lebih baik kepada mereka. Saya bangga kerana setiap apa yang dia lakukan adalah untuk kesejahteraan masa depan rakyat Kelantan. Saat itu, saya membina keyakinan yang lebih baik bahawa ini adalah keputusan terbaik ayahanda kerana dengan pengetahuan politik yang lumat, beliau tahu apa sebenarnya yang beliau mahukan. Bukan sahaja kecemerlangan akademik menantunya itu, bahkan lebih dari itu, iaitu sebuah keikhlasan untuk patuh dan taat pada setiap kemahuannya.

Tidak perlu untuk saya menutur kata bahawa saya menyokong segala gerak kerjanya, cukup sekadar saya menghargai kehidupannya yang sibuk. Saya tahu dia seorang yang kuat semangat dan saya juga tahu dia bekerja sehingga lewat pagi kerana sebuah kerelaan.

Namun sebuah impian yang tinggi tidak mudah kesampaian. Ia hampir karam di tengah jalan. Suami saya diserang fitnah bertalu-talu, tempiasnya memercik kepada ayahanda tercinta. Tidak berhenti di situ saja, ia terus menjalar menjengah nama bonda, saya sendiri, anak-anak, dan sesungguhnya saya sungguh bersimpati kepada nasib kakitangan PMBK yang turut dicerca sedemikian rupa. Saya merakam simpati kepada situasi yang tidak terduga ini.

Nasib masih menyebelahi kami kerana masih ada sokongan yang kuat buat kami. Terima kasih kepada ayahbonda kerana mempusakakan kepada saya semangat yang kental. Ayahanda tegar bertahan dengan keputusan, bonda meraih kekuasaan tuhan. Saya bertahan dengan sebuah pengharapan. Namun masih samar kelihatan jalan keluar dari kemelut ini. Suami saya tetap bertahan melawan arus yang kian mencengkam.

Ada saatnya ketika itu saya sekeluarga bersedih. Sebuah kerumitan buat kami semua. Namun kami sentiasa optimis masih ada sinar di penghujung cerita ini. Kami diuji, dan kami cuba menerima ujian ini dengan redha. Datangnya kami daripada sebuah keluarga yang berilmu dan beriman. Kami tahu benar untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Namun ia sukar, kerana kami terpaksa melawan musuh yang bergelar kawan. Kawan yang makan kawan. Kawan yang menggigit dalam diam, antara sedar dengan tidak, dia terus menghadam, sehingga terjadilah seperti hari ini...

KEMELUT

Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK.

Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!

Tidak perlu diperkenalkan lagi, namanya sudah masyhur satu alam, semasyhur nama suami saya sendiri. Dia sendiri yang mencipta kemasyhuran itu. Dia sendiri yang membuat publisiti murahan itu. Tanpa sebarang iklan. Tanpa sebarang bayaran. Percaya saja jika anda mahu. Tapi, jika anda seorang yang WARAS, AWAS! ada perangkap di hujung pena itu. Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja. Semestinya anda tidak kempunan untuk menjiwai peranannya itu. Namun saya masih reserve, kerana saya tahu dia seorang yang kreatif.

Apa yang saya tahu dia seorang umno. Kalangan rakan siber saya tidak menyebut umno, tapi lebih glam katanya jika disebut umngok! Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan. Pada awal kemunculannya di Kelantan, saya begitu tertarik dengan buah tangannya menghasilkan sebuah buku – yang saya lupa tajuknya – yang memaparkan pelbagai gaya ayahanda saya dalam pelbagai acara yang dihadirinya. Itu dulu. Sekarang lain. Kreatifnya itu sudah tersasar. Kali ini dia bukan lagi menghasilkan sebuah buku, tapi sebuah...filem barangkali...yang terlalu banyak dongengnya yang langsung tidak berpijak di bumi realiti.

Saya sendiri mengagumi hasil seninya terlebih dahulu sebelum mengenali empunya diri. Pertama kali saya mengenalinya ketika saya menemani suami yang mahu mencari samping untuk di pakai pada hari raya, kebetulan dia dan isterinya juga begitu. Tanggapan pertama saya, dia seorang yang baik walaupun saya agak terkejut melihat kepada isterinya, sungguh daring bagi rakyat Kelantan. Tapi jika ia boleh dikatakan satu fesyen, masih lagi boleh dimaafkan. Namun jika dilihat dari sudut agama, ia tidak menurut perintah tuhan. Dengan kata lain, berdosa.

Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay...so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok...? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian...Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya.

Jangan cuba membuka aib orang jika aib sendiri sudah tidak tertanggung badan. Semua orang ada aibnya, maka berpada-padalah! Kami yang dididik secara Islam tidak betah untuk bercakaran bagi membuka aib masing-masing, tapi adakalanya syaitan itu terlalu kreatif. Kami takut digoda sehingga melebih-lebih membuka aib saudara seIslam. Jangan sehingga perlu disaman, nanti anda pula diisytihar bankrupt. Tapi tunggulah masanya, kebenaran itu akan bersinar jua. Kami masih boleh bersabar walaupun sabar kami kian menipis. Hidup ini ada maruahnya! Tunggulah harinya! Kami yakin Allah itu Maha Adil. Jika kami tidak mampu membalasnya, kami berkeyakinan penuh bahawa balasan Allah itu adalah sebaik-baik pembalasan.

Jangan kerana satu isu picisan, anda menjadi kurang siuman. Jadilah seorang manusia yang adanya dikagumi, hilangnya ditangisi. Datanglah Kickdefella mengadap suami saya. Suami saya sudah menjemputnya terlebih dahulu di suatu ketika yang harinya masih mampu dibilang perginya. Tapi tiada pula datangnya. Dayuskah anda? Pengecutkah anda sehingga seringkali bertukar ID dalam blog sendiri?

Anda mampu menjadi seorang yang bertuah kerana anda mudah untuk menjenguk Tok Guru. Alangkah beruntungnya jika anda tahu merebut peluang keemasan ini. Tapi sebaliknya, anda sendiri memilih untuk rugi di dunia, jika dunia itu konsisten ke akhirat, maka rugilah juga anda di sana. Tidak terdetikkah di hati anda rasa sedikit bersalah? Jangan pula menyalahkan orang yang sudah tentu salahnya itu sudah terang kelihatan, tapi di mana letaknya akal waras anda? Fikir-fikirkanlah jika masih ada sel otak anda yang masih baik berfungsi.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong perjuangan kami. Terima kasih kepada ayahbonda yang banyak mendoakan kesejahteraan kami.

Tahniah kepada suami saya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap butir bicara ayahanda. Saya sentiasa disisinya untuk sentiasa menyokong kebenaran yang dipertahankannya. Hidup ini ada maruahnya. Berdiam diri bukan bermakna kalah. Berbuat bising bukan satu kemenangan. Diamlah untuk berbicara kepada tuhan yang Maha Mendengar.

Takziah kepada manusia hebat pembentang kejahatan. Usah berselindung disebalik wartawan-wartawan yang berbayar. Walaupun bunga tahi ayam itu cantik, ia tetap busuk!

Buat suami saya, lapangkan hati, tenangkan fikiran. Saya percaya masanya tidak lama untuk sebuah kebenaran tercipta. Berundurlah setapak dengan bermaruah untuk menjangkau terjahan yang lebih jauh. Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini.

Saya mungkin tidak terlepas dari sebarang kutukan, tapi saya sudah bersedia demi sebuah kebenaran yang perlu dinyatakan. Demi untuk kami sekeluarga. Ini adalah jihad saya. Saya punya kuasa jemari untuk meluahkannya.

Suami saya adalah pemimpin saya. Dia ketua keluarga bagi rumahtangga saya dan saya punya hak untuk mempertahankannya. Andai dia didapati bersalah, ada hukuman menantinya. Tapi untuk berserah kalah, itu bukan jantannya.

Fitnah ini melingkari kami sudah hampir tiga minggu. Saya mengharapkan ia beransur pergi sebagaimana perginya banjir dari bumi Kelantan ini. Suami saya masih muda, masih bersemangat dalam mencapai impiannya. Saya optimis masih ada peluang untuknya melangkah jauh ke hadapan, meninggalkan hari ini dengan sebuah kejayaan. Saya tetap teguh di sisinya hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah terbentang luas rezeki untuk kami.

Ini luahan hati seorang isteri...

Untuk ayahanda tercinta, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Menantu ayah ini adalah pilihan terbaik sebenarnya. Tapi apakan daya...Terima kasih ayah kerana menerajui bumi Kelantan yang mana keberkatannya terserak kepada zuriat kami. Kepada bonda, terima kasih atas segala-galanya. Anakanda tahu bonda banyak menitis air mata mendoakan kesejahteraan kami...


"Belajarlah untuk banyak MEMBERI, bukan untuk biasanya MENERIMA"
||helangsenja@yahoo.com||

Thursday, November 26, 2009

Merealitikan sebuah fantasi



Selepas thunami besar melanda Aceh, Indonesia, kini lain pula thunaminya. Bukan thunami musibah, tetapi hadiah. Thunami filem Islami yang kini giat diperkatakan. Filem diadaptasi dari novel yang telah menjadi mega best seller di merata-rata negara termasuklah Malaysia. Karya Habiburrahman El-Sherazy mula diperkatakan lewat kebelakangan ini. Setelah kejayaan besar filem “Ayat-ayat Cinta” yang diadaptasi dari novel best seller beliau, sekarang muncul pula “Ketika Cinta Bertasbih” yang menjadi igauan.

Selepas 2 jam lebih kami se”roommate” menonton bersama filem “Ketika Cinta Bertasbih 1”. Tetiba kawan saya menyapa.

“Kang Azzam tak nak tidur lagi ke?” Tanya kawan saya secara sepontan.

“Erk..ko panggil aku Azzam” kata saya dalam hati.

Ana nak gi jumpa Ust Mujab kejap kt bilik sebelah, nak lamar Anna Althafunisa” jawab saya selamba dengan tersenyum bersama-sama.

Kami pun gelak bersama. Tanda gurauan yang tak pernah sunyi dari bilik kami. Sungguh luar biasa pengaruhnya. Begitulah sketsa kami sebilik selepas menonton filem “Ketika Cinta Bertasbih”.

Itulah penangan besar karya filem cinta Islami. Terpengaruh dengan watak yang dibawa dalam filem tersebut menjadikan igauan setiap orang untuk menjadi seperti watak tersebut. Sesiapa pernah membaca novel “Ayat-ayat Cinta” dan “Ketika Cinta bertasbih”, pasti teruja dengan gaya bahasa yang dibawa. Mungkin ada beberapa kritikan untuk novel tersebut, tetapi lebih banyak kebaikan yang boleh diperbincangkan.

Sekarang semakin banyak cerita cinta Islami yang telah menambat hati penonton-penonton yang menontonnya. Di Malaysia, wujudnya “Nur Kasih”, “Syurga Cinta”, “Cinta Sempurna” yang mungkin ada yang ingin menjadi sebahagian watak utama pelakon tersebut. Saya pernah terdengar, ramai mak cik-makcik yang terpengaruh dengan drama “Nur Kasih” menyebabkan ramai yang ingin menjadikan seperti Aidil, Adam dan Nur Amina sebagai menantunya. Sungguh hebat kalau itu kesannya.

Tetapi hakikatnya, semua itu hanyalah fantasi belaka. Ia hanyalah lakonan sementara sahaja. Kalau yang kenal bagaimana perangai pelakonnya diluar drama tadi, mungkin ada yang terbeliak melihat aksi seksinya. Tetapi dalam drama lain pula aksi. Siapa orang itu, carilah sendiri.

Filem “Ketika Cinta Bertasbih” bagi saya banyak nilai Islami yang boleh dijadikan panduan seperti perinsip, pengorbanan, kecekalan, amanah dan sebagainya. Tetapi realitinya dalam masyarakat sekarang sangat sukar untuk mencari lelaki dan wanita yang sebegitu rupa. Kalau ada pun sangat sedikit.

Ada yang ingin berfantasi menjadi seperti Azzam, Fahri, Aisyah dan Anna, tapi mungkin kita berlakon hanyalah seketika. Tetapi, kalau kita selalu sudah biasa dengan lakonan kita dengan istiqamahnya mungkin ia boleh menjadi habit dalam hidup kita. Jadi, untuk berfantasi dengan watak-watak yang baik tidak salah. Malah mungkin itulah yang sebenarnya yang ingin diterapkan oleh penulis novelnya. Untuk berdakwah merubah kearah cinta yang bukan Islami, kepada cinta yang lebih mengenal PenciptaNya.

Oleh itu, berfantasilah untuk menjadi realiti. Kalau kanak-kanak berfantasi menjadi Batman, Superman, Keluang Man, maka, tindakan berpakaian, percakapan dan pergaulan mereka akan bertindak seperti super hero khayalan mereka. Begitulah sebolehnya kita. Fantasinya baik, maka baiklah impresi kita. Kalau buruk fantasi difikiran kita, maka buruklah perbuatan kita. Imaginasinya difikiran kita. Realitinya pada tindakkan kita. Kalau kita impikan wanita yang solehah, maka tindakan kita sesoleh semampu kita dan begitulah sebaliknya. Buat semampu yang kita ada, bukan hanya berkhayal semata-mata. Saya berharap, selepas ini bakal wujud filem-filem Islami yang boleh menjadikan alternatif kepada filem-filem yang rempit sana, buka sini, terbuka sana dan sewaktu dengannya.

Allahumma innii as aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala laddzii yuballighunii hubbaka. Allahummaj’al hubbaka ahabba ilayya min nafsii wa ahlii.

“Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu
dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu,
serta memohon curahan amal yang dapat mengantarkan
diriku mencintai-Mu. Ya Allah, jadikanlah kecintaan
kepada-Mu lebih tertanam dalam jiwaku
melebihi kecintaanku kepada
diri sendiri dan
keluargaku.”

Melly Goeslow Feat. Amee
(Ketika Cinta Bertasbih)

Lagu : Aden
Lirik : Melly Goeslaw
Penyanyi : Melly Feat Amee
Produksi : Aquarius Musikindo

bertuturlah cinta mengucap satu Nama
seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku

cinta yang bertasbih mengutus hati ini
kusandarkan hidup matiku pada Mu

bisikan doaku dalam butiran tasbih
kupanjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta
sudah diubun-ubun cinta mengusik resah
tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
sujud syukurku pada-Mu atas segala cinta

p/s: maaf le yer kalau macam sedikit jiwang =)
















Wednesday, November 25, 2009

Kenangan di kampung halaman


Sudah lama blog ini tidak terisi dengan entry baru. Suram sunyi dibuatnya. Kadang kala keinginan ada, tapi masa pula tidak mengizinkan. Kadang-kadang bersemangat untuk menulis, tetapi benda lain pula dibuatnya. Hmm, macam-macam ragam hidup ini.

Sudah lama rasanya tak bersama masyarakat kampung di sini. Dulu dan kini, banyak perubahannya. Kata orang, suasana kampung ini, boleh merehatkan minda kita seketika, setelah banyak “kerja” yang bertimbun di tempat belajar. Mungkin ada benarnya juga. Tetapi, sebagai aktivis dakwah ini, kata orang kerjanya setiap masa. Masa cuti pun ada benda perlu dilaksana. Takpa la. Tinggalkan sebentar “program”, kertas kerja, masalah dan perkara yang sewaktu dengannya di tempat sepatutnya. Kita bercerita tentang suasana kampung kita sahaja dulu.

Sebentar tadi, saya baru saja balik dari menunaikan solat Maghrib dan Isyak di masjid Tanah Merah. Kelihatan jemaah tidak begitu ramai memenuhi ruang-ruang saff yang ada di ruang utama masjid. Muka jemaahnya masih sama seperti 5 tahun dulu. Kerepot-kerepot, putih-putih rambutnya, bertongkat dan ada yang panjang janggutnya. Berserban dan berjubah itu menjadi perkara biasa bagi pakcik-pakcik di sini. Mungkin kerana ada “Haji” pada usia sebegitu.

Mana orang muda? Syabab? Adakah masjid ini hanya golongan yang “bertongkat”? Lu fikirlah sendiri bak kata Nabil. Sebenarnya ada saja orang muda, tapi boleh dikira berapa “kerat” ahlinya.

Mungkin ada yang sependapat dengan saya. Yang mana, surau, masjid, madrasah kita, kebanyakkan ahli jemaahnya orang-orang tua. Orang muda mungkin sibuk barangkali.

Dari Nabi SAW, beliau bersabda: “Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan shalat berjamaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seseorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk bezina), tapi ia mengatakan: “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang diberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kanannya, dan seseorang yang berdzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya.” (HR Bukhari)

Kita berada di golongan mana? Kalau ada kita yang tergolong di dalam mana-mana golongan, Alhamdulillah. Semoga kita terus istiqamah dan tidak riak dalam ibadat kita. Tapi, kalau kita tak ada. Banyak-banyak la kita mencari dimana pengakhiran hala tuju kita yang sebenar.

Seingat saya, pada zaman PMR saya dahulu, masjidlah menghubung antara rakan-rakan saya pada masa itu. Sekolah lain, kampung lain, pergi naik kenderaan lain-lain, tapi pertemuannya adalah di tempat sama. Iaitu di masjid. Pada kami waktu itu, masjid inilah mengeratkan ukhwah persahabatan kami. Rakan-rakan saya kalau saya masih ingat ketika itu, Azwan panjang, Shahrul, Shahmi, Hafizul, Mamat, Aje, Amin, Pokteh, Nafi dan ramai lagi yang saya pun dah lupa. Pertemuan di masjid menjadi perkara biasa. Lepak pun di perkarangan masjid. Dengar kuliah, borak-borak dan macam-macam aktiviti lagi. Masjid menjadi tempat perbincangan kami. Kadang-kadang, buat qiamullai sama-sama. Selepas pekena roti canai selepas pukul 12pagi itu, sama-sama datang masjid untuk buat Qiamullai. Pada waktu exam, study lepas isyak sama-sama.

Tapi itu zaman dulu. Zaman sekarang mungkin dah tak banyak orang muda suka ke masjid. Tempat berhubungnya di Facebook, MySpace, Friendster, chatroom, Yahoo Massenger, Yahoo Group dan sebagainya yang dah canggih manggih lagi. Mungkin juga suasananya sudah tiada.

Banyak kenangan zaman persekolahan dulu. Tapi itu dulu. Sekarang kita dah semakin dewasa, semakin sibuk dengan berbagai macam benda. Semakin banyak benda nak difikirkan. Tapi, itulah hakikatnya. Kita semakin meninggalkan kenangan kita. Kenangan bersama kampung halaman. Semoga kenangan ini terus menjadi semangat untuk mengembalikannya semula supaya ia menjadi ikutan anak dan cucu kita.


“Ramai orang yang boleh hidup dalam taat beribadat, tetapi sangat susah dan jarang orang boleh menghindar diri dari melakukan dosa dan maksiat diri”

||helangsenja@yahoo.com||

Wednesday, October 21, 2009

Annual General Meeting Ma'ruf Club 08/09



Annual General Meeting Ma'ruf Club 08/09

Salam to all members and IIUM students.

Maruf Club 08/09 will be organizing a AGM for this tenure. So, we would like to invite all members and students are to join our Annual General Meeting 2008/2009. The details are:


Date: 23/10/2009, Friday
Time: 8.30pm - 11.30pm
Venue: Experimental Hall, above of post office

>> Multimedia presentation
>> New Line Up Ma'ruf Club 09/10
>> Certificate for the active members during this tenure

..:: Special performance from percussion group, pentomin, and nasyid group from Devotees ::.
..:: Who attend early will be getting the doorgift ::.

~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

Pilihanraya Kecil Kampus UIA

Pilihanraya Kecil Kampus


Beberapa hari yang lepas, saya cuba mengikuti dari jauh perkembangan yang berlaku di kampus UIAM. Mungkin pelajar UIA sendiri sedar atau tidak, mereka sekarang sudah hampir di penghujung semester. Cuti bakal tiba, peperiksaan juga semakin dekat terasa. Takkala pelajar-pelajar lain sedang sibuk dengan presentation, quiz, assignment dan seumpamanya, di peringkat persatuan pelajar di kuliah pula sedang sibuk untuk menghadapi pemilihan kepimpinan baru di peringkat kuliah masing-masing.

PRK Vs PRU

Pilihanraya kecil ibarat memilih menteri besar di peringkat kuliah, manakala pilihanraya umum adalah untuk memilih menteri-menteri di peringkat universiti. Itulah politik kampus. Mahu ataupun tidak, mereka bakal mewakili kita. Biarpun pemilihan pelajar diperingkat kuliah atau fakulti ini tidak mendapat sambutan meluas seperti pemilihan untuk kerusi majlis perwakilan pelajar, namun di peringkat bawahan ini sebenarnya adalah manifestasi kepada pembawakan kuliah dan seterusnya di peringkat pemilihan majlis perwakilan pelajar.

Kehangatan PRK

Kehangatan pemilihan calon-calon baru yang bakal bertanding dalam kerusi kuliah makin terasa. PRO-M, PKPIM dan GPMS mula mencaturkan calon-calon mereka yang bakal bertanding di tempat yang strategik. Kerusi yang paling panas tentulah kerusi presiden dan kerusi-kerusi yang dirasakan penting bagi mereka. Borang-borang pencalonan mula diisi.

Masing-masing sibuk mencari-cari calon yang dirasakan sesuai untuk diwakili dan mewakili. Kumpulan yang menjadi tumpuan tentulah antara 3 kumpulan terbesar; PRO-M, PKPIM dan GPMS. Kuliah yang menjadi tumpuan pula kebiasaannya adalah Kuliah AIKOL (Persatuan Pelajar Undang-undang), EMSS (Persatuan Pelajar Ekonomi), ENGINIUS (Persatuan Pelajar Engineering) dan IRKHSS (Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian). Ini kerana, di kuliah @ fakulti ini, ia bakal menjadi proxy bagi 3 kumpulan tersebut.

Mesej SMS mula tersebar nama-nama calon yang perlu di undi untuk pemilihan nanti. Siapa paling ramai membawa undi mereka, maka, merekalah yang menang.

Kerusi IRK

Beberapa hari yang lepas, saya tertarik dengan pilihanraya kerusi di kuliah IRK. Kita dapat melihat kemeriahan gambar-gambar calon mula ditampal di sekitar bangunan kuliah. Nama-nama calon mula menjadi perhatian dan meniti dibibir-bibir rakan sekuliah. Adakah calon PRO-M bakal menang, ataupun PKPIM ataupun GPMS? Semuanya sudah terjawab. Kesemua calon-calon PRO-M menang dengan majoriti yang agak baik. Namun, jawatan bagi calon-calon masih lagi dalam perbincangan.

Kerusi Ekonomi

22hb pula adalah tarikh bagi pilihanraya kuliah Ekonomi. Selepas beberapa tahun kebelakangan ini calon PRO-M kalah bagi kerusi presiden, kali ini, PRO-M sekali lagi ingin bangkit untuk menawan semua kerusi paling panas tersebut. Apa yang menarik, beberapa calon sendirian sudah menarik diri di beberapa jawatan di saat-saat akhir. Mungkikah Kuliah Ekonomi bakal menjadi milik PRO-M ataupun sebaliknya. Kita tunggu dan lihat.

Kerusi Undang-undang

Kerusi yang paling panas dan kuliah yang paling hangat pertandingannya di UIA adalah kerusi kuliah Undang-undang. Ada orang beranggapan kuliah inilah medan sebenar PRO-M untuk mengukur pengaruhnya di UIA di kalangan massa di kuliah. Kerana pilihanraya bagi kerusi ini kebiasaannya bakal mempertaruhkan “nama-nama besar” di kalangan PRO-M, PKPIM dan GPMS. Pilihanraya kuliah ini menyusuri pelbagai onak dan duri untuk dipertandingkan, terutama kerusi presiden dan setiausaha. Ada yang sanggup memberi surat layang, berdebat,pengucapan awam antara calon-calon, grouping dan sebagainya. Ada juga yang di taja dikalangan sahabat-sahabat untuk bertanding. Apa yang pasti, ia bakal menguji ketahanan mahasiswa dan kematangan berpolitik masing-masing. Jika ada yang mudah terpedaya, mungkin mereka yang bakal kecundang terlebih dahulu.

نحن نقص عليك نبأهم بالحق إنهم فتية آمنوا بربهم و زناهم هدى

Maksudnya : “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar. sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambahai mereka dengan hidayah petunjuk.” - Surah Kahfi : 13

Sambungan di entry akan datang...

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Thursday, October 15, 2009

Mutiara Hati

Mutiara Hati

Hatiku mati
Bagai hilang pedoman diri

Ya Allah, kurniakan aku sekeping hati yang suci
Jauh dari noda dan derita
Jauh dari hitam dan sengsara

Ya Allah, aku dambakan sekeping hati yang ikhlas
Yang mudah menerima kebaikan
Sedar dalam membuat kesilapan

Ya Allah, kenapa hatiku susah untuk khusyuk kepadaMU
Kenapa ia bagaikan batu keras yang susah untuk dilunturkan

Ya Allah, jangan KAU tinggalkan aku dalam hati yang kelam dan suram
Mencari erti sebuah kehidupan
Jangan KAU biarkan aku keseorangan
Dalam hati yang penuh kegelapan

Ya Allah, kenapa hatiku susah untuk tersentuh dengan ayat-ayat suciMU
Kenapa hatiku tak terlentur dengan kisah-kisah para NabiMU

Ya Allah, jangan kau biarkan hatiku terus mati dalam meniti usia
Aku semakin tua, namun hatiku ini bagaikan muda sepanjang masa

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Aku seperti gila memikirkan hatiku yang kosong tanpaMU Ya Allah
Ubatilah hatiku ini sebelum terlambat

Terimalah taubat hati yang ingin kembali kepadaMU Ya Allah
Hanya ENGKAU yang mampu memberi hidayah dan
ketenangan dalam hati-hati orang beriman
Kurniakanlah aku hati umpama mutiara di dasar lautan
Semoga aku bakal tenteram dengan hati yang penuh sinar dan kilauan iman.


11.00 mlm
15 Oktober 2009
UIAM, Gombak





Monday, October 12, 2009

Bagan Pinang bukan ukuran PAS, tetapi DUN di Perak

Keputusan di Bagan Pinang akhirnya terjawab juga. Biarpun PAS mengalami kekalahan teruk, namun bukan kemenangan matlamat PAS. Tetapi, pemahaman orang awam kepada PAS.

Saya cukup tertarik untuk menulis artikel ini apabila melihat UMNO terus angkuh selepas kemenangan bekas "perasuah", Tan Sri Isa Abd. Samad. Media prima milik mereka terus bersungguh-sungguh menyatakan kemenangan adalah milik rakyat. Media mereka mengulas bagaikan kemenangan besar pilihanraya umum. Adakah mereka lupa Perak juga milik rakyat? Namun, Perak terus di aniaya. Rakyat jadi derita. Negeri jadi huru hara.

Bagan Pinang adalah milik UMNO, jadi tidak hairanlah kalau ia menjadi kemenangan bagi UMNO kembali. DUN di Perak akan sentiasa menang dengan usaha dan harapan PR dan di sinilah sebenarnya tempatnya untuk UMNO mengukur sejauh mana sebenarnya UMNO masih releven di hati rakyat dan masyarakat. Bukan di Bagan Pinang.

Kalau UMNO inginkan kemenangan sebenar, bubarkan DUN di Perak. Adakan pilihanraya semula. Buktikan UMNO masih releven di sana. Bukan kayu ukurnya di Bagan Pinang.

Keputusan ini ada hikmah yang mungkin tidak kita sedari. Sebagai mukmin yang sejati kita tentu tahu apa yang dikatakan "Istidraj" . Allah telah mengaturkan semuanya. Kejatuhan BN semakin hampir kerana kemenangan besar yang mereka perolehi menjadikan mereka terus angkuh dan sombong dan ALLAH akan tambahkan lagi keangkuhan dan kesombongan mereka itu tanpa mereka sedari yang akhirnya akan mengejutkan mereka dengan malapetaka yang lebih dasyat lagi.

Bagi mujahid dan mujahidah yang telah berjuang dengan penuh keikhlasan, teruskan usaha murni kita untuk kemenangan Islam. InsyaAllah kemenangan sejati akan tetap kita perolehi. Bila dan bagaimana, hanya Allah yang mengetahui segalanya. Kita sebagai makhluk yang bernyawa perlulah sentiasa berusaha dan terus berusaha. Walau apapun cara kita, Islam adalah matlamat kita bersama. InsyaAllah.


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"

||helangsenja@yahoo.com||

Sunday, October 11, 2009

Waktu Gempa Bumi Sama Dengan Surah & Ayat Al-Qur'an

Gempa bumi di Padang berlaku jam 17.16, gempa susulan jam 17.58, esoknya pula gempa di Jambi pada jam 8.52. Mari kita buka Al-Qur'an dan semak ayat2 di bawah ini (perhatikan nombor Surah dan nombor Ayat) . Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (QS. Al Israa ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Perlakuan buruk manusia mengundang bala/ bencana terjadi
Adakah bala dan ujian Allah datang tanpa dijemput? Pernahkah kita mengangkat kedua-dua tapak tangan ke langit untuk memohon bala dan ujian Allah SWT? Mestilah kita katakan tidak pernah. Hakikatnya, kita menjemput bala Allah tanpa disedari. Kita menyeru bala Allah dengan membanyakkan zina, menyebarkan budaya minum arak, memperkayakan kehidupan dengan mata pencarian haram, meninggalkan arahan Allah, melakukan segala larangan Allah, budaya keseronokan (hiburan) dan pembuangan bayi menyebabkan turunnya bala dan ujian Allah, sedangkan kita tidak menyedarinya. Sebenarnya kita hanya diberi bala dan ujian yang kecil jika dibandingkan bala Allah kepada Kaum Ad, Thamud, kaum Nuh, kaum Hud dan umat terdahulu sehinggakan mereka tidak mewariskan generasi kini dari kaum mereka.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (As-Syura: 30)

Sabda Rasulullah SAW: "Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak menurunkan hujan selama-lamanya. "
Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
· Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.
· Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
· Zakat dijadikan hutang.
· Suami turut kehendak isteri.
· Anak derhaka kepada ibunya.
· Anak lebih baik terhadap kawan.
· Anak suka menjauhkan diri daripada ayah.
· Suara ditinggikan di dalam masjid.
· Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.
· Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
· Arak diminum di merata tempat.
· Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
· Artis jadi pujaan.
· Muzik banyak dimainkan.

Sumber: http://maskuleen.blogspot.com

Sunday, September 20, 2009

Perlu ke malam raya nak sedih-sedih??

Kedengaran bunyi takbir sayup-sayup di masjid dan di surau berdekatan. Bulu romaku rasa berdiri. Mungkin ada rasa sebak bercampur gembira. Akhirnya aku berjaya lalui sebulan Ramadhan yang mungkin kali terakhir buat aku. MUNGKIN JUGA.

Siapa yang mendengar takbir raya, pasti ada juga rasa KEHAMBAAN dihati. Rasa rendahnya diri. Rasa besarnya KUASA Ilahi. Ada yang menitiskan air mata. Rasa syukur tidak terhingga. Rasa gembira tak terkata.

"Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…

Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…

Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…"

Yang masih mempunyai AYAH dan IBU, perbanyakkan melakukan kebaikan kepada mereka sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

Bagi yang sudah tiada salah seorang dari mereka, pasti akan terasa akan kehilangan mereka bila tibanya malam raya. Sudah 5 tahun abah aku pergi. Namun, raya tetap raya juga, jadi jangan terlalu sedih di malam raya. Jadikan malam raya dengan perbanyakkan ibadat sebagai salah satu tanda syukur kita selepas berjaya keluar dari Universiti of Ramadhan dengan mendapat taqwa dari Allah. InsyaAllah.


Masa beraya pada tahun 2007

ABAH dalam kenangan

Al-Fatihah...
Semoga ABAH bahagia di"sana" hendaknya. Amin...

Meratapi pemergian arwah ABAH yang pergi takkan kembali lagi


Dengan merendah diri, menyusun jari-jemari, saya ingin mengucapkan;
Salam Eidilfitri 1430H
Kullu Aam Wa Antum Bikhair

Minal A'idin Wal Faizin


Maaf Zahir dan Batin Andai Pernah "TerMACAM-MACAM" yang
menyebabkan ada yang terguris dan terasa.

Saturday, September 19, 2009

Persoalan mengenai Takbir Raya dan Qadha' Puasa

Ramai diantara kita mengambil remeh dan membuat tidak hirau mengenai perkara-perkara ibadat. Jadi, di sini saya kongsikan beberapa persoalan yang boleh merungkaikan beberapa permasalahan di antara masyarakat Malaysia.

Beberapa masalah tentang Takbir Raya

1. Bilakah mulanya dan berakhirnya takbir hari raya?

Jawapan:
Jumhur Fuqaha': pagi Idil fitri hingga keluar Imam untuk solat sunat Idilfitri.(Sayyid Sabiq: Fiqhussunah); manakala sebahagian Imam yang lain boleh bertakbir pada malam hari raya lagi (imam Nawawi dalam alAzkar)
----------------------

2. Apakah lafaz takbir yang ada nasnya?

Jawapan:
Nas yang terkuat dan diakui sendiri oleh Imam nawawi ialah: Allahu akbar 3X akhir kabiira.

Manakala lafaz yang kita lihat dipagi raya di Malaysia ialah lafaz Imam Syafi'iy dan ashabnya (imam Nawawi dalam al Azkar)

----------------------

3. Apakah mood sebenar takbir hari raya (kat Malaysia rasanya sayu je)

Mood yang sepatutnta ialah bertenaga dan bertambah kuat bila Imam sudah hampir menunaikan solat dan muslimin sudah semakin ramai (Imam Nawawi al Azar)

-------------------------

4. Adakah Raya Aidil Fitri selama 1 bulan Syawal?

Jawapan:
Hari raya idil fitri hanyalah sehari, Imam Abu Hanifah dan Imam Syafi'iy menyuruh umat Islam berpuasa sunat Syawwal pada tanggal 2 haribulan syawal.

nas hadis yang menyokong:

HR Nasa'iy, Ibn Hibban dari Anas, RasuluLlah saw bersabda, Allah telah mengganti kedua hari raya dengan duahari raya yang lebih bak iaitu Idil fitri dan Idil Adha.

HR Ahmad dan Muslim dari Aisyah RA:
tiap-tiap kaum mempunyai hari raya, dan hari ini (1 syawal) adalah hari raya kita.

Menjadi kebiasaan di pejabat-pejabat diadakan majlis perjumpaan idilfitri antara kakitangan dan jabatan-jabatan yang berlarutan hingga sebulan syawal; maka itu adalah adat dan uruf sesuatu bangsa yang dilihat dari sudut tujuan dan motifnya. Pertemuan dan majlis sambutan idilfitri sepanjang syawal ini tidak ada kena mengena dengan assunah malah ia perlu dikaji dr aspek boros, berlebihan dan melampau dalam agama yang tidak dituntut. Jika ia dianjurkan untuk mera'ikan anak-anak yatim dan org miskin, ia boleh diterima.

------------------------------

5. Bolehkah puasa qadha' digabungkan sekali dengan puasa sunat?

Pandangan pertama: menggunakan perbahasan kawa-id feqah (Bahawa setiap amalan adalah dengan apa yang dia niatkan) tidak membenarkan digabungkan dua ibadah : wajib dan sunat digabungkan sekali ; dalam hal ini puasa qadha' mesti dibuat dahulu kemudian baru diikuti dengan puasa sunat seperti puasa syawal.

Contohnya jika seorang wanita ada 10 hari puasa qadha' Ramadhan. Apabila tiba syawal dia dikehendaki menyempurnakan puasa qadha' dahulu sebelum dibolehkan berpuasa sunat 6 hari syawal; dia tidak boleh berpuasa dibulan syawal dengan mengggabungkan dua niat dalam satu puasa (yakni puasa qadha' dan puasa sunat).

Pandangan kedua: membolehkan puasa sunat dan qadha' digabungkan dalam satu.

Dr Wahbah azZuhaili (Fiqh Islami wa'adillatuh) menjelaskan: seseorang yang berpuasa qadha' dibulan syawal beroleh double bonus atau triple bonus yakni dia boleh pahala puasa qadha', juga pahala puasa sunat syawal sekaligus dan jika dia berpuasa pada hari isnin/khamis; dia juga mendapat pahala sunat isnin khamis.

Ini juga pandangan Imam Nawawi dan Ibn Hazm (al Muhalla): menurut Ibn Hazmin, nas yang menegah dari RasuluLlah saw tidak ada apabila baginda menyuruh kita berpuasa enam supaya kita menyempurnakan puasa qadha' terlebih dahulu.

Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha' pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha'nya di bulan-bulan lain. Ini juga satu cara.

Jadi menjawab soalan susulan di atas, apakah boleh kita puasa qadha' dan puasa sunat syawal sekali gus;

Jawapannya: boleh; jika menggunakan kaedah Ibn Hazm dan Wahbah Zuhaili; kita berniat puasa qadha' dalam bulan syawal dan sekaligus mendapat double bonus dan jika puasa itu jatuh pada Isnin/khamis; layak mendapat triple bonus secara automatik.

Rujukan: Permasalahan Fiqh: Bab Puasa dan Haji

Saat-saat terakhir di bulan RAMADHAN

Alhamdulillah, aku selesai menghabiskan surah terakhir di bulan barakah ini. Juzuk 3, Surah Al-Bakorah selepas berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran pada hari ke 26 Ramadhan. Alhamdulillah!

Tinggal beberapa minit sahaja lagi bulan Ramadhan Kareem 1430H bakal meninggalkan kita. Rasa sekejap je kita berpuasa cukup 30 hari pada tahun ini. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda mungkin kita tidak ketemu lagi dalam bulan-bulan yang lain.

Segala pengorbanan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan Allah s.w.t banyak meninggalkan kenangan di bulan Ramadhan.

Yang pasti, ramai yang akan menangis untuk meninggalkan Ramadhan. Belum pasti kita hidup di bulan lain.

Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah dan beristighfar kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajab doa untuk hari terakhir ini.

Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesali lah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya.

Semoga aku dapat istiqamah melakukan ibadah kepada Allah pada 11 bulan yang akan datang. Seorang sahabat baik aku telah pergi meninggalkanku pada 25 Ramadhan dan beliau tidak sempat menghabiskan Ramadhan pada tahun ini. Aku bagaimana?? Sedihnya hati ini untuk kita meninggalkan Ramadhan. Bukan kerana banyaknya hidangan, tetapi kerana nikmatnya beribadah di bulan Ramadhan yang mungkin tiada di bulan lain.

Ya Allah, sampaikan aku di bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Semoga aku berjaya hadapi nafsuku di bulan-bulan lain. InsyaAllah.

Wallahua'lam

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Monday, August 17, 2009

Lamanya tak update blog

Assalamualaikum w.b.t,

Kesekian kalinya saya masih lagi untuk terus berblog. Hampir 2 bulan blog ini tak ter"update". Itulah dugaan bila mempunyai blog. Kadang-kadang dalam seminggu berbagai-bagai tajuk untuk setiap entry, dan kadang-kadang ia menduga untuk sunyi sepi tanpa ada berita.

"Bang, bila nak update blog? Saya tengok dah lama sangat dah tak update. Kalau free nanti, update la blog yer"
"InsyaAllah, kalau ada masa, abang update. InsyaAllah.. :) "

Petang tu semacam ada rasa bersemangat untuk meng"update" blog. Luahan seorang senior saya telah memberikan saya kesungguhan untuk tidak membiarkan blog saya sepi tanpa ada berita. Walaupun blog saya ini lebih sekadar coretan peribadi, namun, diam-diam ada peminat misteri yang bertandang. Huh! Makin la aku segan. :)

Yang penting, bukan kekerapan untuk kita sentiasa mengeluarkan entry, tetapi banyak mana manfaat yang kita boleh bagi pada pembaca. InsyaALLAH, saya mesti sentiasa berinformasi. Jom sama-sama berdakwah melalui blog.

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Thursday, June 18, 2009

Perginya sebutir permata. Dr Fathi Yakan

Al-Fatihah buat almarhum..Dr Fathi Yakan

Tanggal 13 Jun 2009, perginya seorang pelapor gerakan Islam yang terkenal di seluruh dunia terutama sebagai pelapor awal kebangkitan gerakan Islam di Lubnan. Beliau adalah Dr Fathi Yakan, seorang ilmuan yang amat popular dengan bukunya di seluruh dunia iaitu buku "maza ya'ni intimai Ila Islam" (Apakah erti saya menganut Islam).

Buku inilah antara buku terawal yang didedahkan oleh naqib saya dalam usrah sewaktu disekolah dahulu. Malah, sesiapa yang ingin menjadi naqib untuk peringkat seterusnya, harus memahami sedikit sebanyak mengenai karangan buku beliau tersebut. Itulah kehebatan tulisan beliau yang menjadi rujukan banyak nuqaba' di seluruh dunia.

Namun, itulah lumrah hidup, setiap yang hidup pasti bertemu ajalnya juga. Moga-moga, permata yang hilang ini bakal ada penggantinya yang akan meneruskan dakwah Islam yang syumul ini.

Antara buku karangan beliau:
-APAKAH ERTI SAYA MENGANUT ISLAM
-BAGAIMANA KITA MENYERU KEPADA ISLAM
-GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN
-KE ARAH KESATUAN GERAKAN ISLAM
-RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH

Teringat antara kata-kata tulisan beliau di dalam salah satu buku karangannya "GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN". Beliau menulis;

"Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? Apakah
peranan pemuda dalam perubahan Islam yang dicita-citakan? Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu?

Kesemuanya ini akan cuba dibincangkan dan diperkatakan dalam kajian kita ini (Generasi muda dan Perubahan).

Kenapa mesti Pemuda?
Kenapa fokus selalunya kepada pemuda?
Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?

Itulah antara peringatannya kepada golongan muda. Sayangnya beliau kepada golongan muda. Semoga akan ada golongan muda yang bakal menggantikan beliau. InsyaAllah.

Sedikit catatan mengenai biodata beliau:
Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50-an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60-an. Beliau telah menjawat ketua umum dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut, beliau telah bertanding dan memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal pada kerusi tersbut sehingga pada tahun 1996. Kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau juga telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan di antara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pada tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku kesemuanya.
Biodata ihsan dari: http://www.mutiulhaq.blogspot.com/


وَالْعَصْرِ. إِنَّ اْلإِنْسَا َ ن َلفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ
وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesanpesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Monday, June 15, 2009

Catatan dari Dhaka, Bangladesh --> Syiria (Siri 2)

Catatan dari Dhaka, Bangladesh --> Syiria (Siri 2)

Sebelum saya tiba di Syria, saya pengambil penerbangan dari KL, Malaysia– Dhaka, Bangladesh – Sharjah, UAE – Damascus, Syria. Ia mengambil masa lebih kurang 3 hari di mana saya berhenti di Dhaka lebih kurang 1 hari dan di Dubai lebih kurang 12 jam sebelum tiba di Damsyik pada hari seterusnya.

Penerbangan dari KL ke Dhaka mengambil masa lebih kurang 2 jam penerbangan yang melintasi beberapa buah negara seperti Indonesia, Myanmar, dan Thailand.

Kembara ilmu saya ke Syria asalnya bersama 3 orang sahabat saya dari UIA, saya, Zahid (roommate saya) dan Shahrul (pelajar Engin), namun disebabkan sahabat saya Zahid mengalami beberapa masalah teknikal, kami terpaksa pergi berdua sahaja.

Sebelum terlupa, ingin saya ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang sempat menghantar saya ke LCCT iaitu Rauf, Amin, dan Suffian. Syukran sangat-sangat ye.

Mula bertolak dari Malaysia
Pada tarikh 7 Mei 2009, pukul 4.00 petang, saya bertolak dari Malaysia dengan menaiki AirAsia selepas flight saya agak kelewatan lebih kurang selama 1 jam 30 minit, namun ia tidak melemahkan semangat saya untuk ke Bangladesh. Untuk berhenti di Bangladesh, kami memerlukan cop dari kedutaan Besar Bangladesh di Malaysia terlebih dahulu sebagai keselamatan diri kita sebelum ke sana.

Bandar Dhaka dari atas

Pemandangan sebelum mendarat

Alhamdulillah, kami telah mendapatkan alamat sahabat saya Tarik di Bangladesh yang kini sedang belajar di UIAM untuk tinggal di rumahnya di Dhaka, kerana transit saya di Dhaka selama 1 hari, jadi kami memerlukan tempat penginapan untuk tidur dan berehat.

Tiba di Dhaka
Sesampai saya di Zia International Airport di Dhaka, saya telah dijemput oleh Sakib, adik kepada Tarik yang telah menunggu saya di sana. Saya juga agak terkejut dan berasa sebak bila melihat keadaan di luar airport di sana. Sebak bila melihat keadaan rakyat di sana. Kebanyakkan mereka adalah saudara se Islam kita, namun kemiskinan yang teruk menyebabkan mereka menjadi hina dan kita sebagai saudara mereka juga terasa hina.

Antara tempat menarik untuk dilawati

Budak peminta sedekah yang sangat banyak di Dhaka

Klik di sini untuk melihat lebih banyak informasi

Di sana, kita dapat melihat orang-orang tua merempat di tepi jalan menjadi perkara biasa. Pelbagai jenis ragam orang peminta sedekah, tak kira tua atau muda. Tidak berselipar kita dapat melihat di mana-mana, malah, di tengah bandar di tengah panas yang terik. Ada juga yang tidak berbaju dan berseluar. Muka mereka seperti seminggu tak mandi. Bau apatah lagi. Kita dapat lihat lalat berterbangan di sekitar peminta sedekah ini. Gaya peminta sedekah juga menyebabkan kita terharu melihat keadaan mereka. Mungkin itu juga satu lakonan dari mereka untuk meminta sedekah. Pesan dari Sakib kepada kami.

Bangunan-bangunan di Dhaka dari atas kapal terbang

Bangunan2 Dhaka

Sekitar bandar Dhaka dari atas

Sementara kami menunggu untuk mendapatkan kereta sewa, datanglah sekumpulan peminta sedekah kepada kami. Bila kami menjawab kami dari Malaysia, mereka bersungguh-sungguh meminta sedekah dengan rayuan supaya kami memberi sedekah kepada mereka. Malah, mereka berebut-rebut di kalangan mereka duit yang kami bagi. Mungkin kerana mereka mengetahui bahawa duit Malaysia tinggi harganya. Susah untuk saya gambarkan dengan tulisan dengan apa yang saya lihat sendiri keadaan di sana.

Burung kebangsaan Bangladesh

Di sana, bila disebut dari Malaysia, mereka memuji-muji Malaysia. Baik dari segi ekonomi dan Islamnya. Malah, sepanjang saya berada di sana, boleh saya katakan, mereka asyik memuji Malaysia kerana bagi mereka jarang rakyat Malaysia yang pergi ke negara mereka. Biasanya rakyat Bangladesh yang akan pergi ke Malaysia, tetapi pada hari itu, kami telah datang melawat ke negara mereka.

Sekitar bandar Dhaka pada waktu siang

Bas, antara pengankutan utama di Bangladesh

Pemandangan biasa di Dhaka, orang diatas bas

Kesempatan saya di Dhaka selama lebih kurang 1 hari, saya gunakan sepenuhnya untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai negara Bangladesh.

Kami Alhmdulillah dapat tinggal dengan keluarga yang agak selesa dan bagus dari segi akhlak, keadaan rumah dan sekitarnya. Keluarga pakcik Alamgir. Ayah kepada sahabat kami di UIA, Tarik. Kami tinggal dikuartes guru di Dhaka kerana Pakcik Alamgir adalah seorang pensyarah di politeknik di sana. Keadaan rumahnya bersih berbanding keadaan diluar sana yang sangat kotor dan sangat berhabuk. Mungkin kalau orang alegik sangat dengan habuk boleh mati di sana. Keluarga Pakcik Alamgir sangat peramah dan melayan kami dengan baik sekali. Nasib baik keluarga ini dapat berkomunikasi dalam bahasa English, kerana kebanyakkan rakyat mereka tidak pandai English. Jadi, mudahlah kami untuk bertutur dengan mereka.

Anak muda yang bersemangat waja
Di sampaing itu juga, kami berkesempatan untuk berkenalan dengan pemuda-pemuda Islam yang bersemangat waja di sana. Mungkin suatu hari nanti, merekalah yang bakal memimpin negara mereka dengan lebih baik. Banyak yang kami bualkan sepanjang perkenalan kami di sana. Terutama suasana aktiviti kemahasiswaan di sana kerana yang kami temui adalah di kalangan pemimpin-pemimpin pelajar di sana.

Salah sorang anggota WAMY Bangladesh,
bakal menjadi pemimpin Bangladesh satu hari nanti

Bergambar kenangan bersama anak-anak muda

Kebetulan juga Pakcik Alamgir itu salah seorang ahli Jemaat Islami Bangladesh (seperti PAS jika di Malaysia), jadi makin luaslah perbualan kami di sana. Malahan, anaknya juga Sakib adalah salah seorang aktivis mahasiswa di sana. Mereka bersemangat untuk mengubah hidup rakyat Bangladesh suatu hari nanti. Aktiviti mahasiswa di sana sangat hebat. Malah, ada mahasiswa yang pernah meninggal kerana memperjuangkan hak rakyat mereka. Terdapat banyak persatuan pelajar di sana, kalau di Malaysia, semacam PMI di kampus-kampus dan semacam GAMIS, PKPIM dan JIM jika induknya. Kebanyakan persatuan pelajar di kampus-kampus ini berani menyatakan kebenaran kepada kerajaan mereka.

Pejabat Jemaat Islami Bangladesh di Dhaka

Melawat beberapa tempat menarik di sana
Mungkin kerana kesuntukan masa, kami tidak dapat melawat banyak tempat di sana. Kami hanya melawat beberapa tempat di sekeliling rumah penginapan kami di sana sahaja. Antaranya, pejabat pusat parti Jemaat Islami di Dhaka, universiti Bangladesh dan beberapa buah university, masjid Negara, pusat membeli belah semacam Jalan India dan sekitarnya, tempat bersejarah dan tugu-tugu memperingati pejuang kemerdekaan mereka dan bersiar-siar di sekeliling Bandar Dhaka yang sangat sibuk sekali.

Kenderaan yang banyak digunakan, dinamakan CNG, macam teksi

Motor ini yang banyak didapati di Dhaka

Sekitar Bandar Dhaka
Terdapat 6 buah negeri di Bangladesh dan Dhaka adalah negeri paling ramai penduduknya. Di Dhaka bagaikan negeri 24 jam kerana suasana orang di sana sentiasa bergerak. Kita dapat melihat orang sangat sesak sekali. Tambah lagi pada waktu siang.

Tugu peringatan tokoh-tokoh Bangladesh

Salah satu mercu tanda di Dhaka

Kenderaan lama yang masih digunakan hingga sekarang

Kenderaan yang sentiasa digunakan di Bangladesh

Kita juga dapat melihat suasana yang sangat sibuk. Dengan sistem pengangkutan yang sangat teruk. Suasana yang sangat bising dengan bunyi hon di sana sini. Ia bagaikan sistem pengangkutan yang huru hara. Polis trafik ada, tapi bagaikan tunggul pulak. Bawa kenderaan yang berlawan arus menjadi kebiasaan. Kereta juga laju-laju di sana.

Keadaan di sekitar pasar di Dhaka

Orang di atas kenderaan terutama di atas bas menjadi perkara biasa. Mungkin inilah salah satu unik rakyat mereka. Kita dapat melihat orang berniaga di mana-mana. Kebanyakkan mereka kanak-kanak yang tidak bersekolah.

Logo Parti Jemaat Islami Bangladesh

Tidak dapat saya gambarkan bagaimana mereka boleh hidup dengan suasana semacam itu.

Saya juga tertarik dengan wanita di sana. Kebanyakan mereka jarang keluar rumah dan susah untuk kita dapat melihat wanita di sana berkeliaran dan melepak di sana sini. Tidak kira malam ataupun siang. Mungkin kerana mereka menjaga wanita di sana.

Bertolak ke Dubai
Selepas penat berjalan, kami pulang lewat tengah malam dan kami telah dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah. Saya juga sempat membawa buah tangan dari Malaysia yang mak saya kirimkan iaitu keropok goreng.

Makanan popular di Bangladesh, acar mempelam dan sosnya. Sedap!

Maruku mcm maruku Malaysia

Antara makanan Bangladesh yg dihidangkan utk kami

Pada keesokan harinya, lebih kurang pada pukul 8 pagi, kami akan bertolak ke Dubai. Agak sebak di hati kami untuk meninggalkan Dhaka. Walaupun kami bertemu hanya seketika, namun ia bagaikan suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Apatah lagi ia adalah suatu pengalaman yang unik di negara orang miskin seperti Bangladesh. Saya doakan semoga anak-anak muda Bangladesh bakal merubah suasana hidup masyarakat di sana. Amin.

Kapal terbang Bangladesh Airlines

Saya dan Pakcik Alamgir, Tuan rumah yang kami menginap

Shahrul, Pakcik Alamgir dan saya

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Tidak seorangpun yang keluar dari rumahnya,kecuali ada dua panji-panji,salah satu daripadanya berada di tangan malaikat sedang yang lainnya di tangan syaitan.Maka jika keluarnya itu untuk suatu urusan yang disukai Allah swt ia akan diiringi oleh malaikat dengan panji-panjinya.Demikianlah ia akan selalu berada di bawah panji-panji malaikt sampai ia kembali ke rumahnya. Sebaliknya jika keluarnya itu untuk suatu hal yang dimurkai Allah,maka orang itu akan diiringi oileh syaitan dengan panji-panjinya.Dan demikianlah ia akan selalu di bawah panji-panji syaitan sehingga ia kembali kerumahnya.”
(Riwayat Ahmad dan Tabrani )

Bangunan universiti di Dhaka

Keadaan dalam masjid negaranya yang sangat luas

Info menarik tentang Bangladesh:
- Bangla bermakna masjid, Desh bermakna tanah; Bangladesh = tanah yang mempunyai banyak masjid
- Dhaka (Ibu Negara Bangladesh) = city of the mosque
-Terdapat lebih kurang 4000 masjid di Dhaka sahaja
- Negara ke-2 teramai Islam di dunia selepas Indonesia
- Terdapat pantai terpanjang di dunia
- Cuti bekerja hanya satu hari sahaja, iaitu pada hari Jumaat sahaja
- Beza masa Bangladesh dengan Malaysia hanya 2 jam
- Penduduknya seramai lebih kurang 150 juta orang di Bangladesh dan di Dhaka sahaja 120 juta
penduduk
- Agama: 90% Muslim, 5% Hindu dan 5% lain-lain
- beza mata wang Malaysia dengan Bangladesh adalah RM1 = Taka 14
- Terdapat 43 parti di Bangladesh dan Jemaat Islami adalah parti ketiga terbesar. Jemaat Islami ini seperti PAS yang telah diasaskan oleh Sheikh Al-Maududi
- Persatuan pelajar Islam seperti GAMIS di kampus dinamakan Shatra Shivil yang banyak memperjuangkan hak-hak mahasiswa di Bangladesh

Sedikit belajar mengenai bahasa Bangladesh:
- Gi = Yes
- Na = No
- Am = Manggo
- Acar = Sos
- Bayya = Brother
- Chad = Moon
- Surjo = Sun
- Bon = Sister
- Rasta = Road
- Tumikamonadio = Apa khabar
- Stri = Wife
- Valo = Fine
- Putro = Son
- Ake = One
- Dui = Two
- Tin = Three
- Syurjah = Terus
- Dane = Right
- Bame = Left

7.30 pagi,
8 Mei 2009,
Teacher’s Dormitory, Tejgaon,
Dhaka, Bangladesh


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||