Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Showing posts with label Ma'ruf Club. Show all posts
Showing posts with label Ma'ruf Club. Show all posts

Wednesday, October 21, 2009

Annual General Meeting Ma'ruf Club 08/09



Annual General Meeting Ma'ruf Club 08/09

Salam to all members and IIUM students.

Maruf Club 08/09 will be organizing a AGM for this tenure. So, we would like to invite all members and students are to join our Annual General Meeting 2008/2009. The details are:


Date: 23/10/2009, Friday
Time: 8.30pm - 11.30pm
Venue: Experimental Hall, above of post office

>> Multimedia presentation
>> New Line Up Ma'ruf Club 09/10
>> Certificate for the active members during this tenure

..:: Special performance from percussion group, pentomin, and nasyid group from Devotees ::.
..:: Who attend early will be getting the doorgift ::.

~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

Monday, June 08, 2009

Jemputan ke Majlis Perkahwinan

"Menjemput saudara dan saudari ke Majlis Perkahwinan saya pada ........." satu masej yang saya terima dari seorang senior, 4 minggu sebelum majlis perkahwinannya.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Mungkin tajuk entri di atas ini telah menjadi kebiasaan bila bermulanya musim persekolahan dan cuti semester pelajar-pelajar kampus. Ia bagaikan musim mengawan si jantan dan si betina dalam putaran kehidupan seekor haiwan.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada sahabat-sahabat saya yang telah melangsungkan dan bakal melangsungkan perkahwinan pada awal musim pengawan ini.

Yang terkini yang dapat dikongsi, sahabat sekuliah (Siti Nabilah) dan rakan seperjuangan dan juga bekas Tim. Presiden Ma'ruf Club sesi 0708, Abg HafizBad yang juga merupakan salah seorang mentor saya yang saya kagumi,

Muhammad Hafiz Badarulzaman & Siti Nabilah Sulaiman

(Rumah Pengantin Perempuan-Siti Nabilah Sulaiman)

Tarikh: 31 Mei 2009
Hari: Ahad
Alamat: No. 103, Taman Ria, Jalan Inai, Kota Tanah, Seberang Perak, ALor Setar, Kedah

DAN
(Rumah Pengantin Lelaki-Muhammad Hafiz Badarulzaman)
Tarikh: 7 Jun 2009
Hari: Ahad
Alamat: 15/3 Taman Bersatu, Bedong, Sg Petani, Kedah
Link dari http://hafizbad.blogspot.com/

dan senarai kenalan lain yang dapat saya senaraikan di sini..
1. Faizal UIA & Alia (6 jun)
2. Abg Azreen UIA Kuantan & AC (6jun)
3. Abg Taufiq UIA & Kak Dekma UIA (20 jun)
4. Athiq JORDAN & Maryam (27 jun)
Link dari http://www.zikr-amin.blogspot.com/

Suka saya untuk berkongsi satu cerita 2 orang pemuda dan pemudi yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Moga-moga cerita sebegini dapat dimanfaatkan bersama.

Pada suatu hari, seorang pemuda telah pengutuskan sepucuk surat kepada bakal isterinya beberapa bulan sebelum majlis perkahwinannya kerana ia merasakan seperti ada sesuatu yang bakal terjadi kepada dirinya. Maka, dia pun menulis sepucuk surat untuk menyatakan rasa cintanya itu..

..................................

BAKAL ISTERIKU,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan
kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.

Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah yang menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. Inilah kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon isteriku.

Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu.

Umar mendengar semua perbincangan mereka. Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:“Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan air. Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu? Ibu itu bertanya lagi:“Apakah larangan Amirul Mukminin itu?”

Puterinya menjelaskan: “Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air”Ibu itu berkata lagi: “Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya”

Puterinya menjawab: “Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita. Maafkan saya wahai ibuku, kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila di belakang mereka.”Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut.

Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut. “Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh.”Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.

Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana mereka lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah hakikat sebuah baitul muslim.

Calon isterikuku yang telah dijanjikanNya ,
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.

Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.

Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.

Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah.

Bakal isteriku yang dirahmati,
Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.

Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa. Yang terakhir ingin aku nyatakan, andai aku tidak berkesempatan bertemumu ketika diijab qabulkan di dunia, semoga doaku kita bakal bertemu di syurga ALLAH. Amin..

Salam buat teman solehahku...

--------------------------------------------

Maka, benarlah apa yang dirasakan pemuda tadi, ketika dalam perjalanan dia menuju ke rumah pengantin perempuan di majlis pernikahannya itu, maka berlakulah satu kemalangan yang telah meragut nyawa seorang pemuda dan pemuda itu adalah bakal pengantin pada hari itu.

Semoga perkongsian cerita saya ini dapat memberi manfaat terutama kepada bakal ke jinjang pelamin. Wallahu 'alam.

8/6/2009,
7.30 pagi,
Damsyik,
Syria

Perkahwinan bukan sahaja untuk kita tetapi untuk anak,
cucu dan keturunan kita.
Siapa mereka nanti, mungkin ia bermula dari kita.
Renung-renungkanlah.

Friday, May 01, 2009

Ma'ruf Club serah Memorendum kepada Kabinet Negara

Salam,

Sekali lagi Maruf Club melakar sejarah untuk tahun ini apabila pada 30/4/2009 beberapa ahli MC bersama-sama dengan delegasi persatuan mahasiswa yang lain menyerahkan memorandum bantahan berikutan tindakan kabinet menetapkan agama asal anak mengikut agama asal ibu dan bapa semasa mereka berkahwin di Putrajaya.

Walaupun saya tiada, sebab tak sempat pergi dek tersilap tempat, rugi ar..klu tak bleh masuk Malaysiakini. hehe. Sib baik tak pi, sebab niat tak ikhlas dah. huhu. Klik baca lagi untuk melihat video.

Ma'ruf Club yang di wakili oleh Presiden,Saudara Mohd Faridzul ,Timbalan Presiden 2, Saudari Nurul Syuhada Shuib, Exco Perhubungan & Protokol, Saudara Mohd Hafrez Affiq dan tiga lagi ahli Ma'ruf Club turun untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Bersama-sama Ma'ruf Club ialah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (MPIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Mahasiswa harus bertindak aktif dalam mendepani pelbagai isu semasa supaya mahasiswa dilihat "check and balance" pada kerajaan. Jadi, kerajaan harus juga bertindak proaktif diatas memorendem yang dihantar.


* Dipetik dari www.marufclub.blogspot.com

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Sunday, March 29, 2009

Muhasabahlah sebelum anda dimuhasabah..



Alhamdulillah, kita semakin di akhir semester. Sudah lebih kurang 60 hari Ma'ruf Club bergerak membawa agenda amar ma'ruf nahi mungkar. Maka, beberapa hari yang lepas adalah hari untuk kita sama-sama muhasabah segala perjalanan kita selama 1 semester. Telah banyak program dan gerak kerja yang telah dijalankan untuk kita sama-sama mencapai tema kita, MENGUNGGULI DA'WAH, MEMIMPIN UMMAH.

Di sini ana ingin mengajak sahabat-sahabat supaya sama-sama menghayati ayat tema kita, yang bermaksud.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah
kemenangan yang besar”.
(at-Taubah:111)

Tiada yang lebih besar usaha kita melainkan ingin membeli dengan Syurga Allah SWT. Semoga muhasabah yang telah dilontarkan baru-baru ini, menjadikan kita lebih bersemangat untuk terus istiqamah dalam segala bentuk gerak kerja jemaah Islam pada masa akan datang, bukan setakat untuk berada di universiti sahaja, bahkan ke medan yang sebenar yang lebih mencabar. Semoga Allah akan membeli usaha-usaha kita yang kita telah lakukan untuk Islam. Moga, syurga adalah milik kita bersama. InsyaAllah..

Ana tutup kalam ana dengan satu ayat:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسٌ۬ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدٍ۬‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ (١٨

"Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan." (Al-Hashr: 18)

Hayatilah muhasabah kita sebelum kita bakal dimuhasabah oleh Allah SWT.



"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Wednesday, March 25, 2009

J..study..j..study dan j..study..2 pilihan terbaik dalam hidupku..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
(Surah Al-Ankabut : 2-3)

Assalamualaikum dan selamat pagi..
(Diantara permulaan naqibku sebelum memulakan ucapannya). Ringkas dan padat..

Minggu ini sudah masuk antara minggu-minggu terakhir sebelum fatrah EXAM bermula. Baru tadi lepas presentation subjek Marketing Management. Sangat menarik. Berlakon jadi CEO, tapi dah macam real dah. Mudah-mudahan Allah permudahkan subjek ni dalam final nanti..insyaAllah..

Minggu-minggu terakhir ini sudah menjadi kebiasaan untuk minggu-minggu presentation, quiz, assignment dan test. Ada lagi 1 test, 2 presentation dan 3 assignment yang tak settle lagi. Huh! Sungguh memenatkan. Dan minggu ini jugalah untuk persediaan aku ke Yaman, dan untuk finalize balik program-program Ma'ruf Club yang akan dijalankan pada short semester dan sem 1 nanti.

Pelajaran no. 1 tetapi Jemaah bukan no. 2.
Perkara inilah yang selalu ditekankan oleh senior-senior kepada adik-adik yang join jemaah. Aku bersetuju. Tetapi kalau kita tukar jadi, PELAJARAN NO. SATU, JEMAAH NO. SATU. Bagaimana? Ada kelainan tak?? Nampak sama. Tapi penerimaan berbeza. Pelajaran memang menjadi no satu. Kita masuk U memang untuk cemerlang dalam pelajaran even aku tak jadi pelajar cemerlang. Tetapi, gerak kerja jemaah juga menjadi no. 1. Yang penting bagaimana kita manage masa dengan baik.

Tiada alasan untuk kita katakan gerak kerja Islam menjadi masalah pada pelajaran. Sangat banyak masa yang terluang untuk kita study. Gunakanlah minggu-minggu terakhir ini, untuk mutalaah pelajaran. Ada lagi masa untuk kita sama-sama score dalam final exam ni. Buktikan kita cemerlang dakwah, pelajaran gemilang.

Perjalanan kita masih jauh, kita berjuang bukan untuk universiti, tapi untuk ummah. Masyarakat sedang menunggu akan munculnya Salman Alfarisi, Salahudin Al-Ayubi, Muaz bin Jabbal, dan banyak lagi pejuang-pejuang muda yang cemerlang dalam pelajaran mereka dan juga dalam masa yang sama memperjuangkan Islam dimuka bumi Allah. Teruskan STUDY kita untuk kecemerlangan bersama!

Dari Hasan Al Banna :
Saudaraku...
Janganlah engkau putus asa,
kerna putus asa bukan akhlak seorang Muslim.
Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin,
dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok.
Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian
masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita,
meski fenomena-fenomena kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka.
Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya
dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

^_^ Kalau aku jadi baik. istiqamah la aku dalam golongan yang baik-baik, kalau aku di uji dengan golongan yang tidak baik, kau bantulah aku dalam memberi sahabat-sahabat yang baik ^_^

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Tuesday, March 10, 2009

Salam Maulidurrasul SAW 1430H


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
|| helangsenja@yahoo.com ||

Friday, February 27, 2009

Creative Dakwah Workshop MC

* Sesiapa yang rasa nak mahirkan diri dalam bidang Photoshop, boleh la menghadirkan diri ke Program Creative Dakwah Workshop:

Tarikh : 1 Mac 2009
Tempat : Bangunan IRK, UIAM
Masa : 9 pagi - 5 ptg
Yuran : RM8
Anjuran: Sekretariat Informasi, Penerbitan dan Multimedia, Kelab Ma'ruf, UIAM

* Makanan dan sijil akan disediakan
* Sila bawa laptop anda masing-masing
* Installer Adobe Photoshop disediakan
* Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Sdr. Zahid : 013-2229581
Sdri. Shahidat: 013-3005476

-Datang, jangan tak datang.. Mahirkan diri anda untuk Islam.

Thursday, February 26, 2009

Ma'ruf Club: Akan sentiasa jadi yang terbaik

Mungkin masih ramai tidak begitu mengenali Kelab Ma'ruf atau sinonimnya di kalangan pelajar UIA dengan Ma'ruf Club. Mungkin ramai yang tidak tahu Ma'ruf Club ini adalah seangkatan dengan PMI di kampus-kampus lain dan pada kali ini Maruf Club cuba "re-energizing" pengaruhnya dalam agenda dakwah Islamiyah ke seluruh pelusuk tanah air.

Dengan membawa tema baru pada tahun ini, "INSPIRING DA'WAH, LEADING THE UMMAH" dengan membawa maksud, "MENGUNGGULI DAKWAH, MEMIMPIN UMMAH" telah memberikan harapan baru kepada generasi yang bakal menjadi kepimpinan negara pada masa hadapan.

Lebaran baru ini diharap supaya dapat membuka ruang-ruang yang boleh Ma'ruf Club mengisi dalam konteks siasatud dakwah.

Harapan kepimpinan pada kali ini juga mengharapkan institusi tarbiyah dapat diperkemaskinikan semula setanding perjalanan Ma'ruf Club menuju masa hadapan.

Berbekalkan nama Ma'ruf Club yang telah sekian lama dikenali oleh mahasiswa UIA khususnya akan cuba mengorak langkah dengan memberikan program-program yang berguna dan bermanfaat selaras dengan matlamat kerajaan yang ingin melihat mahasiswa minda kelas pertama.

Inilah yang kami cuba tonjolkan dengan program-program bermentaliti pemimpin negara, seperti yang terbaru, Forum Intelektual Isu Semasa yang mengupas mengenai isu-isu negara yang berlaku sekarang.

Yang pasti, Ma'ruf Club akan sentiasa melakukan yang terbaik dan terus bersama-sama mahasiswa dalam mendepani cabaran pada masa hadapan.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,
dan itulah kemenangan yang besar”.

(at-Taubah:111)

Intipati ayat di atas mengajak kita terus mengimani bahawa sunnah berjuang itu menuntut kepada pengorbanan dan keberanian. Marilah kita sama-sama mengisi kemenangan kerana itulah tanggungjawab kita.

Kita sebenarnya telah dipilih oleh Allah untuk berada di jalan ‘susah’ ini. Tawaran Allah untuk membalas kesusahan kita dengan syurga tidak dapat ditandingi dengan mana-mana tawaran mega duniawi yang lain. Sesungguhnya tidak ada jual beli yang paling menguntungkan melainkan jual beli dengan Allah. Keuntungannya mengatasi segala impian duniawi. Sudah tentu, peluang ini tidak seharusnya dilepaskan dengan begitu sahaja.

Kita tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada perjuangan ini. Yang ada pada kita hanyalah masa, wang, tenaga, darah dan air mata. Saya mengajak diri saya dan para mujahid dan mujahidah, we unite For Islam sekalian untuk melaksanakan baiah kita kepada perjuangan Islam. Marilah bekerja sehabis kudrat bersama untuk merealisasikan impian kita “Mengungguli Dakwah, Memimpin Ummah”.

ISLAM SENTIASA BERSAMA KITA. TAKBIR!

Ma'ruf Club akan sentiasa dihati kita dan masyarakat UIA.

~ Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DA'WAH, LEADING THE UMMAH *