Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Sunday, January 17, 2010

Sepintas lalu Pilihanraya kampus UIA 09/10


"La, ko pun calon Pro-M juga rupanya. Aku ingat ko tak bertanding. Bla..Bla..Bla............" seorang calon menunjukkan mesej yang diterima dari salah seorang kawannya.

[Salah seorang calon untuk kerusi di Kuliyyah Ekonomi ]

Tersenyum bila membacanya. Terdetik di hati saya. Begitu kuat sekali pengaruh Pro-M ketika suasana pilihanraya kampus ni.

Sudah lama tak mencoret sesuatu di laman blog ini. Jadi, dalam waktu yang terbatas ini, saya ingin berkongsi sepintas lalu suasana dalam minggu pilihanraya kampus ini. Pada pandangan saya, pilihanraya kali ini tidak sebegitu meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini kerana:

1) Pada kali ini, mechandize atau hadiah berkempen tidak dibenar untuk digunakan sebagai barang untuk berkempen. Peraturan baru ini menyebabkan mahasiswa tidak boleh menunjukkan kretiviti mereka untuk berkempen dan tiada daya tarikan kepada pengundi untuk mengundi calon-calon kuliah mereka.

2) Dua kuliyyah menang tanpa ada pertandingan. Seperti Kuliyyah Undang-undang dan Kuliyyah Seni Bina. Ini kerana beberapa calon menarik diri ketika penamaan calon berlangsung. Ini menyebabkan tiada persaingan dan tidak ada demokratik dalam pemilihan untuk PRK kali ini.

3) Suasana yang lesu dari pihak pentadbiran apabila beberapa notis yang hanya ditampal lewat dan tidak ditampal di seluruh UIA menyebabkan ramai mahasiswa tidak tahu mengenai notis tersebut.

Walaupun beberapa peristiwa yang berlaku pada pemilihan MPP UIA kali ini.Bagi saya, ia tidak akan melemahkan semangat dan idealisma mahasiswa untuk terus berusaha dalam memastikan intelektualism mahasiswa tidak di"perbodohkan" sewenang-wenangnya. Selamat berkempen kepada semua pelajar UIA.

Info:
Berkempen: 7 hari (dari 15/1/10 hingga 20/1/2010)
Pengundian : 21/1/10 - dari pukul 8pagi sehingga 4.45 ptg


" Mahasiswa yang dungun hanya melakukan 3K dalam kampusnya. Ke kuliah, ke kelas dan ke kafe. Alangkah ruginya kalau mahasiswa tidak menggunakan sebaik mungkin kuasa "MAHA" siswanya untuk ummat dan masyarakat seluruhnya"

>> Ikuti berita mengenai pilihanraya kampus UIA di http://promahasiswauiam.blogspot.com

"Belajarlah untuk pandai MEMBERI, bukan hanya untuk suka MENERIMA"
||helangsenja@yahoo.com||

ANALISIS RINGKAS ASPEK-ASPEK ASAS GERAKAN MAHASISWA (3)


Pertama: Agenda utama gerakan mahasiswa adalah untuk menentang kekufuran dan kezaliman dengan menegakkan kebenaran dan keadilan hakiki. Kekufuran dan kezaliman tanpa mengenal batas geografi, masa, siapa yang melakukannya, perlulah ditentang habis-habisan. Gerakan mahasiswa tidak sepatutnya membiarkan golongan penentang kebenaran terus menerus bermaharajalela. Atau membiarkan yang lapar akan terus berlapar, manakala yang menindas akan terus berkuasa. Penentangan mestilah lebih bersifat agresif dan padu jika ianya melibatkan persoalan-persoalan Aqidah dan Syari’ah Islam. Dalam lain perkataan, golongan yang cuba mempersendakan agama, yang mencucuk jarum-jarum halus sekular dan yang mencanangkan idea-idea songsang barat perlulah disingkirkan oleh gerakan mahasiswa.

Kedua: Agenda untuk menjadikan universiti sebagai pusat pergerakan Islam juga patut diusahakan oleh gerakan mahasiswa. Perlulah disedari, universiti-universiti adalah ibarat sebagai pusat latihan atau kilang-kilang yang sentiasa mengeluarkan insan terlatih atau hasil-hasil yang bermutu yang akan sentiasa berada di pasaran masyarakat. Golongan inilah yang akan memegang jawatan utama dan tinggi sama ada dalam sektor awam atau sektor swasta. Mereka inilah juga akan pemimpin masyarakat dan seterusnya negara. Atau paling tidak, golongan inilah yang akan memimpin sekurang-kurangnya keluarga mereka sendiri. Jesteru peri pentingnya universiti, gerakan mahasiswa perlulah berusaha untuk menyemaikan benih-benih Islam yang benar kepada rakan taulan masyarakat kampus. Jelaskan juga tentang kesempurnaan sistem Islam kepada semua kakitangan universiti terutamanya dari golongan pensyarah-pensyarah. Panjangkan juga mesej Islam kepada kawan-kawan di kalangan bukan Islam dengan mengharapkan pada suatu hari nanti, Allah s.w.t. akan mencampakkan taufiq dan hidayah-Nya kepada mereka agar mereka akan menerima Islam sebagai Ad-Din.

Ketiga: Agenda untuk membina jaringan perhubungan yang luas juga patut dibuat oleh gerakan mahasiswa. Perlu disedari gerakan mahasiswa akan lebih efisien jika mereka mempunyai banyak sumber maklumat yang datang dari pelbagai variasi. Penguasaan segala aplikasi sistem komputer dan teknologi maklumat juga patut dipergiatkan. Perhubungan dengan masyarakat luar kampus hendaklah diteruskan. Gerakan mahasiswa perlulah menjadi penyampai idea-idea baru dan benar kepada masyarakat luar kampus. Selain itu, gerakan mahasiswa di universti awam, tidak harus melupakan pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi Swasta. Pertukaran idea dan maklumat antara kedua-dua belah pihak ini perlulah dipergiatkan.

Keempat: Agenda untuk menangani persoalan-persoalan semasa yang berlaku turut patut dilakukan oleh gerakan mahasiswa. Menyelesaikan isu-isu semasa sama ada isu sosial, politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain perlu dianggap sebagai sebahagian daripada tanggungjawab gerakan mahasiswa.

PENUTUP
Ramai orang beranggapan, kalau kita ingin melihat rupa gaya pemimpin masa hadapan, lihatlah mereka yang menjadi pemimpin-pemimpin di universiti-universiti ketika saat itu. Kalau lembab dan lemah pemimpin-pemimpin pelajar di universiti sekarang, maka begitulah keadaan pemimpinnya pada masa akan datang. Kalau penakut dan pengampu pemimpin-pemimpin mahasiswa sekarang, maka begitulah keadaannya di kemudian hari. Kalau tiadanya karismatik dan kreativiti pemimpin-pemimpin gerakan mahasiswa sekarang maka yang itulah bentuk pemimpin yang bakal lahir pada masa datang. Begitulah sebaliknya jika pemimpin-pemimpin ini bersifat cintakan kebenaran hakiki, berani demi keadilan, berpandangan jauh, sentiasa kritis dan analitis, maka Insya-Allah s.w.t. pemimpin di abad mendatang akan jauh lebih berkarisma dan terkehadapan sifatnya. Akhir kata kita mengharapkan ahli-ahli dan kepimpinan gerakan mahasiswa akan sentiasa bersifat terbuka untuk menerokai idea-idea baru yang membina untuk menuju abad yang mendatang.


BIBLIOGRAFI
- Kalim Siddiqui, “Stages of Islamic Revolution” London, The Open Press, 1996
- Kalim Siddiqui, “Issues in the Islamic Movement” London, The Open Press, 1983
- Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, “Islam and Secularism” Kuala Lumpur, ISTAC, 1993
- Abdul Rahman Abdullah, “Pemikiran Islam di Malaysia, Sejarah dan Aliran” Kuala Lumpur, DBP, 1998


"Belajarlah untuk MEMBERI, bukan untuk MENERIMA"
||helangsenja@yahoo.com||

ANALISIS RINGKAS ASPEK-ASPEK ASAS GERAKAN MAHASISWA (2)

Bentuk Pergerakan Dan Persediaan Gerakan Mahasiswa

Lazimnya sesuatu gerakan itu dikatakan bergerak jika ianya sentiasa berubah dan digerakkan. Begitulah juga lazimnya perubahan dikatakan terjadi sekiranya terjadinya pergerakan fizikal. Sebaliknya tidak ramai yang menyedari bahawasanya perubahan itu boleh berlaku tanpa pergerakan fizikal. Inilah suatu asas penting yang penting yang perlu difahami oleh pimpinan gerakan mahasiswa. Bagi kita gerakan Ilahiyat untuk menegakkan keadilan pada hakikat mutlaknya adalah kepunyaan Allah s.w.t.. Kebenaran Ilahiyat ini sentiasa ada walaupun tidak ada orang yang menggerakkannya. Di samping tidak dinafikan ianya akan diperolehi bagi mereka yang berusaha untuk mendekatinya. Apa yang cuba di kemukakan di sini ialah ahli-ahli dalam gerakan mahasiswa tidak sepatutnya beranggapan bahawa tugas utama mereka adalah untuk memastikan kebenaran Ilahiyat itu dipelihara oleh mereka tanpa memikirkan Allah s.w.t. berhak memilih golongan yang lain untuk tugas ini. Atau berkeyakinan kitalah satu-satunya golongan yang dipilih Allah s.w.t. untuk tugas mulia ini. Atau berpandangan bahawa golongan-golongan yang tidak menjadi pendokong-pendokong kepada gerakan mahasiswa atau penentang-penentangnya akan terus menerus berada dalam keadaan yang sedemikian. Sebaliknya kita perlulah menyakini Allah s.w.t. s.w.t. mampu memberi hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya walaupun kita sebagai manusia tidak mampu melakukannya. Tidak mustahil individu-individu yang sekarang ini menentang kita, pada suatu hari kelak akan berada sebarisan dengan kita.

Berdasarkan kepada kefahaman inilah, ahli-ahli yang berada dalam gerakan mahasiswa tidak sepatutnya menganggap bahawa golongan-golongan yang menjadi penentang dan pencabarnya akan terus menerus manjadi penentang dan pencabarnya hingga ke akhir hayat. Apatah lagi dalam konteks kehidupan kampus, rata-ratanya pencabar-pencabar atau penentang-penentang kita adalah terdiri daripada rakan taulan dan sahabat handai yang mungkin sebilik, sekelas, sekuliah dengan kita. Tugas kita di sini ialah menyampaikan mesej kebenaran kita dengan semaksima dan seefisen yang mungkin disamping sentiasa menaruh pergantungan yang tinggi kepada Allah s.w.t. s.w.t. Disinilah hubungan spiritual yang tinggi perlu diaplikasikan antaranya menyakini manusia khususnya umat Islam pada suatu hari nanti akan kembali kepada keadaan fitrah asalnya.

Seperkara lagi yang berkaitan dengan konsep pergerakan mahasiswa perlu menyedari bahawa perubahan dari satu hari ke hari berikutnya biasanya bersifat kecil atau sedikit. Perubahan dalam situasi sejarah biasanya akan menjadi kukuh selepas lima, sepuluh, dua puluh atau tiga puluh tahun. Perubahan mendadak lazimnya tidak berlaku dengan mudah. Pengiktibaran yang jelas di sini ialah gerakan mahasiswa kenalah memastikan adanya kesinambungan perjuangan dari satu generasi ke generasi yang lain. Kekosongan pergerakan dalam satu-satu tempoh atau berlakunya jurang pemisah antara tempoh-tempoh masa tertentu hendaklah dihapuskan. Ianya mesti dilakukan terus menerus walaupun sedikit kuantiti atau kurang kualitinya pada ketika-ketika tertentu.

Perlu diingat juga, perubahan tidak semestinya bersifat fizikal atau dengan terjadinya sesuatu kejadian luaran. Perubahan yang melibatkan ilmu pengetahuan, persepsi, kefahaman dan penilaian realiti walaupun tidak bersifat fizikal tetapi pada hakikatnya mempunyai kesan yang sama dan mungkin mengatasi perubahan fizikal. Inilah antara bentuk asas gerakan mahasiswa yang sebenarnya amat mustahak tetapi kurang diberi perhatian. Amat jarang mahasiswa/siswi cenderung untuk mengkaji idea-idea doktrin-doktrin, pengalaman-pengalama, perjuangan atau pergerakan Islam lain. Dari jumlah yang sedikit itu pun amat payah untuk mencari pendokon-pendokong gerakan mahasiswa yang bebas daripada bayangan kedaerahan atau tempatan. Yang sepatutnya mahasiswa perlu mengkaji idea-idea perjuangan atau pergerakan walaupun ianya datang dari luar negara. Mereka juga perlu berani untuk menerimanya, jika ianya terbukti membawa kejayaan yang membanggakan.

Gerakan mahasiswa tidak boleh lagi menumpang bentuk gerakan lama yang mungkin sudah tidak relevan buat masa ini dan abad yang mendatang. Pencarian dan penerokaan method dan alternatif baru hendaklah dipergiatkan tanpa mengira sempadan masa, tempat, rupa bangsa dan bahasa. Untuk tujuan ini usaha-usaha yang gigih dan berterusan untuk berkongsi pendapat dan menimba pengalaman daripada gerakan-gerakan mahasiswa luar negara perlu dilaksanakan. Ini juga menuntut kepada ikatan setia dan persefahaman yang bukan sekadar bersifat tempatan bahkan antarabangsa.

Seterusnya menyedari hakikat kita berada di sebuah negara sekular, mana-mana gerakan Islam khususnya gerakan mahasiswa perlulah mempelbagaikan bentuk pergerakkannya asalkan tidak mengabaikan matlamat sucinya. Gerakan mahasiswa perlulah mewarnai pergerakan mereka dengan pelbagai warna pergerakan dalam menghadapi realiti masyarakat. Perlu difahami pergerakan mahasiswa bersifat yang ‘stereotype’ telah lama dikaji oleh musuh-musuh Islam. Lantaran ini menuntut kepada pembaharuan method dan strategi serta penggunaan segala peluang dan ruang yang ada. Sebagai contoh, dalam membela nasib pelajar-pelajar di kampus, pendekatan bersepadu yang melibatkan semua kumpulan pelajar yang dipimpin oleh gerakan mahasiswa Islam hendaklah dilaksanakan. Inilah beberapa aspek bentuk pergerakan yang sekaligus berhajatkan kepada persedian-persedian yang mantap di pihak pendokong-pendokong gerakan mahasiswa

Agenda Gerakan Mahasiswa


Tidak diragui lagi setiap gerakan Islam mestilah mempunyai agenda mereka masing-masing. Begitulah juga halnya dengan gerakan mahasiswa. Sebagai mahasiswa, mereka berhak menentukan agenda mereka tanpa ada campurtangan daripada mana-mana pihak luar. Agenda mahasiswa secara idealnya tidak semestinya bersifat komprehensifjangan disalahkan mahasiswa jika mereka gagal untuk bergerak secara komprehensif seperti agenda pertubuhan, persatuan atau jemaah di luar kampus. Ini jangan disalah anggapkan yang gerakan mahasiswa tidak berhasrat untuk mencapai kesempurnaan. Sebaliknya, secara logiknya tempoh mahasiswa yang berada di menara gading dalam suatu tempoh masa yang pendek dan dibebani pula dengan pelabagai tugas akademik tidak mengizinkan mereka untuk mewujudan suatu agenda pergerakan yang bersifat komprehensif. Jesteru itu, . Sekali lagi, oleh kerana dibayangi oleh masa yang amat singkat dan tugas-tugas akademik yang banyak, gerakan mahasiswa perlulah menentukan prioriti agendanya yang mungkin ada di agenda tersebut merupakan agenda tetap gerakan mahasiswa. Dalam ruang yang terbatas ini, saya akan mengemukakan beberapa agenda asas gerakan mahasiswa.