Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Showing posts with label IIUM. Show all posts
Showing posts with label IIUM. Show all posts

Sunday, January 17, 2010

Sepintas lalu Pilihanraya kampus UIA 09/10


"La, ko pun calon Pro-M juga rupanya. Aku ingat ko tak bertanding. Bla..Bla..Bla............" seorang calon menunjukkan mesej yang diterima dari salah seorang kawannya.

[Salah seorang calon untuk kerusi di Kuliyyah Ekonomi ]

Tersenyum bila membacanya. Terdetik di hati saya. Begitu kuat sekali pengaruh Pro-M ketika suasana pilihanraya kampus ni.

Sudah lama tak mencoret sesuatu di laman blog ini. Jadi, dalam waktu yang terbatas ini, saya ingin berkongsi sepintas lalu suasana dalam minggu pilihanraya kampus ini. Pada pandangan saya, pilihanraya kali ini tidak sebegitu meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini kerana:

1) Pada kali ini, mechandize atau hadiah berkempen tidak dibenar untuk digunakan sebagai barang untuk berkempen. Peraturan baru ini menyebabkan mahasiswa tidak boleh menunjukkan kretiviti mereka untuk berkempen dan tiada daya tarikan kepada pengundi untuk mengundi calon-calon kuliah mereka.

2) Dua kuliyyah menang tanpa ada pertandingan. Seperti Kuliyyah Undang-undang dan Kuliyyah Seni Bina. Ini kerana beberapa calon menarik diri ketika penamaan calon berlangsung. Ini menyebabkan tiada persaingan dan tidak ada demokratik dalam pemilihan untuk PRK kali ini.

3) Suasana yang lesu dari pihak pentadbiran apabila beberapa notis yang hanya ditampal lewat dan tidak ditampal di seluruh UIA menyebabkan ramai mahasiswa tidak tahu mengenai notis tersebut.

Walaupun beberapa peristiwa yang berlaku pada pemilihan MPP UIA kali ini.Bagi saya, ia tidak akan melemahkan semangat dan idealisma mahasiswa untuk terus berusaha dalam memastikan intelektualism mahasiswa tidak di"perbodohkan" sewenang-wenangnya. Selamat berkempen kepada semua pelajar UIA.

Info:
Berkempen: 7 hari (dari 15/1/10 hingga 20/1/2010)
Pengundian : 21/1/10 - dari pukul 8pagi sehingga 4.45 ptg


" Mahasiswa yang dungun hanya melakukan 3K dalam kampusnya. Ke kuliah, ke kelas dan ke kafe. Alangkah ruginya kalau mahasiswa tidak menggunakan sebaik mungkin kuasa "MAHA" siswanya untuk ummat dan masyarakat seluruhnya"

>> Ikuti berita mengenai pilihanraya kampus UIA di http://promahasiswauiam.blogspot.com

"Belajarlah untuk pandai MEMBERI, bukan hanya untuk suka MENERIMA"
||helangsenja@yahoo.com||

Wednesday, October 21, 2009

Annual General Meeting Ma'ruf Club 08/09



Annual General Meeting Ma'ruf Club 08/09

Salam to all members and IIUM students.

Maruf Club 08/09 will be organizing a AGM for this tenure. So, we would like to invite all members and students are to join our Annual General Meeting 2008/2009. The details are:


Date: 23/10/2009, Friday
Time: 8.30pm - 11.30pm
Venue: Experimental Hall, above of post office

>> Multimedia presentation
>> New Line Up Ma'ruf Club 09/10
>> Certificate for the active members during this tenure

..:: Special performance from percussion group, pentomin, and nasyid group from Devotees ::.
..:: Who attend early will be getting the doorgift ::.

~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *

Pilihanraya Kecil Kampus UIA

Pilihanraya Kecil Kampus


Beberapa hari yang lepas, saya cuba mengikuti dari jauh perkembangan yang berlaku di kampus UIAM. Mungkin pelajar UIA sendiri sedar atau tidak, mereka sekarang sudah hampir di penghujung semester. Cuti bakal tiba, peperiksaan juga semakin dekat terasa. Takkala pelajar-pelajar lain sedang sibuk dengan presentation, quiz, assignment dan seumpamanya, di peringkat persatuan pelajar di kuliah pula sedang sibuk untuk menghadapi pemilihan kepimpinan baru di peringkat kuliah masing-masing.

PRK Vs PRU

Pilihanraya kecil ibarat memilih menteri besar di peringkat kuliah, manakala pilihanraya umum adalah untuk memilih menteri-menteri di peringkat universiti. Itulah politik kampus. Mahu ataupun tidak, mereka bakal mewakili kita. Biarpun pemilihan pelajar diperingkat kuliah atau fakulti ini tidak mendapat sambutan meluas seperti pemilihan untuk kerusi majlis perwakilan pelajar, namun di peringkat bawahan ini sebenarnya adalah manifestasi kepada pembawakan kuliah dan seterusnya di peringkat pemilihan majlis perwakilan pelajar.

Kehangatan PRK

Kehangatan pemilihan calon-calon baru yang bakal bertanding dalam kerusi kuliah makin terasa. PRO-M, PKPIM dan GPMS mula mencaturkan calon-calon mereka yang bakal bertanding di tempat yang strategik. Kerusi yang paling panas tentulah kerusi presiden dan kerusi-kerusi yang dirasakan penting bagi mereka. Borang-borang pencalonan mula diisi.

Masing-masing sibuk mencari-cari calon yang dirasakan sesuai untuk diwakili dan mewakili. Kumpulan yang menjadi tumpuan tentulah antara 3 kumpulan terbesar; PRO-M, PKPIM dan GPMS. Kuliah yang menjadi tumpuan pula kebiasaannya adalah Kuliah AIKOL (Persatuan Pelajar Undang-undang), EMSS (Persatuan Pelajar Ekonomi), ENGINIUS (Persatuan Pelajar Engineering) dan IRKHSS (Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian). Ini kerana, di kuliah @ fakulti ini, ia bakal menjadi proxy bagi 3 kumpulan tersebut.

Mesej SMS mula tersebar nama-nama calon yang perlu di undi untuk pemilihan nanti. Siapa paling ramai membawa undi mereka, maka, merekalah yang menang.

Kerusi IRK

Beberapa hari yang lepas, saya tertarik dengan pilihanraya kerusi di kuliah IRK. Kita dapat melihat kemeriahan gambar-gambar calon mula ditampal di sekitar bangunan kuliah. Nama-nama calon mula menjadi perhatian dan meniti dibibir-bibir rakan sekuliah. Adakah calon PRO-M bakal menang, ataupun PKPIM ataupun GPMS? Semuanya sudah terjawab. Kesemua calon-calon PRO-M menang dengan majoriti yang agak baik. Namun, jawatan bagi calon-calon masih lagi dalam perbincangan.

Kerusi Ekonomi

22hb pula adalah tarikh bagi pilihanraya kuliah Ekonomi. Selepas beberapa tahun kebelakangan ini calon PRO-M kalah bagi kerusi presiden, kali ini, PRO-M sekali lagi ingin bangkit untuk menawan semua kerusi paling panas tersebut. Apa yang menarik, beberapa calon sendirian sudah menarik diri di beberapa jawatan di saat-saat akhir. Mungkikah Kuliah Ekonomi bakal menjadi milik PRO-M ataupun sebaliknya. Kita tunggu dan lihat.

Kerusi Undang-undang

Kerusi yang paling panas dan kuliah yang paling hangat pertandingannya di UIA adalah kerusi kuliah Undang-undang. Ada orang beranggapan kuliah inilah medan sebenar PRO-M untuk mengukur pengaruhnya di UIA di kalangan massa di kuliah. Kerana pilihanraya bagi kerusi ini kebiasaannya bakal mempertaruhkan “nama-nama besar” di kalangan PRO-M, PKPIM dan GPMS. Pilihanraya kuliah ini menyusuri pelbagai onak dan duri untuk dipertandingkan, terutama kerusi presiden dan setiausaha. Ada yang sanggup memberi surat layang, berdebat,pengucapan awam antara calon-calon, grouping dan sebagainya. Ada juga yang di taja dikalangan sahabat-sahabat untuk bertanding. Apa yang pasti, ia bakal menguji ketahanan mahasiswa dan kematangan berpolitik masing-masing. Jika ada yang mudah terpedaya, mungkin mereka yang bakal kecundang terlebih dahulu.

نحن نقص عليك نبأهم بالحق إنهم فتية آمنوا بربهم و زناهم هدى

Maksudnya : “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar. sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambahai mereka dengan hidayah petunjuk.” - Surah Kahfi : 13

Sambungan di entry akan datang...

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Friday, May 01, 2009

Ma'ruf Club serah Memorendum kepada Kabinet Negara

Salam,

Sekali lagi Maruf Club melakar sejarah untuk tahun ini apabila pada 30/4/2009 beberapa ahli MC bersama-sama dengan delegasi persatuan mahasiswa yang lain menyerahkan memorandum bantahan berikutan tindakan kabinet menetapkan agama asal anak mengikut agama asal ibu dan bapa semasa mereka berkahwin di Putrajaya.

Walaupun saya tiada, sebab tak sempat pergi dek tersilap tempat, rugi ar..klu tak bleh masuk Malaysiakini. hehe. Sib baik tak pi, sebab niat tak ikhlas dah. huhu. Klik baca lagi untuk melihat video.

Ma'ruf Club yang di wakili oleh Presiden,Saudara Mohd Faridzul ,Timbalan Presiden 2, Saudari Nurul Syuhada Shuib, Exco Perhubungan & Protokol, Saudara Mohd Hafrez Affiq dan tiga lagi ahli Ma'ruf Club turun untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Bersama-sama Ma'ruf Club ialah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (MPIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Mahasiswa harus bertindak aktif dalam mendepani pelbagai isu semasa supaya mahasiswa dilihat "check and balance" pada kerajaan. Jadi, kerajaan harus juga bertindak proaktif diatas memorendem yang dihantar.


* Dipetik dari www.marufclub.blogspot.com

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Friday, February 27, 2009

Creative Dakwah Workshop MC

* Sesiapa yang rasa nak mahirkan diri dalam bidang Photoshop, boleh la menghadirkan diri ke Program Creative Dakwah Workshop:

Tarikh : 1 Mac 2009
Tempat : Bangunan IRK, UIAM
Masa : 9 pagi - 5 ptg
Yuran : RM8
Anjuran: Sekretariat Informasi, Penerbitan dan Multimedia, Kelab Ma'ruf, UIAM

* Makanan dan sijil akan disediakan
* Sila bawa laptop anda masing-masing
* Installer Adobe Photoshop disediakan
* Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Sdr. Zahid : 013-2229581
Sdri. Shahidat: 013-3005476

-Datang, jangan tak datang.. Mahirkan diri anda untuk Islam.

Thursday, February 26, 2009

Ma'ruf Club: Akan sentiasa jadi yang terbaik

Mungkin masih ramai tidak begitu mengenali Kelab Ma'ruf atau sinonimnya di kalangan pelajar UIA dengan Ma'ruf Club. Mungkin ramai yang tidak tahu Ma'ruf Club ini adalah seangkatan dengan PMI di kampus-kampus lain dan pada kali ini Maruf Club cuba "re-energizing" pengaruhnya dalam agenda dakwah Islamiyah ke seluruh pelusuk tanah air.

Dengan membawa tema baru pada tahun ini, "INSPIRING DA'WAH, LEADING THE UMMAH" dengan membawa maksud, "MENGUNGGULI DAKWAH, MEMIMPIN UMMAH" telah memberikan harapan baru kepada generasi yang bakal menjadi kepimpinan negara pada masa hadapan.

Lebaran baru ini diharap supaya dapat membuka ruang-ruang yang boleh Ma'ruf Club mengisi dalam konteks siasatud dakwah.

Harapan kepimpinan pada kali ini juga mengharapkan institusi tarbiyah dapat diperkemaskinikan semula setanding perjalanan Ma'ruf Club menuju masa hadapan.

Berbekalkan nama Ma'ruf Club yang telah sekian lama dikenali oleh mahasiswa UIA khususnya akan cuba mengorak langkah dengan memberikan program-program yang berguna dan bermanfaat selaras dengan matlamat kerajaan yang ingin melihat mahasiswa minda kelas pertama.

Inilah yang kami cuba tonjolkan dengan program-program bermentaliti pemimpin negara, seperti yang terbaru, Forum Intelektual Isu Semasa yang mengupas mengenai isu-isu negara yang berlaku sekarang.

Yang pasti, Ma'ruf Club akan sentiasa melakukan yang terbaik dan terus bersama-sama mahasiswa dalam mendepani cabaran pada masa hadapan.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,
dan itulah kemenangan yang besar”.

(at-Taubah:111)

Intipati ayat di atas mengajak kita terus mengimani bahawa sunnah berjuang itu menuntut kepada pengorbanan dan keberanian. Marilah kita sama-sama mengisi kemenangan kerana itulah tanggungjawab kita.

Kita sebenarnya telah dipilih oleh Allah untuk berada di jalan ‘susah’ ini. Tawaran Allah untuk membalas kesusahan kita dengan syurga tidak dapat ditandingi dengan mana-mana tawaran mega duniawi yang lain. Sesungguhnya tidak ada jual beli yang paling menguntungkan melainkan jual beli dengan Allah. Keuntungannya mengatasi segala impian duniawi. Sudah tentu, peluang ini tidak seharusnya dilepaskan dengan begitu sahaja.

Kita tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada perjuangan ini. Yang ada pada kita hanyalah masa, wang, tenaga, darah dan air mata. Saya mengajak diri saya dan para mujahid dan mujahidah, we unite For Islam sekalian untuk melaksanakan baiah kita kepada perjuangan Islam. Marilah bekerja sehabis kudrat bersama untuk merealisasikan impian kita “Mengungguli Dakwah, Memimpin Ummah”.

ISLAM SENTIASA BERSAMA KITA. TAKBIR!

Ma'ruf Club akan sentiasa dihati kita dan masyarakat UIA.

~ Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DA'WAH, LEADING THE UMMAH *

Wednesday, February 04, 2009

Sambungan..Kekalahan di Econs

Sambungan.. Kekalahan di Econs

Kekalahan satu kerusi di Kuliyyah Ekonomi telah dijangkakan dari awal-awal lagi. Walaupun ia bukanlah satu kekalahan yang besar, tetapi sebenarnya ia telah memberikan petanda awal yang cukup merbahaya kepada bakal calon PRO-M di Kuliyyah Ekonomi pada masa akan datang. Ini berikutan beberapa insiden dan mood massa pelajar di Econs sendiri.

Kuliyyah Econs cukup berbeza dengan kuliah-kuliah lain seperti di Engin, IRKHSS, KAED, LAWS, EDU dan ICT. Ia dapat di lihat dari beberapa sudut. (...bersambung pada next entry)

Pertama dari sudut jemaah. Dikhabarkan sebahagian besar ahli-ahli jemaah seperti JIM, PKPIM, AHBASH, SALAFI dan juga "jemaah" GPMS bertapak di Kuliyyah Econs. Di sini kita dapat melihat ke lima-lima organisasi ini berkawan baik di Econs dan ada beberapa organisasi ini, sebahagian besarnya mempunyai keahlian yang ramai di Kuliyyah Econs. Pada hemat saya, bila 5 kelompok besar ini di bawah satu kuliyyah, kemungkinan besar pemikiran mereka juga lebih terbuka untuk menerima ideologi masing-masing dan pelajar-pelajar neutral akan mudah terpengaruh kepada siapa kuat, dia dapat. Tapi tak semestinya yang itu yang selalu dapat.

Kedua dari sudut figure-figure di kuliah Econs yang bukan calang-calang orang. Kalau dari kumpulan PRO-M, ada yang pernah memegang jawatan tinggi di kuliah, pusat asasi dan di sekolah. Ada juga di kalangan PKPIM yang pernah menyandang jawatan tinggi di kuliah, pusat asasi dan juga di luar kampus. Ini menyebabkan orang tidak teragak-agak untuk memilih calon-calon mereka.

Ketiga dari segi kronologi politik kampus di Econs. Seingat saya Kuliyah di Ekonomi ini sudah lama dikuasai oleh pihak PRO-M dan senior-senior President Econs yang saya masih ingat seperti Abg Ali Rajaie dan Abg Afnanudin dan beberapa presiden PRO-M yang dapat bertahan beberapa tahun sebelum itu. Semasa penguasaan mereka, kumpulan PRO-M di Econs cukup kuat "berkuasa" sehinggalah selepas zaman Abg Afnanudin ada orang lain mula mengintai untuk memecahkan tembok "berpuak-puak atau berjemaah" di dalam Econs. Maka bermula la persaingan sengit beberapa individu untuk bertanding di peringkat mainboard dan kerusi paling panas sekali tentulah kerusi Presiden. Telah dijangkakan kerusi presiden sudah berubah tangan ke individu yang dikatakan neutral dan calon PRO-M hanya sekadar menyandang kerusi Tim. Presiden 1 sahaja.

Walaupun kerusi Presiden kalah, namun masih ramai ahli PRO-M di peringkat bawah dan masih dapat menjalankan kerja dengan baik. Tetapi beberapa insiden mula berlaku dalam EMSS (Economics & Management Sciences' Society) menyebabkan ada yang berpuak-puak di dalam persatuan itu dan ada yang mula merancang ingin menjatuhkan sesama sendiri dalam pemilihan organisasi baru untuk tempoh 2008/2009 pula. Dan apa yang telah dijangkakan sudah pun bermula. Inilah dikatakan politik kampus. Ada yang sanggup membuat fitnah kepada kawan-kawan sendiri kerana ingin menyelamatkan diri sendiri dan individu tertentu.

Di dalam beberapa program, terdapat banyak permasalahan menyebabkan masalah ini sampai di tangan Dato' Ust. Hamidon dan berlaku la pergolakan panas di Kuliyah Econs. Hinggalah sampai ke malam pengundian untuk pemilihan organisasi baru yang akan memimpin Kuliyah Econs pada sesi 2008/2009. Cerita pergolakan di EMSS tersebar luas di kuliayah-kuliayah lain menyebabkan orang mula bercakap-cakap mengenai EMSS seperti cerita ambil duit, pemimpin diktator, tak buat kerja dan banyak lagi.

Namun, untuk menyembunyikan dan menenggelamkan beberapa kes di atas menyebabkan individu-individu PRO-M telah dilemparkan beberapa fitnah supaya tidak memberi sokongan kepada calon-calon PRO-M yang bertanding untuk pemilihan EMSS dan juga SRC. Tambahan pula calon yang bakal bertanding untuk peringkat tertinggi EMSS telah menunjukkan akhlak yang kurang meyakinkan beberapa pihak untuk mencalonkan beliau sebagai calon PRO-M selain itu beliau diserang habis-habisan dalam pembentangan laporan kewangan sesi sebelumnya menyebabkan sahabat PRO-M ini tewas dan kesannya kepada sahabat-sahabat lain juga tewas di beberapa kerusi penting di dalam EMSS.

Ini adalah kekalahan yang kedua berturut-turut dan mungkinkan PRO-M dapat merampas kembali kerusi Presiden EMSS pada tahun akan datang. Kita tunggu dan lihat.

Selepas kisah kekalahan teruk PRO-M di EMSS, berlaku kerisauan kepada calon-calon PRO-M untuk bertanding di SRC dan juga percaturan jentera PRK untuk kerusi panas EMSS. Ini kerana orang mula sangsi-sangsi untuk mengundi calon PRO-M dan orang mula melihat calon baru yang dipertandingkan seperti calon dari PKPIM yang cuba membawa ideologi non-partisen. Walaupun begitu, bagi saya orang lebih melihat pada kredibiliti individu dari melihat ideologi calon-calon kerana mereka sudah boleh menerima kedua-dua ideologi ini.

Maka, keputusan pilihanraya menunjukkan, seorang calon PRO-M ECONS telah kalah dengan beberapa puluh majoriti sahaja memandangkan 2 lagi saingan untuk sister hanya masing-masing mendapat undi dalam lingkunagan 400 undi sahaja berbanding Munirah 900 lebih undi. Biarpun kalah, calon PRO-M yang satu lagi, Saufee memenangi kerusi Econs berkongsi dengan Fahmi dari calon PKPIM.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya berkongsi dalam situasi di Kuliyah Ekonomi di UIA. Semoga sesiapa yang bakal memegang jawatan di EMSS akan datang dapat melihat kembali sejarah kita di Econs. Sejarah tidak boleh menipu kita. Wallahu' alam.

wassalam..

Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari
1. Semalam - Sudah menjadi sejarah.
2. Hari Ini - Apa yang sedang Kita lakukan.
3. Esok - Hari yang belum pasti.

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Tuesday, February 03, 2009

Pengajaran PRK UIA & Kekalahan di Econs

Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang Pilihanraya Kampus UIA yang berakhir pada 2 minggu yang lalu. Alhamdulillah, pada tahun ini saya diberi kesempatan untuk bersama-sama sahabat yang lain dalam memeriahkan lagi PRK UIA pada sesi 2008/2009.

Sahabat-sahabat,
Setelah kita menunggu hampir 3 bulan lebih atau lebih kurang 123 hari untuk melihat siapa kepimpinan baru MMP UIA pada tahun ini, akhirnya terjawab juga. Setelah segala jerit perih, segala duka, suka, tomahan, cacian, fitnah, tertidur di dalam kelas, terkurang makan, terlebih tidur, terlewat tidur, terjaga malam, terskip kelas, terponteng kelas dan segala liku-liku pengorbanan sahabat-sahabat lakukan, percayalah, kalau kita lakukan dengan ikhlas kerana Allah untuk membantu kelansungan dakwah akan berterusan, insyaAllah, ada ganjaran dan timbangan yang setimpal dengan apa yang kita lakukan dan ikhlaskan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Jumlah kerusi fakulti yang dipertandingkan dalam pilihanraya kali ini adalah sebanyak 24 kerusi; 12 kerusi di Gombak dan 12 kerusi di Kuantan. 5 kerusi antarabangsa juga ditawarkan dengan 4 kerusi di gombak dan 1 kerusi di kuantan. Tiada kerusi Umum dipertandingkan.

Kronologi

19 September 2008 - Pembubaran SRC
13 Oktober 2008 - Notis PALSU Pilihanraya kampus UIAM disebarkan
5 Januari 2009 - Notis Rasmi PERTAMA berkenaan PRK dikeluarkan. Tarikh PRK diumumkan pada 15 Januari 2009.
6 Januari 2009 - Notis PERTAMA ditarik semula dan proses PRK ditangguhkan sementara waktu. (PENANGGUHAN PERTAMA)
7 Januari 2009 - Notis KEDUA dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). PRK diumumkan pada 19 Januari 2009 dan penamaan pada16 Januari 2009
15 Januari 2009 - Notis KETIGA dikeluarkan bagi MENANGGUHKAN PRK buat kali kedua kerana krisis bekalan air di UIAM. Tarikh baru PRK diumumkan pada 22 Januari 2009 dan penamaan pada 19 Januari 2009. (PENANGGUHAN KEDUA)
19 Januari 2009 - Penamaan calon diadakan di Dewan banquet, Bangunan Pentadbiran UIAM. Pro-Mahasiswa telah memenangi 1 Kerusi di Fakulti Kejuruteraan selepas pihak lawan hanya menghantar seorang sahaja wakil, manakala 1 kerusi di Fakulti Informasi & Teknologi Maklumat dimenangi oleh calon bebas. Sementara itu 4 kerusi antarabangsa Gombak dimenangi tanpa bertanding oleh calon bebas.

Di kampus Kuantan pula, 8 kerusi telah dimenangi oleh Pro-Mahasiswa tanpa bertnding selepas penamaan calon dan 2 kerusi masing-masing satu di Fakulti Perubatan dan Kejururawatan dimenangi oleh calon bebas. 1 Kerusi Antarabangsa Kuantan juga dimenangi oleh calon bebas tanpa pertandingan.

Tahniah dan takziah

Di sini, saya ingin mengucakan tahniah kepada yang menang kerana anda berjaya menjadi "YB" di UIAM dan takziah kerana kamu akan memegang amanah yang sangat besar yang perlu diselesaikan tidak kira dari PKPIM, PRO-M dan GPMS, kerana ingatlah, segala janji-janji manismu itu nanti, akan dipertanggungjawab dihadapan Allah kelak.

إِنَّا عَرَضْنَا الاٌّمَانَةَ عَلَى السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ وَالْجِبَالِ فَأبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإِنْسَـنُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولا

[33.72]Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

PRO-M

Keputusan penuh yang memihak calon Pro-Mahasiswa adalah seperti berikut:

Undang-undang
Ahmad Mukhlis
Mashitah

Ekonomi
Sofiyussalam

Kejuruteraan
Kamarul Helmi
Firwan

Ilmu wahyu & Sains Kemanusiaan
Noraini
Zatil Arifah

Senibina
Azwan

Informasi dan Teknologi Maklumat
Hairulzaim

Jumlah rasmi yang dimenangi oleh Pro-Mahasiswa di Gombak adalah 9 Kerusi daripada 12 kerusi fakulti 3 kerusi lain yang dimenangi oleh calon-calon lawan adalah:

Ekonomi
Ahmad Fahmi - PKPIM

Senibina
Fadhlizil fariz - Aspirasi

Informasi & Teknologi Maklumat
Sh. Ummu Kulthum

Pengajaran PRK UIA

Banyak perkara yang saya belajar dari PRK yang lepas. Cuma di sini hanya beberapa perkara sahaja yang saya ingin berkongsi dan pendangan ini adalah peribadi.

1. Sikap kita sebagai ahli gerakan
Sebagai ahli gerakan Islam, kita mestilah mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh kita. Kadang-kadang kita teragak-agak untuk masuk atau tidak dalam PRK. Menyebabkan ahli-ahli kita mula memandang rendah isu PRK. Janganlah kita berangan-angan dengan kemenangan sedangkan kita masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh. Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan lawan.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Siapa pemuda ini, tidak lain dan tidak bukan, kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi Islam terutama yang menerajui sebuah gerakan Islam di kampus.

2. Kekuatan rohani
Kadang-kadang kita terfikir, kenapalah susah sangat kita nak buat benda baik, sebenarnya ia mungkin kerana maksiat kita yang menghalang kita untuk rasa nikmat dan aman dalam gerak kerja jentera. So, untuk menguatkan rohani kita dalam menghadapi musuh, kita perlu jauhi dulu musuh maksiat kita dan selalu berharap pada Allah.

3. Kekuatan dana
Untuk mencapai kemenangan kita memerlukan kewangan yang mantap untuk menjamin kelancaran sesebuah jentera. Caranya, gunakan strategi yang menarik dan mulakan dengan awal. Mudah untuk gerak kerja yang seterusnya.

4. Siasah hendaklah bersama tarbiah
Bila siasah tanpa tarbiah ia akan jadi politik kotor dan fitnah kepada lawan itu sendiri. Kata Imam Syafie, kalau kata-kata itu benar, ia akan menjadi pengumpat dan kalau kata-kata itu salah ia akan menjadi fitnah. Gunakan cara yang terbaik dalam berpolitik.

5. Generasi pewaris yang kurang memberansangkan (khas untuk s5)
Adakah kemenangan ini akan berterusan? Siapa yang bakal menggantikan next leader pada masa hadapan?? Jawapannya terjawab pada generasi pewaris yang bakal memimpin pada masa hadapan. Kalau dari mula lagi kurang memberikan komitmen dan ambil acuh tak acuh dari awal, takut-takut bermasalah dipertengahan dan dipengakhiran jalan. Kuatkan semangat untuk menang dan perlu mind set kan dalam pemikiran, akulah pengganti pemimpin Islam pada masa hadapan.

6. Kurang berpengalaman dalam job scope sendiri
Seboleh-bolehnya, pilihlah ketua yang berpengalaman dalam bidang tersebut dan seboleh-bolehnya kena tahu apa tugas yang perlu kena buat. Kalau tidak, kerja jadi lambat dan tertangguh.

Ini hanyalah pandangan peribadi. Diharapkan jentera untuk masa akan datang akan lebih baik dan pastikan kemenangan milik kita lagi. InsyaALLAH.

Kekalahan di Econs

Kekalahan satu kerusi di Kuliyyah Ekonomi telah dijangkakan dari awal-awal lagi. Walaupun ia bukanlah satu kekalahan yang besar, tetapi sebenarnya ia telah memberikan petanda awal yang cukup merbahaya kepada bakal calon PRO-M di Kuliyyah Ekonomi pada masa akan datang. Ini berikutan beberapa insiden dan mood massa pelajar di Econs sendiri.

Kuliyyah Econs cukup berbeza dengan kuliah-kuliah lain seperti di Engin, IRKHSS, KAED, LAWS, EDU dan ICT. Ia dapat di lihat dari beberapa sudut. (...bersambung pada next entry)


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Sunday, January 11, 2009

Lawatan ke Pusat Asasi UIA Nilai

Salam...

Alhamdulillah, semalam saya dan beberapa orang sahabat saya yang lain berkesempatan ke Pusat Asasi UIA Nilai Seremban di atas jemputan PERDANA (Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim) cawangan Nilai.

Banyak perkara yang kami bincangkan di sana. Tapi, apa yang menarik perhatian saya dalam lawatan tersebut adalah mengenai suasana Pusat Asasi itu sendiri. Inilah kali pertama saya melawat Pusat tersebut setelah sekian lama tidak kesampaian.

Apa yang saya nak perkatakan adalah tentang kebebasan mereka. Dulu saya pernah terdengar tentang keadaan adik-adik di sana tapi tidak lah apa yang saya jangkakan. Bagi pandangan saya, adik-adik di sana terlalu bebas. Berbanding kami abang-abang dan kakak-kakak yang dah matang ni pun masih lagi dikawal pakgad dan makgad di Maincam.

Berbeza dengan Pusat Asasi PJ. Mereka masih lagi boleh dikatakan masih dibawah kawalan pakgad dan makgad.

Mungkin keadaan Pusat Asasi yang terlalu terbuka dan keadaan geografi bangunan sebegitu menyebabkan UIA Nilai tidak dapat dikawal dengan baik. Adik-adik di sana, boleh bawa kereta dan motor sesuka hati. Tiada stiker, tiada lesen pun tak pe. Hmm.. ntah macam mana la pentadbiran di sana. Kelihatan beberapa pelajar lelaki pakai seluar short pan di kawasan UIA.

Ini SANGAT memalukan UIA sendiri sebagai "Universiti ISLAM". Kalau dari mula lagi "biah solehah" tidak dititikberatkan oleh pihak pentadbiran, mungkin mereka boleh berakhlak lebih buruk lagi bila di maincampus.

Inilah merunsingkan masa depan sahabat-sahabat kita yang bakal menjadi pejuang-pejuang ISLAM pada suatu hari nanti. Orang muda sangat mahal harganya.

Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan. Sebagaimana kisah pemuda-pemuda Kahfi yang muda-mudanya sanggup berjuang untuk pertahankan ISLAM. Apatah lagi dalam keadaan bumi Palestin memanggil-manggil pemuda untuk sama-sama mempertahankan bumi ISLAM dari ZIONIS ISRAIL.

Allah berfirman;


إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى


Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

Dengan kesimpulan inilah maka orang-orang muda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu orang-orang muda ini akan menjadi bertambahberat.

Oleh itu kita sepatutnya berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna. Kalau akhlak yang buruk, macam mana nak tampilkan DIRI KITA kehadapan.

Sama-sama kita ingat dan saling mengingat antara diri kita dan orang lain juga. Wallahu 'alam.

Muslimat comey UIA Gombak dan Nilai

Semangat bakar aye. bergambar pun nak bersamo ngan asap

Muslimin smak UIA Gombak dan Nilai

Sedak weh aye bakar ni~Saleha

mari-mari kito pakat ranggos

Aye abih doh ni

3 Group dalam pertandingan "sapo paling banyok make asap"

Hangit letung aye tue..

Ni buke aye bakar ni, ni ayam terbakar

Masjid Nilai

Masjid yang digunakan oleh pelajar UIA

Asrama Perempuan

Sek-sek suko bergambar ^_^
~Tim. Presiden PERDANA Gombak (bertudung kuning)

Sedak weh air nie..

Sedang memikirkan sesuatu..gapio hau (",)

Presiden PERDANA Gombak (Azizul Azim) dari kiri dan
Presiden PERDANA Nilai (Khairul Ridwan) berjaket hitam
~ Presiden ngatuk benar doh tue..^_^

Tengoh duk bice sesuatu..

Muslimin yang hadir + yang lain g main explorance

"Post kawe sebagai driver jah"- Fakri

""Nati kakok-kakok rajin2 la jenguk adik-adik
matrik deh"- kato seore adik Nilai

Bangunan UIA Nilai

Friday, January 02, 2009

Pengajaran PRK UIA & Kekalahan di Econs

Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang Pilihanraya Kampus UIA yang berakhir pada 2 minggu yang lalu. Alhamdulillah, pada tahun ini saya diberi kesempatan untuk bersama-sama sahabat yang lain dalam memeriahkan lagi PRK UIA pada sesi 2008/2009.

Sahabat-sahabat,
Setelah kita menunggu hampir 3 bulan lebih atau lebih kurang 123 hari untuk melihat siapa kepimpinan baru MMP UIA pada tahun ini, akhirnya terjawab juga. Setelah segala jerit perih, segala duka, suka, tomahan, cacian, fitnah, tertidur di dalam kelas, terkurang makan, terlebih tidur, terlewat tidur, terjaga malam, terskip kelas, terponteng kelas dan segala liku-liku pengorbanan sahabat-sahabat lakukan, percayalah, kalau kita lakukan dengan ikhlas kerana Allah untuk membantu kelansungan dakwah akan berterusan, insyaAllah, ada ganjaran dan timbangan yang setimpal dengan apa yang kita lakukan dan ikhlaskan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

Jumlah kerusi fakulti yang dipertandingkan dalam pilihanraya kali ini adalah sebanyak 24 kerusi; 12 kerusi di Gombak dan 12 kerusi di Kuantan. 5 kerusi antarabangsa juga ditawarkan dengan 4 kerusi di gombak dan 1 kerusi di kuantan. Tiada kerusi Umum dipertandingkan.

Kronologi

19 September 2008
- Pembubaran SRC
13 Oktober 2008 - Notis PALSU Pilihanraya kampus UIAM disebarkan
5 Januari 2009 - Notis Rasmi PERTAMA berkenaan PRK dikeluarkan. Tarikh PRK diumumkan pada 15 Januari 2009.
6 Januari 2009 - Notis PERTAMA ditarik semula dan proses PRK ditangguhkan sementara waktu. (PENANGGUHAN PERTAMA)
7 Januari 2009 - Notis KEDUA dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). PRK diumumkan pada 19 Januari 2009 dan penamaan pada16 Januari 2009
15 Januari 2009 - Notis KETIGA dikeluarkan bagi MENANGGUHKAN PRK buat kali kedua kerana krisis bekalan air di UIAM. Tarikh baru PRK diumumkan pada 22 Januari 2009 dan penamaan pada 19 Januari 2009. (PENANGGUHAN KEDUA)
19 Januari 2009 - Penamaan calon diadakan di Dewan banquet, Bangunan Pentadbiran UIAM. Pro-Mahasiswa telah memenangi 1 Kerusi di Fakulti Kejuruteraan selepas pihak lawan hanya menghantar seorang sahaja wakil, manakala 1 kerusi di Fakulti Informasi & Teknologi Maklumat dimenangi oleh calon bebas. Sementara itu 4 kerusi antarabangsa Gombak dimenangi tanpa bertanding oleh calon bebas
Di kampus Kuantan pula, 8 kerusi telah dimenangi oleh Pro-Mahasiswa tanpa bertnding selepas penamaan calon dan 2 kerusi masing-masing satu di Fakulti Perubatan dan Kejururawatan dimenangi oleh calon bebas. 1 Kerusi Antarabangsa Kuantan juga dimenangi oleh calon bebas tanpa pertandingan.

Tahniah dan takziah

Di sini, saya ingin mengucakan tahniah kepada yang menang kerana anda berjaya menjadi "YB" di UIAM dan takziah kerana kamu akan memegang amanah yang sangat besar yang perlu diselesaikan tidak kira dari PKPIM, PRO-M dan GPMS, kerana ingatlah, segala janji-janji manismu itu nanti, akan dipertanggungjawab dihadapan Allah kelak.

﴿إِنَّا عَرَضْنَا الاٌّمَانَةَ عَلَى السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ وَالْجِبَالِ فَأبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإِنْسَـنُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً ﴾


[33.72] Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

PRO-M

Keputusan penuh yang memihak calon Pro-Mahasiswa adalah seperti berikut:

Undang-undang
:
Ahmad Mukhlis
Mashitah

Ekonomi
Sofiyussalam

Kejuruteraan
Kamarul Helmi
Firwan

Ilmu wahyu & Sains Kemanusiaan
Noraini
Zatil Arifah

Senibina
Azwan

Informasi dan Teknologi Maklumat
Hairulzaim

Jumlah rasmi yang dimenangi oleh Pro-Mahasiswa di Gombak adalah 9 Kerusi daripada 12 kerusi fakulti 3 kerusi lain yang dimenangi oleh calon-calon lawan adalah:

Ekonomi
Ahmad Fahmi - PKPIM

Senibina
Fadhlizil fariz - Aspirasi

Informasi & Teknologi Maklumat
Sh. Ummu Kulthum

Pengajaran PRK UIA

Banyak perkara yang saya belajar dari PRK yang lepas. Cuma di sini hanya beberapa perkara sahaja yang saya ingin berkongsi dan pendangan ini adalah peribadi.

1. Sikap kita sebagai ahli gerakan
Sebagai ahli gerakan Islam, kita mestilah mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh kita. Kadang-kadang kita teragak-agak untuk masuk atau tidak dalam PRK. Menyebabkan ahli-ahli kita mula memandang rendah isu PRK. Janganlah kita berangan-angan dengan kemenangan sedangkan kita masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh. Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan lawan.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Siapa pemuda ini, tidak lain dan tidak bukan, kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi Islam terutama yang menerajui sebuah gerakan Islam di kampus.

2. Kekuatan rohani
Kadang-kadang kita terfikir, kenapalah susah sangat kita nak buat benda baik, sebenarnya ia mungkin kerana maksiat kita yang menghalang kita untuk rasa nikmat dan aman dalam gerak kerja jentera. So, untuk menguatkan rohani kita dalam menghadapi musuh, kita perlu jauhi dulu musuh maksiat kita dan selalu berharap pada Allah.

3. Kekuatan dana
Untuk mencapai kemenangan kita memerlukan kewangan yang mantap untuk menjamin kelancaran sesebuah jentera. Caranya, gunakan strategi yang menarik dan mulakan dengan awal. Mudah untuk gerak kerja yang seterusnya.

4. Siasah hendaklah bersama tarbiah
Bila siasah tanpa tarbiah ia akan jadi politik kotor dan fitnah kepada lawan itu sendiri. Kata Imam Syafie, kalau kata-kata itu benar, ia akan menjadi pengumpat dan kalau kata-kata itu salah ia akan menjadi fitnah. Gunakan cara yang terbaik dalam berpolitik.

5. Generasi pewaris yang kurang memberansangkan (khas untuk s5)
Adakah kemenangan ini akan berterusan? Siapa yang bakal menggantikan next leader pada masa hadapan?? Jawapannya terjawab pada generasi pewaris yang bakal memimpin pada masa hadapan. Kalau dari mula lagi kurang memberikan komitmen dan ambil acuh tak acuh dari awal, takut-takut bermasalah dipertengahan dan dipengakhiran jalan. Kuatkan semangat untuk menang dan perlu mind set kan dalam pemikiran, akulah pengganti pemimpin Islam pada masa hadapan.

6. Kurang berpengalaman dalam job scope sendiri
Seboleh-bolehnya, pilihlah ketua yang berpengalaman dalam bidang tersebut dan seboleh-bolehnya kena tahu apa tugas yang perlu kena buat. Kalau tidak, kerja jadi lambat dan tertangguh.

Ini hanyalah pandangan peribadi. Diharapkan jentera untuk masa akan datang akan lebih baik dan pastikan kemenangan milik kita lagi. InsyaALLAH.

Kekalahan di Econs

Kekalahan satu kerusi di Kuliyyah Ekonomi telah dijangkakan dari awal-awal lagi. Walaupun ia bukanlah satu kekalahan yang besar, tetapi sebenarnya ia telah memberikan petanda awal yang cukup merbahaya kepada bakal calon PRO-M di Kuliyyah Ekonomi pada masa akan datang. Ini berikutan beberapa insiden dan mood massa pelajar di Econs sendiri.

Kuliyyah Econs cukup berbeza dengan kuliah-kuliah lain seperti di Engin, IRKHSS, KAED, LAWS, EDU dan ICT. Ia dapat di lihat dari beberapa sudut. (...bersambung pada next entry)


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Sunday, October 26, 2008

:: Benarkah Pilihanraya Kampus UIAM Mahu Dimansuhkan? ::

Pilihanraya Kampus (PRK) merupakan aktiviti tahunan yang wajib dilalui oleh setiap warga universiti yang bergelar ‘Mahasiswa’ kerana PRK adalah medan terbaik bagi mahasiswa untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka yang benar-benar berkualiti, berkredibiliti, berintergriti dan mengutamakan kebajikan pelajar.

Selain itu, PRK juga merupakan lapangan yang sesuai untuk melatih karektor dan kepimpinan mahasiswa kerana mereka inilah yang bakal menjadi pelapis kepada kepimpinan Negara yang ada pada hari ini. Mahasiswa secara praktikalnya perlulah didedahkan dengan ilmu politik, pelaksanaan yang tulen dan diberi kebebasan untuk menentukan halatuju mereka tanpa ada sebarang sekatan dan ugutan selagi mana ia tidak bercanggah dengan Syari’at Islam. Namun, mahasiswa Malaysia sejak tahun 1970-an hingga ke hari ini masih lagi dibelenggu oleh ‘kuasa-kuasa’ ghaib yang cuba memandulkan dan melemahkan idealisme mereka. Pelbagai usaha dilakukan oleh golongan ini untuk menakutkan mahasiswa daripada bergiat aktif dalam kancah politik kampus dan tanah air disamping bergiat aktif dalam masyarakat serta cakna kepada isu-isu semasa.

Pelbagai sekatan berbentuk akta dan juga ugutan dihidangkan kepada mahasiswa seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), ugutan buang kolej, buang universiti, ditarik balik biasiswa dan juga pinjaman. Semua tindakan ini dibuat adalah demi untuk kepentingan ‘politik’, ‘pengaruh’ dan ‘kuasa’ pihak pemerintah semata-semata.

Mereka tak nak kedudukan mereka tergugat dan digugat oleh mana-mana pihak termasuk mahasiswa walaupun terbukti merekalah pemerintah yang penipu, zalim dan gila kuasa. Menyekat hak mahasiswa untuk menikmati nilai demokrasi yang sebenar merupakan satu tindakan yang zalim dan pengecut.Seperti universiti-universiti lain di sekitar Lembah Klang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga tidak terkecuali daripada menerima tekanan daripada pihak pemerintah yang gila kuasa. Sehingga ke hari ini, pihak pentadbiran UIAM masih lagi membisu seribu bahasa berkenaan isu pilihanraya kampus sesi 2008/09. Tiada sebarang notis pemberitahuan mengenai status PRK pada kali ini.

Walaupun Pro-Mahasiswa UIAM (Pro-M) yang lebih dikenali dengan kumpulan ‘We Unite For Islam’ (WUFI) mendapat maklumat yang tidak rasmi secara verbal oleh seorang pensyarah kanan universiti bahawa Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Ust. Hamidon Abd Hamid ada memberitahunya tentang perjalanan PRK 08/09 yang akan dijalankan pada semester dua akan datang, januari 2009.wufis.JPG

Ust. Hamidon ada menyatakan bahawa pihak pentadbiran UIAM tidak akan sekali-kali tunduk kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) jika arahan yang dikeluarkan oleh mereka bercanggah dengan perlembagaan universiti. Bila ditanya bila PRK akan diadakan? Beliau berkata: “Itu KPT yang tentukan, kami hanya tunggu arahan.” Tapi, bila mahasiswa berpiket di KPT dan Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mendapat jawapan rasmi daripada Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Khaled Nordin, apa dia jawab? “Kita serah kepada universiti yang tentukan tarikh PRK”. Apa semua ini?

Untuk makluman semua, sebenarnya pihak pro-mahaiswa UIAM masih lagi tertanya-tanya adakah PRK 08/09 akan tetap diadakan atau dihazafkan terus? Maksudnya tiada lagi pilihanraya kampus di bumi UIAM. Yang ada hanyalah Forum bagi pemimpin-pemimpin pelajar yang dilantik diperingkat kuliyyah-kuliyyah (fakulti). Sebelum ini memang ada desas-desus berkaitan isu ini.

[ Perancang sebenar perjalanan UIA = "WUFI" ?? ]

Cumanya ia menjadi diam seketika setelah wakil-wakil MPP pro-m sesi lepas cuba membuat bantahan. Boleh jadi ia akan usaha jahat ini akan diteruskan memandangkan sikap pihak pentadbiran yang terus membisu dan buat-buat pekak. Sebenarnya, sejak zaman berzaman lagi pelbagai usaha dilakukan oleh pihak pentadbiran yang pro-UMNO untuk melenyapkan pengaruh We Unite For Islam (WUFI) dilihat cenderong kepada pembangkang.

Namun, usaha mereka tetap gagal, mahasiswa UIAM tetap bersama dengan pro-m atau wufi. Pro-Aspirasi hanya dapat membentuk kabinet mahasiswa pro-UMNO hanya sekali sahaja iaitu pada tahun 2005 setelah wufi memboikot pilihanraya pada ketika itu disebabkan oleh sistem dan peraturan baru yang diperkenalkan.

[Pejuang muda tak takut pada musuh Islam]

Biar apa pun yang terjadi, pro-m UIAM akan tetap memperjuangkan kebenaran dan hak-hak serta kebajikan mahasiswa. Mahasiswa UIAM perlu ingat, kita bukannya pak turut yang dicucuk hidunya untuk mengiakan apa yang tidak benar dan bersifat munkar.

Justeru, pro-m UIAM menggesa agar pihak pentadbiran supaya tetap mengadakan pilihanraya kampus seperti sediakala tanpa ada sebarang sekatan dan penyelewengan. Berilah kebebasan kepada mahasiswa, laksanakan amanah dengan adil dan telus, jangan sekali-kali mempermainkan mahasiswa. Kami tidak akan berdiam diri, kaku dan layu, kami akan bangkit menentang sebarang bentuk kezaliman. Ingat! kami bukan budak-budak tadika yang masih berhingus.

Cukuplah sekali pihak pentadbiran memalukan universiti kepada dunia umum pada PRK yang lepas setelah penamaan calon kali kedua diadakan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia penamaan calon buat kali kedua dengan tujuan untuk melayakkan calon-calon pro-aspirasi yang terperangkap dalam jerangkap samar ciptaan mereka sendiri. Mereka telah gagal sebelum perlawanan bermula. Student Power!

Oleh:Mohd Rihwan Bakar
Ahli MT GAMIS

Sumber : Mahasiswakini.com

* Ana sebagai mahasiswa UIA terasa sangat-sangat terkilan jika ia benar-benar di mansuhkan. Mungkin pemimpin yang bakal dilahirkan adalah melalui tali barut atau tali lembu atau tali seangkatan dengannya yang mudah untuk dipergunakan.

p/s: baru terfikir nak jadi calon untuk next year...hehehe...melepas la aku nampaknya...


"Jadilah seperti kunang-kunang yang menerangi malam walaupun cahaya yang kecil. Bukan seperti kelkatu yang sepanjang hidupnya bergantung kepada cahaya"