Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Wednesday, May 20, 2009

Syria..

Alhmdulillah, akhirnya kakiku berjaya juga menjejakkan ke bumi ambiya'
yang penuh bertuah ini..

Alhamdulilillah..syukur padaMu Ya Allah..amin..

9 Mei 2009
11 pagi

Abu Nur,
Damsyik,
Syria
helangsenja@yahoo.com

Thursday, May 07, 2009

Selamat Hari Mama!

Ku dedikasikan sajak ini khas untuk mamaku yang tercinta. Nik Rashidah Nik Daud.

Kasihku hanya pada mama, mama dan mama. 3 times!

Segala pengorbananmu menjaga kami berlima tanpa abah di sisi sangat berat untuk mu harungi, tetapi kerana kami, kau tetap meneruskan perjuanganmu sebagai ibu. Thanks a lot! Sayang bangat sama mama!

Terimalah... Sempena Hari IBU! Dan untuk semua ibu-ibu di dunia dan anak-anak di dunia, tanpa mereka, siapalah kita...cintai dan hargai mereka sebelum mereka tiada.

Air mata ibu
mengalir,
bila mendengar tangisan si kecil,
masih merah salutan darah kelahiran.
Biarpun penat bersabung nyawa,
senyuman tetap terukir
ceria memekar taman jiwa.
Segala puncak sengsara
hancur semerta,
selamat zuriat melihat dunia...

Air mata ibu
menitis lagi,
bimbang resah mengulit diri,
sepanjang malam berjaga gelisah,
kerana si kecil masih mentah
meraung sakit ditimpa musibah...

Hari itu,
air mata ibu
bergerimis lagi,
bukan kepiluan
tapi kebanggaan,
melihat permata digilap kejayaan
tak kering bibirnya dengan senyuman,
tak lekang lidahnya pujian kesyukuran...

Takdir tuhan siapa menyangka,
harap panas bertahan
sang hujan bertamu ditengah laman...

Tika ini,
air mata ibu
bergenang kelukaan,
hati tua robek
sarat calaran,
permata kebanggaan
hilang kilauan kemanusiaan,
didikan tinggi tiada pedoman,
akibat gelap hati iman
harta nafsu jadi panduan...

Kemuliaan ibu,
hilang
ditimbus padam,
insan mulia
yang sarat pengorbanan
ditinggal gersang...

Rintihan si ibu,
Kesepian...
Kesedihan...
Kekecewaan...

Bukan balasan jasa
pintaan jua,
cukuplah secebis kasih permata
sementara jasad bersisa nyawa
biar tenang menutup mata...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, May 04, 2009

My journey to Indonesia

My journey to Indonesia

Assalamualaikum,

Kenanganku yang mungkin takkan kulupakan. Takkala diminta untuk mewakili kampus ke negara “Ayat-ayat Cinta”, terasa suka bercampur gembira.

Seramai 10 orang pelajar Malaysia mewakili kampus UM, UIA, POLISAS, UiTM, UPM dan PMC( Penang Medical Center) yang mewakili satu organisasi ke Indonesia sebagai lawatan sambil belajar.
Klik Baca Selanjutnya untuk melihat gambar-gambar yang menarik.

Selama 10 hari saya berada di sana dari 28/6/2008 hingga 7/7/2008 pelbagai peristiwa dan kenangan indah yang mungkin tidak akan dilupakan.

Selama 10 hari disana, beberapa orang yang sempat kami berdiskusi dan bertukar-tukar idea dengan persatuan pelajar disana, antaranya bersama aktivis mahasiswa dari KAMMI (Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia), UI (Universiti Indonesia), ITB (Institute Teknologi Bandung) dan beberapa tempat aktivis mahasiswa yang lain.

Kami juga berkesempatan berjumpa dan berdiskusi dengan tokoh Indonesia, antaranya Ibu Asmah, pelakon Kiamat Sudah Dekat dan juga bakal calon PKS dalam pilihanraya Pemilu kali ini.

Beberapa tempat menarik juga saya sempat lawati, antaranya di Bandung, Tangkuban Perahu, Pasentren Darul Tauhid, Bangunan Sate, program DEBAT dan Pemeran Kebudayaan Indonesia. Kami juga melawat beberapa universiti tempatan Indonesia yang lain dan beberapa pusat atau pejabat yang sering menjadi tumpuan rakyat Indonesia, antaranya pejabat PKS pusat, pejabat KAMMI, TV One, PKPU, TRUSTCO dan beberapa tempat lain lagi.

Pengalaman yang saya lalui sukar untuk dinukilkan dengan tulisan mahupun kata-kata. Mungkin sekadar ini sahaja saya bercerita. Memang terlalu banyak yang ingin saya berkongsi. Nak tulis banyak sangat. Kalau ada masa lagi, nanti saya akan bercerita lagi.

Saya akan meneruskan journey saya ke Syiria pada 7hb Mei ini pula. InsyaAllah. Saya bertekad sekurang-kurangnya 5 negara yang akan saya lawati sepanjang berada di kampus ini. Semoga cita-cita saya tercapai. Doakan saya selamat pergi dan selamat kembali, semoga Allah merahmati ilmu yang kita ingin cari. Amin.

Semuanya bermula kerana Tarbiyah dan kerana Dakwah.
Semakin luas perjalanan, semakin luas pengetahuan kita.


Bertukar-tukar cenderamata dari pihak kami dan juga dari PKS

Pihak kami bersama pihak ITB bergambar kenang-kenangan

Di pusat latihan TRUSTCO yang agak terkenal dengan pembawaan dakwah mereka (seperti ESQ)

Bergambar bersama Ibu Asma'
(bekas pelakon dan bakal dicalonkan untuk pilihanraya mewakili PKS)

Budak kecil itu budak kristian, jiran tempat saya tinggal, tapi jirannya baik dengan kami

Dihadapan kontor PKPU
Dihadapan Gedung Sate bersama ikhwan KAMMI (Satu-satunya negeri yang ditadbir oleh PKS)

Delegasi kami bersama Presiden Pusat Bulan Sabit Indonesia

Di atas puncak Gunung Tankubang Perahu (salah satu tempat pelancongan menarik di Bandung)

Selepas membeli belah di Pesta Kebudayaan Indonesia

Kereta ini terkenal untuk digunakan untuk berniaga Tempe, bakso dan bermacam-macam lagi

Di pusat stesen TV One Indonesia (macam TV1 kalau di Malaysia)

Di TV One Indonesia bersama Pegawai Polis merangkap ahli panel semasa program DEBAT

Dihadapan Universiti Pendidikan Indonesia

Makan di AMPERA, antara restoran terkemuka di Jakarta, enak bangat sih

Model Malaysia di Indonesia (dihadapan bangunan UPI)

Di bawah itu lembah gunung berapi yang masih hidup di Tangkubang Perahu, Bandung, nasib baik tak meletus lagi time ni

Kue Surabi Bandung, enak sekali dong

Stesen TV oNE

Rumah Pak Yuli, besar bangat deh

Sedang menghabiskan taklifan di stesen bus di Jakarta

Metromini yang popular di Jakarta

Santapan rohani bersama Ust Roslan (murabbi PKS)

WARTEG (Panggilan untuk warung macam ini, kecik je warung, tp byk mkanan)

Mabit Iman dan Taqwa di Daarut Tauhid (Pusat pasentren terkenal di Bandung)

Di pusat bandar di Jakarta, sibuk bangat, klu kat Malaysia, confirm ramai yg accident

Di pesta buku Indonesia, banyak bangat novel2 cinta Islamik

Bangunan di Jakarta, cantik

Di pintu masuk masjid UI (Universiti Indonesia)

Antara bangunan yang cantik di UI

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Sunday, May 03, 2009

Dakwah kampus: Antara retorik dan realiti

Dakwah kampus: Antara retorik dan realiti

“Saya retorik, saya ego, saya malas dan saya tak serius”

Antara pernyataan peserta dalam suatu kem. Biarpun ia adalah luahan paksaan oleh komiti program untuk ditulis, namun sebenarnya ia suatu realiti di dalam kampus.

Dakwah kampus

Dakwah kampus adalah suatu medan yang sangat mencabar oleh pada dai’e di kampus untuk menyampaikan dakwah kepada mad’u mereka. Di kampus juga, ia menguji ketahanan pendakwah kampus untuk istiqamah dalam perjuangan mereka.

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah.

Firman Allah yang bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki kerana anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)

Retorik bermakna seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seperti seni berpidato. Manakala,realiti pula bermaksud keadaan yang nyata (bukan khayalan), kenyataan, hakikat.

Retorik

Sering kali di dalam kem-kem ibadat atau tamrin pelajar,peserta akan diberi modul untuk dilaksanakan. Namun, ada segelintir pelajar yang kurang memahami modul yang diberikan kerana merasakan ia hanyalah retorik semata-mata. Lantas, modul yang cuba dijalankan tidak mencapai matlamat yang ditetapkan.

“Aku tak nak join dah usrah kita ni” berkata Halim pada kawannya.

“Kenapa pulak?” kawannya mula bertanya.

“Tadi aku nampak abang yang kendali program hari tu keluar ber’dating’. Hari tu, masa program cakap berapi, macam bagus, tapi rupa-rupanya diorang pun buat juga masalah-masalah gini. Cakap tak serupa bikin. Retorik je banyak” terang Ali dengan nada yang tidak berpuas hati.

Inilah antara menjadi punca kenapa kadang-kadang pelajar kampus tidak berminat untuk berdakwah atau menyertai persatuan Islam. Ini kerana sikap segelintir para pendakwah yang tidak sama apa yang mereka perkatakan.

Di dalam kem atau tamrin, mereka bersemangat mengendalikan program, menyuruh pelajar jangan buat ni, jangan buat itu, tetapi ia sebenarnya hanyalah bahasa untuk menyedapkan telinga, mencantikkan tuturkata, namun ia adalah bahasa retorik.

Realiti

Didalam buku “Wahai Pemuda” tulisan Sheikh Hasan Al-Banna, beliau ada menyebut sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.

Realitinya tidak sama apa yang kita idam-idamkan sebagai pendakwah di dalam kampus. Ujiannya sangat hebat. Kadang-kadang ujian itu sangat menyeksakan, namun disebalik penyeksaan ada kejayaan. Ia tidak semudah seperti kita sangkakan.

Tetapi, setiap modul didalam program sebenarnya adalah ingin member pendedahan kepada para dae’I tentang pendedahan di alam kampus. Tinggalkan seketika perasaan berburuk sangka, kerana kita semua manusia. Pasti ada salah dan silapnya.

Walaupun ia dikatakan retorik di dalam program, namun ia sebenarnya ingin mendidik jiwa, supaya ciri-ciri utama pemuda atau pemudi terlaksana. Harus diingat, ujian kepada yang berkata-kata akan selalu diuji dan banyak cabarannya.

Kesimpulannya, dunia dakwah kampus sebenarnya menguji ketahanan diri kita sendiri dalam menjadikan ia realiti. Beretoriklah ketika di dalam program, namum harus diingat, ada ujian disebaliknya. Istighfarlah dulu dan muhasabah diri sendiri dulu sebelum memulakan program. Takut ujiannya kita tidak menduga. Wallahu ‘alam.

Beretorik adalah keperluan, bukan kewajipan, realiti adalah kepastian dan suatu cabaran.

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Saturday, May 02, 2009

Status Agama Anak Bawah Umur

Status Agama Anak Bawah Umur

Merujuk kepada laporan akhbar tempatan, keputusan kabinet Menteri memutuskan bahawa setiap ibu bapa yang menukar agamanya ke agama lain, anak-anak mereka yang dibawah umur tidak akan bertukar secara automatik, malah mereka akan kekal dalam agama asal sehinggalah mereka dewasa dan membuat keputusan sendiri selepas itu.

Pengenalan

Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang dibincangkan di sini adalah:

a- Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]
b- Hak penjagaan anak.
c- Status perkahwinan selepas pengislaman.

Pendapat berkenaan isu ini

A:Ustaz Nasrudin Tantawi

Islam adalah agama a'dalah [ yang adil ] dan rahmah [ kasih sayang ] . Ertinya ia bukan agama yang kasar , keras dan memutuskan hubungan kekeluargaan . Malah Islam juga tidak boleh memaksa sesiapa jua untuk menganutnya .

Andai wujud individu atau keluarga yang menganut ajaran Islam secara sukarela , maka Islam menerima kehadhirannya dengan penuh kasih sayang dan rasa mahabbah terhadap saudara baru . Lantaran itu ahli keluarganya yang lain [ yang belum Islam ] tidak perlu bimbang kerana dua sebab .

a - Ia akan diterima sebagai saudara baru dan diberikan segala haknya sebagai insan yang mulia kerana aqidahnya.

b - Keselamatan dan kebahagiaannya terpelihara tanpa mereka dipisahkan dari keluarga asal [ ibubapa atau anak ] biarpun mereka tidak turut menganut ajaran Islam .

Saya yakin dunia jelas menerima hak ibu dan bapa yang memeluk ajaran Islam ke atas anaknya dan tidak timbul permasaalahan seperti merebut hak penjagaan dan beragama kerana mereka [ suami isteri / ibubapa ] berdua telah memeluk ajaran Islam secara rela . Secara automatiknya anak akan mengikut kedua - dua ibu dan bapanya tanpa siapa berhak untuk menghalang .

Namun apabila saya membaca ketetapan yang dikemukakan oleh kabinet dalam hal ini , jelas saya lihat ia tidak berlaku adil secara menyeluruh pada semua keadaan . Asal sahaja umur anak itu bawah daripada 18 tahun maka ia mestilah mengikut ugama asal . Inilah adalah ketetapan yang salah , terburu - buru dan merugikan ummat Islam .

Sekalipun pihak kerajaan mahu menjaga sentimen golongan non muslim , ketetapan tidak boleh di buat sedemikian rupa sebaliknya budi bicara , rundingan dan semangat toleransi masih boleh digunakan untuk menyelesaikan masaalah sukar dan sensitif begini .

Tambahan pula ketetapan yang diputuskan oleh kabinet adalah dengan tidak memperdulikan Jabatan Mufti serta tokoh - tokoh agama yang berselerak dalam negara ini untuk mendapatkan pandangan mereka sebelum bertindak membuat keputusan . Tindakan kabinet tidak mesra ulama' dan tidak mesra agama .

Saya juga percaya , andai kita membuat penjelasan hukum yang berkaitan tanpa disulam rasa jengkel atau permusuhan terhadap mereka [ non muslim ] nescaya mereka boleh menerima dengan lapang dada kerana kini mereka telah sedia memahami kebaikan dan keadilan islam sebagai cara hidup masyarakat .


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kedudukan agama anak

Imam al-Bukhari di dalam Sohehnya menaqalkan dari Hasan al-Basri, Syuraih, Ibrahim dan Qatadah yang berkata; jika telah Islam salah seorang dari dua ibu-bapa, maka anak hendaklah bersama ibu/bapanya yang Islam.

Ibnu ‘Abbas (semasa kecilnya) tinggal bersama ibunya (yang Islam) berserta golongan mustadh’afin (yang menganut Islam) dan beliau tidak tinggal bersama bapanya yang masih menganut agama kaumnya (yakni agama musyrik). Dan beliau (yakni Ibnu ‘Abbas) menegaskan; “Islam adalah tinggi dan tidak ada yang boleh mengatasi ketinggian Islam”.

(Soheh al-Bukhari, kitab al-Janaiz, bab Iza Aslama as-Sobiyyi Fa Ma-ta..).

Imam al-Khattabi menjelas; “Anak yang masih kecil jika ia berada di antara seorang muslim dan seorang bukan Islam , maka yang muslim lebih berhak terhadapnya”

(Ibanatul-Ahkam Syarah Bulughul-Maram, jil. 3, kitab al-Hadhonah, hlm. 467).

Dalam membahaskan; adakah harus hak penjagaan (hadhonah) diberikan kepada ibu atau bapa yang tidak Islam jika salah seorang dari suami atau isteri memeluk Islam dan pasangannya tidak mahu memeluk Islam, para ulamak berbeza pandangan;

1. Menurut jumhur ulamak; hak penjaaan anak (hadhonah) tidak harus diberikan kepada ibu/bapa yang tidak Islam kerana hadhonah adalah wilayah (penguasaan) dan Allah tidak membenarkan penguasaan orang tidak Islam ke atas orang beriman (yakni orang beriman tidak harus perjalanan hidupnya dikuasai atau ditentukan oleh orang bukan islam ). Ini sebagaimana firman Allah;

“Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang bukan Islam untuk membinasakan orang-orang yang beriman. (an-Nisa’; 141).

Ia sama seperti larangan wanita muslim dikahwini lelaki bukan Islam kerana perkahwinan tersebut menyebabkan wanita muslim berada di bawah penguasaan orang bukan Islam .

Menyerahkan anak untuk dijaga dan diasuh oleh orang bukan Islam akan menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan agama anak terbabit kerana ibu atau bapa yang bukan Islam sudah tentu cenderung untuk mendidik anak itu agar mengikut agamanya apabila besar nanti.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Maksud fitrah di dalam hadis di atas menurut ulamak ialah Islam. Hadis ini menjelaskan bahawa bayi yang lahir asalnya adalah Islam, cuma dengan pengaruh ibu/bapanya maka ia berubah mengikut agama ibu/bapanya. Maka jika ibu/bapanya memeluk Islam, maka ia otomatik akan kembali kepada fitrahnya (Islam) dengan mengikuti ibu/bapanya yang memeluk Islam.

Hadis di atas juga menjelaskan pengaruh ibu/bapa ke atas anak. Oleh itu, tidak harus mana-mana individu menyerahkan anaknya untuk diasuh oleh isteri/suaminya yang bukan Islam kerana nanti anaknya itu akan dipengaruhi untuk menganut agama bukan Islam. Ia wajib memelihara masa depan agama anaknya dan kewajipan ini termasuk dalam arahan Allah;

“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka” (at-Tahrim; 6)

2. Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; hak penjagaan (hadhonah) harus diberikan kepada ibu yang masih belum Islam sehingga anak mencapai tujuh tahun. Namun keharusan tersebut terikat dengan syarat-syarat berikut;

a) Kekufuran ibu itu bukan kerana murtad (yakni ia adalah asal tidak Islam)
b) Tidak dibimbangi ia akan menjejaskan agama anak tersebut ( iaitu islamnya).
c) Tidak dibimbangi ia akan memberi makan makanan yang haram kepada anak

Jika ada kebimbangan tersebut, maka hak penjagaan tidak harus diberikan kepada ibu yang tidak Islam itu atau ditarik balik jika hak itu telah diberikan.

Apa yang jelas ialah Islam tidaklah menghalang secara mutlak akan hak penjagaan ibu atau bapa non muslim terhadap anak apabila salah seorang dari mereka memeluk ajaran Islam , melainkan meletakkan syarat yang ketat demi menjamin agama dan kesejahteraan insaniah mamnusia itu sendiri .

B: Ustaz Zaharuddin

Secara kesimpulan, sudah tentu saya cenderung kepada pendapat majoriti yang menganggap secara automatik anak-anak menjadi Islam. Namun demikian adalah lebih tepat dan hikmah jika si suami dapat mengambil keputusan bijak mengelakkan isu ini dibawa ke mahkamah dan berusaha sedaya mampu mengajak isterinya tuurt serta menganuti islam sebagai cara hidup mereka. Dapatkan bantuan bijak pandai antara agama jika perlu.

Selain itu amat wajar untuk pihak berkuasa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum melakukan sebarang kenyataan umum berkait isu Islam. Saya bersetuju dengan pendapat Mufti Perak bahawa isu ini memerlukan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan,

Namun masalah yang paling ketara jika dirujuk ke Majlis Fatwa adalah tidak pasti bilakah mereka mampu memberi respond dan jawapan. Wallahu'alam.

*Sumber-sumber

1.http://tamarjalis66.blogspot.com/
2.http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/04/agama-anak-dan-hak-penjagaannya.html
3.http://www.zaharuddin.net/content/view/827/72/

* Ehsan dari iluvislam.com

----------------------------------
Apa yang boleh saya simpulkan di sini:

1) Rujuk ulama', Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkenaan agama
2) Kabinet negara yang baru perlu lebih sensitif berkenaan isu agama yang menjadi salah satu perkara dibawah kuasa raja-raja, bukan kuasa kabinet Ayah Jib kita
3) Semua ummat Islam WAJIB memahami isu ini berikutan ia isu umat ISLAM, bukan isu negara atau mahkamah sahaja

p/s: kalau boleh sebar mengenai isu ini supaya orang tidak keliru apa yang telah dibuat oleh kabinet negara

Friday, May 01, 2009

Ma'ruf Club serah Memorendum kepada Kabinet Negara

Salam,

Sekali lagi Maruf Club melakar sejarah untuk tahun ini apabila pada 30/4/2009 beberapa ahli MC bersama-sama dengan delegasi persatuan mahasiswa yang lain menyerahkan memorandum bantahan berikutan tindakan kabinet menetapkan agama asal anak mengikut agama asal ibu dan bapa semasa mereka berkahwin di Putrajaya.

Walaupun saya tiada, sebab tak sempat pergi dek tersilap tempat, rugi ar..klu tak bleh masuk Malaysiakini. hehe. Sib baik tak pi, sebab niat tak ikhlas dah. huhu. Klik baca lagi untuk melihat video.

Ma'ruf Club yang di wakili oleh Presiden,Saudara Mohd Faridzul ,Timbalan Presiden 2, Saudari Nurul Syuhada Shuib, Exco Perhubungan & Protokol, Saudara Mohd Hafrez Affiq dan tiga lagi ahli Ma'ruf Club turun untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Bersama-sama Ma'ruf Club ialah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (MPIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Mahasiswa harus bertindak aktif dalam mendepani pelbagai isu semasa supaya mahasiswa dilihat "check and balance" pada kerajaan. Jadi, kerajaan harus juga bertindak proaktif diatas memorendem yang dihantar.


* Dipetik dari www.marufclub.blogspot.com

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||