Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Showing posts with label Al-Quran dan Hadis. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran dan Hadis. Show all posts

Sunday, October 11, 2009

Waktu Gempa Bumi Sama Dengan Surah & Ayat Al-Qur'an

Gempa bumi di Padang berlaku jam 17.16, gempa susulan jam 17.58, esoknya pula gempa di Jambi pada jam 8.52. Mari kita buka Al-Qur'an dan semak ayat2 di bawah ini (perhatikan nombor Surah dan nombor Ayat) . Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (QS. Al Israa ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Perlakuan buruk manusia mengundang bala/ bencana terjadi
Adakah bala dan ujian Allah datang tanpa dijemput? Pernahkah kita mengangkat kedua-dua tapak tangan ke langit untuk memohon bala dan ujian Allah SWT? Mestilah kita katakan tidak pernah. Hakikatnya, kita menjemput bala Allah tanpa disedari. Kita menyeru bala Allah dengan membanyakkan zina, menyebarkan budaya minum arak, memperkayakan kehidupan dengan mata pencarian haram, meninggalkan arahan Allah, melakukan segala larangan Allah, budaya keseronokan (hiburan) dan pembuangan bayi menyebabkan turunnya bala dan ujian Allah, sedangkan kita tidak menyedarinya. Sebenarnya kita hanya diberi bala dan ujian yang kecil jika dibandingkan bala Allah kepada Kaum Ad, Thamud, kaum Nuh, kaum Hud dan umat terdahulu sehinggakan mereka tidak mewariskan generasi kini dari kaum mereka.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (As-Syura: 30)

Sabda Rasulullah SAW: "Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak menurunkan hujan selama-lamanya. "
Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
· Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.
· Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
· Zakat dijadikan hutang.
· Suami turut kehendak isteri.
· Anak derhaka kepada ibunya.
· Anak lebih baik terhadap kawan.
· Anak suka menjauhkan diri daripada ayah.
· Suara ditinggikan di dalam masjid.
· Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.
· Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
· Arak diminum di merata tempat.
· Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
· Artis jadi pujaan.
· Muzik banyak dimainkan.

Sumber: http://maskuleen.blogspot.com

Saturday, May 02, 2009

Status Agama Anak Bawah Umur

Status Agama Anak Bawah Umur

Merujuk kepada laporan akhbar tempatan, keputusan kabinet Menteri memutuskan bahawa setiap ibu bapa yang menukar agamanya ke agama lain, anak-anak mereka yang dibawah umur tidak akan bertukar secara automatik, malah mereka akan kekal dalam agama asal sehinggalah mereka dewasa dan membuat keputusan sendiri selepas itu.

Pengenalan

Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang dibincangkan di sini adalah:

a- Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]
b- Hak penjagaan anak.
c- Status perkahwinan selepas pengislaman.

Pendapat berkenaan isu ini

A:Ustaz Nasrudin Tantawi

Islam adalah agama a'dalah [ yang adil ] dan rahmah [ kasih sayang ] . Ertinya ia bukan agama yang kasar , keras dan memutuskan hubungan kekeluargaan . Malah Islam juga tidak boleh memaksa sesiapa jua untuk menganutnya .

Andai wujud individu atau keluarga yang menganut ajaran Islam secara sukarela , maka Islam menerima kehadhirannya dengan penuh kasih sayang dan rasa mahabbah terhadap saudara baru . Lantaran itu ahli keluarganya yang lain [ yang belum Islam ] tidak perlu bimbang kerana dua sebab .

a - Ia akan diterima sebagai saudara baru dan diberikan segala haknya sebagai insan yang mulia kerana aqidahnya.

b - Keselamatan dan kebahagiaannya terpelihara tanpa mereka dipisahkan dari keluarga asal [ ibubapa atau anak ] biarpun mereka tidak turut menganut ajaran Islam .

Saya yakin dunia jelas menerima hak ibu dan bapa yang memeluk ajaran Islam ke atas anaknya dan tidak timbul permasaalahan seperti merebut hak penjagaan dan beragama kerana mereka [ suami isteri / ibubapa ] berdua telah memeluk ajaran Islam secara rela . Secara automatiknya anak akan mengikut kedua - dua ibu dan bapanya tanpa siapa berhak untuk menghalang .

Namun apabila saya membaca ketetapan yang dikemukakan oleh kabinet dalam hal ini , jelas saya lihat ia tidak berlaku adil secara menyeluruh pada semua keadaan . Asal sahaja umur anak itu bawah daripada 18 tahun maka ia mestilah mengikut ugama asal . Inilah adalah ketetapan yang salah , terburu - buru dan merugikan ummat Islam .

Sekalipun pihak kerajaan mahu menjaga sentimen golongan non muslim , ketetapan tidak boleh di buat sedemikian rupa sebaliknya budi bicara , rundingan dan semangat toleransi masih boleh digunakan untuk menyelesaikan masaalah sukar dan sensitif begini .

Tambahan pula ketetapan yang diputuskan oleh kabinet adalah dengan tidak memperdulikan Jabatan Mufti serta tokoh - tokoh agama yang berselerak dalam negara ini untuk mendapatkan pandangan mereka sebelum bertindak membuat keputusan . Tindakan kabinet tidak mesra ulama' dan tidak mesra agama .

Saya juga percaya , andai kita membuat penjelasan hukum yang berkaitan tanpa disulam rasa jengkel atau permusuhan terhadap mereka [ non muslim ] nescaya mereka boleh menerima dengan lapang dada kerana kini mereka telah sedia memahami kebaikan dan keadilan islam sebagai cara hidup masyarakat .


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kedudukan agama anak

Imam al-Bukhari di dalam Sohehnya menaqalkan dari Hasan al-Basri, Syuraih, Ibrahim dan Qatadah yang berkata; jika telah Islam salah seorang dari dua ibu-bapa, maka anak hendaklah bersama ibu/bapanya yang Islam.

Ibnu ‘Abbas (semasa kecilnya) tinggal bersama ibunya (yang Islam) berserta golongan mustadh’afin (yang menganut Islam) dan beliau tidak tinggal bersama bapanya yang masih menganut agama kaumnya (yakni agama musyrik). Dan beliau (yakni Ibnu ‘Abbas) menegaskan; “Islam adalah tinggi dan tidak ada yang boleh mengatasi ketinggian Islam”.

(Soheh al-Bukhari, kitab al-Janaiz, bab Iza Aslama as-Sobiyyi Fa Ma-ta..).

Imam al-Khattabi menjelas; “Anak yang masih kecil jika ia berada di antara seorang muslim dan seorang bukan Islam , maka yang muslim lebih berhak terhadapnya”

(Ibanatul-Ahkam Syarah Bulughul-Maram, jil. 3, kitab al-Hadhonah, hlm. 467).

Dalam membahaskan; adakah harus hak penjagaan (hadhonah) diberikan kepada ibu atau bapa yang tidak Islam jika salah seorang dari suami atau isteri memeluk Islam dan pasangannya tidak mahu memeluk Islam, para ulamak berbeza pandangan;

1. Menurut jumhur ulamak; hak penjaaan anak (hadhonah) tidak harus diberikan kepada ibu/bapa yang tidak Islam kerana hadhonah adalah wilayah (penguasaan) dan Allah tidak membenarkan penguasaan orang tidak Islam ke atas orang beriman (yakni orang beriman tidak harus perjalanan hidupnya dikuasai atau ditentukan oleh orang bukan islam ). Ini sebagaimana firman Allah;

“Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang bukan Islam untuk membinasakan orang-orang yang beriman. (an-Nisa’; 141).

Ia sama seperti larangan wanita muslim dikahwini lelaki bukan Islam kerana perkahwinan tersebut menyebabkan wanita muslim berada di bawah penguasaan orang bukan Islam .

Menyerahkan anak untuk dijaga dan diasuh oleh orang bukan Islam akan menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan agama anak terbabit kerana ibu atau bapa yang bukan Islam sudah tentu cenderung untuk mendidik anak itu agar mengikut agamanya apabila besar nanti.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Maksud fitrah di dalam hadis di atas menurut ulamak ialah Islam. Hadis ini menjelaskan bahawa bayi yang lahir asalnya adalah Islam, cuma dengan pengaruh ibu/bapanya maka ia berubah mengikut agama ibu/bapanya. Maka jika ibu/bapanya memeluk Islam, maka ia otomatik akan kembali kepada fitrahnya (Islam) dengan mengikuti ibu/bapanya yang memeluk Islam.

Hadis di atas juga menjelaskan pengaruh ibu/bapa ke atas anak. Oleh itu, tidak harus mana-mana individu menyerahkan anaknya untuk diasuh oleh isteri/suaminya yang bukan Islam kerana nanti anaknya itu akan dipengaruhi untuk menganut agama bukan Islam. Ia wajib memelihara masa depan agama anaknya dan kewajipan ini termasuk dalam arahan Allah;

“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka” (at-Tahrim; 6)

2. Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; hak penjagaan (hadhonah) harus diberikan kepada ibu yang masih belum Islam sehingga anak mencapai tujuh tahun. Namun keharusan tersebut terikat dengan syarat-syarat berikut;

a) Kekufuran ibu itu bukan kerana murtad (yakni ia adalah asal tidak Islam)
b) Tidak dibimbangi ia akan menjejaskan agama anak tersebut ( iaitu islamnya).
c) Tidak dibimbangi ia akan memberi makan makanan yang haram kepada anak

Jika ada kebimbangan tersebut, maka hak penjagaan tidak harus diberikan kepada ibu yang tidak Islam itu atau ditarik balik jika hak itu telah diberikan.

Apa yang jelas ialah Islam tidaklah menghalang secara mutlak akan hak penjagaan ibu atau bapa non muslim terhadap anak apabila salah seorang dari mereka memeluk ajaran Islam , melainkan meletakkan syarat yang ketat demi menjamin agama dan kesejahteraan insaniah mamnusia itu sendiri .

B: Ustaz Zaharuddin

Secara kesimpulan, sudah tentu saya cenderung kepada pendapat majoriti yang menganggap secara automatik anak-anak menjadi Islam. Namun demikian adalah lebih tepat dan hikmah jika si suami dapat mengambil keputusan bijak mengelakkan isu ini dibawa ke mahkamah dan berusaha sedaya mampu mengajak isterinya tuurt serta menganuti islam sebagai cara hidup mereka. Dapatkan bantuan bijak pandai antara agama jika perlu.

Selain itu amat wajar untuk pihak berkuasa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum melakukan sebarang kenyataan umum berkait isu Islam. Saya bersetuju dengan pendapat Mufti Perak bahawa isu ini memerlukan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan,

Namun masalah yang paling ketara jika dirujuk ke Majlis Fatwa adalah tidak pasti bilakah mereka mampu memberi respond dan jawapan. Wallahu'alam.

*Sumber-sumber

1.http://tamarjalis66.blogspot.com/
2.http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/04/agama-anak-dan-hak-penjagaannya.html
3.http://www.zaharuddin.net/content/view/827/72/

* Ehsan dari iluvislam.com

----------------------------------
Apa yang boleh saya simpulkan di sini:

1) Rujuk ulama', Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkenaan agama
2) Kabinet negara yang baru perlu lebih sensitif berkenaan isu agama yang menjadi salah satu perkara dibawah kuasa raja-raja, bukan kuasa kabinet Ayah Jib kita
3) Semua ummat Islam WAJIB memahami isu ini berikutan ia isu umat ISLAM, bukan isu negara atau mahkamah sahaja

p/s: kalau boleh sebar mengenai isu ini supaya orang tidak keliru apa yang telah dibuat oleh kabinet negara

Wednesday, April 29, 2009

Cerpen bersiri: Berubah kerana “dia” atau DIA?

Berubah kerana “dia” atau DIA?

“Anta nak tahu tak, kawan ana sekarang dah banyak berubah. Dulu dia suka pakai tudung tiga segi tak sampai ke paras dada dan salu berseluar jeans, tapi sekarang dia dah salu pakai baju kurung, tambah lagi, tudung pun dah sedikit labuh. Dia dah banyak berubah.” Terang Khadijah kepada sahabat lelaki sekuliahnya.

“Anta nak tahu tak kenapa dia berubah?” sambung Khadijah lagi.

“Kenapa?” tanya Luqman dengan bersungguh-sungguh.

“Dia berubah kerana anta” jawab Khadijah dengan suara yang perlahan.

Luqman terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh sahabiahnya tadi. Tetiba jantungnyanya berdegup sedikit laju.

“Kenapa dia berubah kerana ana?” tanya Luqman dengan perasaan ingin tahu.

Khadijah menerangkan bahawa, sahabatnya berubah kerana dia tertarik dengan perwatakan, pergaulan dan gerak kerja Luqman tadi. Luqman ini dikenali oleh rakan se-universitinya kerana perwatakannya yang baik, mudah mesra, peramah, tawadduk, berakhlak mulia, berwajah hensem dan cergas dalam gerak kerja dakwahnya. Dia juga diminati ramai oleh pelajar perempuan atau muslimah di kampusnya.

“Tapi ana tak kenal kawan anti tu. Macam mana dia boleh tertarik dengan ana pulak? tegas Luqman.

“Mungkin dia sudah lama memerhatikan cara anta dan gerak kerja dakwah anta dan mungkin sebab itulah dia bersemangat untuk berubah. Bukan senang dia nak berubah. Dulu ana selalu menasihati dia. Tapi, dia tak nak dengar. Tapi, sekarang Alhamdulillah. Dia dah mula berubah. Dia cakap dia meminati anta lantas dia bertekad untuk berubah.” Jelas Khadijah dengan panjang lebar.

Luqman mendengar dengan teliti apa yang dicakapkan oleh rakan sekelasnya itu di depan perpustakaan UIA. Luqman terasa begitu tersentuh dengan apa perubahan yang berlaku pada roommate Khadijah itu. Walaupun Luqman tidak pernah mengenali roommate sahabiahnya itu, tetapi dia terasa dirinya begitu kerdil untuk dijadikan sandaran sebuah perubahan. Fikiranya mula terlintas sebuah firman Allah SWT.

Allah SWT. berfirman:
'Serulah (manusia) ke jalan tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang Maha Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui
orang-orang yang mendapat petunjuk.'
(Q.S. An Nahl: 125)

Mungkin itulah dinamakan hidayah dari Allah yang diturunkan ke dalam hati-hati manusia. Pelbagai cara untuk Allah menurunkan hidayah kepada hamba-hambaNYA. Salah satunya melalui manusia. Manusia itu sebagai alat untuk Allah memberikan hidayah. Inilah yang dinamakan dakwah secara tidak langsung. Berdakwah melalui akhlak yang mulia. Mengikut kajian, sebanyak 70 peratus manusia tertarik dengan dengan seseorang kerana akhlaknya. Sedangkan manusia sering lupa tentang nikmat hidayahnya.

“Ana harap anti menasihati dia supaya jangan berubah kerana ana, tetapi berubahlah kerana Allah, kerana sesungguhnya Allah itulah kekal selama-lamanya. Dan ana tak nak fitrah meminati seseorang bertukar menjadi fitnah. Kerana fitnah wanita ini sangatlah besarnya di sisi lelaki. Baik cegah sebelum parah. Dahulukanlah minat, cinta atau seumpamanya dengan cinta Allah sebelum kita ada rasa untuk bercinta dengan manusia. Kerana manusia ini mudah lupa tanpa agama lebih-lebih lagi dalam bab bercinta.” Jelas Luqman dengan perasaan merendah diri.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia.
Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
(Mutiara Kata)

Rasulullah bersabda,‘‘Tali iman yang paling kuat adalah saling berkasih-sayang kerana Allah, memusuhi kerana Allah , mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah”
(Riwayat Imam At-Thabrani, hadis sahih)

“Ana dah bagitahu kepadanya. Supaya jangan berubah kerana manusia, kerana mungkin manusia itu akan berubah pada bila-bila masa saja, sedangkan syariaat dan Islam sentiasa sama, tak kan berubah. Mula-mula dia masih lagi berharap semangatnya itu dari anta untuk dia terus istiqamah dalam berubah. Tapi sekarang Alhamdulillah, dia dah mula faham bahawa kalau kita berubah kerana Allah pasti kita tidak akan kecewa dan pasti terjaga. "Khadijah mula berfalsafah.

“Alhamdulillah. Mudah-mudahan sahabiah anti tu terus istiqamah untuk berubah. Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia. Sama-samalah kita istiqamah kearah yang lebih baik pada hari ini.” Luqman menyambung perbicaraannya.

Khadijah melihat jam di tangannya tepat menunjukkan 11.20pagi. Tinggal 10 minit lagi kelas dia akan bermula.

“Ok la Luqman. Ana ada kelas pukul 11.30 kejap lagi. Terima kasihlah kerana beberapa nasihat yang berguna tadi. Harap Allah mengira segala perbuatan baik hambaNYA. InsyaAllah.”

“InsyaAllah.” Senyum Luqman sebagai tanda penghargaan kepada sahabatnya kerana memberitahu keadaan roomatenya itu.

Khadijah terus beredar dan Luqman tanpa membuang masa terus masuk ke dalam perpustakaan untuk mengulangkaji pelajarannya.

********************************* ******************************* *********

* Moral values of the story:

Cerita ini adalah sekadar perkongsian, pandangan dan pengajaran mengenai keadaan mahasiswa atau remaja yang berlaku sekarang. Beberapa pengajaran ringkas yang saya ingin berkongsi:

1. Cinta/minat/suka.

Remaja sekarang mudah terjebak ke dalam kancah percintaan. Sesiapa yang tak bercinta dianggap kolot, ketinggalan zaman, tak bertamadun malah dianggap aneh tanpa ada pasangan kekasih. Subhanallah. Dunia sekarang dah terbalik dengan cinta yang di bina barat. Mindset orang Islam sudah berubah 90 darjah. Cinta itu adalah fitrah manusia yang dijadikan Allah sebagai tempat untuk manusia berasa senang dengan kehadiran cinta. Sebab itulah walaupun Syurga itu damai dan indah, namun Nabi Adam a.s berasa kesunyian dan mahukan teman. Maka Allah jadikan Hawa dari tulang rusuk kiri untuk dijadikan teman sepermainan. Lihatlah bagaimana rasa cinta itu ada dalam diri manusia.

Cinta ini boleh ditakrifkan dalam pelbagai maksud. Cinta Nabi pada umatnya sehingga pada saat kematiannya, Rasulullah SAW masih lagi teringat akan umatnya. “Umaati” “Ummati” “Ummati”.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih
dikasihi daripada anaknya, ibu bapanya dan manusia seluruhnya”
(Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Al-Nasai)

Cinta para syuhadak kepada syahidnya. Kata-kata Dr A. Aziz al-Rantissi, pejuang HAMAS sebelum mendapat syahidnya “Demi Allah, sesungguhnya perjuangan kita akan bertambah gemilang dan membuatkan kita semakin mencintai jalan ini. Tangan – tangan kita yang menggenggam senapang di dunia ini Insya Allah akan berpelukan bersama di sisi Allah (di syurga nanti)”. Subhanallah. Bagaikan dia telah melihat Syurga Allah dan mencintai untuk syahid bertemu Allah.

"Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah.Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar" (an-Nisa': 74)

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (Al-Ahzab: 23)

Cinta Nabi Yusof as dan Zulaikha dan pelbagai lagi cerita cinta yang begitu mendalam kepada Allah SWT. Jagalah cinta kita dengan Allah, nescaya Allah akan menjaga cinta kita denganNYA.

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan
kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
( Saidina Umar Ibnul Khattab)

2. Bersahabat.

Persahabatan dalam Islam adalah salah satu elemen penting dalam berdakwah. Dengan bersahabat, manusia mudah terpengaruh dengan sahabatnya, lantaran terikut-ikut apa yang ada pada sahabatnya. Dalam suasana kampus, mungkin terdapat pelbagai ideologi politik, perbezaan jemaah dan sebagainya. Ketepikan soal persafahaman itu dahulu, cari titik persamaan iaitu dalam berdakwah manusia kearah mengenali Islam dengan lebih baik.

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana
dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Banyak sekali hadis dan Al-Quran menerangkan mengenai persahabatan atau ukhwah Islamiah.

Nabi bersabda,‘‘Tidakkah dua orang yang saling bercinta kerana Allah , melainkan yang paling utama di antara keduanya adalah yang paling cinta kepada sahabatnya itu . ” (Bukhari & Abu Daud)

Allah berfirman : ‘‘Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah, mudah-mudahan kamu dirahmati .’’(Al Hujurat : 10)

“ Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (Islam) dan jangan pula berpecah belah, dan kenangkanlah nikmat Allah atas kamu ketika dahulunya kamu bermusuhan, lalu Allah menyatukan hati-hati kamu, maka jadilah kamu disebabkan nikmat-Nya (Islam) kamu bersaudara…” (Ali Imran 103)

Dari Anas, Nabi bersabda, ‘‘Tiga perkara , barangsiapa yang ketiga-tiganya ada pada dirinya , maka ia akan mendapat kemanisan iman, iaitu hendaklah Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada selain keduanya , dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah , serta ia tidak suka kembali kepada kekafiran setalah Allah membebaskannya darinya sebagaimana ia tidak suka dilempar ke dalam api neraka .’’ (Bukhari dan Muslim).

Malah, akan termasuk dalam golongan yang mendapat naungan Allah pada hari kiamat.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, “ Tujuh golongan akan dinaungi Allah pada hari yang tiada apa naunganpun melainkan naungan-Nya sahaja; pemimpin yang adil, pemuda yang hidup beribadat kepada Tuhannya (zaman mudanya penuh dengan ibadah), lelaki yang hati terikat dengan masjid-masjid, dua orang lelaki yang berkasih kerana Allah;mereka berjumpa kerana Allah dan berpisah kerana-Nya, lelaki yang digoda perempuan cantik lalu dia berkata padanya, “Sesungguhnya aku takut kepada Allah, lelaki yang bersedekah bahkan menyembvunyikan sedekahnya sehinggakan kirinya tak mengetahui apa yang dihulurkan kanannya, dan lelaki yang mengingati Allah bersendirian lalu mengalirlah air matanya” (Muttafaq ‘alaih).

Bercinta kerana Allah dan untuk Allah akan menjadi kunci masuk ke syurga :
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, ‘‘Kamu tidak akan memasuki syurga , sehinggalah kamu beriman . Dan kalian tidak (benar-benar) beriman , sehinggalah kamu saling mencintai . Hendakkah aku tunjukkan sesuatu, jika kamu saling mengerjakannya ,maka kamu akan saling mencintai; iaitu sebarkanlah salam antara kamu.’’ (Muslim)

Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. (Khalifah Abdul Aziz)

Bersahabatlah kita kerana Allah dan jangan cuba mempergunakan sahabat-sahabat di sekeliling kita untuk kepentingan diri sendiri. Dan jangan menyalahgunakan persahabatan untuk bercinta.

3. Berakhlak mulia.

Dalam cerita ringkas tadi, kita dapat melihat bagaimana akhlak yang mulia dapat menjaga dan dapat memberi kesenangan pada orang yang melihat orang yang berakhlak mulia ini.

Nabi s.a.w.bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan budipekerti yang mulia."(H.R.Ahmad)

Dalam timbangan (mizan) amal pada hari kiamat tidak ada yang lebih berat dari pada aklak yang baik, sebagaimana sabda rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam : “ Sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik.” (HR. Abu Daud dan Ahmad, disahihkan Al Bani. Lihat ash Shahihah Juz 2 hal 535). Juga sabda beliau : “ Sesungguhnya sesuatu yang paling utama dalam mizan (timbangan) pada hari kiamat adalah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad, dishahihkan al Bani. Lihat Ash Shahihah juz 2 hal.535).

Dari Jabir radhiallahu ‘anhu berkata : Rashulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya orang yang paling saya kasihi dan yang paling dekat padaku pada hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.” (HR. Tirmidzi dengan sanad hasan. Diriwayatkan juga oleh Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban. Lihat Ash shahihah Juz 2 hal 418-419).

Akhlak yang baik akan mengangkat manusia ke darjat yang tinggi dan mulia. Akhlak yang buruk akan membinasakan seseorang insan dan juga akan membinasakan ummat manusia. Manusia yang mempunyai akhlak yang buruk senang melakukan sesuatu yang merugikan orang lain. Senang melakukan kekacauan, senang melakukan perbuatan yang tercela, yang akan membinasakan diri dan masyarakat seluruhnya. Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud:
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya."(H.R.Ahmad)

Dari hadis-hadis di atas dapat difahami bahwa akhlak yang paling baik memiliki keutamaan yang tinggi. Kerana itu sudah menjadi kewajipan pada setiap muslim itu mengambil akhlak yang baik sebagai perhiasannya. Yang perlu diingat bahawa ukuran baik atau buruk suatu akhlak bukan ditimbang menurut selera individu, bukan pula hitam putih akhlak itu menurut ukuran adat yang dibuat manusia. Kerana boleh jadi, yang dianggap baik oleh adat itu buruk menurut timbangan syari’at atau sebaliknya

4. Nasihat menasihati.

Allah berfirman: Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. (Ali-Imran:110)

Kita sebagai kawan hendaklah ada rasa ingin nasihat menasihati antara satu sama lain. Walaupun kadang-kadang nasihat kita itu tidak diendahkan oleh sahabat-sahabat kita, namun, kita perlu bersungguh-sungguh untuk membantu sahabat-sahabat kita berubah kearah yang lebih baik. Mungkin sahabat kita tersebut tidak berubah dalam masa yang terdekat, namun mungin pada suatu masa nanti, dia akan berubah kerana nasihat kita tersebut.
Dalam beberapa situasi, bukan semua orang dapat menerima dan mendengar nasihat. Namun, kita perlulah bersikap positif dan ada alternatif lain dalam member nasihat. Supaya apa yang paling penting adalah silaturrahim antara sahabt-sahabat terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' (Surah al-Imran:103)

5. Aurat.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan cenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punak unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)


6. Istiqamah.

Setiap perkara baik yang kita kerjakan perlulah disusuli dengan perasaan ingin berterusan. Ingin istiqamah.

Firman Allah SWT: Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Hud: 112).

Pernah suatu ketika Sufyan Ibn Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: “ Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang satu pegangan hidup dalam Islam yang tidak perlu lagi aku ajukan soalan-soalan lain. Lantas Baginda SAW menjawab dengan sabdanya: Katakanlah! Aku beriman kepada Allah kemudian tetap teguhlah (beristiqamahlah) pada pendirian itu. (Riwayat Muslim)

Jesteru itu, setiap Muslim haruslah menginsafi bahawa kehidupan yang penuh pancarabo ini menuntut sedikit sebanyak persediaan untuk menghadapinya. Persediaan itu tidak lain dan tidak bukan ialah iman dan istiqamah sebagai medium yang kongkrit dalam berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan dalam hidup ini.

..........................
Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama. InsyaAllah. Wallahu a’lam.

www.helangsenja.blogspot.com

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Monday, March 02, 2009

Sejuta Harapan - Da'i Nada

Hari ini saya ingin berkongsi satu lagu dari kumpulan Indonesia. Lagu yang cukup menarik. Ini versi yang Bahasa Melayu. Nanti saya akan berkongsi versi Bahasa Arab pula. Lagu ni cukup popular di kalangan pelajar Melayu di Mesir memandangkan ahli kumpulan ini adalah pelajar Mesir dan telah menempa nama dalam corang-corong radio di Mesir. Hebatkan. Tapi di Malaysia hanya radio Nasyidfm.net jer boleh dengar. Nak dengar radio nasyidfm boleh klik kat sini.

Berkenaan lagu ni, ada satu hadis dari
Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dia menahan di sisi-Nya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terpijak atau menyakiti anaknya. (Hadis Sahih Muslim No. 4942) dan mutiara kata yang berbunyi "Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang". Mudah-mudahan mendapat manfaat hendaknya.

Sesiapa peminat nasyid kat sini, boleh la download lagu ni. Tak minat, boleh la bagi komen kenapa tak minat dan tak yah la downloadkan. Hehehe. Ok la. Wassalam.



Sejuta Harapan - Da'i Nada


Sejuta harapan yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu untuk terangi jalanku

Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku

Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Sucikanlah hati ikhlas untukMu
Terangilah gelap hitam jalanku
Sucikanlah hati ikhlas untukMu






"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Sunday, March 01, 2009

Aku cintakan syuhada'

Subhanallah.. rasa hendak menitits air mata bila melihat muka-muka pada syuhada' ni. Janji Allah pasti akan datang. Ini adalah gambar-gambar pejuang Hamas yang telah mati syahid semasa perang Gaza. Mereka telah bertemu dengan Allah bersama-sama para bidadari Syurga. Sesungguhnya, syurga pasti milik mereka. Kita bagaimana??

Sanggupkah anda gadai nyawa anda untuk Islam?? Sanggupkah anda mati demi Islam?? - diriku mengelamun mengingatkan kembali kisah TAMRINKU. Baruku sedar. Janjiku pada Allah, bai'ahku pada Allah. Hidup dan matiku hanya untuk Islam. Astaghfirullah..

WAJAH SYUHADA' GHAZZAH

الموت في سبيل الله أسمى أمانينا




Bangga mendapat syahid yang diidamkan


Tiada yang Lebih Hebat dan Manis selain Syahid


Pergi Mendapatkan Janji Allah swt


Aku Mendapatkan Kekasihku ...oh TuhanKu



Tiada sinar dan Cahaya seindah Cahaya dan Sinar Syurga

Hakikatnya, Jihad adalah satu amal yang difardhukan Allah dan RasulNya hingga ke Hari Kiamat. FirmanNya bermaksud, “Diwajibkan kamu berperang, sedang kamu tidak menyukainya. Mungkin kamu tidak suka sesuatu sedang ia baik untuk kamu. Mungkin kamu suka sesuatu sedang ia buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Quran). Jihad inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya bermaksud, “Sesiapa yang mati, sedang dia tidak pernah berperang atau dia tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian jahiliyah” (Hadis Sahih).

Tidakkah cukup peperangan demi peperangan yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah saw dan para Sahabat ra dihayat Baginda saw menggambarkan perihal kepentingan Jihad dan kemuliaan Syahid? Tidakkah cukup sejarah manusia yang dipenuhi peperangan dan kezaliman menuntut umat Islam bersedia dengan kekuatan apa sahaja yang mereka sanggupi demi kedaulatan Agama yang benar lagi tercinta ini? Tidakkah cukup penjajahan Timur dan Barat ke atas Kashmir, Palestin, Gaza dll membuka mata dan memberi pengajaran?

Allah mewajibkan Jihad ke atas tiap muslim, tiada alasan untuk mengelak darinya. Allah swt menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada para Mujahideen dan Syuhadak, tidak akan memperolehi ganjaran tersebut selain mereka. Tidak akan mencapai derajat mereka selain orang-orang yang melalui jalan mereka. Allah swt menjadikan darah-darah mereka yang suci sebagai deposit pembayaran harga kemenangan Islam di dunia dan kejayaan abadi di Akhirat. Allah swt mengancam keras mereka yang tidak keluar berjihad, lepak, pengecut, menjanjikan mereka kehinaan di dunia dan azab di Akhirat yang tidak dapat ditebus walau dengan emas segunung Uhud dan menjadikan lari dari medan (al-firar) pertempuran termasuk 7 dosa besar yang membinasakan.

Dari beberapa hadis dibawah, lihatlah betapa hebat penerangan mengenainya, kuatnya ruh yang dibangkitkannya untuk mereka yang benar dan jujur dalam hidup yang sementara ini.

Dari Abi Hurairah ra mendengar Nabi saw bersabda maksudnya,
“Demi Tuhan yang nyawaku ditanganNya, kalaulah tidak ada mereka yang sedih kerana tak dapat bersamaku dalam Jihad, aku tak dapat memberi kelengkapan perang kepada mereka, nescaya aku tidak akan ketinggalan menganggotai sariya (kumpulan perang) berperang di jalan Allah. Demi Tuhan yang nyawaku ditanganNya, aku sungguh ingin dibunuh dijalan Allah, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian dihidupkan, kemudian dibunuh” (Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Maksud hadis diatas, adakalanya Nabi saw tidak keluar berperang, bukan kerana takut, tetapi kerana menra’ikan sebahagian Sahabat ra yang tinggal di Madinah, tak dapat sertai perang tersebut kerana terlalu miskin, tiada kelengkapan dan ada ketahap Daulah sendiri telah kehabisan kelengkapan untuk mereka keluar berjihad. Hakikatnya Nabi saw dan para Sahabat tersebut sangat ingin berjihad dan mendapat syahid.

Dari Ummu Harithah binti Suraqah ra, dia mendatangi Rasulullah saw untuk bertanya tentang anaknya yang syahid di Badar akibat panah sesat, jika Haritah di Syurga, dia akan bersabar. Jika sebaliknya, dia akan bersungguh menangis. Jawab Rasulullah saw bermaksud,
“Wahai Ummu Harithah, sesungguhnya balasan baginya ialah taman-taman di Syurga. Sesungguhnya anakmu mendapat Firdaus yang tertinggi” (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Dari Abdullah bin Abi Awfa ra bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Ketahuilah kamu bahawa Syurga itu dibawah naungan pedang-pedang” (Hadis riwayat Abu Daud).

Sabda Baginda saw bermaksud,
“Seorang yang berjihad di Jalan Allah seperti seorang yang berpuasa, bersolat yang khusyuk dengan bacaan Al-Quran dalam solatnya, tidak putus puasa dan solatnya sehingga orang yang berjihad tadi pulang dari jihadnya” (Hadis riwayat Abu Daud).

Ummu Khallad bertanya Rasulullah saw tentang anaknya yang syahid di Jalan Allah. Sabda Baginda saw bermaksud, “Bagi anakmu pahala 2 orang syahid .. kerana dia dibunuh oleh Ahlul Kitab” (Hadis riwayat Abu Daud).

Seorang sahabat lalu di satu lembah permai lagi dibelahi mataair yang sedap airnya. Dia berkata, “Apa kata aku mengasingkan diri dari manusia dan aku tinggal di lembah ini”. Berita ini sampai kepada Rasulullah saw lalu bersabda bermaksud, “Jangan buat seperti itu. Sesungguhnya berada kamu di Jihad di Jalan Allah lebih afdhal dari solat di rumahnya selama 70 tahun. Tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga? (Oleh itu) berperanglah kamu di Jalan Allah. Sesiapa yang berperang dijalan Allah di atas untanya, wajib dia mendapat Syurga” (Hadis riwayat At-Tirmizi).

Dari Al-Miqdam bin Ma’ad Yakram berkata, sabda Rasulullah saw bermaksud, “Bagi seorang syahid di sisi Allah mendapat 6 kelebihan, (i) diampun dosa-dosanya sebaik ditikam, (ii) diperlihatkan tempatnya di Syurga, (iii) diselamatkan dari azab kubur, (iv) diamankan dari Goncangan Besar, (v) dipakaikan tengkolok dari permata yang lebih hebat dari seisi dunia dengan dikahwinkan dengan 72 isteri dari Hurul Ain (bidadari Syurga), (vi) disyafaatkan 70 orang dari kaum kerabatnya” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah).

“Sesungguhnya umat yang tahu cara mati yang terbaik, yang tahu bagaimana untuk mati dengan kematian yang mulia, akan dikurniakan Allah kehidupan yang agung di dunia dan nikmat yang kekal di Akhirat. Tidaklah mendung yang meliputi kita hari ini melainkan kerana cinta dunia dan takutkan mati. Persiapkanlah diri kamu untuk suatu tugas yang besar. Bersungguh melengkapkan diri untuk mati, nescaya Allah mengurniakan kamu kehidupan. Ketahuilah bahawa mati itu pasti. Ia pula hanya sekali. Jika kamu jadikan mati itu di Jalan Allah, maka untukmu keuntungan di dunia dan pahala di Akhirat. Tidak akan menimpa kamu melainkan apa yang telah ditentukan Allah ke atas kamu” … “Bekerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahgiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati Syahid di JalanNya”. (Hasan Al-Banna).

Ihsan dari http://inijalanku.wordpress.com dan http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/



"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||