Wanita itu menangis. Walau wajahnya terlindung di sebalik purdah, dan hanya menampakkan sepasang matanya yang bening, tetapi suaranya yang sayu dan sebak beserta linangan air mata yang tumpah menggambarkan segala rasa yang menggigit tangkai jiwanya.
Melihat itu, saya turut mengalirkan air mata.
Sudah banyak kali saya menyaksikan petikan video yang satu ini. Jika diulang tayang berkali-kali pun, ia masih menghadirkan keinsafan di dalam diri. Kolam air mata mana yang mampu menampung limpahannya, jika persoalan yang bermain di kepala membuak kesayuan yang tiada taranya.
Persoalan yang sukar dijawab tetapi juga adalah impian setiap muslim dan muslimah yang beriman. Inilah yang berlaku kepada diri saya setiap kali menonton petikan video yang menampilkan satu rancangan berbahasa arab bertajuk: Lau kaana bainana. Rancangan ini mengenengahkan persoalan bagaimana sekiranya Rasulullah SAW, hidup dan berada di tengah-tengah kehidupan moden hari ini.
Bersama-sama kita!
BUKAN JEMU
"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, beramallah SEBAIKNYA"
Pagi itu gelap gelita,
Sunyi sepi tanpa suara,
Sayup-sayup kedengaran cengkerek bersahutan
Memuji Sang Pencipta dalam kegelapan.
Terdengar satu tangisan,
Rintihan seorang hamba dalam keinsafan,
Bertasbis, bertahmid dan bertafakur dalam kesedaran,
Ketika insan lain sedang khusyuk tidur menanti siang.
Pagi itu menuntut kesabaran,
Dalam wuduk yang kesejukan,
Dalam kepenatan di waktu siang,
Namun cekal dalam kehambaan,
Sebagai tanda syukur kepada Tuhan.
Ya Allah,
Kami hamba yang hina,
Mencari sebuah kekuatan,
Sebagai bekalan dalam pelayaran,
Sebagai penawar dikala keresahan,
Mengharap selaut keampunan.
Pagi itu terus berlalu,
Menanti cinta dari Tuhan,
Dalam kejauhan, hamba it terus berharap dan berharap,
Sehingga menanti Azan subuh berkumandang..
Sentuhan ikhlas dari, Mohd Ridhuan Che Husin, a.k.a “helangsenja” www.helangsenja.blogspot.com
2 pagi,
Rabu,
7 April 2010
"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, gunakanlah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||
Selepas thunami besar melanda Aceh, Indonesia, kini lain pula thunaminya. Bukan thunami musibah, tetapi hadiah. Thunami filem Islami yang kini giat diperkatakan. Filem diadaptasi dari novel yang telah menjadi mega best seller di merata-rata negara termasuklah Malaysia. Karya Habiburrahman El-Sherazy mula diperkatakan lewat kebelakangan ini. Setelah kejayaan besar filem “Ayat-ayat Cinta” yang diadaptasi dari novel best seller beliau, sekarang muncul pula “Ketika Cinta Bertasbih” yang menjadi igauan.
Selepas 2 jam lebih kami se”roommate” menonton bersama filem “Ketika Cinta Bertasbih 1”. Tetiba kawan saya menyapa.
“Kang Azzam tak nak tidur lagi ke?” Tanya kawan saya secara sepontan.
“Erk..ko panggil aku Azzam” kata saya dalam hati.
“Ana nak gi jumpa Ust Mujab kejap kt bilik sebelah, nak lamar Anna Althafunisa” jawab saya selamba dengan tersenyum bersama-sama.
Kami pun gelak bersama. Tanda gurauan yang tak pernah sunyi dari bilik kami. Sungguh luar biasa pengaruhnya. Begitulah sketsa kami sebilik selepas menonton filem “Ketika Cinta Bertasbih”.
Itulah penangan besar karya filem cinta Islami. Terpengaruh dengan watak yang dibawa dalam filem tersebut menjadikan igauan setiap orang untuk menjadi seperti watak tersebut. Sesiapa pernah membaca novel “Ayat-ayat Cinta” dan “Ketika Cinta bertasbih”, pasti teruja dengan gaya bahasa yang dibawa. Mungkin ada beberapa kritikan untuk novel tersebut, tetapi lebih banyak kebaikan yang boleh diperbincangkan.
Sekarang semakin banyak cerita cinta Islami yang telah menambat hati penonton-penonton yang menontonnya. Di Malaysia, wujudnya “Nur Kasih”, “Syurga Cinta”, “Cinta Sempurna” yang mungkin ada yang ingin menjadi sebahagian watak utama pelakon tersebut. Saya pernah terdengar, ramai mak cik-makcik yang terpengaruh dengan drama “Nur Kasih” menyebabkan ramai yang ingin menjadikan seperti Aidil, Adam dan Nur Amina sebagai menantunya. Sungguh hebat kalau itu kesannya.
Tetapi hakikatnya, semua itu hanyalah fantasi belaka. Ia hanyalah lakonan sementara sahaja. Kalau yang kenal bagaimana perangai pelakonnya diluar drama tadi, mungkin ada yang terbeliak melihat aksi seksinya. Tetapi dalam drama lain pula aksi. Siapa orang itu, carilah sendiri.
Filem “Ketika Cinta Bertasbih” bagi saya banyak nilai Islami yang boleh dijadikan panduan seperti perinsip, pengorbanan, kecekalan, amanah dan sebagainya. Tetapi realitinya dalam masyarakat sekarang sangat sukar untuk mencari lelaki dan wanita yang sebegitu rupa. Kalau ada pun sangat sedikit.
Ada yang ingin berfantasi menjadi seperti Azzam, Fahri, Aisyah dan Anna, tapi mungkin kita berlakon hanyalah seketika. Tetapi, kalau kita selalu sudah biasa dengan lakonan kita dengan istiqamahnya mungkin ia boleh menjadi habit dalam hidup kita. Jadi, untuk berfantasi dengan watak-watak yang baik tidak salah. Malah mungkin itulah yang sebenarnya yang ingin diterapkan oleh penulis novelnya. Untuk berdakwah merubah kearah cinta yang bukan Islami, kepada cinta yang lebih mengenal PenciptaNya.
Oleh itu, berfantasilah untuk menjadi realiti. Kalau kanak-kanak berfantasi menjadi Batman, Superman, Keluang Man, maka, tindakan berpakaian, percakapan dan pergaulan mereka akan bertindak seperti super hero khayalan mereka. Begitulah sebolehnya kita. Fantasinya baik, maka baiklah impresi kita. Kalau buruk fantasi difikiran kita, maka buruklah perbuatan kita. Imaginasinya difikiran kita. Realitinya pada tindakkan kita. Kalau kita impikan wanita yang solehah, maka tindakan kita sesoleh semampu kita dan begitulah sebaliknya. Buat semampu yang kita ada, bukan hanya berkhayal semata-mata. Saya berharap, selepas ini bakal wujud filem-filem Islami yang boleh menjadikan alternatif kepada filem-filem yang rempit sana, buka sini, terbuka sana dan sewaktu dengannya.
Allahumma innii as aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala laddzii yuballighunii hubbaka. Allahummaj’al hubbaka ahabba ilayya min nafsii wa ahlii.
“Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu
dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu,
serta memohon curahan amal yang dapat mengantarkan
diriku mencintai-Mu. Ya Allah, jadikanlah kecintaan
Kedengaran bunyi takbir sayup-sayup di masjid dan di surau berdekatan. Bulu romaku rasa berdiri. Mungkin ada rasa sebak bercampur gembira. Akhirnya aku berjaya lalui sebulan Ramadhan yang mungkin kali terakhir buat aku. MUNGKIN JUGA.
Siapa yang mendengar takbir raya, pasti ada juga rasa KEHAMBAAN dihati. Rasa rendahnya diri. Rasa besarnya KUASA Ilahi. Ada yang menitiskan air mata. Rasa syukur tidak terhingga. Rasa gembira tak terkata.
"Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…
Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…"
Yang masih mempunyai AYAH dan IBU, perbanyakkan melakukan kebaikan kepada mereka sebelum mereka pergi meninggalkan kita.
Bagi yang sudah tiada salah seorang dari mereka, pasti akan terasa akan kehilangan mereka bila tibanya malam raya. Sudah 5 tahun abah aku pergi. Namun, raya tetap raya juga, jadi jangan terlalu sedih di malam raya. Jadikan malam raya dengan perbanyakkan ibadat sebagai salah satu tanda syukur kita selepas berjaya keluar dari Universiti of Ramadhan dengan mendapat taqwa dari Allah. InsyaAllah.
Alhamdulillah, aku selesai menghabiskan surah terakhir di bulan barakah ini. Juzuk 3, Surah Al-Bakorah selepas berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran pada hari ke 26 Ramadhan. Alhamdulillah!
Tinggal beberapa minit sahaja lagi bulan Ramadhan Kareem 1430H bakal meninggalkan kita. Rasa sekejap je kita berpuasa cukup 30 hari pada tahun ini. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda mungkin kita tidak ketemu lagi dalam bulan-bulan yang lain. Segala pengorbanan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan Allah s.w.t banyak meninggalkan kenangan di bulan Ramadhan.
Yang pasti, ramai yang akan menangis untuk meninggalkan Ramadhan. Belum pasti kita hidup di bulan lain.
Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah dan beristighfar kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajab doa untuk hari terakhir ini.
Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesali lah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya.
Semoga aku dapat istiqamah melakukan ibadah kepada Allah pada 11 bulan yang akan datang. Seorang sahabat baik aku telah pergi meninggalkanku pada 25 Ramadhan dan beliau tidak sempat menghabiskan Ramadhan pada tahun ini. Aku bagaimana?? Sedihnya hati ini untuk kita meninggalkan Ramadhan. Bukan kerana banyaknya hidangan, tetapi kerana nikmatnya beribadah di bulan Ramadhan yang mungkin tiada di bulan lain.
Ya Allah, sampaikan aku di bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Semoga aku berjaya hadapi nafsuku di bulan-bulan lain. InsyaAllah.
Wallahua'lam
"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat" ||helangsenja@yahoo.com||
“Saya retorik, saya ego, saya malas dan saya tak serius”
Antara pernyataan peserta dalam suatu kem. Biarpun ia adalah luahan paksaan oleh komiti program untuk ditulis, namun sebenarnya ia suatu realiti di dalam kampus.
Dakwah kampus
Dakwah kampus adalah suatu medan yang sangat mencabar oleh pada dai’e di kampus untuk menyampaikan dakwah kepada mad’u mereka. Di kampus juga, ia menguji ketahanan pendakwah kampus untuk istiqamah dalam perjuangan mereka. Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah.
Firman Allah yang bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki kerana anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)
Retorik bermakna seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seperti seni berpidato. Manakala,realiti pula bermaksud keadaan yang nyata (bukan khayalan), kenyataan, hakikat.
Retorik
Sering kali di dalam kem-kem ibadat atau tamrin pelajar,peserta akan diberi modul untuk dilaksanakan. Namun, ada segelintir pelajar yang kurang memahami modul yang diberikan kerana merasakan ia hanyalah retorik semata-mata. Lantas, modul yang cuba dijalankan tidak mencapai matlamat yang ditetapkan.
“Aku tak nak join dah usrah kita ni” berkata Halim pada kawannya.
“Kenapa pulak?” kawannya mula bertanya.
“Tadi aku nampak abang yang kendali program hari tu keluar ber’dating’. Hari tu, masa program cakap berapi, macam bagus, tapi rupa-rupanya diorang pun buat juga masalah-masalah gini. Cakap tak serupa bikin. Retorik je banyak” terang Ali dengan nada yang tidak berpuas hati.
Inilah antara menjadi punca kenapa kadang-kadang pelajar kampus tidak berminat untuk berdakwah atau menyertai persatuan Islam. Ini kerana sikap segelintir para pendakwah yang tidak sama apa yang mereka perkatakan.
Di dalam kem atau tamrin, mereka bersemangat mengendalikan program, menyuruh pelajar jangan buat ni, jangan buat itu, tetapi ia sebenarnya hanyalah bahasa untuk menyedapkan telinga, mencantikkan tuturkata, namun ia adalah bahasa retorik.
Realiti
Didalam buku “Wahai Pemuda” tulisan Sheikh Hasan Al-Banna, beliau ada menyebut sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.
Realitinya tidak sama apa yang kita idam-idamkan sebagai pendakwah di dalam kampus. Ujiannya sangat hebat. Kadang-kadang ujian itu sangat menyeksakan, namun disebalik penyeksaan ada kejayaan. Ia tidak semudah seperti kita sangkakan.
Tetapi, setiap modul didalam program sebenarnya adalah ingin member pendedahan kepada para dae’I tentang pendedahan di alam kampus. Tinggalkan seketika perasaan berburuk sangka, kerana kita semua manusia. Pasti ada salah dan silapnya.
Walaupun ia dikatakan retorik di dalam program, namun ia sebenarnya ingin mendidik jiwa, supaya ciri-ciri utama pemuda atau pemudi terlaksana. Harus diingat, ujian kepada yang berkata-kata akan selalu diuji dan banyak cabarannya.
Kesimpulannya, dunia dakwah kampus sebenarnya menguji ketahanan diri kita sendiri dalam menjadikan ia realiti. Beretoriklah ketika di dalam program, namum harus diingat, ada ujian disebaliknya. Istighfarlah dulu dan muhasabah diri sendiri dulu sebelum memulakan program. Takut ujiannya kita tidak menduga. Wallahu ‘alam.
Beretorik adalah keperluan, bukan kewajipan, realiti adalah kepastian dan suatu cabaran.
"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat" ||helangsenja@yahoo.com||
“La..la..laaaa..Mali Rabbun Siwaa…” bunyi deringan dari handphone Nokia 6680 Luqman Al-Hakim dengan deringan dari kumpulan Nasyid Da’I Nada.
Tanpa berlengah, Luqman Al-Hakim terus mencapai handphonenya di atas meja belajarnya yang tidak jauh dari katilnya. Tertera perkataan “Mama” di skrin handphonenya.
“Assaalamualaikum Luqme” mamanya memulakan perbualan dengan loghat Kelantan. “Waalaikumsalam mama” jawab Luqman Al-Hakim dengan nada yang letih.
“Apa khabar? Sehak ko” Tanya mamanya.
“Alhamdulillah sehak jah.” Dalam hatinya, biarpun fizikalnya sihat, namun jiwanya sakit, tidak tenteram memikirkan beberapa program yang belum lagi disiapkan dalam tempoh yang sepatutnya.
“Betul ko sehak ni? Macam mana exam baru ni? Bleh jawak ko? Bilo nak kelik Kelate? Mamanya bertalu-talu menanyakan soalan pada anak lelakinya itu.
“Sehak sungguh, tak dok deme ko sakit gapo. Alhamdulillah, sehak molek. Pekso baru ni bleh jawak molek. Tok tahu lagi nok kelik bilo. Cuti pun tok lamo mano pun. Nanti la. Klu Luqme nok kelik nati, Luqme oyak la ko mama” Luqman Al-Hakim meneruskan perbualanya walaupun dia merasakan dia sebenarnya dalam kesakitan yang amat sangat kebelakangan itu. Sakit yang bukan penadol ubatnya. Bukan perlu pergi berjumpa doktor atau bomoh tempatnya. Tapi sakitnya itu hanya Allah ubatnya. Hanya jiwa yang tenteram penawarnya. Tapi bagaimana untuk mengubat dan menyembuh sakitnya itu. Luqman berdialog sendirian. Bagai mengubat sendirian jiwanya yang lemah dan tidak terdaya.
“Tak po la klu lagutu gak, klu nak balik nanti, oyak la ko mama deh” mamanya bagaikan memanggil-manggilnya pulang ke kampungnya yang baru sahaja 3 minggu dia pulang.
“Ok lah. Mama nak gi tengok mek kat bilik meta”
“Hmm, ok la mama. Nanti Luqme nok kelik, Luqme tepon la deh.k. Assalamualaikum.”
“Walaikum salam.”
Perbualan pada petang itu membuatkan Luqman berasa seperti dirinya makin lemah. Rasa yang mengantuk sebentar tadi membuatkannya hilang mood untuk tidur sebentar pada petang itu.
Luqman istighfar beberapa kali dalam diam.
“Banyaknya masalah aku kali ini. Ya Allah, permudahkanlah aku Ya Allah di jalan tarbiah Mu ini. Masakan Allah menzalimi hambanya kalau aku sanggup menghadapinya” Luqman Al-Hakim bermonolog sendirian. Surah Al-Baqarah ayat 286 bagai sedang berbicara kepadanya. Dia membiarkan jiwanya tenteram seketika. Dia menarik nafasnya dalam-dalam. Segar. Tenang seketika. Namun, bila dia terfikir kembali masalahnya itu; program kelabnya yang akan dijalankan pada Semesta akan datang, program tarbiah dan jemaah, masalah kewangan dan pelbagai lagi masalah yang dia sedang hadapi. Dia merasa seperti sesak nafas kembali.
“Mungkin ini ujian dan tarbiahku.” Keluh Luqman Al-Hakim dalam hati sambil teringat Surah Al-Ankabut : 2-3. “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
Azan Asar jelas berkumandang dari jendela biliknya. Luqman Al-Hakim lantas bangun sambil mencapai buku nota dan pen birunya tanpa perlu berfikir panjang. Selepas solat Asar, ada meeting yang perlu dia hadiri. Petang itu dia lalui dengan tabah dan penuh ujian. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Jarang sekali kita bertanya kepada orang, apa khabar jiwa awak? Tetapi sering kali kita bertanya, apa khabar awak hari ini? Mungkin sesiapa yang bertanya sedemikian, mungkin pelik bunyi dan loghatnya. Tetapi, itulah hakikatnya.
Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya selalu sakit. Sakit dek emosi kita, jiwa kita, perasaan kita. Apabila kita sering sakit-sakit badan, kita akan terus pergi berjumpa doktor ataupun pakar yang boleh merubati sakit kita itu. Mungkin sakit gigi, demam, sakit urat ataupun sebagainya. Kerana sakit kita itu, kita nampak, kita sedar tentang sakit kita. Lantas kita pergi berubat. Mencari ubat yang sepatutnya untuk sakit kita itu.
Namun, jarang sekali apabila kita sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati, kita terus ingin berubat ataupun kita ingin mencari penawar sakit kita itu. Jarang. Kebanyakkannya akan memendam terlebih dahulu. Memeram biar jadi panas, lantas membakar diri sendiri. Jadi, hendaklah kita cepat bertindak untuk mengubati hati kita yang resah, hati kita yang mati, hati kita yang tidak tenteram untuk terus segar dan bersemangat dalam menghadapi pelbagai masalah dan ujian. Sebelum kita mencari ubat dan penawar hati kita yang sakit itu, hendaklah kita mengetahui dahulu kenapa hati kita itu sakit.
Antara masalah membuatkan hati kita sakit: 1) terlalu banyak kerja – assignment, homework, kerja rumah, kerja pejabat 2) suka berdengki dengan orang – dengki dengan sahabat, dengki dengan jiran, dengki dengan keluarga 3) suka mencari masalah orang 4) banyak bercakap, jadi banyak terguris hati orang 5) suka berfikiran negative 6) banyak angan-angan 7) sangat malas 8) orang yang sensitive
Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya,
"Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186."
Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....
1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA. 2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya. 3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya. 4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya. 5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya. 6)Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya. 7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya. 8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri. 9) Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya. 10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.
Mengikut Ibnul Qayyim rahimahullah pula, beliau menyebutkan ada lima perkara yang menyebabkan rosaknya hati, antaranya, 'bergaul dengan banyak kalangan (baik dan buruk), angan-angan kosong, bergantung kepada selain Allah, kekenyangan dan banyak tidur.'
1. Bergaul dengan banyak kalangan Pergaulan adalah perlu, tapi tidak asal bergaul dan banyak teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan membuat yang bersangkutan larut dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif.
Dalam tatapan realiti, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya output semacam ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan memang, kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia. Kerana itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal kerana salah pergaulannya. Allah berfirman:
"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29).
"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67).
"Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini, kemudian di hari Kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebahagian (yang lain), dan tempat kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para penolong." (Al-Ankabut: 25).
Inilah pergaulan yang didasari oleh kesamaan tujuan duniawi. Mereka saling mencintai dan saling membantu jika ada hasil duniawi yang diingini. Jika telah lenyap kepentingan tersebut, maka pertemanan itu akan melahirkan duka dan penyesalan, cinta berubah menjadi saling membenci dan melaknat.
Kerana itu, dalam bergaul, berteman dan berkumpul hendaknya ukuran yang dipakai adalah kebaikan. Lebih tinggi lagi tingkatannya jika motivasi pertemanan itu untuk mendapatkan kecintaan dan redha Allah.
2. Larut dalam angan-angan kosong Angan-angan kosong adalah lautan tak bertepi. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta sentiasa mempermainkannya. Laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai. Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah.
Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya. Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan melimpah, atau isteri yang cantik jelita. Tapi itu hanya angan-angan belaka.
Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu, iman dan amal salih yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Dan ini adalah cita-cita terpuji. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.
3. Bergantung kepada selain Allah Ini adalah faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah.
Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah akan menyerahkan urusan orang tersebut kepada sesuatu yang ia bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya. Allah berfirman, ertinya:
"Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. Sekali-kali tidak, kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut-pengikutnya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu akan menjadi musuh bagi mereka." (Maryam: 81-82)
"Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka." (Yasin: 74-75)
Maka orang yang paling hina adalah yang bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di bawah rumah laba-laba. Dan rumah laba-laba adalah rumah yang paling lemah dan rapuh.
Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. Allah berfirman, ertinya: "Janganlah kamu adakan tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra': 22)
Terkadang keadaan sebagian manusia tertindas tapi terpuji, seperti mereka yang dipaksa dengan kebatilan. Sebagian lagi terkadang tercela tapi menang, seperti mereka yang berkuasa secara batil. Sebahagian lagi terpuji dan menang, seperti mereka yang berkuasa dan berada dalam kebenaran. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong.
4. Makanan Makanan perosak ada dua macam.
Pertama , merosak kerana zatnya, dan ia terbagi menjadi dua macam. Yang diharamkan kerana hak Allah, seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Kedua, yang diharamkan kerana hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, baik kerana paksaan, malu atau takut terhina.
Kedua , merosak kerana melampaui ukurannya. Seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan kelewati batasnya. Sebab yang demikian itu membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan perut untuk memenuhi hawa nafsunya. Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan keranannya ia mudah mengikuti komando syaitan. Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalan bagi syaitan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah dan membuat syaitan mudah tinggal berlama-lama. Barangsiapa banyak makan dan minum, niscaya akan banyak tidur dan banyak merugi. Dalam sebuah hadits masyhur disebutkan:
"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).
5) Kebanyakan tidur Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur saat sangat dibutuhkan.
Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di pagi atau petang hari. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak madharatnya daripada manfaatnya.
Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari. Sebab ia adalah waktu yang sangat strategik. Kerana itu, meskipun para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk ibadah, mereka tidak mahu tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibagi-bagikannya rezeki, saat diberikannya barakah. Maka masa itu adalah masa yang strategik dan sangat menentukan masa-masa setelahnya. Kerananya, tidur pada waktu itu hendaknya kerana benar-benar sangat terpaksa.
Secara umum, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seperenam bahagian akhir malam, atau sekitar delapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut pada doktor. Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Termasuk tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari. Dan ia termasuk tidur yang dibenci Rasulullah SAW .
(Artikel lima perkara yang menyebabkan rosaknya hati dipetik dari Mufsidaatul Qalbi Al-Khamsah, min kalami Ibni Qayyim Al-Jauziyyah/Abu Okasha Ainul Haris)
Itulah diantara penyakit dan ubat-ubatnya untuk pengubati hati yang sedang sakit. Bab kata pepatah, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jadi, sama-samalah kita mencari kebahagiaan hati kita untuk menjadi hamba yang sejahtera di sisi Allah SWT.
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama. InsyaAllah. Wallahu a’lam.
Baru-baru ini saya berkesempatan bersama beberapa orang sahabat saya ke jamuan makan malam bersempena meraikan kemenangan PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau di MTD Ulu Kelang, Selangor. Walaupun saya tiba agak lewat, lebih kurang dalam pukul 10.30 mlm di MTD tersebut, tetapi saya berkesempatan untuk mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Ust. Syukri dari Ampang, sebelum jamuan makan malam. Apa yang ingin saya berkongsi adalah mengenai pengisian yang telah diberikan oleh Ustaz tersebut yang begitu “terjijok” dan dapat memuhasabah balik kemenangan yang kita ada.
Apa yang boleh saya petik dari ceramah beliau adalah:
1) Apa yang menarik dalam pilihanraya baru-baru ini adalah orang bukan Islam sudah mula bersama-sama dengan Islam. Berkempen untuk orang Islam, bertakbir bersama-sama dengan orang Islam, malah tidak segan silu berbahas mengenai hudud dengan orang UMNO. Kerana mereka sudah faham apa itu hudud yang Islam bawa. Itulah yang menarik yang berlaku di Bukit Gantang. Orang bukan Islam sudah percaya yang Islamlah yang menyelamatkan mereka dan dapat berlaku adil dalam pemerintahan. Sedangkan kebanyakkan orang melayu di Bukit Gantang masih lagi terpengaruh dengan berita-berita yang disampaikan di stesen-stesen tv dan radio pemerintah. Malah, kebanyakkan orang melayu yang masih terpengaruh dengan dakyah UMNO ini adalah orang pedalaman, orang berpendapatan rendah yang terus bergantung dengan saluran perdana. Sebaliknya, orang yang berada di bandar ini lebih cepat mendapat maklumat melalui blogger PR. Persoalannya, dimana orang melayu Islam kita?? Inilah yang perlu kita muhasabah. Kita tak nak kita menjadi orang Islam yang menghancurkan Islam itu sendiri seperti yang berlaku di Sepanyol. Di Sepanyol, Islam sudah 600 tahun bertapak di sana, tetapi, kerana kerakusan umat Islam sendiri, makan tergadailah Islam di Sepanyol seperti warisan Islam yang kita dapat lihat di sana.
Ustaz telah membawa surah An-Nash untuk orang ramai muhasabah. Surah ini cukup membuktikan kekuasaan ALLAH. Mungkin selepas ini akan ramai orang bukan Islam menyertai PAS dan masuk Islam. Inilah janji Allah SWT. InsyaAllah. Yakinlah dengan kemenangan ISLAM!! InsyaAllah.
1. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah), -
2. Dan Engkau melihat manusia masuk Dalam ugama Allah beramai-ramai, - 3. Maka Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
2) Kalau nak dibandingkan dosa kita dengan kemenangan yang diberikan oleh Allah,sebenarnya masih jauh lagi kemenangan untuk kita. Kita tak layak menang pun. Sedangkan Nabi Ayub berdakwah selama 900 tahun dalam menyebarkan Islam, itu pun hanya beberapa puluh orang sahaja yang menyertai Nabi Ayub. Nabi Muhammad SAW berdakwah selama 13 tahun di Mekkah, tidak sampai 200 orang yang menyertai Islam. Jadi kita bagaimana??
Seboleh-bolehnya kita sentiasa bersujud syukur pada Allah, tanda terima kasih kita pada Allah. Sujud syukur tiap-tiap kali solat, tanda syukur kita yang tidak terhingga ini. Kita mesti bangun tahjud tiap-tiap malam, tanda kita bersungguh-sungguh rasa terima kasih pada Allah. Kalau kita ni kaya, kita derma setiap hari, tanda kita ini bersyukur sangat atas kemenangan yang kita dapat. Kalau kita ada kedai makan, kita belanja kawan-kawan kita, untuk menunjukkan syukur sangatnya kita atas kemenangan kita di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kita hendaklah sentiasa beristighfar atas kemenangan yang kita perolehi. Takut-takut kemenangan ini istidraj untuk kita. Nauzubillahi min zalik. Dalam doa kita, kita minta pada Allah supaya dikekalkan kemenangan dan supaya dapat mengisi dengan baik kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada kita.
Mungkin sebenarnya kemenangan untuk PAS adalah 50 tahun lagi. Baru kita dapat kemenangan yang sebenar, tetapi kenapa Allah telah bagi kemenangan kita lebih awal. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Inilah beberapa sedutan yang saya dapat petik dari ceramah beliau, mudah-mudahan kita dapat sama-sama mnginsafi diatas kemenangan yang kita perolehi. Apa yang penting, kita hendaklah sentiasa muhasabah diri kita balik, layak ke kita mendapat kesenangan dari Allah, sedangkan dalam masa yang sama, kita ini masih banyak melakukan dosa padaNYA. Sungguh Maha Pemurah Allah pada kita. Sama-sama kita muhasabah.
"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat" ||helangsenja@yahoo.com||
Assalamualaikum Sahabat-sahabatku… Nak minta tolong sikit boleh tak? Tolong ingatkan saya andai saya terlupakan Tuhan dalam kelapangan dan kesibukan dalam kesenangan dan kesusahan Tolong ingatkan saya jangan jadi anak derhaka mak ayah dilupakan jangan usah diluka hati dan perasaan Tolong ingatkan saya dengarlan dan bacalah Al-Quran tika radio penuh hiburan tika tv penuh hindustan Tolong ingatkan saya di mana silamnya zahirku jika aurat didedahkan disingkat, diketat dan dijarangkan Tolong ingatkan saya jadilah sahabat yang baik sentiasa memberi peringatan sentiasa menerima teguran Tolong ingatkan saya kalau bercinta biarlah keranaNya dalam memilih utamakan iman kelak ikatan dihindari syaitan Tolong ingatkan saya hidup ini satu kembara kutiplah mutiara dalam perjalanan moga di sana menjadi bekalan Tolong ingatkan saya diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya jiwa diserahkan segala-segala Dialah tumpuan Tolong ye ingatkan saya..
Ya Allah, terimalah aku menjadi hambaMU yang terbaik sebagai hambaMU Jadilah aku dikalangan orang yang sentiasa bertaubat padaMU Dan jadikanlah aku dalam golongan hambaMU yang sentiasa bersyukur.. Terimalah Aku Ya Allah..
Alhamdulillah, kita semakin di akhir semester. Sudah lebih kurang 60 hari Ma'ruf Club bergerak membawa agenda amar ma'ruf nahi mungkar. Maka, beberapa hari yang lepas adalah hari untuk kita sama-sama muhasabah segala perjalanan kita selama 1 semester. Telah banyak program dan gerak kerja yang telah dijalankan untuk kita sama-sama mencapai tema kita, MENGUNGGULI DA'WAH, MEMIMPIN UMMAH. Di sini ana ingin mengajak sahabat-sahabat supaya sama-sama menghayati ayat tema kita, yang bermaksud.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar”.(at-Taubah:111)
Tiada yang lebih besar usaha kita melainkan ingin membeli dengan Syurga Allah SWT. Semoga muhasabah yang telah dilontarkan baru-baru ini, menjadikan kita lebih bersemangat untuk terus istiqamah dalam segala bentuk gerak kerja jemaah Islam pada masa akan datang, bukan setakat untuk berada di universiti sahaja, bahkan ke medan yang sebenar yang lebih mencabar. Semoga Allah akan membeli usaha-usaha kita yang kita telah lakukan untuk Islam. Moga, syurga adalah milik kita bersama. InsyaAllah..
"Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan."(Al-Hashr: 18)
Hayatilah muhasabah kita sebelum kita bakal dimuhasabah oleh Allah SWT.
"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat" ||helangsenja@yahoo.com||
Mungkin sudah ramai yang membaca mengenai kisah ini. Tapi saya masih lagi ingin berkongsi kisah ini yang telah berlaku di Yaman. Kerana kisah ini cukup untuk kita tidak mengatakan "susah" atau seumpamanya untuk membantu saudara kita di Palestin. Setiap usaha kita yang kita lakukan untuk Islam walau sebesar zarah sekalipun, tetap akan dibalas oleh Allah SWT. Semoga kisah ini dapat memberi sedikit semangat untuk kita membantu sahabat-sahabat seagama kita. InsyaAllah..
Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza
Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu. Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.
Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.
Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.
Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu. Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.
Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya. Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.
Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.
Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu. Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."
Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.
"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.
Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana. Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.
Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu. Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"
Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan. Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.
Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!
Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.
"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.
"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.
Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.
Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- azm
Sekiranya anda bersimpati, sudilah hulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298
(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)
* kepada pelawat-pelawat blog saya yang saya kasihi sekalian, dengan merasa rendah diri, saya ingin memohon jasa baik sahabat-sahabat sekalian untuk memberi sedikit sumbangan seikhlas mungkin untuk saya menampung pengajian kitab di Yaman pada bulan April nanti selama 2 bulan setengah pada tahun ini. Ini sebagai makluman awal dan insyaAllah saya akan berikan beberapa butiran untuk memudahkan proses sumbangan anda yang dirahmati Allah sekalian. Semoga jasa baik, keperihatinan dan juga sumbangan anda,amat-amatlah saya hargai. wassalam..
Subhanallah.. rasa hendak menitits air mata bila melihat muka-muka pada syuhada' ni. Janji Allah pasti akan datang. Ini adalah gambar-gambar pejuang Hamas yang telah mati syahid semasa perang Gaza. Mereka telah bertemu dengan Allah bersama-sama para bidadari Syurga. Sesungguhnya, syurga pasti milik mereka. Kita bagaimana??
Sanggupkah anda gadai nyawa anda untuk Islam?? Sanggupkah anda mati demi Islam?? - diriku mengelamun mengingatkan kembali kisah TAMRINKU. Baruku sedar. Janjiku pada Allah, bai'ahku pada Allah. Hidup dan matiku hanya untuk Islam. Astaghfirullah..
WAJAH SYUHADA' GHAZZAH
الموت في سبيل الله أسمى أمانينا
Bangga mendapat syahid yang diidamkan
Tiada yang Lebih Hebat dan Manis selain Syahid
Pergi Mendapatkan Janji Allah swt
Aku Mendapatkan Kekasihku ...oh TuhanKu
Tiada sinar dan Cahaya seindah Cahaya dan Sinar Syurga
Hakikatnya, Jihad adalah satu amal yang difardhukan Allah dan RasulNya hingga ke Hari Kiamat. FirmanNya bermaksud, “Diwajibkan kamu berperang, sedang kamu tidak menyukainya. Mungkin kamu tidak suka sesuatu sedang ia baik untuk kamu. Mungkin kamu suka sesuatu sedang ia buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Quran). Jihad inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya bermaksud, “Sesiapa yang mati, sedang dia tidak pernah berperang atau dia tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian jahiliyah” (Hadis Sahih).
Tidakkah cukup peperangan demi peperangan yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah saw dan para Sahabat ra dihayat Baginda saw menggambarkan perihal kepentingan Jihad dan kemuliaan Syahid? Tidakkah cukup sejarah manusia yang dipenuhi peperangan dan kezaliman menuntut umat Islam bersedia dengan kekuatan apa sahaja yang mereka sanggupi demi kedaulatan Agama yang benar lagi tercinta ini? Tidakkah cukup penjajahan Timur dan Barat ke atas Kashmir, Palestin, Gaza dll membuka mata dan memberi pengajaran?
Allah mewajibkan Jihad ke atas tiap muslim, tiada alasan untuk mengelak darinya. Allah swt menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada para Mujahideen dan Syuhadak, tidak akan memperolehi ganjaran tersebut selain mereka. Tidak akan mencapai derajat mereka selain orang-orang yang melalui jalan mereka. Allah swt menjadikan darah-darah mereka yang suci sebagai deposit pembayaran harga kemenangan Islam di dunia dan kejayaan abadi di Akhirat. Allah swt mengancam keras mereka yang tidak keluar berjihad, lepak, pengecut, menjanjikan mereka kehinaan di dunia dan azab di Akhirat yang tidak dapat ditebus walau dengan emas segunung Uhud dan menjadikan lari dari medan (al-firar) pertempuran termasuk 7 dosa besar yang membinasakan.
Dari beberapa hadis dibawah, lihatlah betapa hebat penerangan mengenainya, kuatnya ruh yang dibangkitkannya untuk mereka yang benar dan jujur dalam hidup yang sementara ini.
Dari Abi Hurairah ra mendengar Nabi saw bersabda maksudnya, “Demi Tuhan yang nyawaku ditanganNya, kalaulah tidak ada mereka yang sedih kerana tak dapat bersamaku dalam Jihad, aku tak dapat memberi kelengkapan perang kepada mereka, nescaya aku tidak akan ketinggalan menganggotai sariya (kumpulan perang) berperang di jalan Allah. Demi Tuhan yang nyawaku ditanganNya, aku sungguh ingin dibunuh dijalan Allah, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian dihidupkan, kemudian dibunuh” (Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Maksud hadis diatas, adakalanya Nabi saw tidak keluar berperang, bukan kerana takut, tetapi kerana menra’ikan sebahagian Sahabat ra yang tinggal di Madinah, tak dapat sertai perang tersebut kerana terlalu miskin, tiada kelengkapan dan ada ketahap Daulah sendiri telah kehabisan kelengkapan untuk mereka keluar berjihad. Hakikatnya Nabi saw dan para Sahabat tersebut sangat ingin berjihad dan mendapat syahid.
Dari Ummu Harithah binti Suraqah ra, dia mendatangi Rasulullah saw untuk bertanya tentang anaknya yang syahid di Badar akibat panah sesat, jika Haritah di Syurga, dia akan bersabar. Jika sebaliknya, dia akan bersungguh menangis. Jawab Rasulullah saw bermaksud, “Wahai Ummu Harithah, sesungguhnya balasan baginya ialah taman-taman di Syurga. Sesungguhnya anakmu mendapat Firdaus yang tertinggi” (Hadis riwayat Al-Bukhari).
Dari Abdullah bin Abi Awfa ra bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Ketahuilah kamu bahawa Syurga itu dibawah naungan pedang-pedang” (Hadis riwayat Abu Daud).
Sabda Baginda saw bermaksud,“Seorang yang berjihad di Jalan Allah seperti seorang yang berpuasa, bersolat yang khusyuk dengan bacaan Al-Quran dalam solatnya, tidak putus puasa dan solatnya sehingga orang yang berjihad tadi pulang dari jihadnya” (Hadis riwayat Abu Daud).
Ummu Khallad bertanya Rasulullah saw tentang anaknya yang syahid di Jalan Allah. Sabda Baginda saw bermaksud, “Bagi anakmu pahala 2 orang syahid .. kerana dia dibunuh oleh Ahlul Kitab” (Hadis riwayat Abu Daud).
Seorang sahabat lalu di satu lembah permai lagi dibelahi mataair yang sedap airnya. Dia berkata, “Apa kata aku mengasingkan diri dari manusia dan aku tinggal di lembah ini”. Berita ini sampai kepada Rasulullah saw lalu bersabda bermaksud, “Jangan buat seperti itu. Sesungguhnya berada kamu di Jihad di Jalan Allah lebih afdhal dari solat di rumahnya selama 70 tahun. Tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga? (Oleh itu) berperanglah kamu di Jalan Allah. Sesiapa yang berperang dijalan Allah di atas untanya, wajib dia mendapat Syurga” (Hadis riwayat At-Tirmizi).
Dari Al-Miqdam bin Ma’ad Yakram berkata, sabda Rasulullah saw bermaksud, “Bagi seorang syahid di sisi Allah mendapat 6 kelebihan, (i) diampun dosa-dosanya sebaik ditikam, (ii) diperlihatkan tempatnya di Syurga, (iii) diselamatkan dari azab kubur, (iv) diamankan dari Goncangan Besar, (v) dipakaikan tengkolok dari permata yang lebih hebat dari seisi dunia dengan dikahwinkan dengan 72 isteri dari Hurul Ain (bidadari Syurga), (vi) disyafaatkan 70 orang dari kaum kerabatnya” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah).
“Sesungguhnya umat yang tahu cara mati yang terbaik, yang tahu bagaimana untuk mati dengan kematian yang mulia, akan dikurniakan Allah kehidupan yang agung di dunia dan nikmat yang kekal di Akhirat. Tidaklah mendung yang meliputi kita hari ini melainkan kerana cinta dunia dan takutkan mati. Persiapkanlah diri kamu untuk suatu tugas yang besar. Bersungguh melengkapkan diri untuk mati, nescaya Allah mengurniakan kamu kehidupan. Ketahuilah bahawa mati itu pasti. Ia pula hanya sekali. Jika kamu jadikan mati itu di Jalan Allah, maka untukmu keuntungan di dunia dan pahala di Akhirat. Tidak akan menimpa kamu melainkan apa yang telah ditentukan Allah ke atas kamu” … “Bekerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahgiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati Syahid di JalanNya”. (Hasan Al-Banna).
Ihsan dari http://inijalanku.wordpress.com dan http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/
Ketika saya sedang mendengar Radio Nasyidfm, saya terdengar satu lagu baru dari kumpulan Dmen'C. Best, tengok lirik lagu dia pun bagus juga. Jadi saya ingin berkongsi dengan anda lagu dari kumpulan Dmen'C ni. Yang penting, hayati lirik dia. Part ni yang best.
Sesungguhnya Dunia sementara Yang kekal hanyalah di akhirat sana Bersyukurlah kita dengan pemberiannya Harta kekayaan bukanlah jaminannya… Rahmatilah kami….
Dunia ini hanyalah sementara dan hanya akhirat yang kekal selamanya. Ibnu Umar berkata, Rasulullah SAW suatu hari berdekatan dengan ku dan ia memegang pundakku sambil bersabda: ‘Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah orang asing atau seperti orang yang menyebrang jalan’”. Rasulullah SAW menganjurkan kita agar dapat menjalani hidup seperti orang asing yang selalu berfikir untuk pulang. Jadi, jadilah kita seperti seorang yang sedang penyeberang jalan. Wallahu' alam. ^_^
Kumpulan Nasyid : Dmen'C Lagu : Sejernih Air
Sejernih air yang mengalir Bisa melembutkan Hati yang membara Bagaikan hijau hutan rimba Bisa mendamaikan hati yang gelora Jika tiada ketenangan dihatimu pohonlah pada yang esa….
Chorus : 1 Sesungguhnya Dunia sementara Yang kekal hanyalah di akhirat sana Bersyukurlah kita dengan pemberiannya Harta kekayaan bukanlah jaminannya… Rahmatilah kami….
Tuhan kau maha pengasih Kau maha penyayang tiada bandingan Segala apa yang berlaku Semua adalah ketentuan darimu Ya tuhanku ampunilah dosa dosa Yang pernah aku lakukan dahulu…
Chorus : 1 Sesungguhnya Dunia sementara Yang kekal hanyalah di akhirat sana Bersyukurlah kita dengan pemberiannya Harta kekayaan bukanlah jaminannya… Rahmatilah kami….
Kita bagaikan sang burung Berterbangan bebas di angkasa Bila senja menjelma Pulanglah ia ke tempat asalnya
Chorus : 1 Sesungguhnya Dunia sementara Yang kekal hanyalah di akhirat sana Bersyukurlah kita dengan pemberiannya Harta kekayaan bukanlah jaminannya… Rahmatilah kami….
Assalamualaikum.. Hari ini sudah masuk hari yang ke 12 saya kena Demam bertih= ciken pop. Memang lazat kena sakit ni, sebab baru kita sedar bagaimana rasanya sakit kena penyakit. Siapa yang pernah kena, mesti tahu macam mana. Baru kita rasa nak pohon pada Allah banyak-banyak, supaya sakit kita ni beransur pulih. Tapi, Allah nak tengok sejauh mana kesabaran kita dalam menghadapi sakit yang hanya sedikit sahaja.
Walauapapun, terima kasih pada sahabat-sahabat yang banyak membantu saya ketika sakit ni. Memang best rehat kat rumah. Orang msg, telefon, ajak pergi program, saya kat rumah. Hehe. Tak der orang nak ganggu. Mungkin Allah nak bagi saya rehat untuk seketika sebelum berjuang bersama-sama sahabat lain lepas ni. InsyaAllah. Harapnya makin kuat la lepas kena penyakit ni. Sebab anti body makin bertambah. Makin ada power. Minggu hadapan saya kembali semula ke UIA walaupun cikenpop ni tak pulih sepenuhnya. Harapnya dapat menyambung semula kerja-kerja yang dah banyak tertangguh. Doakan supaya saya cepat sembuh dan dapat buat kerja seperti biasa. Ada 2 test sedang menunggu saya. Huh!Takut la pulak.
Di sini saya ingin berkongsi doa-doa yang diajar oleh Nabi SAW sekitar tentang sakit dan penyakit. Harap kalau kita jumpa sahabat-sahabat kita yang sedang menghadapi sakit, kita sama-sama doakan dan amalkan. Hidupkan sunnah nabi dalam hidup kita.
Doa kesihatan diri Allaahumma ‘aafinii fii badanii, Allaahumma ‘aafinii fi sam’I, Allaahumma ‘aafinii fii bashari. Allaahumma innii ‘auudzubika minal kufri wal faqri. Allaahumma innii ‘auudzubika min ‘azaabil qabri. Laa ilaaha illaa anta.
Ertinya : “Ya Allah, sembuhkanlah badanku. Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku. Ya Allah, sembuhkanlah penglihatanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berllindung kepadaMu dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sisa kubur. Tiada Tuhan selain Engkau” (H.R. Abu Daud dan Al Hakim)
Doa sakit badan Bismillaah (3x) A ‘uudzu billaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadiru. Wa a’uudzu bi’izzatillaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadiru (7x)
Ertinya : “Dengan nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang aku rasakan dan kutakuti. Dan aku berlindung dengan kekuatan kekuasaan Allah dari kejelekan yang aku rasakan dan kuatirkan” (H.R. Muslim dan Malik)
Doa Nabi Ayyub A.S Innii massaniidhdhurru wa anta arhamurraahimin, wa annii massaniisysyaithaanu bi nushbin wa ‘adzaabin
Ertinya : “(Ya Allah), sesungguhnya penyakit telah menimpaku, sedangkan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara para penyayang. (Ya Allah), sesungguhnya setan telah menggangguku dengan kepayahan dan siksaan” (Q.S Al Anbiya’, 21:83 dan Shaad, 38:41)
Doa luka atau penyakit bernanah Bismillaahi turbatu ardhina biriiqati ba’dhiinaa yasyfi saqiimunaa biidzni rabbinaa
Ertinya : “Dengan nama Allah, dengan debu-debu tanah (yang kami ambil ini) dan kain pembersih luka yang kami miliki, sembuh penyakit kami ini dengan izin Tuhan kami” (H.R. Muslim)
Doa penyakit demam Bismillaahil kabiir, na’uudzu billaahil ‘azhim min syarri kulli ‘irqin naa’arin wa min syarri harrinaar
Ertinya : “Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah Yang Maha Agung dari kejahatan seluruh urat yang kecapaian dan dari kejahatan api neraka yang sangat panas” (H.R. Hakim)
Doa ketika sakit bengkak Allaahumma mushaghghiral kabiir wa mukabbirashshaghiir, maabi
ertinya : “Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar dan membesarkan segala yang kecil, kecilkanlah apa yang ada padaku ini” (H.R. Al Hakim)
Doa mohon bertambah sihat Yaa Hayyun yaa Qayyun birahmatika istaghiitsu, ashlih lii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsi tharfata ‘ainii wa laa ilaa ahadin minan naas
Ertinya : “Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Kekal, hanya dengan kasihMu aku bermohon pertolongan. Sehatkanlah seluruh kondisiku, jangan Engkau biarkan mata ini menangis, dan jangan Engkau biarkan aku bergantung kepada siapapun” (H.R. Ath Tabrani)
Doa makan ubat Bismillaahi asysyaafi, bismillaahi al kaafii, bismillaahi al mu’aafi. Bismillaahi alladzii laa yadhurru ma’asmihi syaiun fii al ardhi wa laa fii as samaai wa huwa as samii’ul ‘aliim
Ertinya : “Dengan nama Allah Yang Maha Menyembuhkan, dengan nama Allah Yang Maha Mencukupi, dan dengan nama Allah Yang Maha Memaafkan. Dengan nama Allah yang tidak akan memberi mudharat sedikitpun, baik yang di bumi maupun yang di langit. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Doa penyakit mata Allaahumma matti’nii bi basharii waj’alhul waaritsa minnii wa arinii fil ‘aduwwi tsa’rii wan-shurnii ‘alaa man zhalamanii
Ertinya: “Ya Allah, berilah aku kenyamanan dengan penglihatanku ini dan jadikanlah hal serupa kepada ahli warisku. Berikanlah pembalasan kepada orang yang memusuhiku dan menangkanlah aku atas orang yang berbuat zhalim” (H.R. Al Hakim)
Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., Shahih Muslim no. 2733)
Orang yang sedang menjenguk orang sakit. Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar,"Sanadnya shahih")
Monologku: "Ya Allah, sihatkanlah aku dan jauhkan sahabat-sahabatku dari segala jenis penyakit dan sakit. Amin"