Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Showing posts with label Informasi Umum. Show all posts
Showing posts with label Informasi Umum. Show all posts

Sunday, October 11, 2009

Waktu Gempa Bumi Sama Dengan Surah & Ayat Al-Qur'an

Gempa bumi di Padang berlaku jam 17.16, gempa susulan jam 17.58, esoknya pula gempa di Jambi pada jam 8.52. Mari kita buka Al-Qur'an dan semak ayat2 di bawah ini (perhatikan nombor Surah dan nombor Ayat) . Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (QS. Al Israa ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Perlakuan buruk manusia mengundang bala/ bencana terjadi
Adakah bala dan ujian Allah datang tanpa dijemput? Pernahkah kita mengangkat kedua-dua tapak tangan ke langit untuk memohon bala dan ujian Allah SWT? Mestilah kita katakan tidak pernah. Hakikatnya, kita menjemput bala Allah tanpa disedari. Kita menyeru bala Allah dengan membanyakkan zina, menyebarkan budaya minum arak, memperkayakan kehidupan dengan mata pencarian haram, meninggalkan arahan Allah, melakukan segala larangan Allah, budaya keseronokan (hiburan) dan pembuangan bayi menyebabkan turunnya bala dan ujian Allah, sedangkan kita tidak menyedarinya. Sebenarnya kita hanya diberi bala dan ujian yang kecil jika dibandingkan bala Allah kepada Kaum Ad, Thamud, kaum Nuh, kaum Hud dan umat terdahulu sehinggakan mereka tidak mewariskan generasi kini dari kaum mereka.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (As-Syura: 30)

Sabda Rasulullah SAW: "Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak menurunkan hujan selama-lamanya. "
Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
· Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.
· Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
· Zakat dijadikan hutang.
· Suami turut kehendak isteri.
· Anak derhaka kepada ibunya.
· Anak lebih baik terhadap kawan.
· Anak suka menjauhkan diri daripada ayah.
· Suara ditinggikan di dalam masjid.
· Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.
· Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
· Arak diminum di merata tempat.
· Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
· Artis jadi pujaan.
· Muzik banyak dimainkan.

Sumber: http://maskuleen.blogspot.com

Thursday, June 18, 2009

Perginya sebutir permata. Dr Fathi Yakan

Al-Fatihah buat almarhum..Dr Fathi Yakan

Tanggal 13 Jun 2009, perginya seorang pelapor gerakan Islam yang terkenal di seluruh dunia terutama sebagai pelapor awal kebangkitan gerakan Islam di Lubnan. Beliau adalah Dr Fathi Yakan, seorang ilmuan yang amat popular dengan bukunya di seluruh dunia iaitu buku "maza ya'ni intimai Ila Islam" (Apakah erti saya menganut Islam).

Buku inilah antara buku terawal yang didedahkan oleh naqib saya dalam usrah sewaktu disekolah dahulu. Malah, sesiapa yang ingin menjadi naqib untuk peringkat seterusnya, harus memahami sedikit sebanyak mengenai karangan buku beliau tersebut. Itulah kehebatan tulisan beliau yang menjadi rujukan banyak nuqaba' di seluruh dunia.

Namun, itulah lumrah hidup, setiap yang hidup pasti bertemu ajalnya juga. Moga-moga, permata yang hilang ini bakal ada penggantinya yang akan meneruskan dakwah Islam yang syumul ini.

Antara buku karangan beliau:
-APAKAH ERTI SAYA MENGANUT ISLAM
-BAGAIMANA KITA MENYERU KEPADA ISLAM
-GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN
-KE ARAH KESATUAN GERAKAN ISLAM
-RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH

Teringat antara kata-kata tulisan beliau di dalam salah satu buku karangannya "GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN". Beliau menulis;

"Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? Apakah
peranan pemuda dalam perubahan Islam yang dicita-citakan? Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu?

Kesemuanya ini akan cuba dibincangkan dan diperkatakan dalam kajian kita ini (Generasi muda dan Perubahan).

Kenapa mesti Pemuda?
Kenapa fokus selalunya kepada pemuda?
Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?

Itulah antara peringatannya kepada golongan muda. Sayangnya beliau kepada golongan muda. Semoga akan ada golongan muda yang bakal menggantikan beliau. InsyaAllah.

Sedikit catatan mengenai biodata beliau:
Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50-an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60-an. Beliau telah menjawat ketua umum dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut, beliau telah bertanding dan memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal pada kerusi tersbut sehingga pada tahun 1996. Kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau juga telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan di antara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pada tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku kesemuanya.
Biodata ihsan dari: http://www.mutiulhaq.blogspot.com/


وَالْعَصْرِ. إِنَّ اْلإِنْسَا َ ن َلفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ
وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesanpesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Saturday, May 02, 2009

Status Agama Anak Bawah Umur

Status Agama Anak Bawah Umur

Merujuk kepada laporan akhbar tempatan, keputusan kabinet Menteri memutuskan bahawa setiap ibu bapa yang menukar agamanya ke agama lain, anak-anak mereka yang dibawah umur tidak akan bertukar secara automatik, malah mereka akan kekal dalam agama asal sehinggalah mereka dewasa dan membuat keputusan sendiri selepas itu.

Pengenalan

Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang dibincangkan di sini adalah:

a- Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]
b- Hak penjagaan anak.
c- Status perkahwinan selepas pengislaman.

Pendapat berkenaan isu ini

A:Ustaz Nasrudin Tantawi

Islam adalah agama a'dalah [ yang adil ] dan rahmah [ kasih sayang ] . Ertinya ia bukan agama yang kasar , keras dan memutuskan hubungan kekeluargaan . Malah Islam juga tidak boleh memaksa sesiapa jua untuk menganutnya .

Andai wujud individu atau keluarga yang menganut ajaran Islam secara sukarela , maka Islam menerima kehadhirannya dengan penuh kasih sayang dan rasa mahabbah terhadap saudara baru . Lantaran itu ahli keluarganya yang lain [ yang belum Islam ] tidak perlu bimbang kerana dua sebab .

a - Ia akan diterima sebagai saudara baru dan diberikan segala haknya sebagai insan yang mulia kerana aqidahnya.

b - Keselamatan dan kebahagiaannya terpelihara tanpa mereka dipisahkan dari keluarga asal [ ibubapa atau anak ] biarpun mereka tidak turut menganut ajaran Islam .

Saya yakin dunia jelas menerima hak ibu dan bapa yang memeluk ajaran Islam ke atas anaknya dan tidak timbul permasaalahan seperti merebut hak penjagaan dan beragama kerana mereka [ suami isteri / ibubapa ] berdua telah memeluk ajaran Islam secara rela . Secara automatiknya anak akan mengikut kedua - dua ibu dan bapanya tanpa siapa berhak untuk menghalang .

Namun apabila saya membaca ketetapan yang dikemukakan oleh kabinet dalam hal ini , jelas saya lihat ia tidak berlaku adil secara menyeluruh pada semua keadaan . Asal sahaja umur anak itu bawah daripada 18 tahun maka ia mestilah mengikut ugama asal . Inilah adalah ketetapan yang salah , terburu - buru dan merugikan ummat Islam .

Sekalipun pihak kerajaan mahu menjaga sentimen golongan non muslim , ketetapan tidak boleh di buat sedemikian rupa sebaliknya budi bicara , rundingan dan semangat toleransi masih boleh digunakan untuk menyelesaikan masaalah sukar dan sensitif begini .

Tambahan pula ketetapan yang diputuskan oleh kabinet adalah dengan tidak memperdulikan Jabatan Mufti serta tokoh - tokoh agama yang berselerak dalam negara ini untuk mendapatkan pandangan mereka sebelum bertindak membuat keputusan . Tindakan kabinet tidak mesra ulama' dan tidak mesra agama .

Saya juga percaya , andai kita membuat penjelasan hukum yang berkaitan tanpa disulam rasa jengkel atau permusuhan terhadap mereka [ non muslim ] nescaya mereka boleh menerima dengan lapang dada kerana kini mereka telah sedia memahami kebaikan dan keadilan islam sebagai cara hidup masyarakat .


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kedudukan agama anak

Imam al-Bukhari di dalam Sohehnya menaqalkan dari Hasan al-Basri, Syuraih, Ibrahim dan Qatadah yang berkata; jika telah Islam salah seorang dari dua ibu-bapa, maka anak hendaklah bersama ibu/bapanya yang Islam.

Ibnu ‘Abbas (semasa kecilnya) tinggal bersama ibunya (yang Islam) berserta golongan mustadh’afin (yang menganut Islam) dan beliau tidak tinggal bersama bapanya yang masih menganut agama kaumnya (yakni agama musyrik). Dan beliau (yakni Ibnu ‘Abbas) menegaskan; “Islam adalah tinggi dan tidak ada yang boleh mengatasi ketinggian Islam”.

(Soheh al-Bukhari, kitab al-Janaiz, bab Iza Aslama as-Sobiyyi Fa Ma-ta..).

Imam al-Khattabi menjelas; “Anak yang masih kecil jika ia berada di antara seorang muslim dan seorang bukan Islam , maka yang muslim lebih berhak terhadapnya”

(Ibanatul-Ahkam Syarah Bulughul-Maram, jil. 3, kitab al-Hadhonah, hlm. 467).

Dalam membahaskan; adakah harus hak penjagaan (hadhonah) diberikan kepada ibu atau bapa yang tidak Islam jika salah seorang dari suami atau isteri memeluk Islam dan pasangannya tidak mahu memeluk Islam, para ulamak berbeza pandangan;

1. Menurut jumhur ulamak; hak penjaaan anak (hadhonah) tidak harus diberikan kepada ibu/bapa yang tidak Islam kerana hadhonah adalah wilayah (penguasaan) dan Allah tidak membenarkan penguasaan orang tidak Islam ke atas orang beriman (yakni orang beriman tidak harus perjalanan hidupnya dikuasai atau ditentukan oleh orang bukan islam ). Ini sebagaimana firman Allah;

“Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang bukan Islam untuk membinasakan orang-orang yang beriman. (an-Nisa’; 141).

Ia sama seperti larangan wanita muslim dikahwini lelaki bukan Islam kerana perkahwinan tersebut menyebabkan wanita muslim berada di bawah penguasaan orang bukan Islam .

Menyerahkan anak untuk dijaga dan diasuh oleh orang bukan Islam akan menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan agama anak terbabit kerana ibu atau bapa yang bukan Islam sudah tentu cenderung untuk mendidik anak itu agar mengikut agamanya apabila besar nanti.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Maksud fitrah di dalam hadis di atas menurut ulamak ialah Islam. Hadis ini menjelaskan bahawa bayi yang lahir asalnya adalah Islam, cuma dengan pengaruh ibu/bapanya maka ia berubah mengikut agama ibu/bapanya. Maka jika ibu/bapanya memeluk Islam, maka ia otomatik akan kembali kepada fitrahnya (Islam) dengan mengikuti ibu/bapanya yang memeluk Islam.

Hadis di atas juga menjelaskan pengaruh ibu/bapa ke atas anak. Oleh itu, tidak harus mana-mana individu menyerahkan anaknya untuk diasuh oleh isteri/suaminya yang bukan Islam kerana nanti anaknya itu akan dipengaruhi untuk menganut agama bukan Islam. Ia wajib memelihara masa depan agama anaknya dan kewajipan ini termasuk dalam arahan Allah;

“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka” (at-Tahrim; 6)

2. Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; hak penjagaan (hadhonah) harus diberikan kepada ibu yang masih belum Islam sehingga anak mencapai tujuh tahun. Namun keharusan tersebut terikat dengan syarat-syarat berikut;

a) Kekufuran ibu itu bukan kerana murtad (yakni ia adalah asal tidak Islam)
b) Tidak dibimbangi ia akan menjejaskan agama anak tersebut ( iaitu islamnya).
c) Tidak dibimbangi ia akan memberi makan makanan yang haram kepada anak

Jika ada kebimbangan tersebut, maka hak penjagaan tidak harus diberikan kepada ibu yang tidak Islam itu atau ditarik balik jika hak itu telah diberikan.

Apa yang jelas ialah Islam tidaklah menghalang secara mutlak akan hak penjagaan ibu atau bapa non muslim terhadap anak apabila salah seorang dari mereka memeluk ajaran Islam , melainkan meletakkan syarat yang ketat demi menjamin agama dan kesejahteraan insaniah mamnusia itu sendiri .

B: Ustaz Zaharuddin

Secara kesimpulan, sudah tentu saya cenderung kepada pendapat majoriti yang menganggap secara automatik anak-anak menjadi Islam. Namun demikian adalah lebih tepat dan hikmah jika si suami dapat mengambil keputusan bijak mengelakkan isu ini dibawa ke mahkamah dan berusaha sedaya mampu mengajak isterinya tuurt serta menganuti islam sebagai cara hidup mereka. Dapatkan bantuan bijak pandai antara agama jika perlu.

Selain itu amat wajar untuk pihak berkuasa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum melakukan sebarang kenyataan umum berkait isu Islam. Saya bersetuju dengan pendapat Mufti Perak bahawa isu ini memerlukan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan,

Namun masalah yang paling ketara jika dirujuk ke Majlis Fatwa adalah tidak pasti bilakah mereka mampu memberi respond dan jawapan. Wallahu'alam.

*Sumber-sumber

1.http://tamarjalis66.blogspot.com/
2.http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/04/agama-anak-dan-hak-penjagaannya.html
3.http://www.zaharuddin.net/content/view/827/72/

* Ehsan dari iluvislam.com

----------------------------------
Apa yang boleh saya simpulkan di sini:

1) Rujuk ulama', Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkenaan agama
2) Kabinet negara yang baru perlu lebih sensitif berkenaan isu agama yang menjadi salah satu perkara dibawah kuasa raja-raja, bukan kuasa kabinet Ayah Jib kita
3) Semua ummat Islam WAJIB memahami isu ini berikutan ia isu umat ISLAM, bukan isu negara atau mahkamah sahaja

p/s: kalau boleh sebar mengenai isu ini supaya orang tidak keliru apa yang telah dibuat oleh kabinet negara

Thursday, April 30, 2009

Pengalaman 3 hari dan 3 kali ke Pesta Buku

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada tahun ini, saya berkesempatan untuk melawat Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 di PWTC. Apa yang menariknya pada tahun ini kerana saya bekesempatan untuk pergi ke Pesta Buku ini sebanyak 3 kali selama 3 hari berturut. Walaupun agak kelewatan saya ke sana, pada 3 hari yang terakhir, 24, 25 dan 26 April 2009, namun ia banyak memberi kesan pada 3 hari tersebut. Pada kali ini juga saya berbelanja lebih kurang RM 100 ++ untuk membeli buku.

Pada hari pertama
Pada hari pertama saya pergi iaitu selepas pulang dari satu program, dengan membawa skuter g-ah, saya terus ke Pesta Buku. Memang agak meletihkan waktu itu, memandangkan saya 1 jam lebih di atas jalan raya selepas pulang dari program. Namun, kerana semangat untuk melihat buku-buku di pesta buku, saya tidak hiraukan segala keletihan tersebut. Saya pergi bersama beberapa orang sahabat saya yang lain.

Pada hari pertama, saya tiba dalam pukul 6 ptg hingga la waktu habis operasi dalam pukul 9 mlm. Namun, pada hari itu, hari Jumaat, iaitu hari terakhir orang bekerja, jadi ramai la orang pada hari tersebut. Pada hari pertama, saya lebih kepada melihat gerai-gerai yang dibuka, buku-buku yang dipamer dan beberapa acara yang dipertontonkan. Namun, saya sempat membeli 2 buah buku pada hari pertama, iaitu buku Usrah dan Harakah dari Pustaka Dewan Fajar dan Buku Keagungan Tamadun Islam dari Anual Bakri Publication. Apa yang mengecewakan saya pada hari pertama, saya tidak sempat untuk membeli buku terbaru dari Ust. Hasrizal (saifulislam.com), iaitu Buku travelog tarbiah, Rindu Bau Pohon Tin kerana kehabisan stok. Walaupun pada waktu itu, baru sahaja pukul 6.30ptg. Jadi, saya bertekad untuk datang kembali untuk mendapatkan buku tersebut.

Antara iklan yang mencuit hati pembeli dari salah satu penerbit buku

Pada kali Kedua

Alhamdulillah, saya berjaya untuk datang pada kali kedua. Walaupun saya tidak menjangkakan saya berjaya untuk datang pada kali kedua, namun itulah takdir Allah. Pada kali ini, saya pergi dengan kereta sahabat saya, Azree dan roomate saya Zahid. Selepas Asar kami sampai di sana hinggalah berakhirnya pada pukul 9mlm. Pada kali ini, saya berjaya untuk mendapatkan buku Rindu Bau Pohon Tin beserta tandatangan dan bergambar bersama penulisnya. Alhamdulillah, tak sangka-sangka, kesabaran nak beli pada hari sebelum itu, Allah membalas dengan sempat bergambar dan mendapat tandatangan bersama penulisnya.

Ust. Hasrizal sedang memberikan tandatangan yang istimewa kepada saya

Bergambar bersama penulis buku Rindu Bau Pohon Tin, Ust. Hasrizal Abdul Jamil
(terima kasih kepada Shahidat kerana sudi mengambil gambar dengan menggunakan kameranya)

Buku yang mendapat perhatian saya

Pada hari kedua ini, memang sudah sesak dengan orang ramai memandangkan pada hari itu, cuti umum hari Sabtu. Pada pesta buku kali ini, terdapat banyak buku yang baru dilancarkan pada waktu pesta buku, dan belum lagi keluar dipasaran. Jadi, memang pening la sikit nak beli buku. Terlalu banyak buku yang menarik dan hebat. Saya bertanyakan pada sahabat saya, "Eh, kalau ko ada duit banyak, apa yang ko nak buat?" dengan sepontan dia menjawab, "Aku beli jer semua buku yang ada. Semua buku best." Itulah hebatnya kekuatan buku-buku yang ada pada pesta buku kali ini. Apa yang menariknya lagi, potongan sehingga 10% - 20%. Jadi, apa tak peningnya, buku murah, berkualiti palk tu. Kalau tak beli tu, rasa macam rugi pulak. Kalau beli kat luar, kang mahal pulak harganya.

Orang ramai mulai sesak pada hari-hari terakhir di pesta buku

Pada pesta buku kali ini, saya kira terlalu banyak novel yang dijual. Tidak kira novel Islamik atau novel cinta biasa-biasa. Apa yang menariknya, sudah mula novel Islamik memikat hati-hati pengunjung. Tidak kira pengungjung itu berpakaian baju ketat, freehair hinggalah bertudung labuh. Novel-novel Islamik yang saya maksudkan adalah novel-novel dari Indonesia, iaitu Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan banyak lagi novel-novel lain yang menarik perhatian pengungjung. Saya kira, novel-novel ini telah menjadi trend masa kini untuk membacanya.

Antara buku-buku yang dijual

Bersama Kang Abik
Alhamdulillah, apa yang menariknya pada kali kedua ini, saya berkesempatan mendengar dan melihat sendiri Kang Abik atau nama penuhnya Habiburrahman El Shirazy iaitu penulis best seller book, Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih di pentas utama pada pada Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 pada kali ini. Banyak yang beliau bicarakan pada petang itu termasuklah mengenai filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada 11 Jun ini iaitu Ketika Cinta Bertasbih.

Kang Abik atau nama sebenarnya Habiburrahman El Shirazy

Walaupun filem pertama dari novelnya mendapat kritikan membina, kerana apa yang ditontonkan dalam filem kurang sama dengan apa yang dibaca melalui novelnya namun, ia tidak mematahkan semangat untuk terus menjadikan karyanya yang kedua iaitu Ketika Cinta Bertasbih sebagai filem kedua dari novelnya.

Kang Abik dengan tenang menjawab persoalan pengunjung

Banyak persoalan yang telah dikemukakan oleh pengunjung pada waktu itu. Termasuklah tentang cinta. Saya tertarik dengan satu soalan yang ditanya oleh seorang pengunjung di sana. "Kenapa Kang Abik suka menulis tentang cinta?" Beliau menjawab, "Siapa di sini tak mahu dicintai??" Semua orang tak menjawab. "Jadi, kalau tak mencintai itu, namanya dibenci. Jadi, siapa nak kita dibenci. Jadi sebab itulah saya menulis tentang cinta. Kerana saya ada cinta yang mendalam. Jadi, saya luahkan melalui novel saya" jawab Kang Abik dengan nada yang tenang.

Kang Abik bersama pengunjung yang bertanya

Kang Abik sedang berdiskusi dengan pengunjung yang hadir

Pentas Utama

Pada masa yang sama juga, ditanya bagaimana ingin menjadi penulis. Jawab Kang Abik. "Kamu pernah menulis surat ngak? Kalau kamu pernah menulis surat, kamu bisa menjadi penulis. Kamu tulis surat itu, orang faham membaca surat kamu? Kalau faham, insyaAllah, kamu bisa menjadi penulis hebat." Mudah saje jawapan dia. Dalam ulasan beliau juga, jika ingin menjadi penulis hebat ini hendaklah tekun dan berazam betul-betul ingin jadi penulis. Dan tulis apa yang kita tahu dan mahir mengenai apa yang kita tulis. Jadi, beliau menulis novel berlatar belakangkan Mesir kerana beliau mahir mengenai Mesir. Jadi, kalau ingin menulis sesuatu, mesti mahir dalam bidang tersebut. Supaya, orang faham dan boleh terima apa yang kita tulis.

Saya dan Kang Abik sempat bergambar bersama

Saya juga berkesempatan untuk bergambar dan membincangkan sesuatu dengan Kang Abik iaitu untuk menjemput beliau datang ke UIA Gombak pada bulan 8 nanti dalam satu program yang akan diadakan oleh Kelab Ma'ruf UIA. Jadi, jika diberi keizinan, insyaALLAH, program ini akan dapat dijalankan pada bulan Ogos nanti. Pada kali kedua ini, bagi saya sangat bermakna kerana dapat bertemu dengan penulis buku mega best seller ini.

Pada kali ketiga
Pada hari ketiga dan terakhir ini, saya pergi agak lewat, kira-kira pukul 7ptg berikutan pada petang itu hujan turun dengan lebat. Pada kali ini, saya pergi bersama senior saya dengan menaiki skuter g-ah juga. Maaf la g-ah yer, ana buat cam skuter sendiri plak.

Pada hari ketiga ini saya pergi bukanlah bertujuan untuk membeli buku, tetapi hanya untuk membaca buku-buku yang baru disana memandangkan duit saya pun sudah berkurangan. Kalau ada duit, mahu saje dihabiskan untuk membeli buku. Tapi, rezeki tak mengizinkan. Sabar je la. Walau tak dapat membeli buku, tetapi rasa berguna waktu itu kerana dapat menghabiskan waktu dengan baik dengan membaca buku-buku yang belum lagi keluar dipasaran tetapi sudah boleh didapati di pesta buku 2009. Sesungguhnya, mencintai buku itu ibarat mencintai ilmu.

Sempat bergambar sebagai kenang-kenangan di Pesta Buku Antarabangsa 2009

Pengajaran dari pengalaman yang sedikit ini
Beberapa kesimpulan yang boleh saya kongsikan.

1) Membeli mengikut kemampuan
Memandangkan pesta buku diadakan bila dah habis sem, jadi duit pun dah tinggal sedikit sahaja. Jadi, nak beli banyak-banyak buku pun dah tak bleh. Jadi, saya cadangkan kepada penganjur pesta buku akan datang supaya adakan pesta buku diantara bulan 7 atau bulan 12. Memandangkan kebanyakkan pengunjung yang hadir dari kalangan pelajar universiti dan remaja. Jadi, pada waktu itu juga, duit baru masuk. Boleh la beli banyak sket buku.

Saya melihat juga, senior-senior saya yang berbuungkus-bungkus kiri dan kanan membawa plastik yang dibawa. Menunjukkan banyaknya buku yang dibeli. Kadang-kadang dengki juga sebab dapat beli buku sikit saje.

2) Berdisiplin dalam membaca buku
Kita mestilah berdisiplin dalam membaca buku. Luangkan masa dan senaraikan buku apa yang hendak dihabiskan pada minggu itu. Supaya kita dapat konsisten dalam membaca buku.

Beli buku yang banyak kalau tak baca rugi juga. Jadi, jadikan membaca buku sebagai amalan harian macam makan nasi juga, barulah kita betul-betul jadi pencinta buku.

3) Cintakan buku samalah seperti cintakan ilmu
Bagaimana para ulama sanggup tidak berkahwin semata-mata kerana menulis buku dan mencari ilmu. Antaranya Imam Ghazali, Imam Syafie dan banyak lagi ulama besar sanggup menghabiskan masa dengan mencari ilmu.

4) Belajar dari Surah Al-Alaq
Sebaik-baik ilmu dan buku atau kitab adalah Al-Quran. Dan buku inilah bacaan paling baik atas dunia dari dulu hinggalah akhir zaman.

Saya letakkan Surah Al-Alaq dalam permulaan penulisan ini supaya kita ingat kembali ayat pertama yang diturunkan oleh Allah. Bagaimana indah susunan ayat tersebut menggambarkan kepentingan ilmu pada manusia. Sama-sama kita tadabbur sejenak.

[1] Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, [2] Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. [3] Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, [4] Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. [5] Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. [6] Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, [7] karena dia melihat dirinya serba cukup. [8] Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali (mu). [9] Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang, [10] seorang hamba ketika dia mengerjakan salat, [11] bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu berada di atas kebenaran, [12] atau dia menyuruh bertakwa (kepada Allah)? [13] Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling? [14] Tidakkah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya? [15] Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya, [16] (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. [17] Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya), [18] kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah, [19] sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan),

Sungguh indah Qalam Allah ini. Bila kita memahaminya, seolah-olah kita sedang berbicara dengan Allah. Allah sedang berbicara dengan kita. Sebagaimana yang ditulis oleh Ust. Nik Abduh.

"Ada talian emas yang menghubungi kita kepada ar Rasul. Ia bersanad dengan kekuatan para ulama muktabar yang lahir sepanjang zaman. Ia sehingga mencipta darjah ‘mutawatir‘ yang kesepakatan antara mereka adalah akidah yang tidak boleh ditinggalkan lagi. Ia ilmu khas Islam dan tidak mungkin wujud kecuali dalam Islam. Ia ilmu ciptaan sifat amanah dan benar.

Anda perlu memahami betapa sumber ilmu yang anda baca mestilah memakai talian emas ini dan mengambil inspirasi ilmu ini. Jika tidak, kita tidak memperolehi apa-apa kecuali padangan otak manusia yang macam kita juga. Lebih kita hanya pada ilmu. Lebih ilmu hanya pada taqwanya.

Kembalilah membaca al Quran, memahaminya dan dekatilah buku-buku yang muktabar penulisnya dan jernih ilmunya. Kelak kita akan mudah membuat kesimpulan daripada pelbagai jawapan yang dibentangkan di hadapan."

5) Nak berkawan dengan orang alim kena bermula dari diri kita
Saya tertarik dengan tulisan Ust Nik Abduh di dalam blog beliau. Beliau mengatakan, jika anda ingin berkawan dengan orang alim, anda kenalah juga jadi alim dengan membaca. Jika tidak, anda mungkin hanya boleh mendekatinya tetapi dia tidak pun mendekati anda. Boleh ikuti artikelnya yang bertajuk "Disebalik Banyak Buku yang Dibaca" di http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1585 atau www.nikabduh.wordpress.com.

Jadi, sama-samalah kita menjadi alim sebelum datangnya kejahilan seperti yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis. Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #4824,Bab Pada Akhir Zaman Ilmu Islam Akan Dihapuskan Dan Diambil Oleh Allah s.w.t Lalu Timbullah Kejahilan Dan Berbagai Fitnah)

Hadis Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Beberapa hari sebelum munculnya hari Kiamat, ilmu Islam dihapuskan, timbulnya kejahilan dan banyak berlaku jenayah terutama jenayah pembunuhan.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #4826,Bab Pada Akhir Zaman Ilmu Islam Akan Dihapuskan Dan Diambil Oleh Allah s.w.t Lalu Timbullah Kejahilan Dan Berbagai Fitnah)

Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #4828,Bab Pada Akhir Zaman Ilmu Islam Akan Dihapuskan Dan Diambil Oleh Allah s.w.t Lalu Timbullah Kejahilan Dan Berbagai Fitnah)

Semoga perkongsian yang sedikit ini mendapat manfaat bersama. InsyaALLAH. Wassalam.

Buku-buku yang berjaya saya beli

Buku Keagungan Tamadun Islam, merungkai sejarah yang terpendam

Majalah Solusi, walaupun berharga RM5 untuk edisi yang lepas,
namun isinya setanding dengan buku-buku yang berharga RM20

Buku Usrah dan Harakah, perlu untuk menambahkan lagi ilmu mengenai jemaah

Walaupun buku yang saya beli sedikit, tetapi akan cuba istiqamah untuk mengkhatamnya

Buku Gila-Gila untuk release tension. Perlu juga baca buku ini jarang-jarang. :)

Semoga dapat berjumpa lagi di pesta buku pada tahun hadapan, insyaALLAH

p/s:
- maaf gambarnya kurang menarik, namun pengalamanya cukup tertarik, InsyaAllah
- sesiapa yang ingin membeli buku "Aku Terima Nikahnya", "Bercinta Sampai Ke Syurga" dan " Rindu Bau Pohon Tin", boleh dapatkan dari saya dengan harga yang cukup berpatutan, tetapi bermula pada bulan 7 nanti, jadi boleh mula menabung dari sekarang bagi sesiapa yang hendak membelinya =)

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Monday, April 06, 2009

Teori R.A.H.M.A.N menjadi Realiti

RAHMAN

TEORI 'RAHMAN' – ZAMAN KEGEMILANGAN MALAYSIA

Teori ini sudah lama diperkatakan pada zaman dahulu lagi. Teori ini diperkatakan ketika tahun 1992 lagi kalau tak silap saya. Pertamanya RAHMAN dikaitkan dengan nama TUNKU ABDUL RAHMAN iaitu Perdana Menteri Malaysia, bapa kemerdekaan dan kemudiannya Perdana Menteri Malaysia selepas ini merupakan nama-nama berkaitan iaitu:

“R A H M A N”

Ternyata teori itu menjadi dengan kehadiran Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke 6
R - Rahman (Tunku Abdul Rahman)
A – Abdul Razak Hussein
H – Hussein Onn
M – Mahathir Mohamad
A – Abdullah Ahmad Badawi (bila Anwar gagal)
N – Najib (Datuk Seri Mohd Najib)

....INILAH ZAMAN GEMILANG MALAYSIA.....

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Perdana Menteri Malaysia Pertama (1957-1970) Bapa Kemerdekaan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan seorang putera raja yang telah menyalurkan tenaganya ke arah mencapai kemerdekaan dan keharmonian negara. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan putera Sultan Abdul Halim Halimshah, Sultan Kedah yang ke 24 dan dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Ketika itu Kedah adalah sebuah negeri di bawah naungan Siam. Beliau adalah anakanda kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Shah. Ibunya bernama Cik Manjalara merupakan seorang puteri Ketua Negeri Mataban, dalam jajahan Siam.Penglibatan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam parti UMNO membawa kepada perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang pertama selepas kemerdekaan dari 1957 hinggalah beliau bersara pada tahun 1970. Pada 6 Disember 1990, seluruh negara dirundung pilu kerana YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan, Bapa Malaysia meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh hormat di tanah perkuburan keluarganya di Kedah selaku menunaikan permintaan beliau.

Tun Abdul Razak
Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".
Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang.
Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah warisnya sebagai Perdana Menteri ketiga. Anak sulungnya, Najib bin Tun Haji Abdul Razak, menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam pentadbiran Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2004. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

TUN Hussein bin Onn
TUN Hussein bin Onn dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru dan merupakan anak sulung kepada Dato Onn bin Ja'afar, pengasas parti UMNO. Mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di English College, Johor Bahru. Selepas tamat persekolahan pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau bergiat aktif dalam pasukan keselamatan dengan menyertai Regimen Hydrabad Ke-19 di India dan bertugas di Timur Tengah ketika Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1946 beliau kembali ke Malaya dan menjadi pegawai tadbir di bawah kerajaan British. Ketika itu British sedang mengemukakan rancangan Malayan Union dan bapanya sendiri memainkan peranan penting rancangan penjajah itu dengan menubuhkan UMNO. Hussein telah menyertai perjuangan bapanya dan mula bergiat aktif dalam politik ketika penentangan terhadap Malayan Union memuncak. Datuk Onn telah memberikannya tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan seterusnya dalam tahun 1950 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO. Hussein keluar dari UMNO mengikut bapanya, setelah tercetus satu krisis dalam parti pada bulan Ogos 1951. Pada tahun 1968 atas desakan Tun Abdul Razak, Hussein kembali menyertai UMNO. Pada bulan Jun 1969 beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan pada tahun yang sa- ma beliau telah memenangi pilihan raya umum di kawasan Parlimen Johor Bahru Timur dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 22 September 1970. Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia. Beliau juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia Ketiga menggantikan Tun Abdul Razak yang telah meninggal dunia. Berikutnya, beliau mengumumkan satu kabinet baru yang agak memeranjatkan, di mana peluang-peluang yang luas diberi kepada tokoh-tokoh muda dalam UMNO untuk memegang jawatan-jawatan penting. Beliau juga telah memilih Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai timbalannya. Atas sebab-sebab kesihatan beliau mengambil keputusan untuk bersara dan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 16 Julai 1981. Tempat beliau diserahkan kepada Dr. Mahathir Mohamad.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).


Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

YB Amat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
YB Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai, 1953) merupakan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009, selain menjadi Menteri Kewangan I, bekas Menteri Pertahanan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.
Pendidikan
Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.
Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Sunday, April 05, 2009

Najib sepatutnya memperkenalkan konsep "Malaysia Bersih"

Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sepatutnya memperkenalkan konsep “Malaysia Bersih” terlebih dahulu sebelum pergi kepada “Satu Malaysia”. Ini berikutan perlantikan Najib sebagai PM ke-6 terdapat pelbagai kontrovesi yang belum terjawab dengan jelas dan meyakinkan. Sama ada beliau melakukannya atau tidak, itu urusan Najib dengan Allah sahaja yang tahu segala-galanya. Beliau perlu membersihkan namanya yang kini tidak lagi disegani kawan dan lawan dan ramai pihak masih meragui kepimpinan PM ke-6 ini.

Antara kontrovesi yang berkaitan dengan Dato’ Seri Mohd Najib adalah:

1) Kontrovesinya berkaitan kes berprofil tinggi iaitu, kes model Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam dan berita terbaru dari sebuah akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis mendakwa Najib pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

2) Kontrovesi Najib dalam pemilihan agung UMNO yang dikatakan antara pemilihan agung UMNO yang paling banyak terbongkar mengenai rasuah dan masih ramai lagi yang terlepas dari pengetahuan disiplin parti UMNO.

3) Najib dikatakan terlibat dalam merasuah ahli politik dari PR supaya melompat parti seperti yang berlaku di Perak dan Kedah.

4) Najib juga terlibat dalam beberapa insiden harta negara seperti isu kontrak pembelian kapal selam Scorpene, jet sukhoi dan sewaktu menjadi menteri pertahanan, didakwa mengendalikan usaha mendapatkan helikopter Eurocopter Cougar EC 275 dalam keadaan meragukan.

5) Mungkin yang terakhir setakat ini berkaitan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikatakan antara tulang belakang yang kuat terhadap beberapa keputusan yang dibuat oleh Najib. Rosmah juga dikatakan terlalu “boros berbelanja”, bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos dan terdapat beberapa insiden seperti belian jam-jam tangan jutaan ringgit kepada isteri-isteri pembesar negara. Mungkin ada rahsia yang tersirat.

Konsep “One Malaysian” sangat baik, tetapi adakah Najib ikhlas untuk membawa konsep ini secara menyeluruh atau konsep itu sebenarnya adalah agenda politik UMNO untuk menyatukan balik pengundi-pengundi Cina dan India kepada UMNO? Hanya Najib dan Allah sahaja mengetahui apakah perancangan politiknya untuk Malaysia akan datang. Sama-sama kita doakan Malaysia terus aman dan makmur.-helangsenja

Tuesday, March 31, 2009

Ikuti perkembangan di Bukit Gantang di sini..


Salam petang pada semua. Jom kita sama-sama ikuti perkembangan pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak di sini sekarang. Ikuti perkembangan semasa yang berlaku di sana. Jom klik!

p/s: Moga Kak Fizah selamat berkempen di sana. Maafla ana tak leh nak p, banyak tugas kat sini :) . Tapi ana hantar doa di sana, moga Allah memberikan kemenangan pada Islam. TAKBIR!

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Saturday, March 28, 2009

Jom layari blog Tok Guru


Jom kita sama-sama melayari blog tok guru yang baru saja dilancarkan baru-baru ini. Di sini saya memetik kata-kata tok guru. Klik di sini.

" Saya difahamkan bahawa Blog saya ini sangat berbeza dengan blog-blog yang sedia ada. Ini ialah kerana Blog ini disediakan dalam dua versi, iaitu rumi dan jawi. Oleh yang demikian, dapatlah pembaca yang terdiri dari imam dan guru-guru pondok membaca Blog tersebut untuk mengetahui tulisan/pendirian saya selaku Menteri Besar dan Mursyidul Am. Barangkali Blog saya ini boleh juga menjadi sumber rujukan kepada wartawan supaya setiap pendirian saya dalam setiap isu tidak mudah dikeliru atau lebih-lebih lagi cuba diputar belitkan. "

Semoga kita mendapat informasi terus dari tok guru. InsyaAllah..

Selamat berdakwah di blog, tok guru.. :)

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Wednesday, March 18, 2009

Khasiat Budu

Khasiat Budu.
Ore kelate suka la pasal budu ni dih..tapi tok tahu gapo khasiat sebenar budu ni..asyik make jah, sapa lupo ko bendo dale tue. Hari ni kawe nok kongsi siket. Bia kita make tu makin jelingho ore kato. tok sedap, make tok cinto nak make lagi.

Makanlah Budu Sebelum Terlambat

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah
lama diamalkan di Kelate. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik
Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli
pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione
sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya
tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan
menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang
selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu
berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses
penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti
aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada
peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria
penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan
hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan
dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu
yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi
masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat
pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan
pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis
ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat
mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia
merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara
neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa
dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi
kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu
iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak
(vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini
mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak
perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu.

Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti
halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan
antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi
pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang
mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga
menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan
dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang
dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya
antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas
tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur
antioksidan) iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di
samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4
trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat
dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat
menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu
terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser
payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk
kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding
pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin
disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah
(hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti
lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan
lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E,
karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak
150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap
luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,
budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.
Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi
setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang
dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam
ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk
dicernakan.

Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta
kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari
dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama seteguk air
multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat" ||helangsenja@yahoo.com||

Thursday, March 12, 2009

Top 10 languages in the world

Top 10 languages in the world

10. French
Number of speakers: 129 million
Often called the most romantic language in the world, French is spoken in tons of countries, including Belgium, Canada, Rwanda, Cameroon, and Haiti. Oh, and France too. We're actually very lucky that French is so popular, because without it, we might have been stuck with Dutch Toast, Dutch Fries, and Dutch kissing (ew!).
To say "hello" in French, say "Bonjour" (bone-JOOR).

9. Malay-Indonesian
Number of speakers: 159 million
Malay-Indonesian is spoken - surprise - in Malaysia and Indonesia. Actually, we kinda fudged the numbers on this one because there are many dialects of Malay, the most popular of which is Indonesian. But they're all pretty much based on the same root language, which makes it the ninth most-spoken in the world.
Indonesia is a fascinating place; a nation made up of over 13,000 islands it is the sixth most populated country in the world. Malaysia borders on two of the larger parts of Indonesia (including the island of Borneo), and is mostly known for its capital city of Kuala Lumpur.
To say "hello" in Indonesian, say "Selamat pagi" (se-LA-maht PA-gee).

8. Portuguese
Number of speakers: 191 million
Think of Portuguese as the little language that could. In the 12th Century, Portugal won its independence from Spain and expanded all over the world with the help of its famous explorers like Vasco da Gama and Prince Henry the Navigator. (Good thing Henry became a navigator . . . could you imagine if a guy named "Prince Henry the Navigator" became a florist?) Because Portugal got in so early on the exploring game, the language established itself all over the world, especially in Brazil (where it's the national language), Macau, Angola, Venezuela, and Mozambique.
To say "hello" in Portuguese, say "Bom dia" (bohn DEE-ah).

7. Bengali
Number of speakers: 211 million
In Bangladesh, a country of 120+ million people, just about everybody speaks Bengali. And because Bangladesh is virtually surrounded by India (where the population is growing so fast, just breathing the air can get you pregnant), the number of Bengali speakers in the world is much higher than most people would expect.
To say "hello" in Bengali, say "Ei Je" (EYE-jay).

6. Arabic
Number of speakers: 246 million
Arabic, one of the world's oldest languages, is spoken in the Middle East, with speakers found in countries such as Saudi Arabia, Kuwait, Iraq, Syria, Jordan, Lebanon, and Egypt. Furthermore, because Arabic is the language of the Koran, millions of Moslems in other countries speak Arabic as well. So many people have a working knowledge of Arabic, in fact, that in 1974 it was made the sixth official language of the United Nations.
To say "hello" in Arabic, say "Al salaam a'alaykum" (Ahl sah-LAHM ah ah-LAY-koom).

5. Russian
Number of speakers: 277 million
Mikhail Gorbachev, Boris Yeltsin, and Yakov Smirnoff are among the millions of Russian speakers out there. Sure, we used to think of them as our Commie enemies. Now we think of them as our Commie friends. One of the six languages in the UN, Russian is spoken not only in the Mother Country, but also in Belarus, Kazakhstan, and the U.S. (to name just a few places).
To say "hello" in Russian, say "Zdravstvuite" (ZDRAST-vet-yah).

4. Spanish
Number of speakers: 392 million
Aside from all of those kids who take it in high school, Spanish is spoken in just about every South American and Central American country, not to mention Spain, Cuba, and the U.S. There is a particular interest in Spanish in the U.S., as many English words are borrowed from the language, including: tornado, bonanza, patio, quesadilla, enchilada, and taco grande supreme.
To say "hello" in Spanish, say "Hola" (OH-la).

3. Hindustani
Number of speakers: 497 million
Hindustani is the primary language of India's crowded population, and it encompasses a huge number of dialects (of which the most commonly spoken is Hindi). While many predict that the population of India will soon surpass that of China, the prominence of English in India prevents Hindustani from surpassing the most popular language in the world. If you're interested in learning a little Hindi, there's a very easy way: rent an Indian movie. The film industry in India is the most prolific in the world, making thousands of action/romance/musicals every year.
To say "hello" in Hindustani, say "Namaste" (Nah-MAH-stay).

2. English
Number of speakers: 508 million
While English doesn't have the most speakers, it is the official language of more countries than any other language. Its speakers hail from all around the world, including the U.S., Australia, England, Zimbabwe, the Caribbean, Hong Kong, South Africa, and Canada. We'd tell you more about English, but you probably feel pretty comfortable with the language already. Let's just move on to the most popular language in the world.
To say "hello" in English, say "What's up, freak?" (watz-UP-freek).

1. Mandarin
Number of speakers: 1 billion+
Surprise, surprise, the most widely spoken language on the planet is based in the most populated country on the planet, China. Beating second-place English by a 2 to 1 ratio, but don't let that lull you into thinking that Mandarin is easy to learn. Speaking Mandarin can be really tough, because each word can be pronounced in four ways (or "tones"), and a beginner will invariably have trouble distinguishing one tone from another. But if over a billion people could do it, so could you. Try saying hello!
To say "hello" in Mandarin, say "Ni hao" (Nee HaOW). ("Hao" is pronounced as one syllable, but the tone requires that you let your voice drop midway, and then raise it again at the end.)

Tuesday, March 03, 2009

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight





Sunday, March 01, 2009

Aku cintakan syuhada'

Subhanallah.. rasa hendak menitits air mata bila melihat muka-muka pada syuhada' ni. Janji Allah pasti akan datang. Ini adalah gambar-gambar pejuang Hamas yang telah mati syahid semasa perang Gaza. Mereka telah bertemu dengan Allah bersama-sama para bidadari Syurga. Sesungguhnya, syurga pasti milik mereka. Kita bagaimana??

Sanggupkah anda gadai nyawa anda untuk Islam?? Sanggupkah anda mati demi Islam?? - diriku mengelamun mengingatkan kembali kisah TAMRINKU. Baruku sedar. Janjiku pada Allah, bai'ahku pada Allah. Hidup dan matiku hanya untuk Islam. Astaghfirullah..

WAJAH SYUHADA' GHAZZAH

الموت في سبيل الله أسمى أمانينا




Bangga mendapat syahid yang diidamkan


Tiada yang Lebih Hebat dan Manis selain Syahid


Pergi Mendapatkan Janji Allah swt


Aku Mendapatkan Kekasihku ...oh TuhanKu



Tiada sinar dan Cahaya seindah Cahaya dan Sinar Syurga

Hakikatnya, Jihad adalah satu amal yang difardhukan Allah dan RasulNya hingga ke Hari Kiamat. FirmanNya bermaksud, “Diwajibkan kamu berperang, sedang kamu tidak menyukainya. Mungkin kamu tidak suka sesuatu sedang ia baik untuk kamu. Mungkin kamu suka sesuatu sedang ia buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Quran). Jihad inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya bermaksud, “Sesiapa yang mati, sedang dia tidak pernah berperang atau dia tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian jahiliyah” (Hadis Sahih).

Tidakkah cukup peperangan demi peperangan yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah saw dan para Sahabat ra dihayat Baginda saw menggambarkan perihal kepentingan Jihad dan kemuliaan Syahid? Tidakkah cukup sejarah manusia yang dipenuhi peperangan dan kezaliman menuntut umat Islam bersedia dengan kekuatan apa sahaja yang mereka sanggupi demi kedaulatan Agama yang benar lagi tercinta ini? Tidakkah cukup penjajahan Timur dan Barat ke atas Kashmir, Palestin, Gaza dll membuka mata dan memberi pengajaran?

Allah mewajibkan Jihad ke atas tiap muslim, tiada alasan untuk mengelak darinya. Allah swt menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada para Mujahideen dan Syuhadak, tidak akan memperolehi ganjaran tersebut selain mereka. Tidak akan mencapai derajat mereka selain orang-orang yang melalui jalan mereka. Allah swt menjadikan darah-darah mereka yang suci sebagai deposit pembayaran harga kemenangan Islam di dunia dan kejayaan abadi di Akhirat. Allah swt mengancam keras mereka yang tidak keluar berjihad, lepak, pengecut, menjanjikan mereka kehinaan di dunia dan azab di Akhirat yang tidak dapat ditebus walau dengan emas segunung Uhud dan menjadikan lari dari medan (al-firar) pertempuran termasuk 7 dosa besar yang membinasakan.

Dari beberapa hadis dibawah, lihatlah betapa hebat penerangan mengenainya, kuatnya ruh yang dibangkitkannya untuk mereka yang benar dan jujur dalam hidup yang sementara ini.

Dari Abi Hurairah ra mendengar Nabi saw bersabda maksudnya,
“Demi Tuhan yang nyawaku ditanganNya, kalaulah tidak ada mereka yang sedih kerana tak dapat bersamaku dalam Jihad, aku tak dapat memberi kelengkapan perang kepada mereka, nescaya aku tidak akan ketinggalan menganggotai sariya (kumpulan perang) berperang di jalan Allah. Demi Tuhan yang nyawaku ditanganNya, aku sungguh ingin dibunuh dijalan Allah, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian dihidupkan, kemudian dibunuh” (Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Maksud hadis diatas, adakalanya Nabi saw tidak keluar berperang, bukan kerana takut, tetapi kerana menra’ikan sebahagian Sahabat ra yang tinggal di Madinah, tak dapat sertai perang tersebut kerana terlalu miskin, tiada kelengkapan dan ada ketahap Daulah sendiri telah kehabisan kelengkapan untuk mereka keluar berjihad. Hakikatnya Nabi saw dan para Sahabat tersebut sangat ingin berjihad dan mendapat syahid.

Dari Ummu Harithah binti Suraqah ra, dia mendatangi Rasulullah saw untuk bertanya tentang anaknya yang syahid di Badar akibat panah sesat, jika Haritah di Syurga, dia akan bersabar. Jika sebaliknya, dia akan bersungguh menangis. Jawab Rasulullah saw bermaksud,
“Wahai Ummu Harithah, sesungguhnya balasan baginya ialah taman-taman di Syurga. Sesungguhnya anakmu mendapat Firdaus yang tertinggi” (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Dari Abdullah bin Abi Awfa ra bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Ketahuilah kamu bahawa Syurga itu dibawah naungan pedang-pedang” (Hadis riwayat Abu Daud).

Sabda Baginda saw bermaksud,
“Seorang yang berjihad di Jalan Allah seperti seorang yang berpuasa, bersolat yang khusyuk dengan bacaan Al-Quran dalam solatnya, tidak putus puasa dan solatnya sehingga orang yang berjihad tadi pulang dari jihadnya” (Hadis riwayat Abu Daud).

Ummu Khallad bertanya Rasulullah saw tentang anaknya yang syahid di Jalan Allah. Sabda Baginda saw bermaksud, “Bagi anakmu pahala 2 orang syahid .. kerana dia dibunuh oleh Ahlul Kitab” (Hadis riwayat Abu Daud).

Seorang sahabat lalu di satu lembah permai lagi dibelahi mataair yang sedap airnya. Dia berkata, “Apa kata aku mengasingkan diri dari manusia dan aku tinggal di lembah ini”. Berita ini sampai kepada Rasulullah saw lalu bersabda bermaksud, “Jangan buat seperti itu. Sesungguhnya berada kamu di Jihad di Jalan Allah lebih afdhal dari solat di rumahnya selama 70 tahun. Tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga? (Oleh itu) berperanglah kamu di Jalan Allah. Sesiapa yang berperang dijalan Allah di atas untanya, wajib dia mendapat Syurga” (Hadis riwayat At-Tirmizi).

Dari Al-Miqdam bin Ma’ad Yakram berkata, sabda Rasulullah saw bermaksud, “Bagi seorang syahid di sisi Allah mendapat 6 kelebihan, (i) diampun dosa-dosanya sebaik ditikam, (ii) diperlihatkan tempatnya di Syurga, (iii) diselamatkan dari azab kubur, (iv) diamankan dari Goncangan Besar, (v) dipakaikan tengkolok dari permata yang lebih hebat dari seisi dunia dengan dikahwinkan dengan 72 isteri dari Hurul Ain (bidadari Syurga), (vi) disyafaatkan 70 orang dari kaum kerabatnya” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah).

“Sesungguhnya umat yang tahu cara mati yang terbaik, yang tahu bagaimana untuk mati dengan kematian yang mulia, akan dikurniakan Allah kehidupan yang agung di dunia dan nikmat yang kekal di Akhirat. Tidaklah mendung yang meliputi kita hari ini melainkan kerana cinta dunia dan takutkan mati. Persiapkanlah diri kamu untuk suatu tugas yang besar. Bersungguh melengkapkan diri untuk mati, nescaya Allah mengurniakan kamu kehidupan. Ketahuilah bahawa mati itu pasti. Ia pula hanya sekali. Jika kamu jadikan mati itu di Jalan Allah, maka untukmu keuntungan di dunia dan pahala di Akhirat. Tidak akan menimpa kamu melainkan apa yang telah ditentukan Allah ke atas kamu” … “Bekerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahgiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati Syahid di JalanNya”. (Hasan Al-Banna).

Ihsan dari http://inijalanku.wordpress.com dan http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/



"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||