Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Showing posts with label Perkongsian Saya. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Saya. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

Ruqayyah Hanum: Impak besar pada pembentukan negara

Rugayyah Hanum, namanya tidak seharum titisan yang ditinggalkannya. Beliau dikatakan gundik yang dihadiahkan oleh Kesultanan Uthmaniyyah kepada Maharaja Abu Bakar pada tahun 1890an. Maharaja Abu bakar merupakan sultan yang pintar dan rapat dengan kuasa asing termasuk British. Rugayyah hanum berketurunan Circassian yang mendiami Chechenya dan Dagestan sekarang. Satu bangsa yang beragama Islam yang kental dengan jihad, amal tasawuf dan cantik perwatakkannya.

Sampai di Johor, Maharaja Abu Bakar mengahwinkan Rugayyah hanum dengan Ungku Abdul Majid. Hasil hubungan ini, mereka mendapat 3 cahaya mata. Antara yang tersohor ialah Prof Diraja Ungku Aziz. Apabila Ungku Aziz berkahwin dengan sepupunya, Azah Aziz, mereka dikurniakan Dr Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara.

Selepas kematian Ungku Abdul Majid, Ruqayyah Hanum berkahwin dengan Dato Jaafar(mantan Menteri Besar Johor), ayah kepada Dato Onn Jaafar. Dato Onn Jaafar adalah Pengasas kepada parti UMNO. Daripada titisan ini munculnya Tun Hussein Onn (perdana menteri ketiga) dan Dato Seri Hishamudin Hussien, Menteri Dalam Negeri sekarang.

Kemudian, Rugayyah Hanum berkahwin Syed Abdullah al Attas, seorang ahli perniagaan Arab. Hasilnya, lahirlah insan seperti Syed Hussein al Alatas dan Syed Muhammad Naquib al Attas. Syed Hussein al Alatas merupakan ahli sosiologi terkenal, mantan Naib Canselor Universiti Malaya dan antara pengasas parti GERAKAN. Manakala adiknya, menumpu kajian terhadap pemikiran dan kebudayaan Islam di rantau nusantara. Syed Muhammad Naquib juga mempunyai titisan yang berkaliber dalam dunia akademik ialah Syed Tawfiq, mantan Pengarah IKIM.

Titisan politik dan intelektual daripada Ruqayyah Hanum telah memberi impak besar kepada pembangunan, pemikiran, kebudayaan dan politik negara kita.

Dipetik dari http://hannanfarhana.blogspot.com/

"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, beramallah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||

Thursday, April 15, 2010

Comelnya Bayi Itu

Comelnya Bayi Itu


Wajahmu berseri dalam tangisan,
Dirimu kecil dalam pelukan,
Tangismu syahdu dalam keceriaan,
Memecah sepi berkat kelahiran.

Comelnya dikau dijadikan Tuhan,
Bersih wajahmu penuh keajaiban,
Senyumanmu mengukir keikhlasan,
Walau dikau tidak mengerti tentang kehidupan

Dirimu suci dari dosa,
Sesuci kain putih yang belum terlukis apa-apa,
Riang riamu mengembirakan manusia,
Buat penyeri sebuah keluarga.

Namun kenapa masih ada insan yang jahat perangainya,
Membuatkan diriku seperti tiada nilai dan harga,
Aku di buang di longkang yang hina,
Dicampak bagai sampah dilonggok bersama,
Dimakan ulat di makan kerengga,
Hingga cantikku hilang di mata,
Hingga ajalku datang menjelma.

Sedangkan haiwan juga sayang pada anaknya,
Bermati-matian menjaga dari musuhnya,
Supaya si anak hidup sampai bila-bila.

Inikan manusia,
Yang diberi akal dan jiwa,
Supaya berfikir tentang akhirat dunia,
Dosa dan pahala,
Supaya menjadi khalifah yang berjaya.

Kenapa aku diperlakukan sebegini?
Jahatkah aku?
Menyusahkah aku?
Berdosakah aku?
Tanpa ada belas kasihan,
Tanpa ada sifat keibuan,
Mungkin mereka sudah lupa pada Tuhan.

Ya Allah,
lindungilah diriku dari kejahatan manusia,
Yang lebih jahat dari binatang,
Lebih dasyat dari syaitan,
Yang tidak mengerti tentang kemanusiaan.

Ya Allah,
Jika aku mampu berkata,
Maka akan ku ucap perkataan binasa,
Sebagai doa kepada mereka,
Biar mereka takut hidup di dunia.

Aku juga mahu jadi manusia biasa,
Yang hidup penuh gembira,
Yang membesar hingga dewasa,
Sampai menjadi manusia sempurna.


"Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, karena kebodohan lagi tidak mengetahui (Bahwa Allahlah yang memberi rezki kepada hamba-hambanya.) dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezki-kan pada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk."
(Al-An'aam : 140)

Sajak ini ditujukan kepada mereka yang punya perasaan pada bayi yang comel. Marilah kita sama2 mencegah pembuangan bayi di dunia ini. Sajak ini sebagai meluahkan perasaan yang sedih melihat kepada bayi2 yang setiap hari dibuang tanpa ada perasaan kemanusian. Semoga ia menberi kesedaran 
pada kita tentang cinta pada manusia.

Ikhlas yang mencintai bayi-bayi Malaysia,
Mohd Ridhuan Che Husin,

12.15 ptg,
Rabu,
14 April 2010.
UIAM, Gombak


"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, beramallah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||

Tuesday, April 06, 2010

Welcoming back!

Sudah lama tidak tercoret sesuatu dihalaman sendiri. Sesekali, selepas musim final exam, ia masa yang sangat sesuai untuk menghabiskan masa untuk melepaskan rasa gelisah selepas mengekang mata ketika tempoh peperiksaan.

Kelihatan beberapa pelajar yang sudah habis peperiksaan mula menghiburkan diri sendiri (barangkali) dengan makan “besar” di McD, ada yang melepak ke kedai “Sup Awe” setiap malam, ada yang terus menerus 24 jam tanpa henti dengan wireless UIA, tak ketinggalan kelihatan beberapa pasangan yang keluar berdating dengan teman istimewa. Mengambil peluang sehari dua sebelum balik untuk untuk bershopping bersama “girlfriend” atau “boyfriend”.

Tanpa segan silu, berbangga ada “awek” dan dapat keluar belanja “awek”.

“Tak da awek?? Apa kes lu tak da awek, tak rock laa…”. Adegan biasa anak muda mudi zaman sekarang.

Itulah realiti kehidupan kampus di tempat saya.

Saya terfikir, apakah perasaan ibubapa mereka apabila mereka mengetahui anaknya balik lambat disebabkan “girlfriend” atau “boyfriend”. Mungkin mereka pun agak gelisah. Mungkin ada yang berbohong mengatakan balik lambat sebab kemas bilik, tolong angkut barang kawan, tetapi sebenarnya pergi merayau-rayau bersama teman “istimewa”. Pasti mereka “pening kepala” dengan anak sebegini. Kesian jika ada anak-anak yang belajar dikampus buat perangai kepada ibubapa. Anaknya bergaya dikampus, tapi, ibubapanya hanyalah pesawah biasa atau tidak semewah anaknya.

Ibubapa bukan main bangga anak masuk ke Universiti, tapi, lain yang diharap, lain yang dibuat. Itulah anak-anak Malaysia zaman sekarang.

Zaman sekolah “agama” bukan main bertudung labuh, tapi, bila makin tinggi pelajarannya, makin rendah pula agamanya. Lain zaman la katakan.

Itulah yang saya lihat disekitar saya. Kawan disekolah dulu bukan main warak wabarakok, tapi bila dah masuk U, warak ntah ke mana, rokok pula yang ada.


Semoga apa yang saya kongsikan ini dapatlah diambil manfaatnya. Semoga ia muhasabah untuk saya dan untuk pembaca entry ini.

Salam Mahasiswa.

"Kehidupan ini hanyalah SEMENTARA, layarilah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||

Thursday, November 26, 2009

Merealitikan sebuah fantasi



Selepas thunami besar melanda Aceh, Indonesia, kini lain pula thunaminya. Bukan thunami musibah, tetapi hadiah. Thunami filem Islami yang kini giat diperkatakan. Filem diadaptasi dari novel yang telah menjadi mega best seller di merata-rata negara termasuklah Malaysia. Karya Habiburrahman El-Sherazy mula diperkatakan lewat kebelakangan ini. Setelah kejayaan besar filem “Ayat-ayat Cinta” yang diadaptasi dari novel best seller beliau, sekarang muncul pula “Ketika Cinta Bertasbih” yang menjadi igauan.

Selepas 2 jam lebih kami se”roommate” menonton bersama filem “Ketika Cinta Bertasbih 1”. Tetiba kawan saya menyapa.

“Kang Azzam tak nak tidur lagi ke?” Tanya kawan saya secara sepontan.

“Erk..ko panggil aku Azzam” kata saya dalam hati.

“Ana nak gi jumpa Ust Mujab kejap kt bilik sebelah, nak lamar Anna Althafunisa” jawab saya selamba dengan tersenyum bersama-sama.

Kami pun gelak bersama. Tanda gurauan yang tak pernah sunyi dari bilik kami. Sungguh luar biasa pengaruhnya. Begitulah sketsa kami sebilik selepas menonton filem “Ketika Cinta Bertasbih”.

Itulah penangan besar karya filem cinta Islami. Terpengaruh dengan watak yang dibawa dalam filem tersebut menjadikan igauan setiap orang untuk menjadi seperti watak tersebut. Sesiapa pernah membaca novel “Ayat-ayat Cinta” dan “Ketika Cinta bertasbih”, pasti teruja dengan gaya bahasa yang dibawa. Mungkin ada beberapa kritikan untuk novel tersebut, tetapi lebih banyak kebaikan yang boleh diperbincangkan.

Sekarang semakin banyak cerita cinta Islami yang telah menambat hati penonton-penonton yang menontonnya. Di Malaysia, wujudnya “Nur Kasih”, “Syurga Cinta”, “Cinta Sempurna” yang mungkin ada yang ingin menjadi sebahagian watak utama pelakon tersebut. Saya pernah terdengar, ramai mak cik-makcik yang terpengaruh dengan drama “Nur Kasih” menyebabkan ramai yang ingin menjadikan seperti Aidil, Adam dan Nur Amina sebagai menantunya. Sungguh hebat kalau itu kesannya.

Tetapi hakikatnya, semua itu hanyalah fantasi belaka. Ia hanyalah lakonan sementara sahaja. Kalau yang kenal bagaimana perangai pelakonnya diluar drama tadi, mungkin ada yang terbeliak melihat aksi seksinya. Tetapi dalam drama lain pula aksi. Siapa orang itu, carilah sendiri.

Filem “Ketika Cinta Bertasbih” bagi saya banyak nilai Islami yang boleh dijadikan panduan seperti perinsip, pengorbanan, kecekalan, amanah dan sebagainya. Tetapi realitinya dalam masyarakat sekarang sangat sukar untuk mencari lelaki dan wanita yang sebegitu rupa. Kalau ada pun sangat sedikit.

Ada yang ingin berfantasi menjadi seperti Azzam, Fahri, Aisyah dan Anna, tapi mungkin kita berlakon hanyalah seketika. Tetapi, kalau kita selalu sudah biasa dengan lakonan kita dengan istiqamahnya mungkin ia boleh menjadi habit dalam hidup kita. Jadi, untuk berfantasi dengan watak-watak yang baik tidak salah. Malah mungkin itulah yang sebenarnya yang ingin diterapkan oleh penulis novelnya. Untuk berdakwah merubah kearah cinta yang bukan Islami, kepada cinta yang lebih mengenal PenciptaNya.

Oleh itu, berfantasilah untuk menjadi realiti. Kalau kanak-kanak berfantasi menjadi Batman, Superman, Keluang Man, maka, tindakan berpakaian, percakapan dan pergaulan mereka akan bertindak seperti super hero khayalan mereka. Begitulah sebolehnya kita. Fantasinya baik, maka baiklah impresi kita. Kalau buruk fantasi difikiran kita, maka buruklah perbuatan kita. Imaginasinya difikiran kita. Realitinya pada tindakkan kita. Kalau kita impikan wanita yang solehah, maka tindakan kita sesoleh semampu kita dan begitulah sebaliknya. Buat semampu yang kita ada, bukan hanya berkhayal semata-mata. Saya berharap, selepas ini bakal wujud filem-filem Islami yang boleh menjadikan alternatif kepada filem-filem yang rempit sana, buka sini, terbuka sana dan sewaktu dengannya.

Allahumma innii as aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala laddzii yuballighunii hubbaka. Allahummaj’al hubbaka ahabba ilayya min nafsii wa ahlii.

“Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu
dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu,
serta memohon curahan amal yang dapat mengantarkan
diriku mencintai-Mu. Ya Allah, jadikanlah kecintaan
kepada-Mu lebih tertanam dalam jiwaku
melebihi kecintaanku kepada
diri sendiri dan
keluargaku.”

Melly Goeslow Feat. Amee
(Ketika Cinta Bertasbih)

Lagu : Aden
Lirik : Melly Goeslaw
Penyanyi : Melly Feat Amee
Produksi : Aquarius Musikindo

bertuturlah cinta mengucap satu Nama
seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku

cinta yang bertasbih mengutus hati ini
kusandarkan hidup matiku pada Mu

bisikan doaku dalam butiran tasbih
kupanjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta
sudah diubun-ubun cinta mengusik resah
tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
sujud syukurku pada-Mu atas segala cinta

p/s: maaf le yer kalau macam sedikit jiwang =)
















Saturday, September 19, 2009

Persoalan mengenai Takbir Raya dan Qadha' Puasa

Ramai diantara kita mengambil remeh dan membuat tidak hirau mengenai perkara-perkara ibadat. Jadi, di sini saya kongsikan beberapa persoalan yang boleh merungkaikan beberapa permasalahan di antara masyarakat Malaysia.

Beberapa masalah tentang Takbir Raya

1. Bilakah mulanya dan berakhirnya takbir hari raya?

Jawapan:
Jumhur Fuqaha': pagi Idil fitri hingga keluar Imam untuk solat sunat Idilfitri.(Sayyid Sabiq: Fiqhussunah); manakala sebahagian Imam yang lain boleh bertakbir pada malam hari raya lagi (imam Nawawi dalam alAzkar)
----------------------

2. Apakah lafaz takbir yang ada nasnya?

Jawapan:
Nas yang terkuat dan diakui sendiri oleh Imam nawawi ialah: Allahu akbar 3X akhir kabiira.

Manakala lafaz yang kita lihat dipagi raya di Malaysia ialah lafaz Imam Syafi'iy dan ashabnya (imam Nawawi dalam al Azkar)

----------------------

3. Apakah mood sebenar takbir hari raya (kat Malaysia rasanya sayu je)

Mood yang sepatutnta ialah bertenaga dan bertambah kuat bila Imam sudah hampir menunaikan solat dan muslimin sudah semakin ramai (Imam Nawawi al Azar)

-------------------------

4. Adakah Raya Aidil Fitri selama 1 bulan Syawal?

Jawapan:
Hari raya idil fitri hanyalah sehari, Imam Abu Hanifah dan Imam Syafi'iy menyuruh umat Islam berpuasa sunat Syawwal pada tanggal 2 haribulan syawal.

nas hadis yang menyokong:

HR Nasa'iy, Ibn Hibban dari Anas, RasuluLlah saw bersabda, Allah telah mengganti kedua hari raya dengan duahari raya yang lebih bak iaitu Idil fitri dan Idil Adha.

HR Ahmad dan Muslim dari Aisyah RA:
tiap-tiap kaum mempunyai hari raya, dan hari ini (1 syawal) adalah hari raya kita.

Menjadi kebiasaan di pejabat-pejabat diadakan majlis perjumpaan idilfitri antara kakitangan dan jabatan-jabatan yang berlarutan hingga sebulan syawal; maka itu adalah adat dan uruf sesuatu bangsa yang dilihat dari sudut tujuan dan motifnya. Pertemuan dan majlis sambutan idilfitri sepanjang syawal ini tidak ada kena mengena dengan assunah malah ia perlu dikaji dr aspek boros, berlebihan dan melampau dalam agama yang tidak dituntut. Jika ia dianjurkan untuk mera'ikan anak-anak yatim dan org miskin, ia boleh diterima.

------------------------------

5. Bolehkah puasa qadha' digabungkan sekali dengan puasa sunat?

Pandangan pertama: menggunakan perbahasan kawa-id feqah (Bahawa setiap amalan adalah dengan apa yang dia niatkan) tidak membenarkan digabungkan dua ibadah : wajib dan sunat digabungkan sekali ; dalam hal ini puasa qadha' mesti dibuat dahulu kemudian baru diikuti dengan puasa sunat seperti puasa syawal.

Contohnya jika seorang wanita ada 10 hari puasa qadha' Ramadhan. Apabila tiba syawal dia dikehendaki menyempurnakan puasa qadha' dahulu sebelum dibolehkan berpuasa sunat 6 hari syawal; dia tidak boleh berpuasa dibulan syawal dengan mengggabungkan dua niat dalam satu puasa (yakni puasa qadha' dan puasa sunat).

Pandangan kedua: membolehkan puasa sunat dan qadha' digabungkan dalam satu.

Dr Wahbah azZuhaili (Fiqh Islami wa'adillatuh) menjelaskan: seseorang yang berpuasa qadha' dibulan syawal beroleh double bonus atau triple bonus yakni dia boleh pahala puasa qadha', juga pahala puasa sunat syawal sekaligus dan jika dia berpuasa pada hari isnin/khamis; dia juga mendapat pahala sunat isnin khamis.

Ini juga pandangan Imam Nawawi dan Ibn Hazm (al Muhalla): menurut Ibn Hazmin, nas yang menegah dari RasuluLlah saw tidak ada apabila baginda menyuruh kita berpuasa enam supaya kita menyempurnakan puasa qadha' terlebih dahulu.

Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha' pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha'nya di bulan-bulan lain. Ini juga satu cara.

Jadi menjawab soalan susulan di atas, apakah boleh kita puasa qadha' dan puasa sunat syawal sekali gus;

Jawapannya: boleh; jika menggunakan kaedah Ibn Hazm dan Wahbah Zuhaili; kita berniat puasa qadha' dalam bulan syawal dan sekaligus mendapat double bonus dan jika puasa itu jatuh pada Isnin/khamis; layak mendapat triple bonus secara automatik.

Rujukan: Permasalahan Fiqh: Bab Puasa dan Haji

Thursday, June 18, 2009

Perginya sebutir permata. Dr Fathi Yakan

Al-Fatihah buat almarhum..Dr Fathi Yakan

Tanggal 13 Jun 2009, perginya seorang pelapor gerakan Islam yang terkenal di seluruh dunia terutama sebagai pelapor awal kebangkitan gerakan Islam di Lubnan. Beliau adalah Dr Fathi Yakan, seorang ilmuan yang amat popular dengan bukunya di seluruh dunia iaitu buku "maza ya'ni intimai Ila Islam" (Apakah erti saya menganut Islam).

Buku inilah antara buku terawal yang didedahkan oleh naqib saya dalam usrah sewaktu disekolah dahulu. Malah, sesiapa yang ingin menjadi naqib untuk peringkat seterusnya, harus memahami sedikit sebanyak mengenai karangan buku beliau tersebut. Itulah kehebatan tulisan beliau yang menjadi rujukan banyak nuqaba' di seluruh dunia.

Namun, itulah lumrah hidup, setiap yang hidup pasti bertemu ajalnya juga. Moga-moga, permata yang hilang ini bakal ada penggantinya yang akan meneruskan dakwah Islam yang syumul ini.

Antara buku karangan beliau:
-APAKAH ERTI SAYA MENGANUT ISLAM
-BAGAIMANA KITA MENYERU KEPADA ISLAM
-GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN
-KE ARAH KESATUAN GERAKAN ISLAM
-RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH

Teringat antara kata-kata tulisan beliau di dalam salah satu buku karangannya "GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN". Beliau menulis;

"Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? Apakah
peranan pemuda dalam perubahan Islam yang dicita-citakan? Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu?

Kesemuanya ini akan cuba dibincangkan dan diperkatakan dalam kajian kita ini (Generasi muda dan Perubahan).

Kenapa mesti Pemuda?
Kenapa fokus selalunya kepada pemuda?
Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?

Itulah antara peringatannya kepada golongan muda. Sayangnya beliau kepada golongan muda. Semoga akan ada golongan muda yang bakal menggantikan beliau. InsyaAllah.

Sedikit catatan mengenai biodata beliau:
Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50-an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60-an. Beliau telah menjawat ketua umum dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut, beliau telah bertanding dan memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal pada kerusi tersbut sehingga pada tahun 1996. Kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau juga telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan di antara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pada tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku kesemuanya.
Biodata ihsan dari: http://www.mutiulhaq.blogspot.com/


وَالْعَصْرِ. إِنَّ اْلإِنْسَا َ ن َلفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ
وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesanpesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Monday, June 08, 2009

Jemputan ke Majlis Perkahwinan

"Menjemput saudara dan saudari ke Majlis Perkahwinan saya pada ........." satu masej yang saya terima dari seorang senior, 4 minggu sebelum majlis perkahwinannya.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Mungkin tajuk entri di atas ini telah menjadi kebiasaan bila bermulanya musim persekolahan dan cuti semester pelajar-pelajar kampus. Ia bagaikan musim mengawan si jantan dan si betina dalam putaran kehidupan seekor haiwan.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada sahabat-sahabat saya yang telah melangsungkan dan bakal melangsungkan perkahwinan pada awal musim pengawan ini.

Yang terkini yang dapat dikongsi, sahabat sekuliah (Siti Nabilah) dan rakan seperjuangan dan juga bekas Tim. Presiden Ma'ruf Club sesi 0708, Abg HafizBad yang juga merupakan salah seorang mentor saya yang saya kagumi,

Muhammad Hafiz Badarulzaman & Siti Nabilah Sulaiman

(Rumah Pengantin Perempuan-Siti Nabilah Sulaiman)

Tarikh: 31 Mei 2009
Hari: Ahad
Alamat: No. 103, Taman Ria, Jalan Inai, Kota Tanah, Seberang Perak, ALor Setar, Kedah

DAN
(Rumah Pengantin Lelaki-Muhammad Hafiz Badarulzaman)
Tarikh: 7 Jun 2009
Hari: Ahad
Alamat: 15/3 Taman Bersatu, Bedong, Sg Petani, Kedah
Link dari http://hafizbad.blogspot.com/

dan senarai kenalan lain yang dapat saya senaraikan di sini..
1. Faizal UIA & Alia (6 jun)
2. Abg Azreen UIA Kuantan & AC (6jun)
3. Abg Taufiq UIA & Kak Dekma UIA (20 jun)
4. Athiq JORDAN & Maryam (27 jun)
Link dari http://www.zikr-amin.blogspot.com/

Suka saya untuk berkongsi satu cerita 2 orang pemuda dan pemudi yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Moga-moga cerita sebegini dapat dimanfaatkan bersama.

Pada suatu hari, seorang pemuda telah pengutuskan sepucuk surat kepada bakal isterinya beberapa bulan sebelum majlis perkahwinannya kerana ia merasakan seperti ada sesuatu yang bakal terjadi kepada dirinya. Maka, dia pun menulis sepucuk surat untuk menyatakan rasa cintanya itu..

..................................

BAKAL ISTERIKU,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan
kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.

Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah yang menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. Inilah kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon isteriku.

Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu.

Umar mendengar semua perbincangan mereka. Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:“Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan air. Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu? Ibu itu bertanya lagi:“Apakah larangan Amirul Mukminin itu?”

Puterinya menjelaskan: “Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air”Ibu itu berkata lagi: “Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya”

Puterinya menjawab: “Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita. Maafkan saya wahai ibuku, kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila di belakang mereka.”Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut.

Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut. “Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh.”Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.

Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana mereka lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah hakikat sebuah baitul muslim.

Calon isterikuku yang telah dijanjikanNya ,
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.

Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.

Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.

Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah.

Bakal isteriku yang dirahmati,
Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.

Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa. Yang terakhir ingin aku nyatakan, andai aku tidak berkesempatan bertemumu ketika diijab qabulkan di dunia, semoga doaku kita bakal bertemu di syurga ALLAH. Amin..

Salam buat teman solehahku...

--------------------------------------------

Maka, benarlah apa yang dirasakan pemuda tadi, ketika dalam perjalanan dia menuju ke rumah pengantin perempuan di majlis pernikahannya itu, maka berlakulah satu kemalangan yang telah meragut nyawa seorang pemuda dan pemuda itu adalah bakal pengantin pada hari itu.

Semoga perkongsian cerita saya ini dapat memberi manfaat terutama kepada bakal ke jinjang pelamin. Wallahu 'alam.

8/6/2009,
7.30 pagi,
Damsyik,
Syria

Perkahwinan bukan sahaja untuk kita tetapi untuk anak,
cucu dan keturunan kita.
Siapa mereka nanti, mungkin ia bermula dari kita.
Renung-renungkanlah.

Monday, April 27, 2009

Antara yang menarik selepas EXAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama sungguh tak menjenguk blog ni. Akhirnya berkesempatan juga nak update blog. Biarpun blog ini sekadar perkongsian peribadi, tapi banyak informasi semasa yang dapat kita berkongsi.

Teringat saya suatu ketika sahabat saya bertanya pada Ust Hasrizal, macam mana dia dapat update selalu blog dia walaupun dia sangat sibuk. Mudah je jawapannya.

"Ana jadikan blog ini salah satu kerja wajib ana. Macam kita berkerja makan gaji juga, kita ada masa untuk pergi kerja tiap-tiap hari. Macam itulah kerja ana pada blog ana. Luangkan masa untuk setiap hari bersama blog anda. Barulah kita dapat update blog selalu."

Jadi, kalau anda nak selalu update blog, jadikan ia kerja rutin anda. InsyaAllah, anda dapat update blog anda. Jadikan blog anda dakwah anda pada massa.

Sudah 2 minggu berlalunya final exam semester 2 kali ini. Pejam celik, pejam celik, dah pun nak keluar result. InsyaAllah result akan keluar pada 28/4/09. Esok la kan. huhu. Takot2!!. Bagi universiti lain yang baru jer nak mula exam, saya doakan anda semua dapat tempuhi dengan tenang dan cemerlang. Biarpun anda suka study last minute, macam aku juga, yang penting forkus dan forkus pada apa yang anda baca.

Macam biasa, selepas habis exam, boleh terus fokus pada kerja-kerja lain yang dapat dimanfaatkan.

Antara aktiviti sepanjang cuti ini adalah;
1) menjadi komiti kem ibadat
2) menjadi AJK Muktamar PAS kawasan Gombak
3) Dapat kemas bilik
4) persiapan ke Syiria Mei nanti
5) lawatan ke Pesta Buku (yang ni yang paling best) dan macam-macam lagi.

Jika diberi kelapangan, nanti saya akan ceritakan beberapa perkara menarik yang dapat saya kongsikan sepanjang cuti antara 2 minggu ini. Wassalam.

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Friday, February 27, 2009

APABILA UMNO TERLUPA "KIDNAP" SPEAKER PERAK

APABILA UMNO TERLUPA "KIDNAP" SPEAKER PERAK

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Seseorang cenderung melakukan kesilapan apabila membuat kerja secara gopoh gapah. Itulah yang berlaku kepada Umno. Kegopohan parti gelojoh tersebut kini meletakkan nyawa “kerajaan haram” BN di Perak seperti nyawa-nyawa ikan.

Semuanya bermula apabila Umno terlupa speaker. Umno hanya menumpukan bagaimana nak “menculik” tiga orang bekas Adun yang melompat dan bagaimana nak mengusir Dato Seri Nizar sebagai MB Pakatan Rakyat ( PR ) tanpa menyedari bahawa orang yang mereka patut “culik” terlebih dahulu adalah Speaker DUN Negeri Perak.

Ada kemungkinan Umno terlepas pandang kepentingan peranan Speaker di dalam rampasan kuasa yang bersifat non military ( bukan ketenteraan ) ini. Rampasan kuasa bersenjata atau secara ketenteraan tidak memerlukan speaker Parlimen atau DUN ditawan. Dalam rampasan kuasa yang melibatkan “penculikan” ahli –ahli ADUN seperti di Perak kegagalan menawan speaker adalah suatu risiko yang besar. Dan kini Umno mula menanggung keperitannya..

Mungkin tidak keterlaluan kalau kita katakan Umno mungkin berpendapat apalah ada sangat pada batang tubuh speaker. Umno mungkin menganggap speaker hanya seperti pengerusi tetap Umno – tiada kuasa yang penting dan substantif..

Kini setelah speaker menggantung Dato’ Dr. Zambry dan enam ADUN BN yang lain untuk tempoh 18 bulan ( untuk Zanbry ) dan 12 bulan ( untuk 6 exco ) barulah Umno mula tercungap-cungap. Zambri terpaksa meminta talian hayat daripada Abdullah Badawi. Abdullah Badawi yang juga tercungap-cungap mencari bantuan tersasul meminta Zambri membuat laporan polis ke atas speaker. Zambri sendiri, saya percaya, agak terkejut dengan saranan Abdullah tersebut. Bagaimanapun memandangkan Umno diajar untuk memberikan ketaatan membuta tuli pada pemimpin mereka saranan tidak masuk akal Abdullah terpaksa juga diikuti Maka 19 laporan polis dibuat ke atas speaker Perak.

Polis yang sudah dibebani dengan masalah jenayah yang menghantui mereka kini dengan tidak semena-mena diminta pula siasat keputusan speaker. Ini mungkin kali pertama berlaku dalam dunia bertamadun polis diminta siasat keputusan seorang speaker DUN. Polis sendiri pun saya percaya bingung kenapakah mereka diminta siasat keputusan speaker. Polis pun maklum bahawa keputusan speaker melibatkan isu Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran. Kalau nak memahami Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah pun polis menghadapi masalah kenapakah Abdullah tambah lagi masalah mereka kini dengan diminta mereka siasat satu kes Perlembagaan.

Zambri pun tahu bahawa polis tidak boleh sama sekali mengganggu speaker dalam hal ini. Berdasarkan undang-undang yang BN gubal sendiri speaker adalah kebal. Polis tidak boleh ganggu termasuk menyoal siasat speaker. Mendakwa jauh sekali.

Kalau Abdulllah ambil masa sikit mendapatkan nasihat dari pakar undang-undang sudah tentu dia tahu bahawa berdasarkan Enakmen Dewan Undangan Negeri ( Hak Istimewa ) 1959 [ Legislative Assembly (Privileges) Enactment 1959 ] dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan jelas kedua-dua undang-undang tersebut memberikan kekebalan secara mutlak kepada speaker dari sebarang prosiding jenayah dan sivil .

Kekebalan speaker dari sebarang prosiding di Mahkamah boleh dikatakan diterima di seluruh dunia termasuk di negara dunia ketiga seperti Papua New Guinea. Untuk Umno saya cadangkan bacalah kes berikut.

Di dalam kes James Eki Mopio v Speaker of Parliament [1977] PNGLR 420 fakta kesnya adalah berkaitan dengan isu pelantikan Mr. Michael Somare sebagai Perdana Menteri Papua New Guinea selepas pilihanraya umum negara tersebut . Pihak Plaintif iaitu. Mr. James Eki Mopio yang juga ahli Parlimen mendakwa Speaker Parlimen telah gagal mematuhi seksyen 142 ( 4 ) Perlembagaan Papua New Guinea.

Mr. Mopio berhujah bahawa seksyen 142 ( 4 ) tersebut memperuntukkan berkaitan penjalanan dewan Parlimen sehari selepas mesyuarat Parlimen dipanggil . Beliau mendakwa pelantikan Perdana Menteri hendaklah dibuat sehari selepas mesyuarat Parlimen dipanggil dan memandankan speaker Parlimen gagal mematuhi seksyen tersebut maka pelantikan Perdana Menteri adalah tidak sah.

Mahkamah Agung Papua New Guinea yang menolak hujah Mr Mopio tersebut memutuskan bahawa kes ini adalah berkaitan dengan penjalanan urusan Parlimen dan tatacaranya (“ the conduct of the business of the Parliament and its procedure. ) Oleh itu Mahkamah memutuskan memandangkan isu di Mahkamah melibatkan isu sama ada tatacara Parlimen telah dipatuhi atau tidak dan juga isu kebebasan prosiding Parlimen serta fungsi dan peranan Speaker maka Mahkamah tidak ada bidangkuasa untuk mendegar kes tersebut.

Zambri nampaknya dah mula sedar bahawa saranan Abdullah untuk beliau membuat laporan polis menyebabkan beliau menjadi bahan ketawa di kalangan masyarakat yang celik undang-undang . Maka beliau kini terpaksa mendapatkan nasihat Peguam Diraja ( QC ) di London. Satu lagi bukti UMNO masih bermentaliti penjajah . Ia juiga satu bukti pembaziran wang yang nyata semata-mata demi mempertahankan kuasa yang dirampas dari orang lain secara haram.

Suatu yang menarik di dalam kes di Perak ini adalah meskipun Kerajaan Pakatan Rakyat dijatuhkan namun speaker DUN Perak masih dikuasai oleh PR. Yang lebih manarik tiada siapa yang boleh memecat speaker hatta Y.M Tuanku Sultan. Ini kerana speaker tidak dilantik oleh Sultan. Ia dilantik oleh DUN. Maka DUN juga sahaja yang diberi kuasa untuk memecat beliau melainkan beliau meletakkan jawatan atau kehilangan kelayakan sebagai seorang ADUN.

Memandangkan speaker tidak hilang jawatan maka kuasanya juga tidak hilang. Kuasanya kekal seperti sebelum Kerajaan PR dirampas secara haram . Apabila Kerajaan PR dirampas secara haram kini speaker pula bertindak balas dengan mengharamkan Zambri dan enam yang lain masuk ke dalam DUN. Tiga ADUN yang melompat sudah awal-awal lagi diharamkan oleh Speaker masuk ke DUN kerana mereka bukan lagi ADUN disebabkan perletakkan jawatan mereka adalah sah di bawah Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak. Kalau pun mereka masih ADUN, tiga mahkluk yang melompat tersebut adalah ADUN SPR .

Jelas kini Umno dah mula terasa bodoh kerana bertindak secara gopoh gapah. Jika Umno boleh jatuhkan Nizar dan Kerajaan PR Perak dengan berselindung di balik Sultan maka tidak mustahil Kerajaan haram BN akan kembali tersungkur dengan kuasa seorang speaker sahaja.

Thursday, February 26, 2009

PENDERHAKA TUDUH NIZAR DERHAKA

PENDERHAKA TUDUH NIZAR DERHAKA

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Hampir setiap hari kini kita mendengar media massa yang dikongkong oleh Umno menuduh Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Laporan polis juga telah dilaporkan dibuat ke atas Nizar .

Inilah politik kotor yang dimainkan oleh parti kotor seperti Umno. Baik dulu, kini dan selamanya Umno sering terjebak dalam politik kotor. Politik orang yang tidak bertamadun dan parti yang tidak bermaruah

Jika Umno tidak diserang penyakit ‘amnesia” ( penyakit mudah lupa ) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini. Kerana apa ? Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai penderhaka "par excellence" ( penderhaka agung ).

Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah “kepala” penderhaka apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja.

Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru bagi menggantikan Sultan Kelantan ? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno. Umno ingat ganti sultan macam ganti jawatan JKK.

Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat . Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang DiPertuan Agung enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan ( pindaan ) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.

Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin Kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja di pandangan hina di kalangan masyarakat awam.

Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983 Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihanraya Umum pada tahun 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam , kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja melayu.

Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti tuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan , mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya ( lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m/s 13 ).

Semasa krisis tersebut juga media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997 ( Tan Sri Ghazali Jawi yang enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak pada masa itu yang mengakibatkan Sultan enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan ) dan di Pahang pada tahun 1979 ( Datuk Rahim Abu Bakar ) .

Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993 . Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum media-media massa yang dikawal oleh Umno, beberapa orang Menteri dan agensi Kerajaan dengan tidak bersopan dan beradab membuat kenyataan dan mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat di raja tertentu. Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja sepertimana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.

Bersandarkan bukti-bukti di atas kini sipenderhaka Umno yang sama dengan tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka. Ya, memang benar Nizar mengakui telah “menyembah sembah derhaka” semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan “hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka” . "Sembah derhaka" bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar saya difahamkan dipanggil "hamba tua" . Ini bahasa istana nak buat macam mana .

Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap nizar sebagai derhaka apabila memohon "menyembah sembah derhaka” . Naif dan ceteknya pemikiran Umno.

Nizar memohon menyembah derhaka kepada Yang Mulia Tuanku Sultan kerana beliau berpandangan Sultan tidak mempunyai kuasa memecatnya . Ini kerana berdasarkan Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Negeri Perak secara jelas memperuntukkan bahawa tidak sepertimana ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dengan kerelaan sultan ( at his pleasure ) yang membolehkan para exco boleh dilantik dan di pecat oleh Sultan pada bila-bila masa, jawatan Menteri besar adalah berbeza dengan jawatan exco. Dengan lain perkataan jawatan Menteri Besar tidak dipegang di atas keredaan sultan.

Menteri Besar seperti Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan ( ceases command of confidence ) kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak sepertimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Negeri Perak. Persoalannya bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang Menteri Besar itu telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menurut perpektif undang-undang ?

Apa yang berlaku pada kes Nizar ini samalah seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966 dahulu. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak ( sama seperti Perlembagaan Negeri Perak ) “ lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri “ ( kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri ( sama seperti Dewan Undangan Negeri ) )

Oleh itu Nizar mempunyai sebab yang kukuh untuk enggan meletakkan jawatan. Di dalam kes di Perak kekuatan BN dan Pakatan Rakyat sama iaitu 28 kerusi masing-masing. Ketiga-tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat hanya menjadi ADUN bebas dan bukannya ADUN BN. Maka isu sama ada ketiga-tiga ADUN berkenaan dikatakan menyokong BN mestilah dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam sidang DUN.

Terdapat keraguan sepertimana yang diakui oleh SPR sama ada ketiga-tiga ADUN ini masih boleh dianggap sebagai ADUN kerana terdapat bukti yang kukuh mereka telah meletakkan jawatan sebagai ADUN sepertimana surat mereka yang telah ditandatangani mereka dan dialamatkan kepada Tuan Speaker.

Berdasarkan Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak surat perletakkan jawatan ketiga-tiga ADUN tersebut adalah sah. Hatta jika terdapat keraguan sekalipun sama ada ketiga-tiga ADUN tersebut masih boleh dikira ADUN atau tidak , badan yang boleh menentukan kelayakan ketiga-tiga ADUN tersebut hanyalah DUN Perak sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 33 ( 1 ) Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas menyatakan “ jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli DUN itu tekah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad”.

Jelas DUN Negeri Perak dan bukannya SPR yang berhak menentukan sama ada ketiga-tiga ADUN tersebut masih layak sebagai ADUN atau tidak dan keputusan DUN tersebut adalah muktamad. Apa yang malang tatkala Y.M Sultan melantik Menteri Besar yang baru , DUN Perak masih belum lagi memutuskan tentang status kelayakan ketiga-tiga ADUN tersebut. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan yang munasabah sama ada Nizar telah dikatakan hilang keyakinan majoriti ahli-ahli DUN Perak.

Atas dasar itulah Nizar mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang untuk memohon kepada Tuanku Y.M Sultan untuk “memohon menyembah sembah derhaka” untuk enggan meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Malangnya "sembah derhaka" tersebut difahami oleh sipenderhaka UMNO sebagai derhaka.

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Tuesday, February 24, 2009

Aku demam campak = Bertih

Innalillah..

Itulah perkataan kawan aku bila dia ingin berjumpa dengan aku, aku kata aku kena demam campak.

Demam campak ini sudah lama kita dengar, kita tahu, bahkan mungkin kita pernah kenakan. Tapi sebenarnya sejauh mana kita faham mengenai penyakit ini.

Pengalaman
Ini kerana pada minggu lepas bertarikh 16/2/09 aku kena demam campak. Mak aku kata bukan campak sebab kalau campak dia hanya hitam-hitam gitu jer, tapi bertih. Hmm, aku pun tak faham, tapi papepun, mungkin dia dari spesis campak jugak, mungkin campak yang kuat la kot.

Sekarang ni aku sedang sedap-sedap bercuti kat rumah. hehe.. Mungkin masa inilah aku perlu gunakan masa rehat sebaik mungkin sebelum aku berjuang kembali di kampus aku. Tapi jangan ingat aku kat rumah tak buat kerja pape yer. Tarbiah telah mengajar kita, dimana kita berada, jangan tinggal kerja tarbiah walaupun seminit. Kerja tarbiah tak semestinya buat kerja organisasi jer. Tapi membaca pun kerja tarbiah juga kan.

Cerita pasal campak ni, aku mula-mula kena tu rasa..hmm, lupa plak. Tapi memang ada rasa letih sangat. Tak tau la napa. Lepas tu, malam-malam tu demam panas. Memang tak leh tido. Masa ni aku tak tau lagi napa, tetiba pening-pening, pahtu, tak lalu nak makan.

Pagi hari seterusnya rasa sakit-sakit badan. Macam badan aku ni ada rangka jer. Kepala pun rasa macam nak longgar jer.

Hari seterusnya aku rasa ada biji-biji kat badan. Mula-mula tak perasan la sakit apa. Lepas tu baru teringat yang aku da kena campak. Terus pergi jumpa doktor. Memang confirm kena campak. Dr. suh aku balik rumah la. Jadi sekarang aku kat rumah la. Kena campak ni memang azab, so, sebelum korang kena azab ni kena la tahu tanda-tandanya dan cara mengubatinya. Tapi jangan rungsin. Orang kata kena sekali dalam seumur hidup je.

Beberapa fakta demam campak
Beberapa fakta menarik pasal demam campak yang telah aku cari yang dapat dikongsi bersama.

Apa itu demam campak?

Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus
measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan
disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan
cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini
sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala
demam campak seperti:
• Demam tinggi
• Batuk, selsema dan sakit tekak
• Mata berair dan sensitif kepada cahaya
• Sakit otot

Ruam demam campak.
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala
kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari.
Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam
sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan
oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan
selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna.
Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang
menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
• Jangkitan pada telinga
• Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
• Jangkitan pada otak (encephalitis)
• Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?

Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
• Panadol untuk mengurangkan demam
• Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
• Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR
(Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.
MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak
mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau
petugas kesihatan.

Petua Mengubati Demam Campak
Mungkin ramai di antara kita tahu salah satu kegunaan Daun Semambu. Daun semambu juga dikenali sebagai Mambu atau Neem dalam bahasa Tamil.

Kalau anda perhatikan, ramai sekali orang-orang India di Malaysia akan menanam pokok semambu ini di halaman/kawasan rumah mereka.

Minggu ini seorang daripada keluarga saya telah terkena Demam Campak. Demam Campak ini mungkin boleh dikatakan sejenis dengan penyakit mizel @ chicken pork.

Bagi mengubati penyakit Demam Campak ini, kami telah gunalah Daun Semambu yang mana Daun Semambu ini sememangnya terkenal sebagai ubat Demam Campak (Chicken Pork).
Cara yang digunakan untuk mengubati Demam Campak ini adalah ;
• 1. Gunakan sebagai pelapik/alas cadar untuk tidur
• 2. Gunakan ia dengan membasuh seluruh badan seperti penggunaan sabun mandi
• 3. Tumbuk daun semambu dengan beras dan kunyit, kemudian lumur dan sapukan diseluruh badan

Kalau ada ubat daripada doktor, bolehlah juga dimakan seperti biasa.
Tips kepada yang terkena Demam Campak atau Chicken Pork ;
• 1. Bila campak dah kering, biar dia tanggal sendiri. Jangan dikunas, nanti parut tak hilang.
• 2. Kalau gatal, eloklah mandi. Petua orang melayu tak bagi/pantang mandi, tapi doktor matsalleh rekomen sangat agar kita mandi. Mana satu yang anda nak ikut, terpulanglah pada kepercayaan masing-masing.

Wednesday, February 04, 2009

Sambungan..Kekalahan di Econs

Sambungan.. Kekalahan di Econs

Kekalahan satu kerusi di Kuliyyah Ekonomi telah dijangkakan dari awal-awal lagi. Walaupun ia bukanlah satu kekalahan yang besar, tetapi sebenarnya ia telah memberikan petanda awal yang cukup merbahaya kepada bakal calon PRO-M di Kuliyyah Ekonomi pada masa akan datang. Ini berikutan beberapa insiden dan mood massa pelajar di Econs sendiri.

Kuliyyah Econs cukup berbeza dengan kuliah-kuliah lain seperti di Engin, IRKHSS, KAED, LAWS, EDU dan ICT. Ia dapat di lihat dari beberapa sudut. (...bersambung pada next entry)

Pertama dari sudut jemaah. Dikhabarkan sebahagian besar ahli-ahli jemaah seperti JIM, PKPIM, AHBASH, SALAFI dan juga "jemaah" GPMS bertapak di Kuliyyah Econs. Di sini kita dapat melihat ke lima-lima organisasi ini berkawan baik di Econs dan ada beberapa organisasi ini, sebahagian besarnya mempunyai keahlian yang ramai di Kuliyyah Econs. Pada hemat saya, bila 5 kelompok besar ini di bawah satu kuliyyah, kemungkinan besar pemikiran mereka juga lebih terbuka untuk menerima ideologi masing-masing dan pelajar-pelajar neutral akan mudah terpengaruh kepada siapa kuat, dia dapat. Tapi tak semestinya yang itu yang selalu dapat.

Kedua dari sudut figure-figure di kuliah Econs yang bukan calang-calang orang. Kalau dari kumpulan PRO-M, ada yang pernah memegang jawatan tinggi di kuliah, pusat asasi dan di sekolah. Ada juga di kalangan PKPIM yang pernah menyandang jawatan tinggi di kuliah, pusat asasi dan juga di luar kampus. Ini menyebabkan orang tidak teragak-agak untuk memilih calon-calon mereka.

Ketiga dari segi kronologi politik kampus di Econs. Seingat saya Kuliyah di Ekonomi ini sudah lama dikuasai oleh pihak PRO-M dan senior-senior President Econs yang saya masih ingat seperti Abg Ali Rajaie dan Abg Afnanudin dan beberapa presiden PRO-M yang dapat bertahan beberapa tahun sebelum itu. Semasa penguasaan mereka, kumpulan PRO-M di Econs cukup kuat "berkuasa" sehinggalah selepas zaman Abg Afnanudin ada orang lain mula mengintai untuk memecahkan tembok "berpuak-puak atau berjemaah" di dalam Econs. Maka bermula la persaingan sengit beberapa individu untuk bertanding di peringkat mainboard dan kerusi paling panas sekali tentulah kerusi Presiden. Telah dijangkakan kerusi presiden sudah berubah tangan ke individu yang dikatakan neutral dan calon PRO-M hanya sekadar menyandang kerusi Tim. Presiden 1 sahaja.

Walaupun kerusi Presiden kalah, namun masih ramai ahli PRO-M di peringkat bawah dan masih dapat menjalankan kerja dengan baik. Tetapi beberapa insiden mula berlaku dalam EMSS (Economics & Management Sciences' Society) menyebabkan ada yang berpuak-puak di dalam persatuan itu dan ada yang mula merancang ingin menjatuhkan sesama sendiri dalam pemilihan organisasi baru untuk tempoh 2008/2009 pula. Dan apa yang telah dijangkakan sudah pun bermula. Inilah dikatakan politik kampus. Ada yang sanggup membuat fitnah kepada kawan-kawan sendiri kerana ingin menyelamatkan diri sendiri dan individu tertentu.

Di dalam beberapa program, terdapat banyak permasalahan menyebabkan masalah ini sampai di tangan Dato' Ust. Hamidon dan berlaku la pergolakan panas di Kuliyah Econs. Hinggalah sampai ke malam pengundian untuk pemilihan organisasi baru yang akan memimpin Kuliyah Econs pada sesi 2008/2009. Cerita pergolakan di EMSS tersebar luas di kuliayah-kuliayah lain menyebabkan orang mula bercakap-cakap mengenai EMSS seperti cerita ambil duit, pemimpin diktator, tak buat kerja dan banyak lagi.

Namun, untuk menyembunyikan dan menenggelamkan beberapa kes di atas menyebabkan individu-individu PRO-M telah dilemparkan beberapa fitnah supaya tidak memberi sokongan kepada calon-calon PRO-M yang bertanding untuk pemilihan EMSS dan juga SRC. Tambahan pula calon yang bakal bertanding untuk peringkat tertinggi EMSS telah menunjukkan akhlak yang kurang meyakinkan beberapa pihak untuk mencalonkan beliau sebagai calon PRO-M selain itu beliau diserang habis-habisan dalam pembentangan laporan kewangan sesi sebelumnya menyebabkan sahabat PRO-M ini tewas dan kesannya kepada sahabat-sahabat lain juga tewas di beberapa kerusi penting di dalam EMSS.

Ini adalah kekalahan yang kedua berturut-turut dan mungkinkan PRO-M dapat merampas kembali kerusi Presiden EMSS pada tahun akan datang. Kita tunggu dan lihat.

Selepas kisah kekalahan teruk PRO-M di EMSS, berlaku kerisauan kepada calon-calon PRO-M untuk bertanding di SRC dan juga percaturan jentera PRK untuk kerusi panas EMSS. Ini kerana orang mula sangsi-sangsi untuk mengundi calon PRO-M dan orang mula melihat calon baru yang dipertandingkan seperti calon dari PKPIM yang cuba membawa ideologi non-partisen. Walaupun begitu, bagi saya orang lebih melihat pada kredibiliti individu dari melihat ideologi calon-calon kerana mereka sudah boleh menerima kedua-dua ideologi ini.

Maka, keputusan pilihanraya menunjukkan, seorang calon PRO-M ECONS telah kalah dengan beberapa puluh majoriti sahaja memandangkan 2 lagi saingan untuk sister hanya masing-masing mendapat undi dalam lingkunagan 400 undi sahaja berbanding Munirah 900 lebih undi. Biarpun kalah, calon PRO-M yang satu lagi, Saufee memenangi kerusi Econs berkongsi dengan Fahmi dari calon PKPIM.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya berkongsi dalam situasi di Kuliyah Ekonomi di UIA. Semoga sesiapa yang bakal memegang jawatan di EMSS akan datang dapat melihat kembali sejarah kita di Econs. Sejarah tidak boleh menipu kita. Wallahu' alam.

wassalam..

Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari
1. Semalam - Sudah menjadi sejarah.
2. Hari Ini - Apa yang sedang Kita lakukan.
3. Esok - Hari yang belum pasti.

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Wednesday, January 28, 2009

Siapa yang sanggup bersuamikan "suami" ini ????

Masa saya duk belek-belek dalam inbox e-mail saya, saya tertarik dengan satu kiriman email yang bertajuk "Siapa yang sanggup bersuamikan "suami" ini ????" . Mula-mula baca tu, macam biasa lagi, tapi bila dah sampai satu part nak last tu, memang tak leh terima. Hmm, agak-agak la, ada ke suami kedekut sampai macam ni yer.. kalau ada tue, cepat2 la fikir dulu sebelum kahwin .. :). Ceritanya begini ...

Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik hidung masin, taik mata pun masin gak.. Salah satu aktiviti tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara..

Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu, dalam bank melambak lagi duit dia.

Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. 'Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?' Tanya si suami tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan' jawab pilot tu. 'Uuiishh..mahalnya, tak jadi la saya nak naik' jawab si suami lalu menarik tangan isterinya berlalu dari situ. 'Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, setahun sekali je bang, tak pernah saya naik pesawat cam tu' rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran. Jangan nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli. Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu, dalam bank melambak lagi duit dia.

Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekali agi memujuk suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpalah mereka dengan pilot tu, pilot yang sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi RM80... Apa lagi sekali lagi kecewalah si isteri tadi.

Tahun ketiga, mereka pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu. 'Baiklah, kalau bayaranya kurang dari RM30, kita naiklah kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam kerana dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa dengan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dari situ.

Si pilot tadi yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula. 'Encik, berapa yang encik sanggup bayar?' 'Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer jawab si suami. Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi 'Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dengan satu syarat' Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer tapi apa syaratnya' 'semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik jawab pilot tadi sambil tersenyum. Baiklah saya setuju' jawab si suami dengan yakin bolehnya. Maka, naiklah mereka akan pesawat tu...

Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi.


Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi. Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sebab suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun. Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sebab cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, cuma si suami yang turun dari pesawat tu. 'Ehh? mana isteri encik? tanya pilot tu terkejut. 'Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi. Hahh apasal tak cakap 'Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak jawab si suami Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...

Moralnyer..: Carilah suami yang mengasihi isterinya.


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Saksikan komet Lulin Februari ini

Satu lagi fenomena angkasa yang menarik dapat disaksikan apabila komet Lulin (C2007 N3) yang kini bergerak menghampiri bumi akan dapat dilihat dengan mata kasar bulan depan.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) memberitahu, pergerakan komet tersebut antara buruj Scorpius dan Libra sebelum ke buruj Leo pada Februari ini telah dirakamkan dari Observatori Negara Langkawi minggu lepas.

Menurut agensi tersebut, komet tersebut dijangka mencapai tahap kecerahan maksimum dan boleh dilihat dengan mata kasar pada 24 Februari sehingga April.

“Orang ramai boleh melihat komet tersebut di bahagian timur sepanjang malam kerana kecerahan dan kelajuannya akan meningkat dari hari ke hari sehingga ia mencapai kecerahan maksimum,’’ kata agensi itu dalam kenyataan akhbar.

Komet Lulin berada pada kedudukan 0.41 AU (unit Astronomi) dan berada pada jarak paling hampir dengan Bumi pada 24 Februari - lebih kurang 14.5 kali jarak antara Bumi dan Bulan.

Satu AU bersamaan jarak di antara Bumi dan Matahari (150 juta kilometer).

Komet Lulin ditemui pada Julai 2007 oleh Ye Quanzhi daripada Sun Yat-sen University di Guangzhou, China.

Sementara itu, pada 26 Januari ini, gerhana matahari anulus akan berlaku selama tiga jam 46 minit bermula dari lautan Hindi ke sebelah Barat Indonesia.

Fenomena ini berlaku apabila bulan merentas di hadapan Matahari. Namun ia tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil berbanding matahari.

Sumber: Utusan Online

Tuesday, January 27, 2009

Keajaiban gerhana matahari

Photobucket

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu"
(Imam Muslim)






Kebesaran Allah telah memberi kita peluang untuk melihat satu fenomena yang jarang-jarang berlaku di Malaysia dan juga dunia. Iaitu fenomena gerhana matahari. Walaupun saya tidak berkesempatan melihat secara lebih dekat fenomena ini kerana tidak terlalu nampak. Tapi, saya ingin berkongsi apa yang telah saya dapat dari beberapa saluran yang dapat dikongsi bersama. Gerhana ini boleh dilihat antara pukul 4.30 petang hingga 7.00 petang kelmarin. Mengikut pengarah JAKIM, gerhana matahari sebelum ini berlaku di Mersing, Johor pada 22 Ogos 1998 dan mengambil masa lebih sepuluh tahun untuk muncul semula. Pada kali ini, Malaysia hanya dapat melihat 10 peratus sahaja dari fenomena ini.



Pada tahun ini, fenomena ini berlaku berada betul-betul atas langit Indonesia, jadi hanya tempat yang betul berada di bawah langit nampak ia sebentuk seperti cincin dan Malaysia hanya kelihatan berbentuk separa. Alhamdulillah, pada sesiapa yang berkesempatan untuk solat sunat mua'akad sembahyang gerhana matahari seperti yang diajar oleh Baginda SAW.

Allah berfirman maksudnya:-
"Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah".(Surah Fussilat ayat 37)



Apa itu gerhana matahari?

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.



Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

Pada 26 Januari 2009 berlaku lagi kekuasaan Allah pada alam ini iaitu fenomena Gerhana Matahari. Waktu berlaku pada waktu 16:20 waktu Malaysia dan berakhir dijangka 19:00. Adalah sebaik-baiknya memulakan solat gerhana matahari berjemaah di surau atau masjid di tempat anda kerana dapat mendengar khutbah yang bakal dibacakan oleh khatib. Hukum khutbah dan solat gerhana adalah sunat muakad(yang dituntut) , jadi meninggalkannya hukumnya makruh(dibenci) tanpa uzur syari'e.

Proses gerhana

Gerhana matahari merupakan peristiwa jatuhnya bayang- bayang bulan ke permukaan bumi akibat terhalangnya sinar matahari menuju bumi oleh bulan. Kondisi ini terjadi jika matahari-bulan-bumi berada dalam satu garis lurus serta bulan terletak di sekitar titik potong (titik noda) antara bidang edar bulan mengelilingi bumi dan bidang edar bumi mengelilingi matahari.

Penampakan gerhana yang berubah-ubah antara GMC atau GMT terjadi akibat perubahan ukuran piringan bulan dan matahari dari bumi. Perubahan ukuran piringan bulan dan matahari itu terjadi akibat lintasan bumi mengelilingi matahari dan lintasan bulan mengelilingi bumi yang sama-sama berbentuk elips. Lintasan elips pulalah yang membuat jarak matahari-bumi dan jarak bulan-bumi berubah secara periodik.

Pada saat jarak matahari-bumi (aphelion) mencapai maksimum sebesar 152,1 juta kilometer, radius piringan matahari berukuran 944 detik busur (1 detik busur = 1/3.600 derajat). Adapun pada jarak terdekat bumi-matahari (perihelion) sebesar 147,1 juta km, radius piringan matahari mencapai 976 detik busur.

Sementara itu, jarak bulan- bumi pada titik terjauhnya (apogee) pada jarak 405.500 km memiliki radius piringan bulan sebesar 882 detik busur. Adapun pada titik terdekatnya antara bulan-bumi sebesar 363.300 km, radius piringan bulan mencapai 1.006 detik busur.

Bayang-bayang bulan yang jatuh ke permukaan bumi memiliki dua bagian, yaitu bayangan inti (umbra) dan bayangan tambahan (penumbra). Penduduk bumi yang dilintasi wilayah umbra tidak akan melihat matahari karena seluruh sumber cahayanya ditutupi bulan. Adapun jika berada di daerah yang dilalui penumbra, mereka masih dapat melihat sebagian sinar matahari.

Dalam GMC, ujung umbra atau bayang-bayang bulan tidak mencapai permukaan bumi. Hanya perpanjangan umbra (antumbra atau antiumbra) saja yang sampai ke bumi. Daerah yang dilalui antumbra itulah yang akan melihat matahari seperti cincin bercahaya di langit.



Lintasan gerhana

Jalur lintasan GMC kali ini bermula di Samudra Atlantik di sebelah barat daya Afrika pada pukul 06.06 UT (universal time) atau 13.06 WIB. Selanjutnya, GMC akan terlihat menelusuri bagian selatan Samudra Hindia, daratan Sumatera bagian selatan, Jawa bagian barat laut, Kalimantan Barat bagian selatan, Kalimantan Tengah bagian utara, Kalimantan Timur, Sulawesi Tengah bagian utara, dan berakhir di Perairan Mindanao, Filipina, pada pukul 16.52.

Jalur gerhana ini terentang sepanjang 14.500 km. Waktu total gerhana yaitu sejak bayang-bayang penumbra bulan mencapai permukaan bumi hingga bayang-bayang penumbra meninggalkan permukaan bumi, 3 jam 46 menit.

Lama puncak GMC atau saat cincin matahari terlihat sempurna hanya 7 menit 54 detik yang terjadi pada pukul 14.58. Kondisi ini hanya dapat diamati di Samudra Hindia di barat daya Sumatera.

Lebar jalur bayang-bayang antumbra bulan pada saat puncak gerhana adalah 280,3 km atau sekitar 0,9 persen permukaan bumi. Inilah yang membuat tidak semua daerah dapat menyaksikan GMC. Bahkan, lama fase cincin di setiap daerah yang dilewati antumbra juga berbeda-beda.

Daerah yang hanya dilalui penumbra atau bayangan tambahan bulan akan menyaksikan gerhana matahari sebagian (GMS). Hampir seluruh wilayah Indonesia dapat menyaksikan gerhana model ini, kecuali Papua akibat saat gerhana berlangsung, matahari sudah tenggelam.

GMS juga dapat diamati di sejumlah negara, seperti negara-negara di bagian selatan Afrika, Madagaskar, India bagian tenggara, Australia kecuali Tasmania, serta negara-negara Asia Tenggara.

Wilayah di Indonesia bagian tengah dan timur dipastikan tidak akan bisa mengamati GMC kali ini secara penuh. Awal gerhana yang terjadi menjelang senja membuat beberapa daerah tidak bisa menikmati puncak gerhana, bahkan akhir gerhana. Namun uniknya, mengamati gerhana pada waktu senja tentu mengasyikkan.


Jenis jenis gerhana matahari



Terdapat tiga jenis gerhana matahari iaitu gerhana penuh, gerhana separa dan gerhana anulus.

Kejadian setiap gerhana tersebut bergantung kepada dua perkara, iaitu berapa rapat bulan baru menghampiri titik nod dan juga saiz relatif matahari dan bulan di langit. Jenis gerhana yang biasa berlaku ialah apabila bulan berada sedikit menjauhi titik nod, jadi sebahagian cakera bulan menutupi matahari.

Lebih kurang 35 peratus daripada semua gerhana matahari adalah gerhana separa.

Gerhana yang biasa berlaku selanjutnya ialah gerhana anulus atau gerhana cincin. Gerhana ini berlaku jika saiz cakera bulan adalah lebih kecil daripada cakera Matahari.

Semasa gerhana anulus, cahaya matahari kelihatan seperti cincin nipis dapat dilihat di sekeliling cakera bulan. Lebih kurang 32 peratus daripada gerhana matahari adalah gerhana anulus.

Jenis gerhana yang ketiga ialah gerhana penuh. Hanya 28 peratus dari semua gerhana matahari adalah gerhana penuh.

Gerhana matahari penuh berlaku apabila penjajaran garisan bumi, bulan dan matahari berlaku secara tepat. Ketika ini, pemerhati di kawasan bayangan pusat (umbra) akanmengalami gerhana penuh, manakala di kawasan bayangan luar (penumbra) akan melihat gerhana sebahagian sahaja. Gerhana Matahari penuh dapat disaksikan hanya dalam lingkungan 25 kilometer (km).

Pada peringkat pertengahan gerhana penuh, bahagian lapisan luar matahari yang dinamakan korona, iaitu hembusan gas-gas panas matahari jelas kelihatan manakala prominence kelihatan melalui sisi bulan.

Di Indonesia, Tujuh tahun lagi

Meskipun gerhana matahari selalu terjadi setiap tahun di bumi, panjangnya jeda waktu antara gerhana yang satu dan berikutnya membuat GMC kali ini terasa unik sehingga sayang untuk dilewatkan. Pada GMT 22 Juli 2009, Indonesia, khususnya di bagian utara, hanya akan dapat mengamati fase GMS. Demikian pula pada GMC 15 Januari 2010, wilayah Indonesia bagian barat juga hanya akan dilewati fase GMS.

Wilayah Indonesia baru akan dapat mengamati GMT pada 9 Maret 2016 yang terjadi di sekitar Palembang, Bangka, Sulteng, dan Halmahera. Jadi, masyarakat Indonesia baru akan melihat gerhana matahari secara penuh pada tujuh tahun lagi.

Di Malaysia


Kali terakhir gerhana seumpamanya dilihat di Malaysia ialah pada 2002 dan dijangka berlaku lagi pada 15 Januari 2010.

Apa yang berlaku disekeliling kita ada hikmah dan perlu kita sama-sama berfikir tentang kejadian yang berlaku. Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui tentang apa yang berlaku. Semoga apa yang berlaku, dapat kita jadikan pengajaran. Allah Maha BesaR!!

Akhir sekali, ingat bulan, ingatlah PAS. :)

Sumber:
Utusan Malaysia, Berita Harian, Kompas.com, Kosmo!, angkasa.gov.my

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||