Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, September 20, 2009

Perlu ke malam raya nak sedih-sedih??

Kedengaran bunyi takbir sayup-sayup di masjid dan di surau berdekatan. Bulu romaku rasa berdiri. Mungkin ada rasa sebak bercampur gembira. Akhirnya aku berjaya lalui sebulan Ramadhan yang mungkin kali terakhir buat aku. MUNGKIN JUGA.

Siapa yang mendengar takbir raya, pasti ada juga rasa KEHAMBAAN dihati. Rasa rendahnya diri. Rasa besarnya KUASA Ilahi. Ada yang menitiskan air mata. Rasa syukur tidak terhingga. Rasa gembira tak terkata.

"Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…

Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…

Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…"

Yang masih mempunyai AYAH dan IBU, perbanyakkan melakukan kebaikan kepada mereka sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

Bagi yang sudah tiada salah seorang dari mereka, pasti akan terasa akan kehilangan mereka bila tibanya malam raya. Sudah 5 tahun abah aku pergi. Namun, raya tetap raya juga, jadi jangan terlalu sedih di malam raya. Jadikan malam raya dengan perbanyakkan ibadat sebagai salah satu tanda syukur kita selepas berjaya keluar dari Universiti of Ramadhan dengan mendapat taqwa dari Allah. InsyaAllah.


Masa beraya pada tahun 2007

ABAH dalam kenangan

Al-Fatihah...
Semoga ABAH bahagia di"sana" hendaknya. Amin...

Meratapi pemergian arwah ABAH yang pergi takkan kembali lagi


Dengan merendah diri, menyusun jari-jemari, saya ingin mengucapkan;
Salam Eidilfitri 1430H
Kullu Aam Wa Antum Bikhair

Minal A'idin Wal Faizin


Maaf Zahir dan Batin Andai Pernah "TerMACAM-MACAM" yang
menyebabkan ada yang terguris dan terasa.

Thursday, May 07, 2009

Selamat Hari Mama!

Ku dedikasikan sajak ini khas untuk mamaku yang tercinta. Nik Rashidah Nik Daud.

Kasihku hanya pada mama, mama dan mama. 3 times!

Segala pengorbananmu menjaga kami berlima tanpa abah di sisi sangat berat untuk mu harungi, tetapi kerana kami, kau tetap meneruskan perjuanganmu sebagai ibu. Thanks a lot! Sayang bangat sama mama!

Terimalah... Sempena Hari IBU! Dan untuk semua ibu-ibu di dunia dan anak-anak di dunia, tanpa mereka, siapalah kita...cintai dan hargai mereka sebelum mereka tiada.

Air mata ibu
mengalir,
bila mendengar tangisan si kecil,
masih merah salutan darah kelahiran.
Biarpun penat bersabung nyawa,
senyuman tetap terukir
ceria memekar taman jiwa.
Segala puncak sengsara
hancur semerta,
selamat zuriat melihat dunia...

Air mata ibu
menitis lagi,
bimbang resah mengulit diri,
sepanjang malam berjaga gelisah,
kerana si kecil masih mentah
meraung sakit ditimpa musibah...

Hari itu,
air mata ibu
bergerimis lagi,
bukan kepiluan
tapi kebanggaan,
melihat permata digilap kejayaan
tak kering bibirnya dengan senyuman,
tak lekang lidahnya pujian kesyukuran...

Takdir tuhan siapa menyangka,
harap panas bertahan
sang hujan bertamu ditengah laman...

Tika ini,
air mata ibu
bergenang kelukaan,
hati tua robek
sarat calaran,
permata kebanggaan
hilang kilauan kemanusiaan,
didikan tinggi tiada pedoman,
akibat gelap hati iman
harta nafsu jadi panduan...

Kemuliaan ibu,
hilang
ditimbus padam,
insan mulia
yang sarat pengorbanan
ditinggal gersang...

Rintihan si ibu,
Kesepian...
Kesedihan...
Kekecewaan...

Bukan balasan jasa
pintaan jua,
cukuplah secebis kasih permata
sementara jasad bersisa nyawa
biar tenang menutup mata...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, February 25, 2009

Mana satu ibu yang terbaik?

Mana pilihan anda..











Firdaus (Rezza)

Ibu

Tiada dapat dinilaikan
Pengorbananmu selama ini
Terima kasih oh ibu
Kasih sayang
Cinta murni

Sejak kecil
Hingga kini
Ku dibelai dan diberi
Sinaran

( korus )
Oh... ibu
Oh... dengarlah ratapanku anakmu
Oh... terima kasih
Oh... Ibu
Oh... dengarlah ratapan dari anakmu
Oh... terima kasih

Ibu pesanan ku genggam
Ku semat segala ajaran-Nya oh
Oh... tidak kulupa
Erti kehidupan
Ibu dikaulah
Yang tersayang

Akan hukum
Pegangannya
Tidak kulupa
Suruhan Yang Esa


Berbuat baiklah kepada ibu anda sementara dia masih ada...

Sunday, October 12, 2008

:: Gambar Hari Raya Family 2008 ::

Ini gambar-gambar kenangan semasa Hari Raya 2008 keluargaku..Sungguh meriah..walaupun ayah ku sudah tiada disampingku..namun kesedihan bukan segala-galanya. Hidup mesti diteruskan dan perjuangan mesti dilaksanakan.


Pandai tak aku bakar ayam??
macam ni caranya duwe..
Sempat lagi sepupu aku posing..
Kiut tak anak sepupu aku??hehe..
Macam ahli kung fu tak???
Pak sedara aku tengah berehat..
Jom makan!!
Keluarga Ayah Cik & Ayah Ki
Ni sape plak mamat nih...huu..bikin suspen jer..
Akhil Hayy yang ke-2..:)
Ni nenek aku sebelah mak aku..antara org paling tua di bandar Tanah Merah,
Semoga Allah panjangkan umur nenek ku ini...
Mek, posing sket...aaa..baru cantik..
3 kawan sejoli..
Selepas solat Hari Raya..ni baru sikit
Ini generasi keluarga aku..sampai ada ciuk dah nenek aku..besarkan??huh

Semoga Allah rahmati keturunan Tok Guru Nik Daud..Amin..
Bestnya makan...bese la..hari raya kan..sumer best..

Saturday, August 23, 2008

Rindu Abah!


[ Che Husin B. Daud + Nik Rashidah Bt. Nik Daud ]

RINDU ABAH!

Assalamu'alaikum warahmatullah...

ditulis saat malam sedang nyenyak tidur..

kedengaran murottal al qur'an Sa'ad Al Ghomidi di Mp4 aku...

teringat abahku yang 3 tahun meninggalkan ku..

salah satu amal yg akan tetap mengalir untuk orang tua kita!

doa dari anaknya yang soleh dan solehah

doa

dari anaknya

yang soleh dan solehah

lalu dimana kita?

mari doakan orang tua kita

mari berbakti

dalam hujung surat fushilat

teringat nasyid dari Rabbani

'Anak Soleh'

"Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta"

'kuteringat masa indah

dimasa-masa kecilku

kenangan bersama abah

dikampung halaman'

'sungguh indah

terlalu manis untuk dilupakan

sungguh mesra

'suasana pengajian malam

riuh rendah suara bacaan Al-Quran

atau rotan hukuman'

'hening hanya dicelahan

kala epik dipaparkan

liku-liku perjuangan

para pahlawan Islam'

'yang gagah perkasa

dimedan perjuangan

yang tak takut mati

untuk meraih kemuliaan islam'

'abah terima kasih

yang telah mendidik

dan membesarkanku

bersama ibu'

'abah engkaulah guruku

yang terbaik sepanjang usiaku

yang telah membimbing masa kecilku

meniti jalan Tuhanku'

'Allah semoga Kau berkenan

membalas segala kebaikannya

menerimanya dan meridhoinya

dihadiratMu'

semoga kita sentiasa menjadi putera/puteri beliau (orang tua kita)

yang soleh dan solehah.

aamiiin.

Wassalamu'alaikum warahmatullah...

*hanya sekadar ingin berkongsi




ANAK SOLEH

Uuuu...
Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa

Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka

Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta

Hai... Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa

Lagu : Rabbani

+++HeLaNgSeNjA+++