Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Showing posts with label Cerpen dan Karya. Show all posts
Showing posts with label Cerpen dan Karya. Show all posts

Thursday, April 15, 2010

Comelnya Bayi Itu

Comelnya Bayi Itu


Wajahmu berseri dalam tangisan,
Dirimu kecil dalam pelukan,
Tangismu syahdu dalam keceriaan,
Memecah sepi berkat kelahiran.

Comelnya dikau dijadikan Tuhan,
Bersih wajahmu penuh keajaiban,
Senyumanmu mengukir keikhlasan,
Walau dikau tidak mengerti tentang kehidupan

Dirimu suci dari dosa,
Sesuci kain putih yang belum terlukis apa-apa,
Riang riamu mengembirakan manusia,
Buat penyeri sebuah keluarga.

Namun kenapa masih ada insan yang jahat perangainya,
Membuatkan diriku seperti tiada nilai dan harga,
Aku di buang di longkang yang hina,
Dicampak bagai sampah dilonggok bersama,
Dimakan ulat di makan kerengga,
Hingga cantikku hilang di mata,
Hingga ajalku datang menjelma.

Sedangkan haiwan juga sayang pada anaknya,
Bermati-matian menjaga dari musuhnya,
Supaya si anak hidup sampai bila-bila.

Inikan manusia,
Yang diberi akal dan jiwa,
Supaya berfikir tentang akhirat dunia,
Dosa dan pahala,
Supaya menjadi khalifah yang berjaya.

Kenapa aku diperlakukan sebegini?
Jahatkah aku?
Menyusahkah aku?
Berdosakah aku?
Tanpa ada belas kasihan,
Tanpa ada sifat keibuan,
Mungkin mereka sudah lupa pada Tuhan.

Ya Allah,
lindungilah diriku dari kejahatan manusia,
Yang lebih jahat dari binatang,
Lebih dasyat dari syaitan,
Yang tidak mengerti tentang kemanusiaan.

Ya Allah,
Jika aku mampu berkata,
Maka akan ku ucap perkataan binasa,
Sebagai doa kepada mereka,
Biar mereka takut hidup di dunia.

Aku juga mahu jadi manusia biasa,
Yang hidup penuh gembira,
Yang membesar hingga dewasa,
Sampai menjadi manusia sempurna.


"Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, karena kebodohan lagi tidak mengetahui (Bahwa Allahlah yang memberi rezki kepada hamba-hambanya.) dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezki-kan pada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk."
(Al-An'aam : 140)

Sajak ini ditujukan kepada mereka yang punya perasaan pada bayi yang comel. Marilah kita sama2 mencegah pembuangan bayi di dunia ini. Sajak ini sebagai meluahkan perasaan yang sedih melihat kepada bayi2 yang setiap hari dibuang tanpa ada perasaan kemanusian. Semoga ia menberi kesedaran 
pada kita tentang cinta pada manusia.

Ikhlas yang mencintai bayi-bayi Malaysia,
Mohd Ridhuan Che Husin,

12.15 ptg,
Rabu,
14 April 2010.
UIAM, Gombak


"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, beramallah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||

Sunday, April 11, 2010

Seorang Ibu Tua

Seorang Ibu Tua

Mentari fajar muncul kembali,
Seorang ibu tua yang sudah kecut mukanya,
Sedang menanti anaknya pulang,
Ketika anaknya dikejauhan,
Mencari sebuah kejayaan.

Ibu itu terus menunggu,
Hingga sampai waktu petang,
Hingga menanti munculnya bulan.

Namun, ibu itu tidak pernah lupa tentang anaknya,
Biarpun bergenang titisan cair dipipinya,
Tidak kisah pagi, petang ataupun malam,
Baginya, kasih sayang tidak pernah luput dalam ingatan,

Tapi, bagaimana seorang anak,
Adakah masih ingat ibunya?
Masih rindu seorang perempuan tua?
Masih ingat jasanya?
Masih perlu belai dan manjanya?
Tidak diduga ini balasannya.

Tiada apa yang ibumu harapkan melainkan sebuah kebahgiaan,
Seraut wajahmu cukup ibu itu melepaskan rindu,
Rindu ibu pada kelahirannya.

Itulah cinta suci seorang perempuan bernama ibu,
Biarpun sejauh mana anaknya pergi,
Hanya doa yang mampu si ibu beri,
Tidak pernah berputus asa,
Dalam mengharap secubit rindu buat melepas selaut cinta,
Buat seorang ibu tua.

"Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa2 kedua ibu bapaku. 
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi"


Mohd Zahid Bin Mastal,

Sajak ini ditulis oleh:
Mohd Ridhuan Che Husin

9.45 mlm,
Jumaat,
9 April 2010
UIAM, Gombak

"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, gunakanlah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||

Thursday, April 08, 2010

Namamu SAHABAT

Namamu SAHABAT

Indah bahasa pada nahunya,
Indah rupa pada wajahnya,
Indah akhlak pada perwatakannya,
Indah sahabat pada sifat-sifatnya.

Sahabat,
Takkala kesedihan, kau pengubat kegembiraan,
Dikala peperiksaan, kau datang melupakan kegelisahan,
Ketika keriangan, kau menutup segala kelemahan.

Sahabat,
Aku tahu kau dalam kesusahan,
Namun, kau tetap tersenyum,
Bagaikan tiada masalah yang perlu difikirkan,
Sedangkan kau menanggung banyak penderitaan.

Sahabat,
Kau bagai cerminan dalam kegelapan,
Menyuluh jalan kearah kebaikan,
Memberi kesedaran ketika dalam kealpaan.

Sahabat,
Tiada apa yang mampu kuberikan,
Melainkan sebuah kejujuran dan ketulusan,
Melainkan seraut wajah kegembiraan,
Buatmu bernama sahabat.

Semoga kasih kita hingga ke syurga,
Keranamu bernama sahabat,
Sahabat, teman sejati dan sejiwa,
Hingga kita bersama-sama hidup di Syurga.


Al-Fakir Ila Allah,
Sajak ini khas untuk semua rakan-rakanku yang bernama SAHABAT.

Mohd Ridhuan Che Husin,
www.helangsenja.blogspot.com

12 pagi,
Khamis,
7 April 2010


"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, beramallah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||

Wednesday, April 07, 2010

Pagi Itu...

Pagi itu gelap gelita,
Sunyi sepi tanpa suara,
Sayup-sayup kedengaran cengkerek bersahutan
Memuji Sang Pencipta dalam kegelapan.

Terdengar satu tangisan,
Rintihan seorang hamba dalam keinsafan,
Bertasbis, bertahmid dan bertafakur dalam kesedaran,
Ketika insan lain sedang khusyuk tidur menanti siang.

Pagi itu menuntut kesabaran,
Dalam wuduk yang kesejukan,
Dalam kepenatan di waktu siang,
Namun cekal dalam kehambaan,
Sebagai tanda syukur kepada Tuhan.

Ya Allah,
Kami hamba yang hina,
Mencari sebuah kekuatan,
Sebagai bekalan dalam pelayaran,
Sebagai penawar dikala keresahan,
Mengharap selaut keampunan.

Pagi itu terus berlalu,
Menanti cinta dari Tuhan,
Dalam kejauhan, hamba it terus berharap dan berharap,
Sehingga menanti Azan subuh berkumandang..



Sentuhan ikhlas dari,
Mohd Ridhuan Che Husin,
a.k.a “helangsenja”
www.helangsenja.blogspot.com

2 pagi,
Rabu,
7 April 2010

"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, gunakanlah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||

Thursday, October 15, 2009

Mutiara Hati

Mutiara Hati

Hatiku mati
Bagai hilang pedoman diri

Ya Allah, kurniakan aku sekeping hati yang suci
Jauh dari noda dan derita
Jauh dari hitam dan sengsara

Ya Allah, aku dambakan sekeping hati yang ikhlas
Yang mudah menerima kebaikan
Sedar dalam membuat kesilapan

Ya Allah, kenapa hatiku susah untuk khusyuk kepadaMU
Kenapa ia bagaikan batu keras yang susah untuk dilunturkan

Ya Allah, jangan KAU tinggalkan aku dalam hati yang kelam dan suram
Mencari erti sebuah kehidupan
Jangan KAU biarkan aku keseorangan
Dalam hati yang penuh kegelapan

Ya Allah, kenapa hatiku susah untuk tersentuh dengan ayat-ayat suciMU
Kenapa hatiku tak terlentur dengan kisah-kisah para NabiMU

Ya Allah, jangan kau biarkan hatiku terus mati dalam meniti usia
Aku semakin tua, namun hatiku ini bagaikan muda sepanjang masa

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Aku seperti gila memikirkan hatiku yang kosong tanpaMU Ya Allah
Ubatilah hatiku ini sebelum terlambat

Terimalah taubat hati yang ingin kembali kepadaMU Ya Allah
Hanya ENGKAU yang mampu memberi hidayah dan
ketenangan dalam hati-hati orang beriman
Kurniakanlah aku hati umpama mutiara di dasar lautan
Semoga aku bakal tenteram dengan hati yang penuh sinar dan kilauan iman.


11.00 mlm
15 Oktober 2009
UIAM, Gombak





Monday, June 08, 2009

Jemputan ke Majlis Perkahwinan

"Menjemput saudara dan saudari ke Majlis Perkahwinan saya pada ........." satu masej yang saya terima dari seorang senior, 4 minggu sebelum majlis perkahwinannya.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Mungkin tajuk entri di atas ini telah menjadi kebiasaan bila bermulanya musim persekolahan dan cuti semester pelajar-pelajar kampus. Ia bagaikan musim mengawan si jantan dan si betina dalam putaran kehidupan seekor haiwan.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada sahabat-sahabat saya yang telah melangsungkan dan bakal melangsungkan perkahwinan pada awal musim pengawan ini.

Yang terkini yang dapat dikongsi, sahabat sekuliah (Siti Nabilah) dan rakan seperjuangan dan juga bekas Tim. Presiden Ma'ruf Club sesi 0708, Abg HafizBad yang juga merupakan salah seorang mentor saya yang saya kagumi,

Muhammad Hafiz Badarulzaman & Siti Nabilah Sulaiman

(Rumah Pengantin Perempuan-Siti Nabilah Sulaiman)

Tarikh: 31 Mei 2009
Hari: Ahad
Alamat: No. 103, Taman Ria, Jalan Inai, Kota Tanah, Seberang Perak, ALor Setar, Kedah

DAN
(Rumah Pengantin Lelaki-Muhammad Hafiz Badarulzaman)
Tarikh: 7 Jun 2009
Hari: Ahad
Alamat: 15/3 Taman Bersatu, Bedong, Sg Petani, Kedah
Link dari http://hafizbad.blogspot.com/

dan senarai kenalan lain yang dapat saya senaraikan di sini..
1. Faizal UIA & Alia (6 jun)
2. Abg Azreen UIA Kuantan & AC (6jun)
3. Abg Taufiq UIA & Kak Dekma UIA (20 jun)
4. Athiq JORDAN & Maryam (27 jun)
Link dari http://www.zikr-amin.blogspot.com/

Suka saya untuk berkongsi satu cerita 2 orang pemuda dan pemudi yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Moga-moga cerita sebegini dapat dimanfaatkan bersama.

Pada suatu hari, seorang pemuda telah pengutuskan sepucuk surat kepada bakal isterinya beberapa bulan sebelum majlis perkahwinannya kerana ia merasakan seperti ada sesuatu yang bakal terjadi kepada dirinya. Maka, dia pun menulis sepucuk surat untuk menyatakan rasa cintanya itu..

..................................

BAKAL ISTERIKU,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan
kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.

Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah yang menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. Inilah kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon isteriku.

Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu.

Umar mendengar semua perbincangan mereka. Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:“Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan air. Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu? Ibu itu bertanya lagi:“Apakah larangan Amirul Mukminin itu?”

Puterinya menjelaskan: “Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air”Ibu itu berkata lagi: “Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya”

Puterinya menjawab: “Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita. Maafkan saya wahai ibuku, kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila di belakang mereka.”Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut.

Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut. “Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh.”Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.

Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana mereka lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah hakikat sebuah baitul muslim.

Calon isterikuku yang telah dijanjikanNya ,
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.

Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.

Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.

Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah.

Bakal isteriku yang dirahmati,
Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.

Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa. Yang terakhir ingin aku nyatakan, andai aku tidak berkesempatan bertemumu ketika diijab qabulkan di dunia, semoga doaku kita bakal bertemu di syurga ALLAH. Amin..

Salam buat teman solehahku...

--------------------------------------------

Maka, benarlah apa yang dirasakan pemuda tadi, ketika dalam perjalanan dia menuju ke rumah pengantin perempuan di majlis pernikahannya itu, maka berlakulah satu kemalangan yang telah meragut nyawa seorang pemuda dan pemuda itu adalah bakal pengantin pada hari itu.

Semoga perkongsian cerita saya ini dapat memberi manfaat terutama kepada bakal ke jinjang pelamin. Wallahu 'alam.

8/6/2009,
7.30 pagi,
Damsyik,
Syria

Perkahwinan bukan sahaja untuk kita tetapi untuk anak,
cucu dan keturunan kita.
Siapa mereka nanti, mungkin ia bermula dari kita.
Renung-renungkanlah.

Wednesday, April 29, 2009

Cerpen bersiri: Berubah kerana “dia” atau DIA?

Berubah kerana “dia” atau DIA?

“Anta nak tahu tak, kawan ana sekarang dah banyak berubah. Dulu dia suka pakai tudung tiga segi tak sampai ke paras dada dan salu berseluar jeans, tapi sekarang dia dah salu pakai baju kurung, tambah lagi, tudung pun dah sedikit labuh. Dia dah banyak berubah.” Terang Khadijah kepada sahabat lelaki sekuliahnya.

“Anta nak tahu tak kenapa dia berubah?” sambung Khadijah lagi.

“Kenapa?” tanya Luqman dengan bersungguh-sungguh.

“Dia berubah kerana anta” jawab Khadijah dengan suara yang perlahan.

Luqman terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh sahabiahnya tadi. Tetiba jantungnyanya berdegup sedikit laju.

“Kenapa dia berubah kerana ana?” tanya Luqman dengan perasaan ingin tahu.

Khadijah menerangkan bahawa, sahabatnya berubah kerana dia tertarik dengan perwatakan, pergaulan dan gerak kerja Luqman tadi. Luqman ini dikenali oleh rakan se-universitinya kerana perwatakannya yang baik, mudah mesra, peramah, tawadduk, berakhlak mulia, berwajah hensem dan cergas dalam gerak kerja dakwahnya. Dia juga diminati ramai oleh pelajar perempuan atau muslimah di kampusnya.

“Tapi ana tak kenal kawan anti tu. Macam mana dia boleh tertarik dengan ana pulak? tegas Luqman.

“Mungkin dia sudah lama memerhatikan cara anta dan gerak kerja dakwah anta dan mungkin sebab itulah dia bersemangat untuk berubah. Bukan senang dia nak berubah. Dulu ana selalu menasihati dia. Tapi, dia tak nak dengar. Tapi, sekarang Alhamdulillah. Dia dah mula berubah. Dia cakap dia meminati anta lantas dia bertekad untuk berubah.” Jelas Khadijah dengan panjang lebar.

Luqman mendengar dengan teliti apa yang dicakapkan oleh rakan sekelasnya itu di depan perpustakaan UIA. Luqman terasa begitu tersentuh dengan apa perubahan yang berlaku pada roommate Khadijah itu. Walaupun Luqman tidak pernah mengenali roommate sahabiahnya itu, tetapi dia terasa dirinya begitu kerdil untuk dijadikan sandaran sebuah perubahan. Fikiranya mula terlintas sebuah firman Allah SWT.

Allah SWT. berfirman:
'Serulah (manusia) ke jalan tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang Maha Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui
orang-orang yang mendapat petunjuk.'
(Q.S. An Nahl: 125)

Mungkin itulah dinamakan hidayah dari Allah yang diturunkan ke dalam hati-hati manusia. Pelbagai cara untuk Allah menurunkan hidayah kepada hamba-hambaNYA. Salah satunya melalui manusia. Manusia itu sebagai alat untuk Allah memberikan hidayah. Inilah yang dinamakan dakwah secara tidak langsung. Berdakwah melalui akhlak yang mulia. Mengikut kajian, sebanyak 70 peratus manusia tertarik dengan dengan seseorang kerana akhlaknya. Sedangkan manusia sering lupa tentang nikmat hidayahnya.

“Ana harap anti menasihati dia supaya jangan berubah kerana ana, tetapi berubahlah kerana Allah, kerana sesungguhnya Allah itulah kekal selama-lamanya. Dan ana tak nak fitrah meminati seseorang bertukar menjadi fitnah. Kerana fitnah wanita ini sangatlah besarnya di sisi lelaki. Baik cegah sebelum parah. Dahulukanlah minat, cinta atau seumpamanya dengan cinta Allah sebelum kita ada rasa untuk bercinta dengan manusia. Kerana manusia ini mudah lupa tanpa agama lebih-lebih lagi dalam bab bercinta.” Jelas Luqman dengan perasaan merendah diri.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia.
Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
(Mutiara Kata)

Rasulullah bersabda,‘‘Tali iman yang paling kuat adalah saling berkasih-sayang kerana Allah, memusuhi kerana Allah , mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah”
(Riwayat Imam At-Thabrani, hadis sahih)

“Ana dah bagitahu kepadanya. Supaya jangan berubah kerana manusia, kerana mungkin manusia itu akan berubah pada bila-bila masa saja, sedangkan syariaat dan Islam sentiasa sama, tak kan berubah. Mula-mula dia masih lagi berharap semangatnya itu dari anta untuk dia terus istiqamah dalam berubah. Tapi sekarang Alhamdulillah, dia dah mula faham bahawa kalau kita berubah kerana Allah pasti kita tidak akan kecewa dan pasti terjaga. "Khadijah mula berfalsafah.

“Alhamdulillah. Mudah-mudahan sahabiah anti tu terus istiqamah untuk berubah. Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia. Sama-samalah kita istiqamah kearah yang lebih baik pada hari ini.” Luqman menyambung perbicaraannya.

Khadijah melihat jam di tangannya tepat menunjukkan 11.20pagi. Tinggal 10 minit lagi kelas dia akan bermula.

“Ok la Luqman. Ana ada kelas pukul 11.30 kejap lagi. Terima kasihlah kerana beberapa nasihat yang berguna tadi. Harap Allah mengira segala perbuatan baik hambaNYA. InsyaAllah.”

“InsyaAllah.” Senyum Luqman sebagai tanda penghargaan kepada sahabatnya kerana memberitahu keadaan roomatenya itu.

Khadijah terus beredar dan Luqman tanpa membuang masa terus masuk ke dalam perpustakaan untuk mengulangkaji pelajarannya.

********************************* ******************************* *********

* Moral values of the story:

Cerita ini adalah sekadar perkongsian, pandangan dan pengajaran mengenai keadaan mahasiswa atau remaja yang berlaku sekarang. Beberapa pengajaran ringkas yang saya ingin berkongsi:

1. Cinta/minat/suka.

Remaja sekarang mudah terjebak ke dalam kancah percintaan. Sesiapa yang tak bercinta dianggap kolot, ketinggalan zaman, tak bertamadun malah dianggap aneh tanpa ada pasangan kekasih. Subhanallah. Dunia sekarang dah terbalik dengan cinta yang di bina barat. Mindset orang Islam sudah berubah 90 darjah. Cinta itu adalah fitrah manusia yang dijadikan Allah sebagai tempat untuk manusia berasa senang dengan kehadiran cinta. Sebab itulah walaupun Syurga itu damai dan indah, namun Nabi Adam a.s berasa kesunyian dan mahukan teman. Maka Allah jadikan Hawa dari tulang rusuk kiri untuk dijadikan teman sepermainan. Lihatlah bagaimana rasa cinta itu ada dalam diri manusia.

Cinta ini boleh ditakrifkan dalam pelbagai maksud. Cinta Nabi pada umatnya sehingga pada saat kematiannya, Rasulullah SAW masih lagi teringat akan umatnya. “Umaati” “Ummati” “Ummati”.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih
dikasihi daripada anaknya, ibu bapanya dan manusia seluruhnya”
(Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Al-Nasai)

Cinta para syuhadak kepada syahidnya. Kata-kata Dr A. Aziz al-Rantissi, pejuang HAMAS sebelum mendapat syahidnya “Demi Allah, sesungguhnya perjuangan kita akan bertambah gemilang dan membuatkan kita semakin mencintai jalan ini. Tangan – tangan kita yang menggenggam senapang di dunia ini Insya Allah akan berpelukan bersama di sisi Allah (di syurga nanti)”. Subhanallah. Bagaikan dia telah melihat Syurga Allah dan mencintai untuk syahid bertemu Allah.

"Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah.Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar" (an-Nisa': 74)

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (Al-Ahzab: 23)

Cinta Nabi Yusof as dan Zulaikha dan pelbagai lagi cerita cinta yang begitu mendalam kepada Allah SWT. Jagalah cinta kita dengan Allah, nescaya Allah akan menjaga cinta kita denganNYA.

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan
kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
( Saidina Umar Ibnul Khattab)

2. Bersahabat.

Persahabatan dalam Islam adalah salah satu elemen penting dalam berdakwah. Dengan bersahabat, manusia mudah terpengaruh dengan sahabatnya, lantaran terikut-ikut apa yang ada pada sahabatnya. Dalam suasana kampus, mungkin terdapat pelbagai ideologi politik, perbezaan jemaah dan sebagainya. Ketepikan soal persafahaman itu dahulu, cari titik persamaan iaitu dalam berdakwah manusia kearah mengenali Islam dengan lebih baik.

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana
dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Banyak sekali hadis dan Al-Quran menerangkan mengenai persahabatan atau ukhwah Islamiah.

Nabi bersabda,‘‘Tidakkah dua orang yang saling bercinta kerana Allah , melainkan yang paling utama di antara keduanya adalah yang paling cinta kepada sahabatnya itu . ” (Bukhari & Abu Daud)

Allah berfirman : ‘‘Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah, mudah-mudahan kamu dirahmati .’’(Al Hujurat : 10)

“ Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (Islam) dan jangan pula berpecah belah, dan kenangkanlah nikmat Allah atas kamu ketika dahulunya kamu bermusuhan, lalu Allah menyatukan hati-hati kamu, maka jadilah kamu disebabkan nikmat-Nya (Islam) kamu bersaudara…” (Ali Imran 103)

Dari Anas, Nabi bersabda, ‘‘Tiga perkara , barangsiapa yang ketiga-tiganya ada pada dirinya , maka ia akan mendapat kemanisan iman, iaitu hendaklah Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada selain keduanya , dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah , serta ia tidak suka kembali kepada kekafiran setalah Allah membebaskannya darinya sebagaimana ia tidak suka dilempar ke dalam api neraka .’’ (Bukhari dan Muslim).

Malah, akan termasuk dalam golongan yang mendapat naungan Allah pada hari kiamat.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, “ Tujuh golongan akan dinaungi Allah pada hari yang tiada apa naunganpun melainkan naungan-Nya sahaja; pemimpin yang adil, pemuda yang hidup beribadat kepada Tuhannya (zaman mudanya penuh dengan ibadah), lelaki yang hati terikat dengan masjid-masjid, dua orang lelaki yang berkasih kerana Allah;mereka berjumpa kerana Allah dan berpisah kerana-Nya, lelaki yang digoda perempuan cantik lalu dia berkata padanya, “Sesungguhnya aku takut kepada Allah, lelaki yang bersedekah bahkan menyembvunyikan sedekahnya sehinggakan kirinya tak mengetahui apa yang dihulurkan kanannya, dan lelaki yang mengingati Allah bersendirian lalu mengalirlah air matanya” (Muttafaq ‘alaih).

Bercinta kerana Allah dan untuk Allah akan menjadi kunci masuk ke syurga :
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, ‘‘Kamu tidak akan memasuki syurga , sehinggalah kamu beriman . Dan kalian tidak (benar-benar) beriman , sehinggalah kamu saling mencintai . Hendakkah aku tunjukkan sesuatu, jika kamu saling mengerjakannya ,maka kamu akan saling mencintai; iaitu sebarkanlah salam antara kamu.’’ (Muslim)

Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. (Khalifah Abdul Aziz)

Bersahabatlah kita kerana Allah dan jangan cuba mempergunakan sahabat-sahabat di sekeliling kita untuk kepentingan diri sendiri. Dan jangan menyalahgunakan persahabatan untuk bercinta.

3. Berakhlak mulia.

Dalam cerita ringkas tadi, kita dapat melihat bagaimana akhlak yang mulia dapat menjaga dan dapat memberi kesenangan pada orang yang melihat orang yang berakhlak mulia ini.

Nabi s.a.w.bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan budipekerti yang mulia."(H.R.Ahmad)

Dalam timbangan (mizan) amal pada hari kiamat tidak ada yang lebih berat dari pada aklak yang baik, sebagaimana sabda rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam : “ Sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik.” (HR. Abu Daud dan Ahmad, disahihkan Al Bani. Lihat ash Shahihah Juz 2 hal 535). Juga sabda beliau : “ Sesungguhnya sesuatu yang paling utama dalam mizan (timbangan) pada hari kiamat adalah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad, dishahihkan al Bani. Lihat Ash Shahihah juz 2 hal.535).

Dari Jabir radhiallahu ‘anhu berkata : Rashulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya orang yang paling saya kasihi dan yang paling dekat padaku pada hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.” (HR. Tirmidzi dengan sanad hasan. Diriwayatkan juga oleh Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban. Lihat Ash shahihah Juz 2 hal 418-419).

Akhlak yang baik akan mengangkat manusia ke darjat yang tinggi dan mulia. Akhlak yang buruk akan membinasakan seseorang insan dan juga akan membinasakan ummat manusia. Manusia yang mempunyai akhlak yang buruk senang melakukan sesuatu yang merugikan orang lain. Senang melakukan kekacauan, senang melakukan perbuatan yang tercela, yang akan membinasakan diri dan masyarakat seluruhnya. Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud:
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya."(H.R.Ahmad)

Dari hadis-hadis di atas dapat difahami bahwa akhlak yang paling baik memiliki keutamaan yang tinggi. Kerana itu sudah menjadi kewajipan pada setiap muslim itu mengambil akhlak yang baik sebagai perhiasannya. Yang perlu diingat bahawa ukuran baik atau buruk suatu akhlak bukan ditimbang menurut selera individu, bukan pula hitam putih akhlak itu menurut ukuran adat yang dibuat manusia. Kerana boleh jadi, yang dianggap baik oleh adat itu buruk menurut timbangan syari’at atau sebaliknya

4. Nasihat menasihati.

Allah berfirman: Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. (Ali-Imran:110)

Kita sebagai kawan hendaklah ada rasa ingin nasihat menasihati antara satu sama lain. Walaupun kadang-kadang nasihat kita itu tidak diendahkan oleh sahabat-sahabat kita, namun, kita perlu bersungguh-sungguh untuk membantu sahabat-sahabat kita berubah kearah yang lebih baik. Mungkin sahabat kita tersebut tidak berubah dalam masa yang terdekat, namun mungin pada suatu masa nanti, dia akan berubah kerana nasihat kita tersebut.
Dalam beberapa situasi, bukan semua orang dapat menerima dan mendengar nasihat. Namun, kita perlulah bersikap positif dan ada alternatif lain dalam member nasihat. Supaya apa yang paling penting adalah silaturrahim antara sahabt-sahabat terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' (Surah al-Imran:103)

5. Aurat.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan cenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punak unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)


6. Istiqamah.

Setiap perkara baik yang kita kerjakan perlulah disusuli dengan perasaan ingin berterusan. Ingin istiqamah.

Firman Allah SWT: Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Hud: 112).

Pernah suatu ketika Sufyan Ibn Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: “ Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang satu pegangan hidup dalam Islam yang tidak perlu lagi aku ajukan soalan-soalan lain. Lantas Baginda SAW menjawab dengan sabdanya: Katakanlah! Aku beriman kepada Allah kemudian tetap teguhlah (beristiqamahlah) pada pendirian itu. (Riwayat Muslim)

Jesteru itu, setiap Muslim haruslah menginsafi bahawa kehidupan yang penuh pancarabo ini menuntut sedikit sebanyak persediaan untuk menghadapinya. Persediaan itu tidak lain dan tidak bukan ialah iman dan istiqamah sebagai medium yang kongkrit dalam berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan dalam hidup ini.

..........................
Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama. InsyaAllah. Wallahu a’lam.

www.helangsenja.blogspot.com

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Tuesday, April 28, 2009

Cerpen bersiri: Badanku sihat, jiwaku sakit

Badanku sihat, jiwaku sakit

“La..la..laaaa..Mali Rabbun Siwaa…” bunyi deringan dari handphone Nokia 6680 Luqman Al-Hakim dengan deringan dari kumpulan Nasyid Da’I Nada.

Tanpa berlengah, Luqman Al-Hakim terus mencapai handphonenya di atas meja belajarnya yang tidak jauh dari katilnya. Tertera perkataan “Mama” di skrin handphonenya.

“Assaalamualaikum Luqme” mamanya memulakan perbualan dengan loghat Kelantan.

“Waalaikumsalam mama” jawab Luqman Al-Hakim dengan nada yang letih.

“Apa khabar? Sehak ko” Tanya mamanya.

“Alhamdulillah sehak jah.” Dalam hatinya, biarpun fizikalnya sihat, namun jiwanya sakit, tidak tenteram memikirkan beberapa program yang belum lagi disiapkan dalam tempoh yang sepatutnya.

“Betul ko sehak ni? Macam mana exam baru ni? Bleh jawak ko? Bilo nak kelik Kelate? Mamanya bertalu-talu menanyakan soalan pada anak lelakinya itu.

“Sehak sungguh, tak dok deme ko sakit gapo. Alhamdulillah, sehak molek. Pekso baru ni bleh jawak molek. Tok tahu lagi nok kelik bilo. Cuti pun tok lamo mano pun. Nanti la. Klu Luqme nok kelik nati, Luqme oyak la ko mama” Luqman Al-Hakim meneruskan perbualanya walaupun dia merasakan dia sebenarnya dalam kesakitan yang amat sangat kebelakangan itu. Sakit yang bukan penadol ubatnya. Bukan perlu pergi berjumpa doktor atau bomoh tempatnya. Tapi sakitnya itu hanya Allah ubatnya. Hanya jiwa yang tenteram penawarnya. Tapi bagaimana untuk mengubat dan menyembuh sakitnya itu. Luqman berdialog sendirian. Bagai mengubat sendirian jiwanya yang lemah dan tidak terdaya.

“Tak po la klu lagutu gak, klu nak balik nanti, oyak la ko mama deh” mamanya bagaikan memanggil-manggilnya pulang ke kampungnya yang baru sahaja 3 minggu dia pulang.

“Ok lah. Mama nak gi tengok mek kat bilik meta”

“Hmm, ok la mama. Nanti Luqme nok kelik, Luqme tepon la deh.k. Assalamualaikum.”

“Walaikum salam.”

Perbualan pada petang itu membuatkan Luqman berasa seperti dirinya makin lemah. Rasa yang mengantuk sebentar tadi membuatkannya hilang mood untuk tidur sebentar pada petang itu.

Luqman istighfar beberapa kali dalam diam.

“Banyaknya masalah aku kali ini. Ya Allah, permudahkanlah aku Ya Allah di jalan tarbiah Mu ini. Masakan Allah menzalimi hambanya kalau aku sanggup menghadapinya” Luqman Al-Hakim bermonolog sendirian. Surah Al-Baqarah ayat 286 bagai sedang berbicara kepadanya. Dia membiarkan jiwanya tenteram seketika. Dia menarik nafasnya dalam-dalam. Segar. Tenang seketika. Namun, bila dia terfikir kembali masalahnya itu; program kelabnya yang akan dijalankan pada Semesta akan datang, program tarbiah dan jemaah, masalah kewangan dan pelbagai lagi masalah yang dia sedang hadapi. Dia merasa seperti sesak nafas kembali.

“Mungkin ini ujian dan tarbiahku.” Keluh Luqman Al-Hakim dalam hati sambil teringat Surah Al-Ankabut : 2-3. “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Azan Asar jelas berkumandang dari jendela biliknya. Luqman Al-Hakim lantas bangun sambil mencapai buku nota dan pen birunya tanpa perlu berfikir panjang. Selepas solat Asar, ada meeting yang perlu dia hadiri. Petang itu dia lalui dengan tabah dan penuh ujian. Mungkin ada hikmah disebaliknya.


*************************************************************************

Moral values of the story:

Jarang sekali kita bertanya kepada orang, apa khabar jiwa awak? Tetapi sering kali kita bertanya, apa khabar awak hari ini? Mungkin sesiapa yang bertanya sedemikian, mungkin pelik bunyi dan loghatnya. Tetapi, itulah hakikatnya.

Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya selalu sakit. Sakit dek emosi kita, jiwa kita, perasaan kita. Apabila kita sering sakit-sakit badan, kita akan terus pergi berjumpa doktor ataupun pakar yang boleh merubati sakit kita itu. Mungkin sakit gigi, demam, sakit urat ataupun sebagainya. Kerana sakit kita itu, kita nampak, kita sedar tentang sakit kita. Lantas kita pergi berubat. Mencari ubat yang sepatutnya untuk sakit kita itu.

Namun, jarang sekali apabila kita sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati, kita terus ingin berubat ataupun kita ingin mencari penawar sakit kita itu. Jarang. Kebanyakkannya akan memendam terlebih dahulu. Memeram biar jadi panas, lantas membakar diri sendiri. Jadi, hendaklah kita cepat bertindak untuk mengubati hati kita yang resah, hati kita yang mati, hati kita yang tidak tenteram untuk terus segar dan bersemangat dalam menghadapi pelbagai masalah dan ujian. Sebelum kita mencari ubat dan penawar hati kita yang sakit itu, hendaklah kita mengetahui dahulu kenapa hati kita itu sakit.

Antara masalah membuatkan hati kita sakit:
1) terlalu banyak kerja – assignment, homework, kerja rumah, kerja pejabat
2) suka berdengki dengan orang – dengki dengan sahabat, dengki dengan jiran, dengki dengan keluarga
3) suka mencari masalah orang
4) banyak bercakap, jadi banyak terguris hati orang
5) suka berfikiran negative
6) banyak angan-angan
7) sangat malas
8) orang yang sensitive

Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya,

"Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186."

Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....

1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6)Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
9) Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.

Mengikut Ibnul Qayyim rahimahullah pula, beliau menyebutkan ada lima perkara yang menyebabkan rosaknya hati, antaranya, 'bergaul dengan banyak kalangan (baik dan buruk), angan-angan kosong, bergantung kepada selain Allah, kekenyangan dan banyak tidur.'

1. Bergaul dengan banyak kalangan
Pergaulan adalah perlu, tapi tidak asal bergaul dan banyak teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan membuat yang bersangkutan larut dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif.

Dalam tatapan realiti, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya output semacam ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan memang, kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia. Kerana itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal kerana salah pergaulannya. Allah berfirman:

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29).

"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67).

"Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini, kemudian di hari Kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebahagian (yang lain), dan tempat kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para penolong." (Al-Ankabut: 25).

Inilah pergaulan yang didasari oleh kesamaan tujuan duniawi. Mereka saling mencintai dan saling membantu jika ada hasil duniawi yang diingini. Jika telah lenyap kepentingan tersebut, maka pertemanan itu akan melahirkan duka dan penyesalan, cinta berubah menjadi saling membenci dan melaknat.

Kerana itu, dalam bergaul, berteman dan berkumpul hendaknya ukuran yang dipakai adalah kebaikan. Lebih tinggi lagi tingkatannya jika motivasi pertemanan itu untuk mendapatkan kecintaan dan redha Allah.

2. Larut dalam angan-angan kosong
Angan-angan kosong adalah lautan tak bertepi. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta sentiasa mempermainkannya. Laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai. Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah.

Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya. Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan melimpah, atau isteri yang cantik jelita. Tapi itu hanya angan-angan belaka.

Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu, iman dan amal salih yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Dan ini adalah cita-cita terpuji. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.

3. Bergantung kepada selain Allah
Ini adalah faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah.

Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah akan menyerahkan urusan orang tersebut kepada sesuatu yang ia bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya. Allah berfirman, ertinya:

"Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. Sekali-kali tidak, kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut-pengikutnya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu akan menjadi musuh bagi mereka." (Maryam: 81-82)

"Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka." (Yasin: 74-75)

Maka orang yang paling hina adalah yang bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di bawah rumah laba-laba. Dan rumah laba-laba adalah rumah yang paling lemah dan rapuh.

Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. Allah berfirman, ertinya: "Janganlah kamu adakan tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra': 22)

Terkadang keadaan sebagian manusia tertindas tapi terpuji, seperti mereka yang dipaksa dengan kebatilan. Sebagian lagi terkadang tercela tapi menang, seperti mereka yang berkuasa secara batil. Sebahagian lagi terpuji dan menang, seperti mereka yang berkuasa dan berada dalam kebenaran. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong.

4. Makanan
Makanan perosak ada dua macam.

Pertama , merosak kerana zatnya, dan ia terbagi menjadi dua macam. Yang diharamkan kerana hak Allah, seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Kedua, yang diharamkan kerana hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, baik kerana paksaan, malu atau takut terhina.

Kedua , merosak kerana melampaui ukurannya. Seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan kelewati batasnya. Sebab yang demikian itu membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan perut untuk memenuhi hawa nafsunya. Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan keranannya ia mudah mengikuti komando syaitan. Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalan bagi syaitan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah dan membuat syaitan mudah tinggal berlama-lama. Barangsiapa banyak makan dan minum, niscaya akan banyak tidur dan banyak merugi. Dalam sebuah hadits masyhur disebutkan:

"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).

5) Kebanyakan tidur
Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur saat sangat dibutuhkan.

Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di pagi atau petang hari. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak madharatnya daripada manfaatnya.

Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari. Sebab ia adalah waktu yang sangat strategik. Kerana itu, meskipun para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk ibadah, mereka tidak mahu tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibagi-bagikannya rezeki, saat diberikannya barakah. Maka masa itu adalah masa yang strategik dan sangat menentukan masa-masa setelahnya. Kerananya, tidur pada waktu itu hendaknya kerana benar-benar sangat terpaksa.

Secara umum, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seperenam bahagian akhir malam, atau sekitar delapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut pada doktor. Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Termasuk tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari. Dan ia termasuk tidur yang dibenci Rasulullah SAW .

(Artikel lima perkara yang menyebabkan rosaknya hati dipetik dari Mufsidaatul Qalbi Al-Khamsah, min kalami Ibni Qayyim Al-Jauziyyah/Abu Okasha Ainul Haris)

Itulah diantara penyakit dan ubat-ubatnya untuk pengubati hati yang sedang sakit. Bab kata pepatah, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jadi, sama-samalah kita mencari kebahagiaan hati kita untuk menjadi hamba yang sejahtera di sisi Allah SWT.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama. InsyaAllah. Wallahu a’lam.

www.helangsenja.blogspot.com

Wednesday, April 01, 2009

Cerpen bersiri: Deen List ke, atau Dean List ?

"Umar, ko tak semayang Maghrib lagi ke? Dah nak masuk Isyak dah ni. Tinggal berapa minit lagi ni" tegur Luqman kepada roomatenya.

"Ala, kejap jer lagi. Kul 8.30 jap lagi aku ada exam ni. Sket lagi nak study tajuk ni." jawab sahabatnya yang selalu mendapat Dean list di Kuliyyahnya.

"Pergi la sembahyang dulu. Kalau ko cemerlang dalam pelajaran sekalipun. Tapi, kalau ko tak cemerlang di akhirat tak guna jugak." tegur Luqman dengan nada yang agak tinggi.

"Hmm..ok la. Aku pergi sembahyang dulu la." Umar angkur dengan nasihat Luqman tadi.

"Barulah dapat dean list dan deen list juga" Luqman menghabiskan leterannya kepada sahabat baiknya itu sambil tersenyum dengan hati yang tenang.


Moral of the story.
Ingatlah, dunia ini sebenarnya tempat ujian/exam bagi kita. Setinggi manapun dean list kita, tapi kalau agama kita tidak berjaya mendapat deen list juga, maka tidak berertilah dean list kita tersebut.

Kalau kita gagal di dalam peperiksaan, kita masih boleh repeat, boleh tukar subjek. Kalau direject universiti, kita masih boleh tukar tempat belajar lain.

Tetapi, klu kita tidak lulus exam dengan Allah SWT.
Kita bukan setakat di dismiss oleh Allah SWT.

Bahkan, kita bakal bertemu azab yang lebih pedih setimpal apa yang kita lakukan.


Pesan saya, sama-sama kita mencari deen list dulu untuk memberi
semangat dalam dean list kita.

Dengan cara:


Kena baca buku rajin-rajin


Kena fokus betul-betul pada pelajaran

Jangan bagi jin atau setan-setan kacau kita tengah study.
(ni bukan anak jin yer, walaupun lebey kure jah :)


Jangan tension masa study



Selalu solat hajat, solat tahjud dan solat sunat yang lain dan last sekali

Banyakkan berdoa pada Allah dan tawakkal padaNYA sokmo.

Maka, jadilah kita pelajar mendapat deen list akhirat dan dean list dunia :)

Ma'an taufiq wannajah
"Rabbana yassir wala tu'assir, waj'alna minan najihin, walfaizin, walmumtaazin, walmutafauwiqin"
to all my frens from pimpinan Ma'ruf Club, members, MRC, kawan2 G'RIMIS, asakelate, PERDANA, amal maahad dan sape2 yang baca blog ni, good luck exam!!
Doakan kita semua berjaya dunia dan akhirat.


Kata-kata saya:

“Life like an education. The final examination for us is when
we will be meeting with Allah. That is our final destination”

Tuesday, March 17, 2009

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza dan YAMAN

Mungkin sudah ramai yang membaca mengenai kisah ini. Tapi saya masih lagi ingin berkongsi kisah ini yang telah berlaku di Yaman. Kerana kisah ini cukup untuk kita tidak mengatakan "susah" atau seumpamanya untuk membantu saudara kita di Palestin. Setiap usaha kita yang kita lakukan untuk Islam walau sebesar zarah sekalipun, tetap akan dibalas oleh Allah SWT. Semoga kisah ini dapat memberi sedikit semangat untuk kita membantu sahabat-sahabat seagama kita. InsyaAllah..

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.
Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.
Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.
Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.
Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.
Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.

Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- azm

Sekiranya anda bersimpati, sudilah hulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298

(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)

* kepada pelawat-pelawat blog saya yang saya kasihi sekalian, dengan merasa rendah diri, saya ingin memohon jasa baik sahabat-sahabat sekalian untuk memberi sedikit sumbangan seikhlas mungkin untuk saya menampung pengajian kitab di Yaman pada bulan April nanti selama 2 bulan setengah pada tahun ini. Ini sebagai makluman awal dan insyaAllah saya akan berikan beberapa butiran untuk memudahkan proses sumbangan anda yang dirahmati Allah sekalian. Semoga jasa baik, keperihatinan dan juga sumbangan anda,amat-amatlah saya hargai. wassalam..