Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Showing posts with label Ramadhan Kareem. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Kareem. Show all posts

Friday, September 03, 2010

Kelebihan malam 10 akhir Ramadan

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

1) Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;

“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2) Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

3) Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

4) Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

5) Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

6) Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

7) Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

Bilakah Lailatul Qadar?

Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni " (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

8) Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.

Kita jangan menanti Lailatul Qadar, tetapi kita sama-sama mencari dan mengharapkan kita bertemu dengannya. InsyaAllah. Belum tentu kita bertemu lagi Ramadhan hadapan.

Titipan buat sahabat-sahbat seperjuangan ku,

"Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan, kadang-kadang kita minta ketenangan tapi masalah yang timbul, kadang-kadang kita minta kebahagiaan tapi kekecewaan yang diberi. Dugaan menjadikan kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, kekecewaan menjadikan kita tabah.."

Hebatnya Allah..Semuanya ada hikmah. Kalaulah manusia tahu hadis ini:
"Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya (doanya)"
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik

"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, beramallah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||

Saturday, September 19, 2009

Persoalan mengenai Takbir Raya dan Qadha' Puasa

Ramai diantara kita mengambil remeh dan membuat tidak hirau mengenai perkara-perkara ibadat. Jadi, di sini saya kongsikan beberapa persoalan yang boleh merungkaikan beberapa permasalahan di antara masyarakat Malaysia.

Beberapa masalah tentang Takbir Raya

1. Bilakah mulanya dan berakhirnya takbir hari raya?

Jawapan:
Jumhur Fuqaha': pagi Idil fitri hingga keluar Imam untuk solat sunat Idilfitri.(Sayyid Sabiq: Fiqhussunah); manakala sebahagian Imam yang lain boleh bertakbir pada malam hari raya lagi (imam Nawawi dalam alAzkar)
----------------------

2. Apakah lafaz takbir yang ada nasnya?

Jawapan:
Nas yang terkuat dan diakui sendiri oleh Imam nawawi ialah: Allahu akbar 3X akhir kabiira.

Manakala lafaz yang kita lihat dipagi raya di Malaysia ialah lafaz Imam Syafi'iy dan ashabnya (imam Nawawi dalam al Azkar)

----------------------

3. Apakah mood sebenar takbir hari raya (kat Malaysia rasanya sayu je)

Mood yang sepatutnta ialah bertenaga dan bertambah kuat bila Imam sudah hampir menunaikan solat dan muslimin sudah semakin ramai (Imam Nawawi al Azar)

-------------------------

4. Adakah Raya Aidil Fitri selama 1 bulan Syawal?

Jawapan:
Hari raya idil fitri hanyalah sehari, Imam Abu Hanifah dan Imam Syafi'iy menyuruh umat Islam berpuasa sunat Syawwal pada tanggal 2 haribulan syawal.

nas hadis yang menyokong:

HR Nasa'iy, Ibn Hibban dari Anas, RasuluLlah saw bersabda, Allah telah mengganti kedua hari raya dengan duahari raya yang lebih bak iaitu Idil fitri dan Idil Adha.

HR Ahmad dan Muslim dari Aisyah RA:
tiap-tiap kaum mempunyai hari raya, dan hari ini (1 syawal) adalah hari raya kita.

Menjadi kebiasaan di pejabat-pejabat diadakan majlis perjumpaan idilfitri antara kakitangan dan jabatan-jabatan yang berlarutan hingga sebulan syawal; maka itu adalah adat dan uruf sesuatu bangsa yang dilihat dari sudut tujuan dan motifnya. Pertemuan dan majlis sambutan idilfitri sepanjang syawal ini tidak ada kena mengena dengan assunah malah ia perlu dikaji dr aspek boros, berlebihan dan melampau dalam agama yang tidak dituntut. Jika ia dianjurkan untuk mera'ikan anak-anak yatim dan org miskin, ia boleh diterima.

------------------------------

5. Bolehkah puasa qadha' digabungkan sekali dengan puasa sunat?

Pandangan pertama: menggunakan perbahasan kawa-id feqah (Bahawa setiap amalan adalah dengan apa yang dia niatkan) tidak membenarkan digabungkan dua ibadah : wajib dan sunat digabungkan sekali ; dalam hal ini puasa qadha' mesti dibuat dahulu kemudian baru diikuti dengan puasa sunat seperti puasa syawal.

Contohnya jika seorang wanita ada 10 hari puasa qadha' Ramadhan. Apabila tiba syawal dia dikehendaki menyempurnakan puasa qadha' dahulu sebelum dibolehkan berpuasa sunat 6 hari syawal; dia tidak boleh berpuasa dibulan syawal dengan mengggabungkan dua niat dalam satu puasa (yakni puasa qadha' dan puasa sunat).

Pandangan kedua: membolehkan puasa sunat dan qadha' digabungkan dalam satu.

Dr Wahbah azZuhaili (Fiqh Islami wa'adillatuh) menjelaskan: seseorang yang berpuasa qadha' dibulan syawal beroleh double bonus atau triple bonus yakni dia boleh pahala puasa qadha', juga pahala puasa sunat syawal sekaligus dan jika dia berpuasa pada hari isnin/khamis; dia juga mendapat pahala sunat isnin khamis.

Ini juga pandangan Imam Nawawi dan Ibn Hazm (al Muhalla): menurut Ibn Hazmin, nas yang menegah dari RasuluLlah saw tidak ada apabila baginda menyuruh kita berpuasa enam supaya kita menyempurnakan puasa qadha' terlebih dahulu.

Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha' pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha'nya di bulan-bulan lain. Ini juga satu cara.

Jadi menjawab soalan susulan di atas, apakah boleh kita puasa qadha' dan puasa sunat syawal sekali gus;

Jawapannya: boleh; jika menggunakan kaedah Ibn Hazm dan Wahbah Zuhaili; kita berniat puasa qadha' dalam bulan syawal dan sekaligus mendapat double bonus dan jika puasa itu jatuh pada Isnin/khamis; layak mendapat triple bonus secara automatik.

Rujukan: Permasalahan Fiqh: Bab Puasa dan Haji

Saat-saat terakhir di bulan RAMADHAN

Alhamdulillah, aku selesai menghabiskan surah terakhir di bulan barakah ini. Juzuk 3, Surah Al-Bakorah selepas berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran pada hari ke 26 Ramadhan. Alhamdulillah!

Tinggal beberapa minit sahaja lagi bulan Ramadhan Kareem 1430H bakal meninggalkan kita. Rasa sekejap je kita berpuasa cukup 30 hari pada tahun ini. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda mungkin kita tidak ketemu lagi dalam bulan-bulan yang lain.

Segala pengorbanan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan Allah s.w.t banyak meninggalkan kenangan di bulan Ramadhan.

Yang pasti, ramai yang akan menangis untuk meninggalkan Ramadhan. Belum pasti kita hidup di bulan lain.

Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah dan beristighfar kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajab doa untuk hari terakhir ini.

Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesali lah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya.

Semoga aku dapat istiqamah melakukan ibadah kepada Allah pada 11 bulan yang akan datang. Seorang sahabat baik aku telah pergi meninggalkanku pada 25 Ramadhan dan beliau tidak sempat menghabiskan Ramadhan pada tahun ini. Aku bagaimana?? Sedihnya hati ini untuk kita meninggalkan Ramadhan. Bukan kerana banyaknya hidangan, tetapi kerana nikmatnya beribadah di bulan Ramadhan yang mungkin tiada di bulan lain.

Ya Allah, sampaikan aku di bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Semoga aku berjaya hadapi nafsuku di bulan-bulan lain. InsyaAllah.

Wallahua'lam

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Monday, September 29, 2008

:: Siri 3: HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN ::


HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN 1429H

Dari Jabir, dari Nabi SAW bahwa beliau bersabda:

"Apabila tiba malam terakhir dari bulan Ramadhan, maka menangislah langit, bumi dan para malaikat atas musibah yang menimpa umat Muhammad SAW"

Seseorang bertanya:"Ya Rasulullah, musibah apakah itu?"

Jawab Rasulullah SAW :

"Perginya bulan Ramadhan. Kerana sesungguhnya doa-doa di waktu itu dikabulkan, sedekah-sedekah diterima, kebaikan-kebaikan dilipatkan, sedang azab ditahan."

Oleh kerananya, musibah manakah yang lebih besar daripada perginya bulan Ramadhan. Apabila langit dan bumi saja menangis demi kita, maka kita lebih patut menangis dan menyesali atas terputusnya keutamaan-keutamaan dan kemuliaan-kemuliaan ini dari kita.

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Alangkah kecewanya orang yang sejak tiba bulan Ramadhan hingga habis bulan tidak diberi ampunan”

Orang yang seperti itu akan menyesal kerana melalaikan ibadah dalam bulan Ramadhan; demikian puasanya pula hampa belaka, kerana tidak mendapat kurnia ampunan Allah SWT.

Kita semua mengetahui bahwa bulan Ramadhan adalah bulan rahmat, bulan kasih sayang. Pada bulan ini, Allah melimpahkan kasih sayang-Nya pada kaum Mukmin. Pada gilirannya, kita pun diperintahkan menyebarkan kasih sayang pada segenap makhluk-Nya.

Pada bulan Ramadhan misalnya, Allah mendidik kita untuk merasakan lapar dan dahaga, supaya tumbuh pada diri kita rasa sayang pada mereka yang dalam hidupnya sentiasa bersahabat dengan lapar dan dahaga. Pada akhir Ramadhan, kita wujudkan rasa kasih ini dengan mengeluarkan zakat fitrah.

Setelah berakhirnya bulan Ramadhan, kaum muslimin akan merayakan I'dul Fitri. Kita akan berkumpul dengan saudara-saudara kita, sesama kaum Muslim,untuk menyampaikan syukur ke hadirat Allah SWT.

Maka bermuhasabahlah kita, tangisilah Ramadhan yang telah meninggalkan kita. Telah kita selesaikan tiga puluh hari yang penuh ibadah dan kesucian. Telah kita tinggalkan saat-saat bahagia ketika kita berkumpul bersama keluarga selesai azan maghrib; saat-saat yang indah ketika kita memenuhi masjid untuk menuntut ilmu, tadarus,dan tarawih; saat-saat yang khidmat ketika kita bangun di waktu dini hari; makan sahur seraya menjelang azan subuh kita isi dengan dzikir, istighfar, dan doa. Kita akan tinggalkan bulan yang bukan saja dipenuhi ibadah kepada Allah, tetapi juga bulan ketika kita menaburkan kasih-sayang kepada sesama hamba Allah.

Bertanyalah pada diri malam ini:

Apakah akan aku bertemu lagi dengan Ramadhan ini?
Adakah sudah ku penuhi Ramadhan ini dengan ibadah?
Adakah amalan ku ini akan diterima Allah SWT?
Apakah malam-malam Ramadhan telah ku hiaskan dengan gelak tawa atau dengan tangisan taubat?
Adakah di Ramadhan ini telah aku lagukan ia dengan alunan Quran, zikir, selawat?

Akhirnya marilah bersama-sama kita berdoa moga-moga Allah swt menerima segala ibadat
kita terutama di bulan Ramadhan ini. Moga kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan ini. Bulan yang penuh dengan maghfirah dan rahmat Allah swt.

Wednesday, September 24, 2008

:: Pagi-pagi yang indah bersama sahabat ::

[ Bersedia untuk menikmati makanan sahur yang lazat..:) ]
[ Makan makanan western sekali sekala..hehe ]
[ Sup ayam, panas lagi..best² ]
[ Tengah khusyuk baca doa makan..2/3 malam, waktu mustajab berdoakan ]
[ Raden Rahmatinor tengah makan cheiken chop..mengidam la nih ]
[ Ni la makanan kitorang - save budget ]
[ nyium..nyium..sedak² ]
[Aku dengan Zahid - khusyuk tengah makan]

Rasulullah bersabda:
"Hendakkah kamu jika aku bagitahu satu perkara yang lebih baik daripada martabat puasa, solat dan sedekah? Mereka menjawab, 'Sudah tentu.' Baginda bersabda : Memperbaiki hubungan, kerana sesungguhnya kerosakan hubungan adalah pencukur / pemusnah agama"
Hadith Riwayat Al-Tarmizi (2433) : Sahih Sunan Al-Tarmizi (2509)

Hari ini rasa bahagia jer ada sahabat-sahabat ni..hehe..ni baru dapat makan sahur bersama kat bilik aku..biasanya, ada yang bangun lewat la, ada yang minum air jer, pahtu tidur balik la..last-last tak sahur bersama-sama gak.

Gambar-gambar ini adalah sahabat roomate aku Bilal F3.4. Sesape nak mai, bleh mai, tapi kena ada makanan baru bleh masuk..hehe..walaupun time ni aku tidur kul 3 pagi, tapi alhamdulillah, dapat bangun pukul 4 pagi. Sejam jer aku tidur. Besela, student katakan.

Bilik aku pun dah jadi macam bilik serbaguna dah. Semua benda roomate aku guna kat bilik aku, makan, minum, tidur, wat assignment dan bleh dikatakan macam-macam benda lah..huhu. Papepun, bersahabatlah kamu kerana Allah dan membenci la kamu kerana Allah.

Semoga persahabatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah..

p/s: sorry, muka-muka tak mandi lagi..haha~

Tuesday, September 23, 2008

:: Siri 2: Cinta Lailatul Qadar ::

Tanda-Tanda Lailatul Qadar

Kemudian untuk lebih meyakinkan kita, bagaimana mencari datangnya malam ini, Rasulullah saw menjelaskan Lailatul Qadar mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri yang tidak dapat kita kenali kecuali setelah berlalunya malam tersebut. 3 ciri atau keistimewaan yang telah disebutkan dalam hadis sahih adalah;

1. Cuaca pada malam itu tidak sejuk dan tidak panas dan terbitnya matahari seperti biasa akan tetapi memancarkan cahaya redup (tidak bersinar terang seperti biasa), berdasarkan sebuah hadis diriwayatkan dari Ibnu Khuzaimah dari hadis Ibnu Abbas, ia berkata::

"Ketika Lailatul Qadar pergi meninggalkan, bumi tidak terasa dingin, tidak juga panas, dan matahari terlihat berwarna merah pudar"

Daripada hadis Ahmad:
"Pada hari itu tidak terasa panas ataupun dingin, dunia sunyi, dan rembulan bersinar"

2. Malam tersebut juga langit akan bersih dari awan-awan dan bintang–bintang jelas kelihatan. Ini berdasarkan sebuah hadis diriwayatkan oleh Imam Thobroni, bahawa Nabi SAW bersabda :

“Malam al-qadar itu terang dan cerah langitnya, suhunya tidak begitu sejuk dan tidak begitu panas, dan tidak ada bintang yang dilempar-lempar ( meteor ).”

Ada sebahagian pendapat yang mengatakan bahawa salah satu ciri datangnya malam Lailatul Qadar adalah melihat segala sesuatu yang ada di bumi ini tertunduk dan sujud ke hadirat-Nya.

Sebahagian lain mengatakan pada malam itu dunia terang benderang, di mana kita dapat melihat cahaya di mana-mana sampai ke tempat-tempat yang biasanya gelap. Ada juga yang mengatakan orang yang m endapatkan malam Lailatul Qadar dapat mendengar salam dan khutbahnya malaikat, bahkan ada yang mengatakan bahwa salah satu ciri tersebut adalah dikabulkannya do'a orang yang telah diberikannya taufik. Walaubagaimanapun, ini merupakan petanda-petanda yang hanya bersandarkan pada pengalaman mereka yang telah melaluinya. Mungkin ada kebenarannya.

3. Manakala bukti pada diri kita pula sekiranya kita telah mendapatkannya, semakin bertambah amal ibadah kita, baik secara kuantiti maupun kualiti pada waktu-waktu mendatang.

Saturday, September 20, 2008

:: Siri 1: Cinta Lailatul Qadar ::

Marilah Mencari Lailatul Qadar.

Mengenai bilakah malam itu datang menjemput kita?

1. Akhir Ramadhan

Telah disebutan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra tentang salah satu ciri datangnya malam Lailatul Qadar:

"Kami mengetahui datangnya malam Lailatul Qadar dari
Rasulullah SAW , ketika itu
beliau bertanya: "Siapa diantara kalian
yang pernah melihat bulan pada waktu malam muncul seperti retak tempurungnya?"


Dari hadis tersebut kita dapat simpulkan bahawa Lailatul Qadar datang pada akhir bulan Ramadhan, kerana bulan dengan bentuk yang ditunjukkan Nabi SAW tidak datang kecuali pada akhir bulan.

2. Sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan

"...di sepuluh terakhir di bulan Ramadhan.. "

Rasulullah saw. pernah mem berikan penjelasan bahawa malam yang penuh dengan kebaikan lailatul qadar) biasanya jatuh pada malam ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Dalam hadis sahih Rasulullah sabdanya:

"Carilah dia (lailatul qadar.) di sepuluh terakhir di bulan
Ramadhan pada hitungan ganjil."
(H R. Bukhari Muslim).

3. Tujuh malam terakhir bulan Ramadhan

Dari Ibnu Umar ra, ada beberapa orang sahabat Nabi SAW yang bermimpi bahawa Lailaitul Qadar akan datang pada pada tujuh malam terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah SAW bersabda:

"Aku juga melihat ru'yah kalian pada tujuh malam terakhir bulan tersebut. M aka
barang siapa yang menginginkannya, dapatkanlah malam tersebut pada tujuh malam
terakhir"

Walau bagaimanapun, sekiranya kita sudah ketinggalan 3 malam pertama dari 10 malam terakhir maka carilah pula 7 malam yang terakhir. Ini bersandarkan hadis oleh Ibnu Umar ra, ia berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Dapatkanlah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan,
apabila kalian merasa lemah atau tidak mampu melaluinya maka jangan sampai kalian
kehilangan tujuh malam berikutnya"

Lebih dekat lagi kebanyakan ulama’ menguatkan pendapat yang mengatakan malam tersebut adalah malam yang kedua puluh tujuh. Pendapat ini dikuatkan oleh hadis-hadis yang menjelaskannya. Di antaranya perkataan Rasulullah SAW :

"Barang siapa mencarinya, maka carilah di malam yang ke-27."
(HR. Ahmad)

"...malam lailatul qadar
akan jatuh pada malam ke-29.."

Menurut Imam al-Ghazali, Lailatul Qadar dapat diketahui dengan cara melihat awal bulan Ramadhan. Sekiranya awal Ramadhan hari Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar akan jatuh pada malam ke-29. Sekiranya awal Ramadhan hari Isnin, maka malam lailatul qadar akan jatuh pada malam ke-21. Sekiranya awal Ramadhan hari Selasa atau Jumaat, maka malam lailatul qadar akan jatuh pada malam ke-27. Sekiranya awal Ramadhan hari Khamis, maka malam lailatul qadar akan jatuh pada malam ke-25. Sekiranya awal Ramadhan hari Sabtu, maka malam lailatul qadar akan jatuh pada malam ke-23.

Dari berbagai versi hadis yang telah disebutkan, jelas terbukti bahawa Lailatul Qadar jatuh pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Terdapat riwayat Muslim menyatakan bahawa Lailatul Qadar jatuh pada tujuh malam terakhir sedang riwayat Imam al-Bukhari ada yang melihat jatuh pada malam ketujuh dan ada yang melihat sepuluh terakhir.

Adapun pendapat yang dianggap kuat adalah pendapat yang mengatakan bahwa Lailatul Qadar jatuh pada hari ganjil sepuluh terakhir bulan Ramadhan, dan dari hari ganjil itulah terpilih dalam dua puluh tujuh.

Namun begitu, langkah terbaik ialah dengan sentiasa mengoptimumkan 10 malam terakhir dalam bulan yang penuh rahmat ini. Dengan begitu kita tidak khuatir akan terlepas dari malam lailatul qadar, karena kita mencarinya hanya pada malam -malam tertentu.

"...di sepuluh terakhir di bulan Ramadhan.. "

Friday, September 19, 2008

:: Rindunya padanya.. ::



Salam Ramadhan...

"Adakah aku terpilih untuk bertemu dengannya?? "

Ya, rindunya pada pertemuan malam Lailatul Qadar. Adakah aku terpilih untuk bertemu dengannya?? Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui segala-galanya dan semuanya telah ditentukan oleh Allah, siapakah yang betul-betul layak untuk digelar "muttakin" atau hamba-hamba Allah yang bertaqwa di dalam bulan Ramadhan ini.

Malam yang dicari-cari oleh ummat Nabi Muhammad di dalam bulan Ramadhan yang menyamai 1000 bulan iaitu lebih kurang 83 tahun yang tiada di bulan lain.. SubhanaAllah... Siapakah yang dapat bertemu dengannya nanti. Sungguh beruntung orang yang terpilih itu.

“Sesunguhnya kami menurunkannya ( al-Quran ) pada malam al-Qadar.
Dan apakah kamu tahu malam al-Qadar itu. Malam al-Qadar itu lebih baik
dari seribu bulan. Turunlah para malaikat dan ruh ( Jibril ) ke bumi
dengan izin Rabbnya untuk menjalankan segala urusan.
Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar.”
Surah Al-Qadar : 1-5

Kelebihan Ramadhan adanya Lailatul Qadar

Banyak sekali kelebihan-kelebihan yang Allah berikan kepada hambanya melalui Ramadhan ini, sehingga wajar kalau Rasulullah mengekspresikan keutamaannya dengan sabdanya :

"Apabila umat ini tahu apa yang ada dalam
Ramadhan (baca: rahmat, barakah) niscaya
mereka akan mengharapkan hal
itu selama satu tahun penuh."
(HR. Tabrani)

Terdapat satu lagi peristiwa besar yang merupakan satu kelebihan Ramadhan ini, iaitu peristiwa turunnya al-Qur'an. Al-Qur'an yang ada di antara kita ini diturunkan ole h Allah ke 'sama al-dunya' ( langit yang paling dekat dengan dunia) secara serentak pada malam 'lailatul qadar' di bulan Ramadhan untuk kemudian diturunkan ke Rasulullah secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa yang terjadi. Kerana lailatul qadar inilah Rasulullah dalam banyak waktu sentiasa berusaha keras untuk m endapatkannya. Banyak penjelasan Rasulullah yang sampai kepada kita, tentang keutamaan-keutamaan malam yang penuh barakah ini.

"...melipat gandakan sampai 1000 bulan ( 83 tahun 3 bulan ) ... "

Sebagai malam yang terbaik dan paling barakah di antara malam yang ada, di dalamnya Allah telah menjanjikan pada hambanya yang ikhlas dan berharap untuk mendapatkan perlindungannya di hari akhirat, akan melipat gandakan sampai 1000 bulan ( 83 tahun 3 bulan ) untuk amalan-amalan kebaikan yang dilakukan pada m alam ini. Janji ini secara langsung Allah katakan dalam al-Qur'an surat al-Qadr (satu surat penuh). Hal ini tentunya cukup menunjukkan pada kita akan keutamaan m alam al-qadar ini.

Kerana itulah, Ramadhan dengan lailatul qadarnya sebagai satu media yang mampu
mengantarkan kita pada kesucian. Rasulullah, pada suatu ketika bersabda :

"Barang siapa beramal pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan
mengharap pahala dari Allah, maka terampunilah dosa-dosanya yang telah lalu".


Tidak berlebihan memang, kalau Allah menamainya malam yang kebaikannya melebihi seribu bulan. Betapa sombongnya manusia yang sangat memerlukan pengampunan dari Allah atas perbuatan-perbuatan mereka yang banyak menyimpang, apabila mereka menyia-nyiakan kesempatan emas yang bersifat tidak tentu lagi akan mereka mendapat kesempatan ini di masa-masa yang akan datang.

Siapakah yang dapat menjamin bahawa usia kita akan sampai Ramadhan tahun-tahun yang akan datang. Oleh karena itu merupakan keharusan yang tidak mesti tidak bagi kita, untuk mengejarnya, sehingga janji-janji Allah yang telah ditaburkannya itu benar-benar mampu kita dapatkan.

Thursday, September 04, 2008

Tarbiyah di Sepanjang Ramadhan

Ahlan Wasahlan ya Marhaban. Syukur, Allah menyampaikan kita kepadanya, sepastinya ramai yang sempat mengerjakan solat sunat Tarawikh dan berqiamullail semalam. Kali ini ana ingin berkongsi pendapat terhadap aktiviti-aktiviti yang boleh di lakukan sepanjang bulan Ramadhan...di petik dari email ana.

Allah SWT Dzat Maha pendidik dan pembina seluruh manusia terutamanya kepada orang yang beriman. Allah SWt memberikan peluang tarbiyah kepada kita baik secara konsepsional (Al-Quran) maupun operasioal (sholat dan lain-lain), agar kepribadian kita bisa dibentuk didalam acuan Rasulullah saw. Apatah lagi dengan kedatangan puasa di bulan Ramadhan, satu anugerah Allah kepada akh daie untuk di manfaatkan sebagai pemacu pembinaan diri. Puasa ibadat yang kita jalankan yang mana di dalamnya terdapat amal-amal yang lain tentunya mampu untuk membantu kita bermuqarabah dengan Allah, dengan ikatan kepadaNya yang tidak pernah lekang.

sahabat sekalian,

Kita semua memahami bahwa manusia itu terdiri dari unsur jasad yang lekat dengan nafsu dan dapat mendorongnya menjadi manusia berperilaku syaitan dan ruh yang lekat dengan penciptanya dapat mendorongnya menjadi manusia yang soleh (dalam ketaatannya kepada Allah). Pembinaan Ramadhan ini diharapkan dapat membentuk manusia yang dapat dikuasai oleh ruhnya sehingga ia betul-betul dapat beriman kepada Allah Azza wa Jalla.

Adakah engkau perhatikan orang-orang yang mempertuhankan nafsunya. Adakah engkau dapat menjadi pengawas atasnya (QS. Al-Furqan ayat 4).

Atau adakah engkau mengira bahwa kebanyakan mereka mendengar dengan sunggguh-sungguh atau memikirkan pelajaran pelajaran dakwah Tidak ! Mereka hanyalah seperi binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi jalan pikirannya dari binatang itu.

Ramadhan merupakan bulan pembinaan kepribadian muslim sehingga ia sangat urgen dalam kehidupan kaum muslimin, sebagaimana tanggapan para sahabat dalam masa kehidupannya, mereka selalu gembira menyambut kedatangan Ramadhan dan menagis menjelang kepergiannya. Seperti yang di ajar nabi, “Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan”.

[ Ramadhan bukan hanya menahan lapar dan dahaga sahaja,
tetapi ia lebih kepada bulan mentarbiah diri kepada Ilahi ]

Mari kita rujuk pada nash Al Qur'an, pada Surah Al Baqarah : 183 - 187, dimana di dalam ayat-ayat tersebut setidaknya berisi amalan-amalan prioritas utama yang hendaknya tidak kita tinggalkan di bulan suci Ramadhan ini.

Kelima ayat di atas memiliki target menjadikan umat Islam menjadi umat yang bertaqwa kepada Allah SWT, dan hanya mengagungkan Allah saja (walitukabbirullaaha 'ala maa hadaakum). Sehingga dengan penanaman nilai-nilai ini akan membentuk keperibadian akh yang kita ingini, antaranya:

o Mengutamakan bacaan Al-Quran (Khatam Al-Quran)

o Sentiasa bangun Qiamullail

o Berakhlak mulia menjadi contoh tauladan kepada mad’unya

o Sentiasa berkata benar

o Kurang ketawa dan membuat perkara lagho yang membantutkan pengembangan akhlak seoarang daie

o Merapatkan ukhuwah

o Dan sepastinya semua nilai di atas mampu untuk melajukan kita dalam gerak kerja dakwah jika pandai untuk menggunakannya.


Adapun urgensi Ramadhan dalam pembinaan kepribadian muslim adalah:

1. Dapat memperkuat Ruh.

Ramadhan jika bernilai dihadapan seorang mkmin maka ia akan dapat memperkuat ruhnya sedangkan ruh yang kuat merupakan pendorong amal sholeh manusia dan Allah menilai manusia tidak dari bentuk rupanya tetapi Dia menilai dari kondisi ruhnya.

Sebagaimana sabda Rasulullah saw:

Sesungguhnya Allah TAala tidak melihat jasadmu dan bentukmu bahkan ia melihat hatimu. (Muslim)

Bahkan seluruh milik manusia tidak akan berguna ketika menghadap Allah kecuali jika didasarkan oleh ruh yang kuat (iman).

Pada hari harta dan anak-anak tidak berguna (Asy Syuara 88)

Tarbiyah Ruhiyyah adalah amat essential bagi seoarang daie kerana tiadalah makna kehidupan melainkan diri kita mendapat redho Allah. Aktiiviti puasa itu sendiri jika bertul-betul di hayati mampu untuk melembutkan jiwa kita di hadapan Allah, apatah lagi jika di tambah dengan ibadah-ibadah yang lain.

Antara aktiviti penting sepanjang Ramadhan ialah:

o Melaksanakan Puasa

Rasulullah SAW bersabda, "Bukanlah puasa itu menahan diri dari minum dan makan. sesungguhnya puasa itu adalah menahan dari perbuatan yang sia-sia (lahwun) dan hal-hal yang negative (rafats)." Hadits di atas perlu kita cermati agar kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang berpuasa dalam tingkatan Awam, yakni tingkatan bagi mereka yang berpuasa dengan hanya menahan diri dari makan dan minum.

Mari kita lakukan puasa itu dengan landasan keimanan dan perhitungan mencari redho Allah, bukan kerana budaya atau hanya sekadar ikut-ikutan saja.

o Meningkatkan interaksi dengan Al Qur'an

Lakukan shalat Tarawih dengan 1 juz/malam. Imam Asy-Syafi'I mampu mengkhatamkan Al Qur'an 30 kali, Imam Bukhari bahkan mampu mengkhatamkan Al Qur'an 40 kali (30 kali ba'da maghrib dan 10 kali ba'da sahur). Membaca dan Mendengarkan Al Qur'an adalah sama nilainya. Selain kita berinteraksi dengan Al Qur'an di bulan ini, jadikanpula ia petunjuk hidup dengan mentadabburinya. Fenomena yang berkembang saat ini adalah bahwa umat Islam hanya dekat pada Al Qur'an ketika masih kecil di sekolah, ketika sakit keras,dan ketika telah meninggal, padahal Al Qur'an adalah untuk orang yang hidup bukan untuk orang mati, sebagaimana dijelaskan pula hal ini dalam Surah Yasin.

Ikhwati fillah,

o Rancang tilawah Al-Quran harian

o Bagus jika dapat bertadarus seperti yang biasa di lakukan selepas tarawikh atau bila-bila yang sempat. Rancang bersama kawan antum. Di Radio Kedah selalunya ada tadarus online setiap malam Ramadhan.

o Tambahkan hafalan Al-Quran jika mempunyai kelapangan

o Muraqabah

o Sikap kita untuk merasa senantiasa berada dalam pengawasan Allah.

o Perbanyakkan zikir dan doa

o Kurangkan perkataan yang sia-sia

o Iktikaf di masjid, selalunya di 10 malam yang terakhir

2. Dapat memperkuat Akhlaq.

Iman tidak akan sempurna tanpa diiringi dengan akhlaq, sehingga orang yang beriman dituntut berakhlaq kepada Allah maupun kepada manusia. Setelah Ramadhan dapat memperkuat ruh maka otomatis dia akan dapat memperkuat akhlaq.

Mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaqnya. (Tirmidzi).

Akhlaq merupakan misi risalah Rasululah saw sehingga dakwah belum berhasil bila belum dapat merubah akhlaq manusia. Oleh kerana itu Allah SWT menciptakan Ramadhan sebagai sarana pembinaan akhlaq sehingga takkan ada manusia berakhlaq sempurna kecuali dia mukmin yang dapat mewujudkan urgensi Ramadhan ini.

Perlu diketahui bahwa standard akhlaq dalam Islam adalah Al-Quran sehingga Ramadhan dapat membina berakhlaq Al-Quran.

Akhlaq yang diperkuat oleh pembinaan Ramadhan adalah :

o Sabar baik untuk tetap taat ataupun meningalkan maksiat.

o Mengenal nikmat Allah.

Sehingga Rasulullah saw ketika ditawari Allah batu-batu sungai di Mekah untuk dijadikan emas, beliau menolaknya dan berkata: Tidak ya Allah bahkan aku kenyang satu hari dan lapar satu hari, apabila aku lapar aku mendekat kepadaMu dan mengingatMu dan apabila aku kenyang aku bersyukur dan memujiMu.

Ingat kesulitan orang yang susah.

Bahwa Ramadhan dapat mengingatkan orang yang memperoleh nikmat, untuk merasakan kesulitan orang orang yang susah sehingga dengan rasa lapar di bulan Ramadhan akan terjadi persamaan yang sempurna antara kaya dan miskin dan juga dapat menimbulkan cinta kasih mereka terhadap sesama Muslim.

Berlapang dada memaafkan kesalahan orang lain

Shaum merupakan perisai sehingga dalam kondisi apapun oranng yang shaum tidak akan bertikai, berkata yang buruk dan menyakiti orang lain. Rasulullah bersabda :

Shaum itu perisai maka apabila slah seorang dari kamu shaum janganlah berkata keji dan membodohi orang lain. Jika seorangn menyerangnya atau mengejeknya maka hendaklah ia berkata, saya sedang shaum (2x).

Banyak berderma

Ramadhan dapat membentuk seorang muslim banyak berderma kerana kehendak berbuat baik dibulan Ramadhan meningkat,sehingga setiap hari pada umumnya kaum muslimin dibulan ini dapat bersedekah.

3. Dapat memperbanyak amal

Ramadhan adalah bulan Tarbiyah, medan Tarbiyah dagi para daie. Di siang hari mereka rajin melakukan aktviti, banyak beramal dan berhasil. Dan pada malam harinya mereka bertahajud, membaca Al-Quran dan berdoa. Selain itu bulan Ramadhan memberikan kesempatan pada daie untuk beramal dengan nilai yang besar dengan diturunkannnya malam lailatul Qadar,sehingga amal pada waktu itu lebih baik dari seribu bulan.

Juga Ramadhan adalah Shahrul Muwassaat. Sehinggakan Rasul gemar berzakat, dan mencapai level tertinggi kegemarannya itu di bulan Ramadhan.

Ingatlah, ”Tidak akan berkurang harta seseorang yang diinfakkan di jalan Allah“. Apalagi di bulan Ramadhan, Rasulullah Saw. menjadi lebih dermawan, Imam Bukhori dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas, beliau berkata : “keadaan Rasul lebih dermawan dari pada bulan-bulan lainnya ketika bertemu Jibril ”

Ikhwati fillah,

o Ini masa untuk berinfaq, infaqlah kepada mereka yang memerlukan, atau lebih utama kepada dakwah yang memerlukan. Penuhilah tabung usrah antum!

o Mengakan majlis berbuka puasa dari rumah ke rumah dan bertarawikh sekali. Kunjung berkunjung, bertukar juadah. Rancangkanlah.

o Mengadakan aktiviti-aktiviti memperingati peristiwa-peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan.

o Mengadakan kuliah-kuliah di masjid sewaktu solat Tarawikh.

o Menyebarkan artikel-artikel sebagai peringatan penghayatan bulan Ramadhan.

4. Dapat memperkuat jasad.

DR.Musthafa As Siba'I, mengatakan bahwa Ramadhan adalah Shahrul Quwwah (Bulan Kekuatan), sehingga tidak ada ceritanya ketika di bulan Ramadhan kita merasa lemas, tidak bergairah dan malas untuk bekerja, padahal Perang Badar (17 Ramadhan, tahun keduanya) dilakukan di bulan Ramadhan oleh 300 lebih kaum muslimin melawan 1000 orang musyrikin (hamper sepertiganya), dan padahal Perang Tabuk, Fath Makkah (Penaklukkan Kota Makkah), dan penyebaran da'wah Islam, dilakukan di mendekati Ramadhan.

Bulan ini untuk melatih kekuatan, daya tahan. Walaupun letih berpuasa, ikhwah dan akhwat masih lagi mampu untuk terus mengerjakan amal dakwah, bahkan lebih laju dengan segala potensi bulan Ramadhan yang mampu kita gunakan.

Ramadhan merupakan pembinaan muslim dalam menjaga pencernaan untuk tetap sehat pada hari biasapun diharapkan ia dapat menjaga perutnya agar tidak terisi penuh sebab perut yang selalu penuh dapat menimbulkan;

Kemalasan

Berat melangkah

Terlambat dalam beramal

Sulit menghafal

Mudah dikuasai syahwat

Hilangnya cinta kasih pada sesama makhluq.

Aisyah berkata :

Bencana yang pertama terjadi pada umat ini setelah nabinya adalah rasa kenyang, kerana sesungguhnya kaum ketika kenyang perutnya, gemuk badannya, maka lemahlah hatinya dan berkuasalah syahwatnya.

Demikianlah urgensi Ramadhan dalam pembinaan kepribadian muslim, ternyata dengan Ramadhan kaum mulimin dapat menjadi mukmin yang kuat (ruh, amal, akhaq dan jasad) yang lebih baik dan lebih dicintai Allah SWT.

Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari pada mukmin yang lemah.

Ada hadith menyebut, nilai shaum yang paling besar adalah jika dilakukan di medan perjuangan: satu hari shaum dijauhkan dari neraka selama 70 tahun:

Tiada seorang hamba yang shaum satu hari dijalan Allah kecuali dengan sehari itu Allah jauhkan wajahnya dari neraka selama 70 tahun. (Jamaah kecuali Abu Daud).

Juga, Ramadhan salahsatu sarana pembinaan jasad sehingga jasad bisa tetap sehat dan kuat oleh kerana itu Yusuf Qordhowi mengatakan dalam bukunya bahwa berdasarkan hasil terapi penyembuhan ternyata 300 orang yang sakit kencing manis dapat disembuhkan dengan shaum. Hal ini sesuai dengan hadits Rosulullah saw.

Shaumlah kamu niscaya kamu sehat.

Ikhwati fillah,

o Gunakan peluang Ramadhan untuk melatih amal kita, bahkan untuk menghayati potensi Ramadhan seperti para sahabat.

o Lajukan gerak langkah berjumpa mad’u dan eratkan ukhwah.

o Hayati Badar, mungkin dengan mengadakan aktiviti jalan jauh (10KM) sebelum berbuka pada 17 Ramadhan.

o Jangan jadikan Ramadhan alasan keletihan yang melembapkan pergerakan dakwah.

Akhirnya,

Shaum dan Quran menjadi syafaat bagi seorang hamba dihari kiamat. (Ahmad)

Shaum merupakan amal yang dapat memasukkan seorang muslim ke dalam surga sesuai dengan wasiat Rasulullah saw kepada Abi Umamah, ketika dia minta diperintahkan untuk beramal yang dapat memasukkannya kedalam syurga, maka beliau bersabda :

Hendaklah kamu shaum

Dijauhkan dari neraka

Masuk syurga dari pintu Royyan

Orang yang shaum akan masuk syurga lewat pintu khusus (Royyan ) sehingga dihari kiamat nanti akan ditanya dimana orang-orang yang shaum agar masuk dari pintu tersebut.

Sesungguhnya syurga itu mempunyai satu pintu yang disebut Royyan. Dikatakan dihari kiamat dimanakah orang-orang yang shaum. Kemudian apabila terakhir dari mereka sudah masuk maka pintu itu ditutup.

Tuesday, September 02, 2008

Salam Ramadhan Kareem..Jom sama² singkap kehebatannya

[ adakah ini Ramadhan terakhirku? ]


[ Semoga ini Ramadhan terbaikku..insyaAllah! ]


Salam Ramadhan untuk sahabat² sekalian..


Semua blog sekarang tertumpu pada tajuk Ramadhan ..kenapa ya??mesti ada hebatnya hebatnya bulan ini..jadi saya pun nak kongsi jugalah walaupun sudah banyak blog berkata-kata tentang bulan ini.

jom kita sama² berkongsi, apakah kehebatan bulan penuh rahmat, penuh pengampunan, penuh kerendahan dan penuh keberkatan ini...jom kita kongsi bersama. buat renungan kita semua..Singkap kehebatan bulan ini. jom!!

Kemuliaan Bulan Ramadan

* Kemuliaan serta kelebihan Ramadan sabit dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW. Sesungguhnya Ramadan telah dipilih oleh Allah sebagai bulan bagi umat Islam melaksanakan ibadat puasa. Firman Allah: Wahai orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa (Ramadan). (al-Baqarah: 183)

* Ramadan juga adalah bulan diturunkan al-Quran. Firman Allah: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan pembeza. (al-Baqarah: 185)

* Malam al-Qadar juga wujud pada bulan ini sahaja. Dalam bulan ini juga disunatkan kita bersolat Tarawih. Ini kerana pada bulan lain, solat sunat Tarawih tidak disyariatkan.

* Ketika Ramadan juga, pintu syurga dibuka. Sabda Rasulullah SAW: Apabila datang Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga. (riwayat Bukhari)

* Bahkan pintu-pintu neraka akan ditutup dan syaitan pula diikat. Sabda Rasulullah SAW: Apabila masuk bulan Ramadan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan. (riwayat Bukhari)