Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Friday, February 27, 2009

Ciken Pop yang lazat..

Assalamualaikum..
Hari ini sudah masuk hari yang ke 12 saya kena Demam bertih= ciken pop. Memang lazat kena sakit ni, sebab baru kita sedar bagaimana rasanya sakit kena penyakit. Siapa yang pernah kena, mesti tahu macam mana. Baru kita rasa nak pohon pada Allah banyak-banyak, supaya sakit kita ni beransur pulih. Tapi, Allah nak tengok sejauh mana kesabaran kita dalam menghadapi sakit yang hanya sedikit sahaja.

Walauapapun, terima kasih pada sahabat-sahabat yang banyak membantu saya ketika sakit ni. Memang best rehat kat rumah. Orang msg, telefon, ajak pergi program, saya kat rumah. Hehe. Tak der orang nak ganggu. Mungkin Allah nak bagi saya rehat untuk seketika sebelum berjuang bersama-sama sahabat lain lepas ni. InsyaAllah. Harapnya makin kuat la lepas kena penyakit ni. Sebab anti body makin bertambah. Makin ada power.

Minggu hadapan saya kembali semula ke UIA walaupun cikenpop ni tak pulih sepenuhnya. Harapnya dapat menyambung semula kerja-kerja yang dah banyak tertangguh. Doakan supaya saya cepat sembuh dan dapat buat kerja seperti biasa. Ada 2 test sedang menunggu saya. Huh!Takut la pulak.

Di sini saya ingin berkongsi doa-doa yang diajar oleh Nabi SAW sekitar tentang sakit dan penyakit. Harap kalau kita jumpa sahabat-sahabat kita yang sedang menghadapi sakit, kita sama-sama doakan dan amalkan. Hidupkan sunnah nabi dalam hidup kita.

Doa kesihatan diri
Allaahumma ‘aafinii fii badanii, Allaahumma ‘aafinii fi sam’I, Allaahumma ‘aafinii fii bashari. Allaahumma innii ‘auudzubika minal kufri wal faqri. Allaahumma innii ‘auudzubika min ‘azaabil qabri. Laa ilaaha illaa anta.

Ertinya :
“Ya Allah, sembuhkanlah badanku. Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku. Ya Allah, sembuhkanlah penglihatanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berllindung kepadaMu dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sisa kubur. Tiada Tuhan selain Engkau”
(H.R. Abu Daud dan Al Hakim)

Doa sakit badan
Bismillaah (3x)
A ‘uudzu billaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadiru. Wa a’uudzu bi’izzatillaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadiru (7x)

Ertinya :
“Dengan nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang aku rasakan dan kutakuti. Dan aku berlindung dengan kekuatan kekuasaan Allah dari kejelekan yang aku rasakan dan kuatirkan”
(H.R. Muslim dan Malik)

Doa Nabi Ayyub A.S
Innii massaniidhdhurru wa anta arhamurraahimin, wa annii massaniisysyaithaanu bi nushbin wa ‘adzaabin

Ertinya :
“(Ya Allah), sesungguhnya penyakit telah menimpaku, sedangkan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara para penyayang. (Ya Allah), sesungguhnya setan telah menggangguku dengan kepayahan dan siksaan”
(Q.S Al Anbiya’, 21:83 dan Shaad, 38:41)

Doa luka atau penyakit bernanah
Bismillaahi turbatu ardhina biriiqati ba’dhiinaa yasyfi saqiimunaa biidzni rabbinaa

Ertinya :
“Dengan nama Allah, dengan debu-debu tanah (yang kami ambil ini) dan kain pembersih luka yang kami miliki, sembuh penyakit kami ini dengan izin Tuhan kami”
(H.R. Muslim)

Doa penyakit demam
Bismillaahil kabiir, na’uudzu billaahil ‘azhim min syarri kulli ‘irqin naa’arin wa min syarri harrinaar

Ertinya :
“Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah Yang Maha Agung dari kejahatan seluruh urat yang kecapaian dan dari kejahatan api neraka yang sangat panas”
(H.R. Hakim)

Doa ketika sakit bengkak
Allaahumma mushaghghiral kabiir wa mukabbirashshaghiir, maabi

ertinya :
“Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar dan membesarkan segala yang kecil, kecilkanlah apa yang ada padaku ini”
(H.R. Al Hakim)

Doa mohon bertambah sihat
Yaa Hayyun yaa Qayyun birahmatika istaghiitsu, ashlih lii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsi tharfata ‘ainii wa laa ilaa ahadin minan naas

Ertinya :
“Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Kekal, hanya dengan kasihMu aku bermohon pertolongan. Sehatkanlah seluruh kondisiku, jangan Engkau biarkan mata ini menangis, dan jangan Engkau biarkan aku bergantung kepada siapapun”
(H.R. Ath Tabrani)

Doa makan ubat
Bismillaahi asysyaafi, bismillaahi al kaafii, bismillaahi al mu’aafi. Bismillaahi alladzii laa yadhurru ma’asmihi syaiun fii al ardhi wa laa fii as samaai wa huwa as samii’ul ‘aliim

Ertinya :
“Dengan nama Allah Yang Maha Menyembuhkan, dengan nama Allah Yang Maha Mencukupi, dan dengan nama Allah Yang Maha Memaafkan. Dengan nama Allah yang tidak akan memberi mudharat sedikitpun, baik yang di bumi maupun yang di langit. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Doa penyakit mata
Allaahumma matti’nii bi basharii waj’alhul waaritsa minnii wa arinii fil ‘aduwwi tsa’rii wan-shurnii ‘alaa man zhalamanii

Ertinya:
“Ya Allah, berilah aku kenyamanan dengan penglihatanku ini dan jadikanlah hal serupa kepada ahli warisku. Berikanlah pembalasan kepada orang yang memusuhiku dan menangkanlah aku atas orang yang berbuat zhalim”
(H.R. Al Hakim)

Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'"
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., Shahih Muslim no. 2733)

Orang yang sedang menjenguk orang sakit.
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh"
(Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar,"Sanadnya shahih")

Monologku:
"Ya Allah, sihatkanlah aku dan jauhkan
sahabat-sahabatku dari segala jenis penyakit dan sakit. Amin"

Tuesday, February 24, 2009

Aku demam campak = Bertih

Innalillah..

Itulah perkataan kawan aku bila dia ingin berjumpa dengan aku, aku kata aku kena demam campak.

Demam campak ini sudah lama kita dengar, kita tahu, bahkan mungkin kita pernah kenakan. Tapi sebenarnya sejauh mana kita faham mengenai penyakit ini.

Pengalaman
Ini kerana pada minggu lepas bertarikh 16/2/09 aku kena demam campak. Mak aku kata bukan campak sebab kalau campak dia hanya hitam-hitam gitu jer, tapi bertih. Hmm, aku pun tak faham, tapi papepun, mungkin dia dari spesis campak jugak, mungkin campak yang kuat la kot.

Sekarang ni aku sedang sedap-sedap bercuti kat rumah. hehe.. Mungkin masa inilah aku perlu gunakan masa rehat sebaik mungkin sebelum aku berjuang kembali di kampus aku. Tapi jangan ingat aku kat rumah tak buat kerja pape yer. Tarbiah telah mengajar kita, dimana kita berada, jangan tinggal kerja tarbiah walaupun seminit. Kerja tarbiah tak semestinya buat kerja organisasi jer. Tapi membaca pun kerja tarbiah juga kan.

Cerita pasal campak ni, aku mula-mula kena tu rasa..hmm, lupa plak. Tapi memang ada rasa letih sangat. Tak tau la napa. Lepas tu, malam-malam tu demam panas. Memang tak leh tido. Masa ni aku tak tau lagi napa, tetiba pening-pening, pahtu, tak lalu nak makan.

Pagi hari seterusnya rasa sakit-sakit badan. Macam badan aku ni ada rangka jer. Kepala pun rasa macam nak longgar jer.

Hari seterusnya aku rasa ada biji-biji kat badan. Mula-mula tak perasan la sakit apa. Lepas tu baru teringat yang aku da kena campak. Terus pergi jumpa doktor. Memang confirm kena campak. Dr. suh aku balik rumah la. Jadi sekarang aku kat rumah la. Kena campak ni memang azab, so, sebelum korang kena azab ni kena la tahu tanda-tandanya dan cara mengubatinya. Tapi jangan rungsin. Orang kata kena sekali dalam seumur hidup je.

Beberapa fakta demam campak
Beberapa fakta menarik pasal demam campak yang telah aku cari yang dapat dikongsi bersama.

Apa itu demam campak?

Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus
measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan
disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan
cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini
sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala
demam campak seperti:
• Demam tinggi
• Batuk, selsema dan sakit tekak
• Mata berair dan sensitif kepada cahaya
• Sakit otot

Ruam demam campak.
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala
kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari.
Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam
sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan
oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan
selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna.
Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang
menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
• Jangkitan pada telinga
• Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
• Jangkitan pada otak (encephalitis)
• Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?

Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
• Panadol untuk mengurangkan demam
• Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
• Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR
(Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.
MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak
mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau
petugas kesihatan.

Petua Mengubati Demam Campak
Mungkin ramai di antara kita tahu salah satu kegunaan Daun Semambu. Daun semambu juga dikenali sebagai Mambu atau Neem dalam bahasa Tamil.

Kalau anda perhatikan, ramai sekali orang-orang India di Malaysia akan menanam pokok semambu ini di halaman/kawasan rumah mereka.

Minggu ini seorang daripada keluarga saya telah terkena Demam Campak. Demam Campak ini mungkin boleh dikatakan sejenis dengan penyakit mizel @ chicken pork.

Bagi mengubati penyakit Demam Campak ini, kami telah gunalah Daun Semambu yang mana Daun Semambu ini sememangnya terkenal sebagai ubat Demam Campak (Chicken Pork).
Cara yang digunakan untuk mengubati Demam Campak ini adalah ;
• 1. Gunakan sebagai pelapik/alas cadar untuk tidur
• 2. Gunakan ia dengan membasuh seluruh badan seperti penggunaan sabun mandi
• 3. Tumbuk daun semambu dengan beras dan kunyit, kemudian lumur dan sapukan diseluruh badan

Kalau ada ubat daripada doktor, bolehlah juga dimakan seperti biasa.
Tips kepada yang terkena Demam Campak atau Chicken Pork ;
• 1. Bila campak dah kering, biar dia tanggal sendiri. Jangan dikunas, nanti parut tak hilang.
• 2. Kalau gatal, eloklah mandi. Petua orang melayu tak bagi/pantang mandi, tapi doktor matsalleh rekomen sangat agar kita mandi. Mana satu yang anda nak ikut, terpulanglah pada kepercayaan masing-masing.