Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Monday, September 29, 2008

:: Siri 3: HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN ::


HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN 1429H

Dari Jabir, dari Nabi SAW bahwa beliau bersabda:

"Apabila tiba malam terakhir dari bulan Ramadhan, maka menangislah langit, bumi dan para malaikat atas musibah yang menimpa umat Muhammad SAW"

Seseorang bertanya:"Ya Rasulullah, musibah apakah itu?"

Jawab Rasulullah SAW :

"Perginya bulan Ramadhan. Kerana sesungguhnya doa-doa di waktu itu dikabulkan, sedekah-sedekah diterima, kebaikan-kebaikan dilipatkan, sedang azab ditahan."

Oleh kerananya, musibah manakah yang lebih besar daripada perginya bulan Ramadhan. Apabila langit dan bumi saja menangis demi kita, maka kita lebih patut menangis dan menyesali atas terputusnya keutamaan-keutamaan dan kemuliaan-kemuliaan ini dari kita.

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Alangkah kecewanya orang yang sejak tiba bulan Ramadhan hingga habis bulan tidak diberi ampunan”

Orang yang seperti itu akan menyesal kerana melalaikan ibadah dalam bulan Ramadhan; demikian puasanya pula hampa belaka, kerana tidak mendapat kurnia ampunan Allah SWT.

Kita semua mengetahui bahwa bulan Ramadhan adalah bulan rahmat, bulan kasih sayang. Pada bulan ini, Allah melimpahkan kasih sayang-Nya pada kaum Mukmin. Pada gilirannya, kita pun diperintahkan menyebarkan kasih sayang pada segenap makhluk-Nya.

Pada bulan Ramadhan misalnya, Allah mendidik kita untuk merasakan lapar dan dahaga, supaya tumbuh pada diri kita rasa sayang pada mereka yang dalam hidupnya sentiasa bersahabat dengan lapar dan dahaga. Pada akhir Ramadhan, kita wujudkan rasa kasih ini dengan mengeluarkan zakat fitrah.

Setelah berakhirnya bulan Ramadhan, kaum muslimin akan merayakan I'dul Fitri. Kita akan berkumpul dengan saudara-saudara kita, sesama kaum Muslim,untuk menyampaikan syukur ke hadirat Allah SWT.

Maka bermuhasabahlah kita, tangisilah Ramadhan yang telah meninggalkan kita. Telah kita selesaikan tiga puluh hari yang penuh ibadah dan kesucian. Telah kita tinggalkan saat-saat bahagia ketika kita berkumpul bersama keluarga selesai azan maghrib; saat-saat yang indah ketika kita memenuhi masjid untuk menuntut ilmu, tadarus,dan tarawih; saat-saat yang khidmat ketika kita bangun di waktu dini hari; makan sahur seraya menjelang azan subuh kita isi dengan dzikir, istighfar, dan doa. Kita akan tinggalkan bulan yang bukan saja dipenuhi ibadah kepada Allah, tetapi juga bulan ketika kita menaburkan kasih-sayang kepada sesama hamba Allah.

Bertanyalah pada diri malam ini:

Apakah akan aku bertemu lagi dengan Ramadhan ini?
Adakah sudah ku penuhi Ramadhan ini dengan ibadah?
Adakah amalan ku ini akan diterima Allah SWT?
Apakah malam-malam Ramadhan telah ku hiaskan dengan gelak tawa atau dengan tangisan taubat?
Adakah di Ramadhan ini telah aku lagukan ia dengan alunan Quran, zikir, selawat?

Akhirnya marilah bersama-sama kita berdoa moga-moga Allah swt menerima segala ibadat
kita terutama di bulan Ramadhan ini. Moga kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan ini. Bulan yang penuh dengan maghfirah dan rahmat Allah swt.

Friday, September 26, 2008

:: PILIHAN WALLPAPER HARI RAYA ::

Salam Ramadhan dan Salam Lebaran Hari Raya Eidilfitri yang bakal tiba

Sesiapa yang memerlukan wallpaper saya untuk diletakkan di dalam Friendster, My Space, Blog dan sebagainya, anda hanya perlu copy dan paste sahaja code untuk wallpaper dibawah wallpaper yang anda mahu. Mudah sahaja. Semoga anda dapat memanfaatkan wallpaper ini dengan sebaiknya. Wassalam..

Wallpaper background hijau UIA
Photobucket



Wallpaper UIA-2
Photobucket



Wallpaper UIA - 3
Photobucket



Wallpaper Tok Guru Malaysia
Photobucket



Wallpaper Tok Guru Kelate
Photobucket




Wallpaper Pro Mahasiswa-1
Photobucket


:: PERUTUSAN HARI RAYA ::

Salam..
Kejap jer rasa Ramadhan berlalu, beberapa hari lagi akan masuk Syawal plak. So, masa ini ramai la yang sibuk-sibuk hantar ucapan raya termasuk la aku..hehe.
Dari aku ambil wallpaper orang lain untuk meraikan ucapan Syawal yang kan tiba ni, maka, better aku buat sendiri la wallpaper. Puas hati..hehe..

Jadi pada kali ini ana nak pohon maaf pada semua sahabat-sahabat yang kenal ana selama ini. Terutama yang terkasar bahasa ke, terlepas cakap ke, buat sahabat-sahabat terasa ke, papelah yang boleh mendatangkan dosa, di sini ana mohon banyak-banyak kemaafan. Semoga hari lebaran ini membawa erti kepada kita sebagai manusia yang berguna. InsyaAllah...

Photobucket

Ni link ana:

Thursday, September 25, 2008

:: Himpunan Mahasiswa Kelantan 3 Syawal ::


Kepada semua mahasiswa anak Kelate, anda semua dijmput untuk menghadiri ke majlis Aidilfitri Mahasiswa Kelantan 2008 bersama YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) pada:

Tempat: Dewan Besar Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh: 3 Syawal 1429H/3 Oktober 2008
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang

Sebarkan kepada semua mahasiswa Kelantan. Wassalam..

:: BICARA SISWA: MAHASISWA & POLITIK ::

MAHASISWA & POLITIK

Siaran Rakaman Bicara Siswa Sempena Minggu Penghayatan GPMS

Tarikh : 26 Sept 2008 (Jumaat)
Tajuk : Mahasiswa & Politik
Masa : 10 Malam
Media : RTM 1
Panel:
1. Dato' Reezal Merican (Presiden GPMS)
2. Mohd Abd Rauf Tumiran (YDP GPMS UiTM)
3. Sdr Azreen (YDP MPP UNISEL)

* Apakah kemajuan yang berlaku kepada mahasiswa selepas pasca politik negara? Jom kita saksikan..

Wednesday, September 24, 2008

:: Pagi-pagi yang indah bersama sahabat ::

[ Bersedia untuk menikmati makanan sahur yang lazat..:) ]
[ Makan makanan western sekali sekala..hehe ]
[ Sup ayam, panas lagi..best² ]
[ Tengah khusyuk baca doa makan..2/3 malam, waktu mustajab berdoakan ]
[ Raden Rahmatinor tengah makan cheiken chop..mengidam la nih ]
[ Ni la makanan kitorang - save budget ]
[ nyium..nyium..sedak² ]
[Aku dengan Zahid - khusyuk tengah makan]

Rasulullah bersabda:
"Hendakkah kamu jika aku bagitahu satu perkara yang lebih baik daripada martabat puasa, solat dan sedekah? Mereka menjawab, 'Sudah tentu.' Baginda bersabda : Memperbaiki hubungan, kerana sesungguhnya kerosakan hubungan adalah pencukur / pemusnah agama"
Hadith Riwayat Al-Tarmizi (2433) : Sahih Sunan Al-Tarmizi (2509)

Hari ini rasa bahagia jer ada sahabat-sahabat ni..hehe..ni baru dapat makan sahur bersama kat bilik aku..biasanya, ada yang bangun lewat la, ada yang minum air jer, pahtu tidur balik la..last-last tak sahur bersama-sama gak.

Gambar-gambar ini adalah sahabat roomate aku Bilal F3.4. Sesape nak mai, bleh mai, tapi kena ada makanan baru bleh masuk..hehe..walaupun time ni aku tidur kul 3 pagi, tapi alhamdulillah, dapat bangun pukul 4 pagi. Sejam jer aku tidur. Besela, student katakan.

Bilik aku pun dah jadi macam bilik serbaguna dah. Semua benda roomate aku guna kat bilik aku, makan, minum, tidur, wat assignment dan bleh dikatakan macam-macam benda lah..huhu. Papepun, bersahabatlah kamu kerana Allah dan membenci la kamu kerana Allah.

Semoga persahabatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah..

p/s: sorry, muka-muka tak mandi lagi..haha~

Tuesday, September 23, 2008

:: Siri 2: Cinta Lailatul Qadar ::

Tanda-Tanda Lailatul Qadar

Kemudian untuk lebih meyakinkan kita, bagaimana mencari datangnya malam ini, Rasulullah saw menjelaskan Lailatul Qadar mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri yang tidak dapat kita kenali kecuali setelah berlalunya malam tersebut. 3 ciri atau keistimewaan yang telah disebutkan dalam hadis sahih adalah;

1. Cuaca pada malam itu tidak sejuk dan tidak panas dan terbitnya matahari seperti biasa akan tetapi memancarkan cahaya redup (tidak bersinar terang seperti biasa), berdasarkan sebuah hadis diriwayatkan dari Ibnu Khuzaimah dari hadis Ibnu Abbas, ia berkata::

"Ketika Lailatul Qadar pergi meninggalkan, bumi tidak terasa dingin, tidak juga panas, dan matahari terlihat berwarna merah pudar"

Daripada hadis Ahmad:
"Pada hari itu tidak terasa panas ataupun dingin, dunia sunyi, dan rembulan bersinar"

2. Malam tersebut juga langit akan bersih dari awan-awan dan bintang–bintang jelas kelihatan. Ini berdasarkan sebuah hadis diriwayatkan oleh Imam Thobroni, bahawa Nabi SAW bersabda :

“Malam al-qadar itu terang dan cerah langitnya, suhunya tidak begitu sejuk dan tidak begitu panas, dan tidak ada bintang yang dilempar-lempar ( meteor ).”

Ada sebahagian pendapat yang mengatakan bahawa salah satu ciri datangnya malam Lailatul Qadar adalah melihat segala sesuatu yang ada di bumi ini tertunduk dan sujud ke hadirat-Nya.

Sebahagian lain mengatakan pada malam itu dunia terang benderang, di mana kita dapat melihat cahaya di mana-mana sampai ke tempat-tempat yang biasanya gelap. Ada juga yang mengatakan orang yang m endapatkan malam Lailatul Qadar dapat mendengar salam dan khutbahnya malaikat, bahkan ada yang mengatakan bahwa salah satu ciri tersebut adalah dikabulkannya do'a orang yang telah diberikannya taufik. Walaubagaimanapun, ini merupakan petanda-petanda yang hanya bersandarkan pada pengalaman mereka yang telah melaluinya. Mungkin ada kebenarannya.

3. Manakala bukti pada diri kita pula sekiranya kita telah mendapatkannya, semakin bertambah amal ibadah kita, baik secara kuantiti maupun kualiti pada waktu-waktu mendatang.

:: Sidang khas 29 September bentuk kerajaan baru ::

[ Tuan Guru Haji Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ]
[ Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim ]
[ Datuk Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi - semoga suatu hari nanti dia dapat bertukar imejnya ]

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berpendapat satu sidang khas Parlimen perlu diadakan segera bagi melihat pihak mana yang akan memperolehi majoriti dalam parlimen bagi pembentukan kerajaan. Beliau menegaskan perkara tersebut perlu dibawa dalam mesyuarat kabinet yang akan diadakan pada hari ini. “Saya mengesyorkan agar permintaan Anwar supaya diadakan mesyuarat khas Parlimen dibincangkan di Kabinet Rabu ini dan diluluskan agar kita boleh mengadakan sidang khas pada 29 September,” katanya.

Lim mencadangkan sidang itu daiadakan pada 29 September berikutan keengganan Perdana Menteri untuk mengadakan sidang khas itu. Beliau berkata ianya tidak perlu diadakan pada 13 Oktober depan seperti mana yang dimaklumkan oleh Abdullah. “Jika Pakatan mempunyai majoriti, maka saya meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara aman dan demokratik menerima Anwar sebagai Perdana Menteri yang baru,”tambahnya. –Malaysia Today

* Nampak gayanya Pakatan Rakyat semakin tidak sabar untuk memerintah negara. Tetapi ingat, kalau gaya dan sifatnya Pakatan Rakyat sama macam UMNO, maka tiada gunanya kalau sibuk-sibuk nak tukar pemerintah kalau belum bersedia untuk memerintah.

Monday, September 22, 2008

:: Sang Murabbi, inspirasi para pendakwah ::

Assalamulaikum..Salam Ramadhan..

Sang Murabbi, sebuah kisah mengenai seorang pelapor dakwah di Indonesia Ustaz Rahmat Abdulah. Sangat disenangi dan disayangi oleh aktivis-aktivis dakwah di Indonesia. Cerita ini sebagai mengenang jasa beliau sepanjang mengharungi liku-liku seorang aktivis dakwah. Dibawah ini adalah trailer cerita "Sang Murabbi".



Untuk mendapatkan cerita penuh bolehlah menghubungi saya kerana saya dapati cerita ini masih belum memasuki pasaran di Malaysia dan saya mendapatkan cerita ini dari sahabat saya dari Indonesia baru-baru ini.

Semoga akan ada pelapor mengenai cerita-cerita aktivis dakwah di pasaran Malaysia suatu hari nanti. Kebanyakannya cerita-cerita di pasaran Malaysia hanyalah cerita-cerita cinta yang boleh mendatangkan gejala maksiat sahaja.

Sunday, September 21, 2008

:: IJTIMA' AIDILFITRI ALUMNI MAAHAD MUHAMMADI 2008 ::


Assalamualaikum...
Kepada semua bekas pelajar
Maahad Muhammadi Lelaki,
Maahad Muhammadi Perempuan &
Maahad Muhammadi Pasir Pekan
..
Amal USIM dengan kerjasama Amal Pusat akan mengadakan satu majlis Ijtimak Aidilfitri Alumni Maahad Muhammadi (AMAL) 2008 seperti berikut:

Tarikh : 5 Okt 2008 b'samaan 5 Syawal 1429H
Tempat : Dewan Jubli Perak MPKB, KB
Masa : 8.30am - 1.00pm


anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan mjlis tersebut.
sekian wassalam...

:: Membangun Bersama ISLAM ::

"Jadilah seperti kunang-kunang yang menerangi malam walaupun cahaya yang kecil. Bukan seperti kelkatu yang sepanjang hidupnya bergantung kepada cahaya"

Saturday, September 20, 2008

:: Siri 1: Cinta Lailatul Qadar ::

Marilah Mencari Lailatul Qadar.

Mengenai bilakah malam itu datang menjemput kita?

1. Akhir Ramadhan

Telah disebutan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra tentang salah satu ciri datangnya malam Lailatul Qadar:

"Kami mengetahui datangnya malam Lailatul Qadar dari
Rasulullah SAW , ketika itu
beliau bertanya: "Siapa diantara kalian
yang pernah melihat bulan pada waktu malam muncul seperti retak tempurungnya?"


Dari hadis tersebut kita dapat simpulkan bahawa Lailatul Qadar datang pada akhir bulan Ramadhan, kerana bulan dengan bentuk yang ditunjukkan Nabi SAW tidak datang kecuali pada akhir bulan.

2. Sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan

"...di sepuluh terakhir di bulan Ramadhan.. "

Rasulullah saw. pernah mem berikan penjelasan bahawa malam yang penuh dengan kebaikan lailatul qadar) biasanya jatuh pada malam ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Dalam hadis sahih Rasulullah sabdanya:

"Carilah dia (lailatul qadar.) di sepuluh terakhir di bulan
Ramadhan pada hitungan ganjil."
(H R. Bukhari Muslim).

3. Tujuh malam terakhir bulan Ramadhan

Dari Ibnu Umar ra, ada beberapa orang sahabat Nabi SAW yang bermimpi bahawa Lailaitul Qadar akan datang pada pada tujuh malam terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah SAW bersabda:

"Aku juga melihat ru'yah kalian pada tujuh malam terakhir bulan tersebut. M aka
barang siapa yang menginginkannya, dapatkanlah malam tersebut pada tujuh malam
terakhir"

Walau bagaimanapun, sekiranya kita sudah ketinggalan 3 malam pertama dari 10 malam terakhir maka carilah pula 7 malam yang terakhir. Ini bersandarkan hadis oleh Ibnu Umar ra, ia berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Dapatkanlah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan,
apabila kalian merasa lemah atau tidak mampu melaluinya maka jangan sampai kalian
kehilangan tujuh malam berikutnya"

Lebih dekat lagi kebanyakan ulama’ menguatkan pendapat yang mengatakan malam tersebut adalah malam yang kedua puluh tujuh. Pendapat ini dikuatkan oleh hadis-hadis yang menjelaskannya. Di antaranya perkataan Rasulullah SAW :

"Barang siapa mencarinya, maka carilah di malam yang ke-27."
(HR. Ahmad)

"...malam lailatul qadar
akan jatuh pada malam ke-29.."

Menurut Imam al-Ghazali, Lailatul Qadar dapat diketahui dengan cara melihat awal bulan Ramadhan. Sekiranya awal Ramadhan hari Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar akan jatuh pada malam ke-29. Sekiranya awal Ramadhan hari Isnin, maka malam lailatul qadar akan jatuh pada malam ke-21. Sekiranya awal Ramadhan hari Selasa atau Jumaat, maka malam lailatul qadar akan jatuh pada malam ke-27. Sekiranya awal Ramadhan hari Khamis, maka malam lailatul qadar akan jatuh pada malam ke-25. Sekiranya awal Ramadhan hari Sabtu, maka malam lailatul qadar akan jatuh pada malam ke-23.

Dari berbagai versi hadis yang telah disebutkan, jelas terbukti bahawa Lailatul Qadar jatuh pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Terdapat riwayat Muslim menyatakan bahawa Lailatul Qadar jatuh pada tujuh malam terakhir sedang riwayat Imam al-Bukhari ada yang melihat jatuh pada malam ketujuh dan ada yang melihat sepuluh terakhir.

Adapun pendapat yang dianggap kuat adalah pendapat yang mengatakan bahwa Lailatul Qadar jatuh pada hari ganjil sepuluh terakhir bulan Ramadhan, dan dari hari ganjil itulah terpilih dalam dua puluh tujuh.

Namun begitu, langkah terbaik ialah dengan sentiasa mengoptimumkan 10 malam terakhir dalam bulan yang penuh rahmat ini. Dengan begitu kita tidak khuatir akan terlepas dari malam lailatul qadar, karena kita mencarinya hanya pada malam -malam tertentu.

"...di sepuluh terakhir di bulan Ramadhan.. "

Friday, September 19, 2008

:: Siri 1: Bahang Pilihanraya Kampus ::


Salam Ramadhan kepada semua sahabat-sahabat aktivis Pro Mahasiswa dan juga yang anti-Mahasiswa. Ya, anti-Mahasiswa juga saya sampaikan salam ini. Saya andaikan anti-Mahasiswa ini lebih kepada tali barut atau pengikut setia kepada apa saja yang diarahkan oleh pihak yang berkepentingan, bukan berkepentingan untuk agama, tetapi berkepentingan untuk kesenangan perut merut mereka dan duit mereka sahaja. Tidak memikirkan kepentingan agama dari segala-galanya.

Pilihanraya kampus
Bahang pilihanraya kampus kian terasa di mana-mana di kampus besar di Malaysia.

Universiti Malaya, KL
Di UM KL, khabarnya kempen sudah mula dirasai di kolej-kolej atau di kuliah-kuliah sekitar sebulan yang lalu. Dalam 3 minggu yang lepas, saya bertandang ke rumah sahabat saya di UM, dan dia mula bercerita tentang kedua-dua belah pihak mula mengangkat senjata masing-masing. Di pihak aspirasi dikhabarkan sudah mula memberi isyarat dengan risalah mereka bahawa mereka sudah bersedia dengan tentera-tentera mereka.

Di pihak pro mahasiswa juga mula mengorat langkah bahawa kejayaan Pakatan Rakyat di Malaysia dalam pilihanraya yang lepas sebenarnya memberi gambaran awal bahawa minda mahasiswa juga telah berubah dan mungkin akan memberikan satu kejutan yang tidak diduga oleh pihak aspirasi dalam pilihanraya kampus yang akan datang. Semua ini ketentuan Allah...

(Tunggu tulisan seterusnya...)

:: Rindunya padanya.. ::



Salam Ramadhan...

"Adakah aku terpilih untuk bertemu dengannya?? "

Ya, rindunya pada pertemuan malam Lailatul Qadar. Adakah aku terpilih untuk bertemu dengannya?? Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui segala-galanya dan semuanya telah ditentukan oleh Allah, siapakah yang betul-betul layak untuk digelar "muttakin" atau hamba-hamba Allah yang bertaqwa di dalam bulan Ramadhan ini.

Malam yang dicari-cari oleh ummat Nabi Muhammad di dalam bulan Ramadhan yang menyamai 1000 bulan iaitu lebih kurang 83 tahun yang tiada di bulan lain.. SubhanaAllah... Siapakah yang dapat bertemu dengannya nanti. Sungguh beruntung orang yang terpilih itu.

“Sesunguhnya kami menurunkannya ( al-Quran ) pada malam al-Qadar.
Dan apakah kamu tahu malam al-Qadar itu. Malam al-Qadar itu lebih baik
dari seribu bulan. Turunlah para malaikat dan ruh ( Jibril ) ke bumi
dengan izin Rabbnya untuk menjalankan segala urusan.
Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar.”
Surah Al-Qadar : 1-5

Kelebihan Ramadhan adanya Lailatul Qadar

Banyak sekali kelebihan-kelebihan yang Allah berikan kepada hambanya melalui Ramadhan ini, sehingga wajar kalau Rasulullah mengekspresikan keutamaannya dengan sabdanya :

"Apabila umat ini tahu apa yang ada dalam
Ramadhan (baca: rahmat, barakah) niscaya
mereka akan mengharapkan hal
itu selama satu tahun penuh."
(HR. Tabrani)

Terdapat satu lagi peristiwa besar yang merupakan satu kelebihan Ramadhan ini, iaitu peristiwa turunnya al-Qur'an. Al-Qur'an yang ada di antara kita ini diturunkan ole h Allah ke 'sama al-dunya' ( langit yang paling dekat dengan dunia) secara serentak pada malam 'lailatul qadar' di bulan Ramadhan untuk kemudian diturunkan ke Rasulullah secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa yang terjadi. Kerana lailatul qadar inilah Rasulullah dalam banyak waktu sentiasa berusaha keras untuk m endapatkannya. Banyak penjelasan Rasulullah yang sampai kepada kita, tentang keutamaan-keutamaan malam yang penuh barakah ini.

"...melipat gandakan sampai 1000 bulan ( 83 tahun 3 bulan ) ... "

Sebagai malam yang terbaik dan paling barakah di antara malam yang ada, di dalamnya Allah telah menjanjikan pada hambanya yang ikhlas dan berharap untuk mendapatkan perlindungannya di hari akhirat, akan melipat gandakan sampai 1000 bulan ( 83 tahun 3 bulan ) untuk amalan-amalan kebaikan yang dilakukan pada m alam ini. Janji ini secara langsung Allah katakan dalam al-Qur'an surat al-Qadr (satu surat penuh). Hal ini tentunya cukup menunjukkan pada kita akan keutamaan m alam al-qadar ini.

Kerana itulah, Ramadhan dengan lailatul qadarnya sebagai satu media yang mampu
mengantarkan kita pada kesucian. Rasulullah, pada suatu ketika bersabda :

"Barang siapa beramal pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan
mengharap pahala dari Allah, maka terampunilah dosa-dosanya yang telah lalu".


Tidak berlebihan memang, kalau Allah menamainya malam yang kebaikannya melebihi seribu bulan. Betapa sombongnya manusia yang sangat memerlukan pengampunan dari Allah atas perbuatan-perbuatan mereka yang banyak menyimpang, apabila mereka menyia-nyiakan kesempatan emas yang bersifat tidak tentu lagi akan mereka mendapat kesempatan ini di masa-masa yang akan datang.

Siapakah yang dapat menjamin bahawa usia kita akan sampai Ramadhan tahun-tahun yang akan datang. Oleh karena itu merupakan keharusan yang tidak mesti tidak bagi kita, untuk mengejarnya, sehingga janji-janji Allah yang telah ditaburkannya itu benar-benar mampu kita dapatkan.

Thursday, September 18, 2008

:: Terasa sunyi tanpa agama ::


Pada malam ini adalah tanggal 17 September 2008 bersamaan 18 Ramadhan 1429 H. Terasa sekejap jer Ramadhan ni, lip lap lip lap dah pun nak masuk ke 20 terakhir Ramadhan yang telah dijanjikan Allah akan adanya malam Lailatul Qadar. Ia mungkin tinggal berbaki 13 hari lagi Ramadhan terakhir kita, siapa tahukan.. Semoga Allah memberi kita peluang untuk merasai Ramadhan akan datang...insyaAllah..

Tetiba malam ni rasa nak menulis plak. Bila duk belek²(bahaso kelate) blog sahabat2, ada yang sayu ceritanya, ada yang nak tergelak, nak termuntah pun ada, hehe.. biasa la, orang punya blog, so, ikut diorang la nak tulis apakan..tapi apa yang pasti, blog ni macam sebahagian teman kita untuk kita luahkan perasaan dan pengalaman kitakan..(mcm aku lah..haha)

Malam ni aku bukan sesaje nak tulis, tapi aku terkesan dengan satu luahan hati sorang makcik yang baru aku borak2 bersama kawan aku di sebuah surau berdekatan dengan zoo negara. Malam ni jugak la aku first time jadi imam luar dari UIA, sebelum ini hanya dalam mahallah perempuan jer, tu pun ikut turn group imam la. Kalau tiada malam aku, maka tak jadi la imam malam tu.

Alhamdilillah, aku juga berkesempatan untuk memberi tazkirah di sana. Walaupun ilmu agama aku tak lah sebanyak mana klu nak dibandingkan dengan kawan2 aku yang mengambil jurusan agama, tetapi boleh la sedikit sebanyak ilmu yang aku pelajari untuk aku berkongsi dengan muslimin dan muslimat di sana.

Mula2 pergi tu ingatkan rumah orang, rupa2 nya surau, mula2 tergelak gak aku. Bukan apa, mula2 tanya la sorang budak kt tangga nak naik kt surau tu (surau ini 2 tingkat).

" Dik, ini surau ke??" aku tanya. "Bukan surau la bang. Ini rumah orang" kata sorang kanak2 lebih kurang darjah 3 kt situ.

"Eh, aku da cakap, bukan surau la. Tengok pun pelik semacam jer. Dah la macam tak der orang"kata sorang roomate aku bernama Zahid ni.

"Bang, surau la bang. Tengok tu, ada speakerkan...hahahahaha..kena tipu"celah budak perempuan tu kepada kitorang dan dirg gelak bersama2 geng2 budak di situ (hampeh budak ni, kena kt org tua plak).

Aku pun turut sama tergelak. Apa tidaknya, kena tipu dek budak tu. hehe. Tapi masa tu da azan, so, kitaorang pun cepat2 la naik atas surau tu, ingatkan dah ramai jemaah tunggu imam2 nih. Naik2, tengok2, budak2 jer ramai yang duk wat gege(bahaso kelate) atas surau tu. hehe..nasib baik la orang tak mai lagi.

Tunggu punya tunggu, ingatkan ramai la jemaah kt siti, rupa2nya, jemaah yang ramai ialah kanak2 dan pakcik2 dan makcik2 jer. So, teruskan je dengan solat Isyak, Terawih dan Witir.

Lepas habis terawih 8, aku pun mula la bagi tazkirah yang termampu. Masuk tajuk pasal kelebihan Ramadhan+lailatul qadar+taqwa.

“ Puasa pada bulan Ramadan yang merupakan rukun Islam kelima mula diwajibkan pada Tahun Hijrah ke-2, dengan turunnya surah al-Baqarah ayat 183-184 bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

Ramai yang menganggap bulan puasa ialah bulan merajakan nafsu makan. Lihat sahaja di bazar-bazar Ramadan, aneka lauk pauk dan kuih muih yang dijual mengundang setiap individu mengunjunginya saban petang menjelang berbuka.

Aneka juadah itu sudah tentu membangkitkan nafsu makan dan mendorong seseorang menjadi tamak. Keinginan untuk membeli itu dan ini yang sudah tentu semuanya kelihatan enak dan menarik belaka. Namun, setakat manakah kemampuan kita menghabiskan juadah yang dibeli?’’

Macam tu la serba ringkas tazkirah aku. Maka, makcik2 mula la khusyuk mendengar bila aku sebut pasal makanan ni. hehe. biasala kan. orang perempuan kan kat dapur. So, diorang faham2 la. Lepas tu, aku sambung dengan witir 3 rakaat.

Lepas selesai kesemuanya, kitorang pun diajak untuk menjamu refreshment bersama2 dengan makcik2 dan kanak2 di situ. Orang tua da blah awal2 lagi. Masa terawih baru je 4 rakaat, orang tua lelaki jadi makmum da tak der dah. Tinggal kanak2 jer. Hmm, tua2 pun malas lagi nak beribadat (sempat lagi mengata kat orang kg tu..hehe..sape suh malas nak terawih - aku suuzohn plak..maybe dirg ada urusan nak di awlakan la).

Ni jalan cerita aku sebelum aku masuk point apa yang aku terasa dalam bualan bersama makcik2 dan kakak2 kat situ.

Mula2 borak2 pasal pengenalan diri la..ustaz ni belajar tahun berapa, asal mana..bla..blaa..bla..
Diorang ni berbahasa dengan aku dan sahabat2 aku ustaz. Biasalah bila da jadi imam. hehe..

Pastu mula masuk pada topic politik dan agama. Nama kampung ni, kampung Fajar dan nama ini diberikan oleh arwah P. Ramlee dulu sebab dulu P. Ramlee selalu ke Finas, yang tak jauh dari kampung ni. Kawasan kampung ini adalah kawasan setinggan dan masa pemerintahan UMNO dulu, kampung ini hampir2 nak dirobohkan kerana kerajaan BN Selangor dulu nak area Selangor sifar setinggan. So, dirg bagi la isyarat, klu BN menang kt Selangor, kampung tu la akan di sodok (bahasa kelate) dulu. Tapi, zaman dah berubah. Orang dah tolak BN, maka bila BN kalah kt Selangor, kg tu tak jadi untuk disodok.

Orang kg kt situ sumernya pakatan rakyat. dan terdapat dalam 35 keluarga dari 75 yang tinggal selepas beberapa selebihnya berhijrah selepas diberi notis supaya berpindah sebelum kerajaan pakatan rakyat memerintah.

Begitu la kerajaan BN dulu, suka jer bagi notis. lepas tu lepas tangan. Makcik tu bercerita dengan muka yang gembira kerana tak jadi untuk dipindahkan kerana kebanyakan makcik2 di sana tu dari ibu tunggal, jadi dengan pendapatan yang tak seberapa tu, macam mana la sewa rumah dengan hanya bayaran RM400 sebulan masa dijanjikan dulu oleh BN. BN suruh dirg cari rumah sewa sendiri sebelum rumah mereka dirobohkan dan diberi RM400 untuk sewa rumah. Tapi, alhamdulillah, bila kerajaan pakatan rakyat ni menang, maka, dirg memberi pilihan kepada warga di situ untuk berpindah ataupun meneruskan hidup di situ.

Makcik2 di situ juga bercadang supaya kami mengadakan kelas agama. Aku melihat riak wajah2 diorang bersungguh untuk mendalami ilmu agama. Kesian plak aku tengok makcik2 ni.

"Kami ni dek, nak juga belajar ilmu agama. Tapi, iya la. Nak pergi belajar kami tak der kenderaan nak kesana kemari. Anak2 ni sapa nak jaga bila kami pergi nanti. Kami harap adalah sape2 yang buka kelas agama untuk kaum ibu kt sini. Kalau boleh dalam sejam atau 2 jam jer satu minggu pun tak per la" kata salah sorang makcik kt situ.

Aku mula tersentuh dengan makcik2 kt situ. Dirang mula berbicara mengenai ilmu agama. Dan aku tengok dirg ni memang betul2 untuk mendalami ilmu agama. Mungkin mereka sebelum ini terasa sunyi tanpa agama. Mula mencari ketenangan yang abadi.

hmm, aku ngn roomate aku mula berborak2 pasal kisah makcik2 tadi. Ya, makcik tu sudah terasa sunyi nya tanpa kefahaman agama. Agamalah yang boleh memberi kita pelung untuk ke syurga dan aku juga bertekad aku wajib untuk faham agama sebaik mungkin. Supaya aku dapat menolong, mungkin makcik2 tadi sekurang2 nya dan paling tidak untuk diri aku sendiri..InsyaAllah..

huhu..aku pun nak tidur kejap. esok pagi nak sahur plak..papepun, kisah makcik2 tadi sangat2 bermakna untuk aku menjadi mahasiswa yang lebih berguna kepada masyarakat. Dan aku suka untuk mengulangi kata2 aku ini berulang kali, supaya aku sentiasa ingat bahawa diri kita ini hidup tidak lama dan semoga dapat menjadi pedoman kepada orang lain..insyaALLAH..

"Jadilah seperti kunang-kunang yang menerangi malam walaupun cahaya yang kecil. Bukan seperti kelkatu yang sepanjang hidupnya bergantung kepada cahaya"

Wallahu 'allam.

[ Ramadhan akan pergi, Syawal kan kembali,
tinggal 13 hari lagi Ramadhan kita, bagaimana tarbiah Ramadhan kita ]