Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Showing posts with label Lensa Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Lensa Mahasiswa. Show all posts

Sunday, January 17, 2010

Sepintas lalu Pilihanraya kampus UIA 09/10


"La, ko pun calon Pro-M juga rupanya. Aku ingat ko tak bertanding. Bla..Bla..Bla............" seorang calon menunjukkan mesej yang diterima dari salah seorang kawannya.

[Salah seorang calon untuk kerusi di Kuliyyah Ekonomi ]

Tersenyum bila membacanya. Terdetik di hati saya. Begitu kuat sekali pengaruh Pro-M ketika suasana pilihanraya kampus ni.

Sudah lama tak mencoret sesuatu di laman blog ini. Jadi, dalam waktu yang terbatas ini, saya ingin berkongsi sepintas lalu suasana dalam minggu pilihanraya kampus ini. Pada pandangan saya, pilihanraya kali ini tidak sebegitu meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini kerana:

1) Pada kali ini, mechandize atau hadiah berkempen tidak dibenar untuk digunakan sebagai barang untuk berkempen. Peraturan baru ini menyebabkan mahasiswa tidak boleh menunjukkan kretiviti mereka untuk berkempen dan tiada daya tarikan kepada pengundi untuk mengundi calon-calon kuliah mereka.

2) Dua kuliyyah menang tanpa ada pertandingan. Seperti Kuliyyah Undang-undang dan Kuliyyah Seni Bina. Ini kerana beberapa calon menarik diri ketika penamaan calon berlangsung. Ini menyebabkan tiada persaingan dan tidak ada demokratik dalam pemilihan untuk PRK kali ini.

3) Suasana yang lesu dari pihak pentadbiran apabila beberapa notis yang hanya ditampal lewat dan tidak ditampal di seluruh UIA menyebabkan ramai mahasiswa tidak tahu mengenai notis tersebut.

Walaupun beberapa peristiwa yang berlaku pada pemilihan MPP UIA kali ini.Bagi saya, ia tidak akan melemahkan semangat dan idealisma mahasiswa untuk terus berusaha dalam memastikan intelektualism mahasiswa tidak di"perbodohkan" sewenang-wenangnya. Selamat berkempen kepada semua pelajar UIA.

Info:
Berkempen: 7 hari (dari 15/1/10 hingga 20/1/2010)
Pengundian : 21/1/10 - dari pukul 8pagi sehingga 4.45 ptg


" Mahasiswa yang dungun hanya melakukan 3K dalam kampusnya. Ke kuliah, ke kelas dan ke kafe. Alangkah ruginya kalau mahasiswa tidak menggunakan sebaik mungkin kuasa "MAHA" siswanya untuk ummat dan masyarakat seluruhnya"

>> Ikuti berita mengenai pilihanraya kampus UIA di http://promahasiswauiam.blogspot.com

"Belajarlah untuk pandai MEMBERI, bukan hanya untuk suka MENERIMA"
||helangsenja@yahoo.com||

Friday, May 01, 2009

Ma'ruf Club serah Memorendum kepada Kabinet Negara

Salam,

Sekali lagi Maruf Club melakar sejarah untuk tahun ini apabila pada 30/4/2009 beberapa ahli MC bersama-sama dengan delegasi persatuan mahasiswa yang lain menyerahkan memorandum bantahan berikutan tindakan kabinet menetapkan agama asal anak mengikut agama asal ibu dan bapa semasa mereka berkahwin di Putrajaya.

Walaupun saya tiada, sebab tak sempat pergi dek tersilap tempat, rugi ar..klu tak bleh masuk Malaysiakini. hehe. Sib baik tak pi, sebab niat tak ikhlas dah. huhu. Klik baca lagi untuk melihat video.

Ma'ruf Club yang di wakili oleh Presiden,Saudara Mohd Faridzul ,Timbalan Presiden 2, Saudari Nurul Syuhada Shuib, Exco Perhubungan & Protokol, Saudara Mohd Hafrez Affiq dan tiga lagi ahli Ma'ruf Club turun untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Bersama-sama Ma'ruf Club ialah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (MPIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Mahasiswa harus bertindak aktif dalam mendepani pelbagai isu semasa supaya mahasiswa dilihat "check and balance" pada kerajaan. Jadi, kerajaan harus juga bertindak proaktif diatas memorendem yang dihantar.


* Dipetik dari www.marufclub.blogspot.com

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Monday, April 13, 2009

Muhasabah untuk parti yang menang

Muhasabah untuk parti yang menang

Baru-baru ini saya berkesempatan bersama beberapa orang sahabat saya ke jamuan makan malam bersempena meraikan kemenangan PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau di MTD Ulu Kelang, Selangor.

Walaupun saya tiba agak lewat, lebih kurang dalam pukul 10.30 mlm di MTD tersebut, tetapi saya berkesempatan untuk mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Ust. Syukri dari Ampang, sebelum jamuan makan malam. Apa yang ingin saya berkongsi adalah mengenai pengisian yang telah diberikan oleh Ustaz tersebut yang begitu “terjijok” dan dapat memuhasabah balik kemenangan yang kita ada.

Apa yang boleh saya petik dari ceramah beliau adalah:

1) Apa yang menarik dalam pilihanraya baru-baru ini adalah orang bukan Islam sudah mula bersama-sama dengan Islam. Berkempen untuk orang Islam, bertakbir bersama-sama dengan orang Islam, malah tidak segan silu berbahas mengenai hudud dengan orang UMNO. Kerana mereka sudah faham apa itu hudud yang Islam bawa. Itulah yang menarik yang berlaku di Bukit Gantang. Orang bukan Islam sudah percaya yang Islamlah yang menyelamatkan mereka dan dapat berlaku adil dalam pemerintahan. Sedangkan kebanyakkan orang melayu di Bukit Gantang masih lagi terpengaruh dengan berita-berita yang disampaikan di stesen-stesen tv dan radio pemerintah. Malah, kebanyakkan orang melayu yang masih terpengaruh dengan dakyah UMNO ini adalah orang pedalaman, orang berpendapatan rendah yang terus bergantung dengan saluran perdana. Sebaliknya, orang yang berada di bandar ini lebih cepat mendapat maklumat melalui blogger PR. Persoalannya, dimana orang melayu Islam kita?? Inilah yang perlu kita muhasabah. Kita tak nak kita menjadi orang Islam yang menghancurkan Islam itu sendiri seperti yang berlaku di Sepanyol. Di Sepanyol, Islam sudah 600 tahun bertapak di sana, tetapi, kerana kerakusan umat Islam sendiri, makan tergadailah Islam di Sepanyol seperti warisan Islam yang kita dapat lihat di sana.

Ustaz telah membawa surah An-Nash untuk orang ramai muhasabah. Surah ini cukup membuktikan kekuasaan ALLAH. Mungkin selepas ini akan ramai orang bukan Islam menyertai PAS dan masuk Islam. Inilah janji Allah SWT. InsyaAllah. Yakinlah dengan kemenangan ISLAM!! InsyaAllah.


1. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah), -
2. Dan Engkau melihat manusia masuk Dalam ugama Allah beramai-ramai, -
3. Maka Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


2) Kalau nak dibandingkan dosa kita dengan kemenangan yang diberikan oleh Allah,sebenarnya masih jauh lagi kemenangan untuk kita. Kita tak layak menang pun. Sedangkan Nabi Ayub berdakwah selama 900 tahun dalam menyebarkan Islam, itu pun hanya beberapa puluh orang sahaja yang menyertai Nabi Ayub. Nabi Muhammad SAW berdakwah selama 13 tahun di Mekkah, tidak sampai 200 orang yang menyertai Islam. Jadi kita bagaimana??

Seboleh-bolehnya kita sentiasa bersujud syukur pada Allah, tanda terima kasih kita pada Allah. Sujud syukur tiap-tiap kali solat, tanda syukur kita yang tidak terhingga ini. Kita mesti bangun tahjud tiap-tiap malam, tanda kita bersungguh-sungguh rasa terima kasih pada Allah. Kalau kita ni kaya, kita derma setiap hari, tanda kita ini bersyukur sangat atas kemenangan yang kita dapat. Kalau kita ada kedai makan, kita belanja kawan-kawan kita, untuk menunjukkan syukur sangatnya kita atas kemenangan kita di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kita hendaklah sentiasa beristighfar atas kemenangan yang kita perolehi. Takut-takut kemenangan ini istidraj untuk kita. Nauzubillahi min zalik. Dalam doa kita, kita minta pada Allah supaya dikekalkan kemenangan dan supaya dapat mengisi dengan baik kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada kita.

Mungkin sebenarnya kemenangan untuk PAS adalah 50 tahun lagi. Baru kita dapat kemenangan yang sebenar, tetapi kenapa Allah telah bagi kemenangan kita lebih awal. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Inilah beberapa sedutan yang saya dapat petik dari ceramah beliau, mudah-mudahan kita dapat sama-sama mnginsafi diatas kemenangan yang kita perolehi. Apa yang penting, kita hendaklah sentiasa muhasabah diri kita balik, layak ke kita mendapat kesenangan dari Allah, sedangkan dalam masa yang sama, kita ini masih banyak melakukan dosa padaNYA. Sungguh Maha Pemurah Allah pada kita. Sama-sama kita muhasabah.

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Wednesday, April 01, 2009

Cerpen bersiri: Deen List ke, atau Dean List ?

"Umar, ko tak semayang Maghrib lagi ke? Dah nak masuk Isyak dah ni. Tinggal berapa minit lagi ni" tegur Luqman kepada roomatenya.

"Ala, kejap jer lagi. Kul 8.30 jap lagi aku ada exam ni. Sket lagi nak study tajuk ni." jawab sahabatnya yang selalu mendapat Dean list di Kuliyyahnya.

"Pergi la sembahyang dulu. Kalau ko cemerlang dalam pelajaran sekalipun. Tapi, kalau ko tak cemerlang di akhirat tak guna jugak." tegur Luqman dengan nada yang agak tinggi.

"Hmm..ok la. Aku pergi sembahyang dulu la." Umar angkur dengan nasihat Luqman tadi.

"Barulah dapat dean list dan deen list juga" Luqman menghabiskan leterannya kepada sahabat baiknya itu sambil tersenyum dengan hati yang tenang.


Moral of the story.
Ingatlah, dunia ini sebenarnya tempat ujian/exam bagi kita. Setinggi manapun dean list kita, tapi kalau agama kita tidak berjaya mendapat deen list juga, maka tidak berertilah dean list kita tersebut.

Kalau kita gagal di dalam peperiksaan, kita masih boleh repeat, boleh tukar subjek. Kalau direject universiti, kita masih boleh tukar tempat belajar lain.

Tetapi, klu kita tidak lulus exam dengan Allah SWT.
Kita bukan setakat di dismiss oleh Allah SWT.

Bahkan, kita bakal bertemu azab yang lebih pedih setimpal apa yang kita lakukan.


Pesan saya, sama-sama kita mencari deen list dulu untuk memberi
semangat dalam dean list kita.

Dengan cara:


Kena baca buku rajin-rajin


Kena fokus betul-betul pada pelajaran

Jangan bagi jin atau setan-setan kacau kita tengah study.
(ni bukan anak jin yer, walaupun lebey kure jah :)


Jangan tension masa study



Selalu solat hajat, solat tahjud dan solat sunat yang lain dan last sekali

Banyakkan berdoa pada Allah dan tawakkal padaNYA sokmo.

Maka, jadilah kita pelajar mendapat deen list akhirat dan dean list dunia :)

Ma'an taufiq wannajah
"Rabbana yassir wala tu'assir, waj'alna minan najihin, walfaizin, walmumtaazin, walmutafauwiqin"
to all my frens from pimpinan Ma'ruf Club, members, MRC, kawan2 G'RIMIS, asakelate, PERDANA, amal maahad dan sape2 yang baca blog ni, good luck exam!!
Doakan kita semua berjaya dunia dan akhirat.


Kata-kata saya:

“Life like an education. The final examination for us is when
we will be meeting with Allah. That is our final destination”

Sunday, March 29, 2009

Muhasabahlah sebelum anda dimuhasabah..



Alhamdulillah, kita semakin di akhir semester. Sudah lebih kurang 60 hari Ma'ruf Club bergerak membawa agenda amar ma'ruf nahi mungkar. Maka, beberapa hari yang lepas adalah hari untuk kita sama-sama muhasabah segala perjalanan kita selama 1 semester. Telah banyak program dan gerak kerja yang telah dijalankan untuk kita sama-sama mencapai tema kita, MENGUNGGULI DA'WAH, MEMIMPIN UMMAH.

Di sini ana ingin mengajak sahabat-sahabat supaya sama-sama menghayati ayat tema kita, yang bermaksud.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah
kemenangan yang besar”.
(at-Taubah:111)

Tiada yang lebih besar usaha kita melainkan ingin membeli dengan Syurga Allah SWT. Semoga muhasabah yang telah dilontarkan baru-baru ini, menjadikan kita lebih bersemangat untuk terus istiqamah dalam segala bentuk gerak kerja jemaah Islam pada masa akan datang, bukan setakat untuk berada di universiti sahaja, bahkan ke medan yang sebenar yang lebih mencabar. Semoga Allah akan membeli usaha-usaha kita yang kita telah lakukan untuk Islam. Moga, syurga adalah milik kita bersama. InsyaAllah..

Ana tutup kalam ana dengan satu ayat:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلۡتَنظُرۡ نَفۡسٌ۬ مَّا قَدَّمَتۡ لِغَدٍ۬‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ (١٨

"Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan." (Al-Hashr: 18)

Hayatilah muhasabah kita sebelum kita bakal dimuhasabah oleh Allah SWT.



"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Thursday, January 22, 2009

TAHNIAH! WUFI menang BESAR lagi di UIAM

Salam tahniah kepada WUFI (We Unite For Islam) kerana dapat mengekalkan kemenangan besar di UIAM sebagai pemerintah MPP UIAM sesi 2008/2009.

Semoga anda semua dapat mengotakan manifesto anda.




TAHNIAH WUFI = PRO-MAHASISWA UIAM

Bergambar bersama MPP Econ dan Laws

Sebahagian MPP UIAM 0809 bersama Ust Hamidon

Kerusi-kerusi yang di pertandingkan di Kuantan

Kerusi-kerusi yang dipertandingkan di Gombak

Mahasiswa UIAM sedang menunggu untuk pengumuman

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Saturday, October 11, 2008

:: Beberapa keratan akhbar DEMO MAHASISWA ::

HARAKAH
Pilihan raya kampus: Mahasiswa bantah di Kementerian Pengajian Tinggi

PUTRAJAYA, 10 Okt (Hrkh) - Lebih 100 mahasiswa berhimpun di pekarangan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyampaikan tuntutan mereka khususnya mengenai Pilihan Raya Kampus (PRK) tidak lama lagi.


Antara fokus utama perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) pada kali ini adalah untuk mendesak KPT mengumumkan segera tarikh PRK secara rasmi.

Dengan laungan 'student power' yang bergema di seluruh parcel E, Putrajaya tersebut cukup untuk menggambarkan amarah dan semangat anak-anak muda di menara gading yang menuntut pilihan raya kampus dijalankan dengan suasana demokrasi yang sebenar.

Hujan yang turun rintik-rintik pada peringkat permulaan perhimpunan tersebut sedikitpun tidak mematahkan semangat mereka dengan kain rentang dan poster yang berbunyi ' Jangan permainkan kami', 'Kami mahu pilihan raya kampus telus', PRK : Kami demokrasi mahasiswa tidak rela diperbudakkan',

ImageMereka juga menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung pelaksanaan pengundian secara online menerusi sistem pengundian e-voting dalam PRK akan datang yang dipercayai merupakan taktik untuk mengaburi keputusan PRK sebenar.

"Kami percaya sistem e-voting digunakan untuk menipu mahasiswa kerana mahasiswa tidak dibenarkan untuk melihat pengiraan undi dijalankan sedangkan berdasarkan peraturan pilihan raya, agen tempat pengiraan undi yang dilantik seseorang calon berhak untuk melakukannya," kata wakil Gamis dalam ucapannya.

Mahasiswa juga katanya, meminta agarpihak KPT khususnya pihak yang menguruskan PRK agar memindahkan pusat pembuangan undi daripada kolej kepada fakulti sepertimana yang pernah dibuat suatu ketika dahulu.

Perubahan pusat pengundian adalah dipercayai berpunca daripada kesukaran mereka untuk mencipta 'ruang' bagi melakukan penipuan terutamanya proses pengiraan yang kelihatan lebih mudah untuk diselia -sekaligus memberikan kebaikan kepada pihak pro mahasiswa.

wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, Hafizudin Abireirah pula menyifatkan PRK Imageyang dilaksanakan tidak ubah seperti pemilihan ketua kelas di sekolah dan tadika.

Sementara itu, menurut Koordinator Pendidikan Pengguna dan Masyarakat, Teras Pengupayaan Melayu, Zulzaidi Mahmud pula mahasiswa di kampus kini memerlukan keadilan dilaksanakan di dalam kampus tanpa perlu mengikut sahaja telunjuk pihak pentadbiran universiti.

"Mahasiswa perlu dibebaskan daripada kongkongan pentadbiran universti, bagi melaksanakan idealisme dan keadilan yang dituntut supaya dapat terlaksana sistem demokrasi tulen dalam masyarakat terpelajar.

"Ianya sekaligus menuntut agar perubahan dilakukan dalam sistem pemilihan pemimpin mahasiswa sperti mana yang berlaku dalam politik semasa tanah air pada masa sekarang," tegasnya.

Perhimpunan tersebut turut mengalami kekecohan selepas pihak keselamatan, Imageanggota polis serta sebuah trak kecil anggota simpanan Persekutuan atau FRU bertindak ganas untuk menyuraikan mahasiswa terbabit.

Pegawai Polis berpakaian preman serta pegawai-pegawai KPT pula ligat menjalankan peranan untuk merakamkan setiap aksi dan wajah mahasiswa yang turun menyertai perhimpunan tersebut untuk tujuan dokumentasi dan tindakan susulan selepas ini.

Walau bagaimanapun, ianya dapat dikawal sepenuhnya apabila Pegawai Khas Menteri KPT, Mohd Arif Adenan turun bagi menerima memorandum setebal 20 mukasurat itu.

Ianya disampaikan oleh wakil-wakil mahasiswa yang hadir di lobi bangunan KPT sambil disaksikan menerusi pintu kaca oleh kumpulan mahasiswa daripada luar.

Setelah selesai memorandum tersebut dicop sebagai tanda penerimaan secara rasmi oleh KPT, Mohd Arif menyatakan komitmennya kepada Harakah untuk Imagemenyerahkannya terus kepada menteri KPT, Dato' Seri Khaled Nordin yang kini berada di Johor Bahru.

"Saya akan terus menyampaikannya kepada dato' menteri memandangkan saya mengira hal ini adalah serius apabila mahasiswa datang beramai-ramai ke KPT menuntut hal ini diselesaikan dengan seberapa segera," katanya.

Ditanya mengenai tempoh untuk KPT memberikan maklum balas tersebut, beliau enggan mengulas sebaliknya menasihati mahsiswa agar menumpuhkan perhatian kepada akademik daripada melibatkan diri dengan urusan pemilihan MPP.

Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku sebelum sidang media oleh Pro Mahasiswa.

Turut disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysiaa (Gamis), Dema,Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Putra Malaysia, JKMI, Teras Pengupayaan Melayu dan Imagebeberapa front mahasiswa yang lain.

Tarikh PRK kini menjadi suatu teka-teki apabila ianya hanya digembar-gemburkan oleh media tertentu serta kata-kata tidak rasmi beberapa pimpinan tertinggi pentadbiran beberapa universiti.

Maklumat yang diterima Harakah, bahawa PRK kali ini akan dilaksanakan pada 12 hingga 17 Oktober bagi IPTA Pantai Timur dan Universiti Perguruan Sultan Idris, manakala bagi IPTA yang terletak di Lembah Klang pula akan dilaksanakan pada bulan Januari.

Bantahan terhadap tindakan KPT yang melambatkan tarikh tersebut timbul memandangkan kebanyakan MPP telah dibubarkan setelah ianya telah cukup tempoh 'pemerintahannya' selama setahun daripda tarikh PRK sesi lalu.

Untuk itu, mahasiswa juga meminta KPT melantik Mafrel, Suhakam, SPR dan NGO bagi memantau perjalanan PRK akan datang bagi mengelakkan berlakunya campurtangan selain memastikan perjalanan PRK kali ini berlangsung dalam suasana yang telus dan demokratik.

KOSMO!
Umum segera tarikh pilihan raya - Pelajar universiti sudah tidak sabar untuk memilih barisan kepimpinan baru kampus

PUTRAJAYA - "Tolong umumkan segera tarikh sebenar pilihan raya kampus (PRK) sesi 2008/2009."

Itulah laungan lebih 100 mahasiswa beberapa universiti di sekitar Lembah Klang yang berkumpul secara aman di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) petang semalam.

Sambil melaungkan slogan Student Power, mereka berkumpul atas tiket Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk menyerahkan memorandum kepada menteri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pengerusi SMM, Hafizuddin Abirerah, 22, yang juga merupakan pelajar tahun akhir Universiti Malaya (UM) berkata, KPT seharusnya telah mengumumkan tarikh tersebut memandangkan telah genap setahun sejak pilihan raya kampus tahun lalu.

"Namun di peringkat KPT dan HEP (Hal Ehwal Pelajar), kampus-kampus masih belum mengumumkan tarikh PRK diadakan untuk kebanyakan kampus terutamanya kampus di Lembah Klang," katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pegawai Khas Mohamed Khaled, Mohd. Arif Adenan di sini semalam.

Friday, October 10, 2008

:: Pro Mahasiswa anarki?? ::

Anarki?? Di dalam kamus Dewan DBP, anarki bermaksud

1. keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang (ketertiban umum atau pemerintahan yg teratur): kalau orang tidak patuh lagi akan undang-undang, timbullah ~;
2. kekacauan atau porak-peranda (dlm negeri dll).


Apa yang saya nak sentuh di sini adalah anarki yang bermaksud no. 1. Perbuatan yang tidak berasaskan unduang-undang. Apa yang saya begitu kecewa semasa demontrasi mahasiswa pada 10/10/2008 baru-baru ini adalah bilamana ada yang sanggup menconteng perkataan "Bila PRK??" di lantai dihadapan KPT. Ini menyebabkan orang lain susah-susah tolong bersihkan. Contengan tu bukan dengan kapur, tapi dengan cat.


Kita pergi bukan nak buat kacau pun, tapi ntah la, nak kata SB pun yang buat susah gak, sebab mahasiswa buat crowded di kawasan yang ada tulisan "Bila PRK??". Hmm, kita pergi dengan matlamat yang jelas, bukan untuk buat perkara yang bukan-bukan. Bagi saya kita hendaklah menunjukkan akhlak yang berbaik di hadapan KPT. Bukan tunjuk perasaan yang sedemikian.

Saya berharap semua mahasiswa jangan bertindak melulu. Walaupun marah macam mana pun, kita perlu tunjuk akhlak yang terpuji untuk mendesak KPT, tapi apa yang terjadi sangat-sangat mengecewakan. Semoga siri-siri demontrasi selepas ini tidak berlaku lagi perkara sebegini. Nanti tak pasal-pasal masuk ISA plak.. Belum sempat nak PRK, dah ada pelajar yang ditahan. Macam mati katak.

[ Contengan di atas lantai di lobi KPT ]

:: Mahasiswa mula mengaum ::











Pada tanggal 10 Oktober 2008 bersamaan 10 Syawal 1429H. Lebih 100 mahasiswa telah berkumpul di perkarangan KPT (Kementerian Pelajaran Tinggi) di Putrajaya. Pada pukul 2 petang, beberapa orang mahasiswa sudah mula kelihatan dan berbagai-bagai jenis sepanduk sudah mula berkibaran. Tanda sebuah demontrasi aman mahasiswa mula mengaum...

Beberapa gambar ini adalah tanda sokongan mahasiswa yang begitu bersemangat untuk menuntut hak mahasiswa.

"Tolong umumkan segera tarikh sebenar pilihan raya kampus (PRK) sesi 2008/2009."-kata wakil mahasiswa dihadapan KPT.

Beberapa laungan STUDENT POWER!, HIDUP MAHASISWA dan TAKBIR! bergema di KPT. Mungkin ada sesetengah pihak mengatakan mahasiswa ini asyik suka berdemo sahaja. Tapi itulah hakikat sebagai aktivis mahasiswa. Tidak mudah kalah pada sebarang ketidakadilan.

Kalau kita imbau kembali sejarah di Indonesia dan saya berkesempatan untuk bersama-sama mahasiswa di sana lebih kurang dalam 10 hari pada bulan 6 tahun ini. Bagaimana pada zaman kejatuhan Suharto dan Sukarno, yang menjatuhkan mereka dan menyedarkan masyarakat tentang kebobrokan pemerintah pada zaman itu adalah mahasiswa. Kita tengok bagaimana mahasiswa mampu untuk menyedarkan masyarakat tentang masalah negara. Jadi, apa salahnya kalau berdemo untuk kepentingan mahasiswa sendiri dan sebagai menunjuk perasaan ketidakadilan KPT kepada mahasiswa.

Wednesday, September 03, 2008

Kebangkitan Mahasiswa


Salam perjuangan untuk sahabat²..
Disini ada beberapa gambar mahasiswa yang boleh dikongsi dengan sahabat² sekalian. Gambar ini semasa demontrasi MANSUHKAN AUKU, tanda ketidakpuashatian Mahasiswa terhadap AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) pada 18 Ogos 2008 di jalan menuju Parlimen. Semoga ia dapat membangkitkan semangat mahasiswa untuk terus berjuang untuk hak mahasiswa yang bakal mencorak masa depan negara..inshaAllah..

STUDENT POWER !!!
HIDUP MAHASISWA !!!
MANSUHKAN AUKU !!!

[ Beratur dalam barisan menuju ke Parlimen ]


[
Pakaian serba hitam, menunjukkan tanda protes ]

[
Sedang menunggu YB² yang akan melalui jalan ini
menuju ke Dewan Parlimen
]

[
Please hear our voice! ]

[
setiap universiti menghantar wakil mahasiswa untuk
menunjukkan protes mereka
]

[ Akta membumikan mahasiswa ]

[ LEPASKAN KAMI dari penjara AUKU....!!!! ]

[ katakan TIDAK pada AUKU! ]

[ Bebaskan mahasiswa dari kekejaman AUKU ]

[ hapuskan AKTA ZALIM ]

[ Baring-baring, mahasiswa... ]

[ Mayat Mahasiswa ...ironi matinya sebuah ke INTELLECTUAL mahasiswa ]

[ Wakil KPT yang sengaja tidak melayan Mahasiswa ]

[ Selepas bersurai ]

[ Polis yang ingin merampas sepanduk mahasiswa ]

[ Abang polis yang begitu 'amanah' menjaga kami... ]

[ Burung merpati, ironi mahasiswa yang dikurung di dalam sangkar AUKU ]

[ Sehati dan sejiwa bersama bangsa lain untuk mansuhkan AUKU ]