Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Monday, June 08, 2009

Jemputan ke Majlis Perkahwinan

"Menjemput saudara dan saudari ke Majlis Perkahwinan saya pada ........." satu masej yang saya terima dari seorang senior, 4 minggu sebelum majlis perkahwinannya.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Mungkin tajuk entri di atas ini telah menjadi kebiasaan bila bermulanya musim persekolahan dan cuti semester pelajar-pelajar kampus. Ia bagaikan musim mengawan si jantan dan si betina dalam putaran kehidupan seekor haiwan.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada sahabat-sahabat saya yang telah melangsungkan dan bakal melangsungkan perkahwinan pada awal musim pengawan ini.

Yang terkini yang dapat dikongsi, sahabat sekuliah (Siti Nabilah) dan rakan seperjuangan dan juga bekas Tim. Presiden Ma'ruf Club sesi 0708, Abg HafizBad yang juga merupakan salah seorang mentor saya yang saya kagumi,

Muhammad Hafiz Badarulzaman & Siti Nabilah Sulaiman

(Rumah Pengantin Perempuan-Siti Nabilah Sulaiman)

Tarikh: 31 Mei 2009
Hari: Ahad
Alamat: No. 103, Taman Ria, Jalan Inai, Kota Tanah, Seberang Perak, ALor Setar, Kedah

DAN
(Rumah Pengantin Lelaki-Muhammad Hafiz Badarulzaman)
Tarikh: 7 Jun 2009
Hari: Ahad
Alamat: 15/3 Taman Bersatu, Bedong, Sg Petani, Kedah
Link dari http://hafizbad.blogspot.com/

dan senarai kenalan lain yang dapat saya senaraikan di sini..
1. Faizal UIA & Alia (6 jun)
2. Abg Azreen UIA Kuantan & AC (6jun)
3. Abg Taufiq UIA & Kak Dekma UIA (20 jun)
4. Athiq JORDAN & Maryam (27 jun)
Link dari http://www.zikr-amin.blogspot.com/

Suka saya untuk berkongsi satu cerita 2 orang pemuda dan pemudi yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Moga-moga cerita sebegini dapat dimanfaatkan bersama.

Pada suatu hari, seorang pemuda telah pengutuskan sepucuk surat kepada bakal isterinya beberapa bulan sebelum majlis perkahwinannya kerana ia merasakan seperti ada sesuatu yang bakal terjadi kepada dirinya. Maka, dia pun menulis sepucuk surat untuk menyatakan rasa cintanya itu..

..................................

BAKAL ISTERIKU,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan
kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.

Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah yang menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. Inilah kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon isteriku.

Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu.

Umar mendengar semua perbincangan mereka. Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:“Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan air. Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu? Ibu itu bertanya lagi:“Apakah larangan Amirul Mukminin itu?”

Puterinya menjelaskan: “Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air”Ibu itu berkata lagi: “Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya”

Puterinya menjawab: “Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita. Maafkan saya wahai ibuku, kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila di belakang mereka.”Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut.

Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut. “Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh.”Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.

Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana mereka lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah hakikat sebuah baitul muslim.

Calon isterikuku yang telah dijanjikanNya ,
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.

Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.

Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.

Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah.

Bakal isteriku yang dirahmati,
Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.

Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa. Yang terakhir ingin aku nyatakan, andai aku tidak berkesempatan bertemumu ketika diijab qabulkan di dunia, semoga doaku kita bakal bertemu di syurga ALLAH. Amin..

Salam buat teman solehahku...

--------------------------------------------

Maka, benarlah apa yang dirasakan pemuda tadi, ketika dalam perjalanan dia menuju ke rumah pengantin perempuan di majlis pernikahannya itu, maka berlakulah satu kemalangan yang telah meragut nyawa seorang pemuda dan pemuda itu adalah bakal pengantin pada hari itu.

Semoga perkongsian cerita saya ini dapat memberi manfaat terutama kepada bakal ke jinjang pelamin. Wallahu 'alam.

8/6/2009,
7.30 pagi,
Damsyik,
Syria

Perkahwinan bukan sahaja untuk kita tetapi untuk anak,
cucu dan keturunan kita.
Siapa mereka nanti, mungkin ia bermula dari kita.
Renung-renungkanlah.

Friday, June 05, 2009

Catatan dari Dhaka, Bangladesh --> Syria (Siri 1)

Catatan dari Dhaka, Bangladesh --> Syria

Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah..

Itulah kata2 yang mampu saya lafazkan takkala kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Bangladesh. Siapa yang pernah menonton filem “Slum dog Millionaire” pasti ia merasakan seolah-olah ia sedang menjadi sebahagian pelakonnya. Filem yang memenangi sebanyak 8 anugerah di Oscar Award di Hollywood kerana kualiti filemnya yang memaparkan kehidupan sebenar sebuah negara. Begitulah apa yang telah saya alami selama 1 hari dalam perjalanan saya ke Syria.

Tidak pernah menduga di hati saya menjadi sebahagian pelancong di Dhaka Bangladesh. Biasanya kita melihat penduduknya di negara kita yang begitu banyak sekali .Malah, kita mungkin merasa rimas dek kehadiran mereka yang tanpa segan menjadikan negara kita sebagai rumah kedua mereka. Tetapi, tahukah kita mereka sebenarnya bagaikan menjadi orang kaya raya bekerja di negara kita, walaupun mereka hanyalah pekerja buruh yang paling rendah, petani yang paling tidak pandai dan mungkin kerja-kerja yang sering kali dikaitkan dengan mereka. Namun, mereka sebenarnya terpaksa meninggalkan keluarga mereka, kasih sayang mereka semata-mata untuk mencari rezeki yang halal di Malaysia.

Shahrul, Sakib (anak tuan rumah) dan saya dihadapan
rumah Tuan AlamgirDhaka, Bangladesh

(bersambung pada masa akan datang)


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Tuesday, June 02, 2009

Sekitar dari bumi barakah, Syria..

Assalamualaikum...

Banyak yang ingin dikongsi. Namun, di sini bukanlah semudah yang disangka untuk membuka blog. Jadi, sangat terhadlah untuk membukanya. Kalau ada masa, akan saya kongsikan beberapa perkara menarik sepanjang perjalanan di sini. Wallahu 'alam..

Menara di Jami' Umawi yang dikatakan akan turunnya Nabi Isa A.S di sini dan akan memberi khutbah di Jami' ini




Jami' Umawi, bekas tinggalan gereja lama yang telah dibeli oleh Saidina Umar Al-Khatab pada zaman beliau

Jami' Umawi antara tempat yang menarik di Syria

Jami' Umawi pada waktu petang

Pemandangan di bandar Halab. Antara bandar tersusun di Syria

Makam Ahlul Bait yang berkubah hijau. Makam anak Saidina Husin, Fatimah Sughro

Bersama Sazwan (tuan rumah) dan Shahrul di hadapan tugu Saladin, pahlawan Islam terbilang

Bersalaman dengan ulama besar Syria, Dr. Mustafa Bugho

pemandangan dari atas bukit Makam Arbain di Damsyik

Dr. Wahbah Zuhaili di Jami' Quwaiti

Di Latakkia bersama rombongan dari KUIS

Dr. Ramadhan Al-Buty di Jami' Iman

Di hadapan makam anak Rasulullah SAW Zainab bersama delegasi Malaysia

Dihadapan Qalaat Sam'an - Kota pada zaman raja Sam'an iaitu seorang paderi

Link gambar ke Facebook.com
Link gambar ke friendster.com

Dari bumi Syria,

Sina'ah,
Damsyik

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Wednesday, May 20, 2009

Syria..

Alhmdulillah, akhirnya kakiku berjaya juga menjejakkan ke bumi ambiya'
yang penuh bertuah ini..

Alhamdulilillah..syukur padaMu Ya Allah..amin..

9 Mei 2009
11 pagi

Abu Nur,
Damsyik,
Syria
helangsenja@yahoo.com

Thursday, May 07, 2009

Selamat Hari Mama!

Ku dedikasikan sajak ini khas untuk mamaku yang tercinta. Nik Rashidah Nik Daud.

Kasihku hanya pada mama, mama dan mama. 3 times!

Segala pengorbananmu menjaga kami berlima tanpa abah di sisi sangat berat untuk mu harungi, tetapi kerana kami, kau tetap meneruskan perjuanganmu sebagai ibu. Thanks a lot! Sayang bangat sama mama!

Terimalah... Sempena Hari IBU! Dan untuk semua ibu-ibu di dunia dan anak-anak di dunia, tanpa mereka, siapalah kita...cintai dan hargai mereka sebelum mereka tiada.

Air mata ibu
mengalir,
bila mendengar tangisan si kecil,
masih merah salutan darah kelahiran.
Biarpun penat bersabung nyawa,
senyuman tetap terukir
ceria memekar taman jiwa.
Segala puncak sengsara
hancur semerta,
selamat zuriat melihat dunia...

Air mata ibu
menitis lagi,
bimbang resah mengulit diri,
sepanjang malam berjaga gelisah,
kerana si kecil masih mentah
meraung sakit ditimpa musibah...

Hari itu,
air mata ibu
bergerimis lagi,
bukan kepiluan
tapi kebanggaan,
melihat permata digilap kejayaan
tak kering bibirnya dengan senyuman,
tak lekang lidahnya pujian kesyukuran...

Takdir tuhan siapa menyangka,
harap panas bertahan
sang hujan bertamu ditengah laman...

Tika ini,
air mata ibu
bergenang kelukaan,
hati tua robek
sarat calaran,
permata kebanggaan
hilang kilauan kemanusiaan,
didikan tinggi tiada pedoman,
akibat gelap hati iman
harta nafsu jadi panduan...

Kemuliaan ibu,
hilang
ditimbus padam,
insan mulia
yang sarat pengorbanan
ditinggal gersang...

Rintihan si ibu,
Kesepian...
Kesedihan...
Kekecewaan...

Bukan balasan jasa
pintaan jua,
cukuplah secebis kasih permata
sementara jasad bersisa nyawa
biar tenang menutup mata...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, May 04, 2009

My journey to Indonesia

My journey to Indonesia

Assalamualaikum,

Kenanganku yang mungkin takkan kulupakan. Takkala diminta untuk mewakili kampus ke negara “Ayat-ayat Cinta”, terasa suka bercampur gembira.

Seramai 10 orang pelajar Malaysia mewakili kampus UM, UIA, POLISAS, UiTM, UPM dan PMC( Penang Medical Center) yang mewakili satu organisasi ke Indonesia sebagai lawatan sambil belajar.
Klik Baca Selanjutnya untuk melihat gambar-gambar yang menarik.

Selama 10 hari saya berada di sana dari 28/6/2008 hingga 7/7/2008 pelbagai peristiwa dan kenangan indah yang mungkin tidak akan dilupakan.

Selama 10 hari disana, beberapa orang yang sempat kami berdiskusi dan bertukar-tukar idea dengan persatuan pelajar disana, antaranya bersama aktivis mahasiswa dari KAMMI (Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia), UI (Universiti Indonesia), ITB (Institute Teknologi Bandung) dan beberapa tempat aktivis mahasiswa yang lain.

Kami juga berkesempatan berjumpa dan berdiskusi dengan tokoh Indonesia, antaranya Ibu Asmah, pelakon Kiamat Sudah Dekat dan juga bakal calon PKS dalam pilihanraya Pemilu kali ini.

Beberapa tempat menarik juga saya sempat lawati, antaranya di Bandung, Tangkuban Perahu, Pasentren Darul Tauhid, Bangunan Sate, program DEBAT dan Pemeran Kebudayaan Indonesia. Kami juga melawat beberapa universiti tempatan Indonesia yang lain dan beberapa pusat atau pejabat yang sering menjadi tumpuan rakyat Indonesia, antaranya pejabat PKS pusat, pejabat KAMMI, TV One, PKPU, TRUSTCO dan beberapa tempat lain lagi.

Pengalaman yang saya lalui sukar untuk dinukilkan dengan tulisan mahupun kata-kata. Mungkin sekadar ini sahaja saya bercerita. Memang terlalu banyak yang ingin saya berkongsi. Nak tulis banyak sangat. Kalau ada masa lagi, nanti saya akan bercerita lagi.

Saya akan meneruskan journey saya ke Syiria pada 7hb Mei ini pula. InsyaAllah. Saya bertekad sekurang-kurangnya 5 negara yang akan saya lawati sepanjang berada di kampus ini. Semoga cita-cita saya tercapai. Doakan saya selamat pergi dan selamat kembali, semoga Allah merahmati ilmu yang kita ingin cari. Amin.

Semuanya bermula kerana Tarbiyah dan kerana Dakwah.
Semakin luas perjalanan, semakin luas pengetahuan kita.


Bertukar-tukar cenderamata dari pihak kami dan juga dari PKS

Pihak kami bersama pihak ITB bergambar kenang-kenangan

Di pusat latihan TRUSTCO yang agak terkenal dengan pembawaan dakwah mereka (seperti ESQ)

Bergambar bersama Ibu Asma'
(bekas pelakon dan bakal dicalonkan untuk pilihanraya mewakili PKS)

Budak kecil itu budak kristian, jiran tempat saya tinggal, tapi jirannya baik dengan kami

Dihadapan kontor PKPU
Dihadapan Gedung Sate bersama ikhwan KAMMI (Satu-satunya negeri yang ditadbir oleh PKS)

Delegasi kami bersama Presiden Pusat Bulan Sabit Indonesia

Di atas puncak Gunung Tankubang Perahu (salah satu tempat pelancongan menarik di Bandung)

Selepas membeli belah di Pesta Kebudayaan Indonesia

Kereta ini terkenal untuk digunakan untuk berniaga Tempe, bakso dan bermacam-macam lagi

Di pusat stesen TV One Indonesia (macam TV1 kalau di Malaysia)

Di TV One Indonesia bersama Pegawai Polis merangkap ahli panel semasa program DEBAT

Dihadapan Universiti Pendidikan Indonesia

Makan di AMPERA, antara restoran terkemuka di Jakarta, enak bangat sih

Model Malaysia di Indonesia (dihadapan bangunan UPI)

Di bawah itu lembah gunung berapi yang masih hidup di Tangkubang Perahu, Bandung, nasib baik tak meletus lagi time ni

Kue Surabi Bandung, enak sekali dong

Stesen TV oNE

Rumah Pak Yuli, besar bangat deh

Sedang menghabiskan taklifan di stesen bus di Jakarta

Metromini yang popular di Jakarta

Santapan rohani bersama Ust Roslan (murabbi PKS)

WARTEG (Panggilan untuk warung macam ini, kecik je warung, tp byk mkanan)

Mabit Iman dan Taqwa di Daarut Tauhid (Pusat pasentren terkenal di Bandung)

Di pusat bandar di Jakarta, sibuk bangat, klu kat Malaysia, confirm ramai yg accident

Di pesta buku Indonesia, banyak bangat novel2 cinta Islamik

Bangunan di Jakarta, cantik

Di pintu masuk masjid UI (Universiti Indonesia)

Antara bangunan yang cantik di UI

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||