Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Monday, April 13, 2009

Mahasiswa ucap tahniah pada YB yang menang

Mahasiswa ucap tahniah pada YB yang menang.

Di sini saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada YB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di atas kemenangan besar di Bukit Gantang dan juga calon KeADILan,YB S Manikumar di Bukit Selambau.


PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi.
BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.
Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi.
Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.

KeADILan, S Manikumar menang dengan 12,632 undi.
BN 10,229.
Majoriti 2,403 undi.

YB Nizar kini telah menjadi ikon orang muda yang mempunyai ciri-ciri pemimpin muda PAS yang dicari selama ini. Malah menjadi motivasi kepada mahasiswa untuk menjadi sepertinya. Seorang yang mempunyai kepimpinan, yang petah bercakap, boleh berceramah agama dan motivasi, memberi khutbah Jumaat, berkelulusan tinggi dalam pelajaran dan mempunyai ketokohan dalam memimpin. Semoga, selepas ini akan ada graduan-graduan seperti YB yang akan berkhidmat dengan PAS. InsyaAllah.

Friday, April 10, 2009

Terimalah Aku..


Assalamualaikum
Sahabat-sahabatku…
Nak minta tolong sikit boleh tak?
Tolong ingatkan saya
andai saya terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan
Tolong ingatkan saya
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan
Tolong ingatkan saya
dengarlan dan bacalah Al-Quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

Tolong ingatkan saya
di mana silamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan
Tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran
Tolong ingatkan saya
kalau bercinta biarlah keranaNya
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindari syaitan
Tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan
Tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-segala Dialah tumpuan
Tolong ye ingatkan saya..

Ya Allah, terimalah aku menjadi hambaMU yang terbaik sebagai hambaMU

Jadilah aku dikalangan orang yang sentiasa bertaubat padaMU
Dan jadikanlah aku dalam golongan hambaMU yang sentiasa bersyukur..
Terimalah Aku Ya Allah..



"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
helangsenja@yahoo.com

Monday, April 06, 2009

Teori R.A.H.M.A.N menjadi Realiti

RAHMAN

TEORI 'RAHMAN' – ZAMAN KEGEMILANGAN MALAYSIA

Teori ini sudah lama diperkatakan pada zaman dahulu lagi. Teori ini diperkatakan ketika tahun 1992 lagi kalau tak silap saya. Pertamanya RAHMAN dikaitkan dengan nama TUNKU ABDUL RAHMAN iaitu Perdana Menteri Malaysia, bapa kemerdekaan dan kemudiannya Perdana Menteri Malaysia selepas ini merupakan nama-nama berkaitan iaitu:

“R A H M A N”

Ternyata teori itu menjadi dengan kehadiran Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke 6
R - Rahman (Tunku Abdul Rahman)
A – Abdul Razak Hussein
H – Hussein Onn
M – Mahathir Mohamad
A – Abdullah Ahmad Badawi (bila Anwar gagal)
N – Najib (Datuk Seri Mohd Najib)

....INILAH ZAMAN GEMILANG MALAYSIA.....

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Perdana Menteri Malaysia Pertama (1957-1970) Bapa Kemerdekaan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan seorang putera raja yang telah menyalurkan tenaganya ke arah mencapai kemerdekaan dan keharmonian negara. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan putera Sultan Abdul Halim Halimshah, Sultan Kedah yang ke 24 dan dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Ketika itu Kedah adalah sebuah negeri di bawah naungan Siam. Beliau adalah anakanda kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Shah. Ibunya bernama Cik Manjalara merupakan seorang puteri Ketua Negeri Mataban, dalam jajahan Siam.Penglibatan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam parti UMNO membawa kepada perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang pertama selepas kemerdekaan dari 1957 hinggalah beliau bersara pada tahun 1970. Pada 6 Disember 1990, seluruh negara dirundung pilu kerana YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan, Bapa Malaysia meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh hormat di tanah perkuburan keluarganya di Kedah selaku menunaikan permintaan beliau.

Tun Abdul Razak
Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".
Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang.
Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah warisnya sebagai Perdana Menteri ketiga. Anak sulungnya, Najib bin Tun Haji Abdul Razak, menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam pentadbiran Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2004. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

TUN Hussein bin Onn
TUN Hussein bin Onn dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru dan merupakan anak sulung kepada Dato Onn bin Ja'afar, pengasas parti UMNO. Mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di English College, Johor Bahru. Selepas tamat persekolahan pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau bergiat aktif dalam pasukan keselamatan dengan menyertai Regimen Hydrabad Ke-19 di India dan bertugas di Timur Tengah ketika Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1946 beliau kembali ke Malaya dan menjadi pegawai tadbir di bawah kerajaan British. Ketika itu British sedang mengemukakan rancangan Malayan Union dan bapanya sendiri memainkan peranan penting rancangan penjajah itu dengan menubuhkan UMNO. Hussein telah menyertai perjuangan bapanya dan mula bergiat aktif dalam politik ketika penentangan terhadap Malayan Union memuncak. Datuk Onn telah memberikannya tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan seterusnya dalam tahun 1950 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO. Hussein keluar dari UMNO mengikut bapanya, setelah tercetus satu krisis dalam parti pada bulan Ogos 1951. Pada tahun 1968 atas desakan Tun Abdul Razak, Hussein kembali menyertai UMNO. Pada bulan Jun 1969 beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan pada tahun yang sa- ma beliau telah memenangi pilihan raya umum di kawasan Parlimen Johor Bahru Timur dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 22 September 1970. Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia. Beliau juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia Ketiga menggantikan Tun Abdul Razak yang telah meninggal dunia. Berikutnya, beliau mengumumkan satu kabinet baru yang agak memeranjatkan, di mana peluang-peluang yang luas diberi kepada tokoh-tokoh muda dalam UMNO untuk memegang jawatan-jawatan penting. Beliau juga telah memilih Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai timbalannya. Atas sebab-sebab kesihatan beliau mengambil keputusan untuk bersara dan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 16 Julai 1981. Tempat beliau diserahkan kepada Dr. Mahathir Mohamad.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).


Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

YB Amat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
YB Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai, 1953) merupakan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009, selain menjadi Menteri Kewangan I, bekas Menteri Pertahanan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.
Pendidikan
Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.
Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Sunday, April 05, 2009

Najib sepatutnya memperkenalkan konsep "Malaysia Bersih"

Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sepatutnya memperkenalkan konsep “Malaysia Bersih” terlebih dahulu sebelum pergi kepada “Satu Malaysia”. Ini berikutan perlantikan Najib sebagai PM ke-6 terdapat pelbagai kontrovesi yang belum terjawab dengan jelas dan meyakinkan. Sama ada beliau melakukannya atau tidak, itu urusan Najib dengan Allah sahaja yang tahu segala-galanya. Beliau perlu membersihkan namanya yang kini tidak lagi disegani kawan dan lawan dan ramai pihak masih meragui kepimpinan PM ke-6 ini.

Antara kontrovesi yang berkaitan dengan Dato’ Seri Mohd Najib adalah:

1) Kontrovesinya berkaitan kes berprofil tinggi iaitu, kes model Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam dan berita terbaru dari sebuah akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis mendakwa Najib pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

2) Kontrovesi Najib dalam pemilihan agung UMNO yang dikatakan antara pemilihan agung UMNO yang paling banyak terbongkar mengenai rasuah dan masih ramai lagi yang terlepas dari pengetahuan disiplin parti UMNO.

3) Najib dikatakan terlibat dalam merasuah ahli politik dari PR supaya melompat parti seperti yang berlaku di Perak dan Kedah.

4) Najib juga terlibat dalam beberapa insiden harta negara seperti isu kontrak pembelian kapal selam Scorpene, jet sukhoi dan sewaktu menjadi menteri pertahanan, didakwa mengendalikan usaha mendapatkan helikopter Eurocopter Cougar EC 275 dalam keadaan meragukan.

5) Mungkin yang terakhir setakat ini berkaitan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikatakan antara tulang belakang yang kuat terhadap beberapa keputusan yang dibuat oleh Najib. Rosmah juga dikatakan terlalu “boros berbelanja”, bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos dan terdapat beberapa insiden seperti belian jam-jam tangan jutaan ringgit kepada isteri-isteri pembesar negara. Mungkin ada rahsia yang tersirat.

Konsep “One Malaysian” sangat baik, tetapi adakah Najib ikhlas untuk membawa konsep ini secara menyeluruh atau konsep itu sebenarnya adalah agenda politik UMNO untuk menyatukan balik pengundi-pengundi Cina dan India kepada UMNO? Hanya Najib dan Allah sahaja mengetahui apakah perancangan politiknya untuk Malaysia akan datang. Sama-sama kita doakan Malaysia terus aman dan makmur.-helangsenja

Friday, April 03, 2009

Saya, orang tua buta dan keberkatan

Saya, orang tua buta dan keberkatan

Teringat saya sewaktu saya di alam persekolahan dulu. Ketika itu, saya masih menuntut di sekolah Maahad Ahmadi Tanah Merah, sebelum saya menyambung di Maahad Muhammadi Lelaki, KB. Tempat bermulanya saya mengenal fekah, tauhid, sirah dan seangkatan dengannya dengan lebih mendalam.

Orang tua buta. Itulah gambaran yang dapat saya berikan. Entah mengapa tetiba teringat kembali peristiwa ketika saya ditingkatan 1. Seorang lelaki tua, buta, bertongkat dan berpakaian serba kedaifan. Ia masih segar difikiran saya.

Pada waktu itu, loceng rehat baru berbunyi. Saya dan beberapa orang sahabat saya seperti biasa sebelum ke kantin. Kami akan solat dhuha dulu di masjid sekolah kami berikutan kelas kami hanya berhadapan dengan masjid sahaja.

Selepas selesai solat, saya berehat-rehat di beranda masjid. Melihat pemandangan sekeliling. Tetiba saya melihat beberapa orang pelajar muslimat melihat satu benda pada tempat yang sama. Ketika itu, saya masih ingat masjid kami masih lagi dalam pembinaan dan terdapat beberapa timbunan pasir untuk kerja-kerja pembinaan masjid.

Selepas itu, baru saya perasan, mereka sedang melihat seorang pak cik tua buta bertongkat sedang berjalan menghampiri bangunan masjid. Tetapi dihadapannya itu, ada satu timbunan pasir dan pada waktu itu tidak ramai orang disekeliling untuk membantu pak cik itu dari tersepak dengan timbunan pasir tadi.

Sahabat-sahabat saya yang lain masih lagi di dalam masjid. Melihat pak cik itu mula tergagap-gagap dengan tongkatnya mencari haluan untuk keluar dari timbunan pasir tadi, saya terus memberi bantuan kepadanya.

Seterusnya, pak cik itu meminta saya membawanya pergi ke pejabat sekolah. Dalam perjalanan saya ke pejabat sekolah, saya mula perasan ada banyak mata melihat saya dan pak cik tadi. Saya sempat berborak dengan pak cik tersebut dan apabila sampai dipintu pejabat sekolah, saya memohon untuk beredar.

Selepas itu, beberapa sahabat saya yang sempat melihat saya tadi, mula bertanya.

“Duwe, ayohmu ko tu?”

“Duwe, pok cik mum ko tu??”

Semuanya saya menjawab tidak. Dan ada beberapa lagi persoalan yang saya pun sudah lupa. Pada waktu itu, saya tak terasa malu pun untuk menolong seorang pak cik yang buta, biarpun saya perasan ramai yang melihat saya semasa saya memimpin pak cik tersebut dengan pandangan yang pelik kerana saya sedang memimpin pak cik buta dan berpakaian yang daif ke pejabat sekolah.

Selepas peristiwa itu, saya sudah lupa sehinggakan bila keputusan PMRU (Peperiksaan Menengah Rendah Ugama) saya keluar. Alhamdulillah, keputusan yang membanggakan walaupun tak menjadi pelajar terbaik pada waktu itu.

Apa yang saya ingin sampaikan adalah selepas saya mendapat keputusan saya tersebut, tetiba saja, peristiwa pak cik buta tersebut datang bertandang kembali selepas hampir 8 bulan peristiwa itu berlalu kalau saya tak silap. Saya pun mula terfikir, adakah keputusan saya yang membanggakan ini adalah kerana keberkatan saya menolong pak cik tersebut? Hati saya kuat mengatakan mungkin dan mungkin.

Entah mengapa hati saya berkata, keputusan PMRU itu bukan atas usahaku, tetapi mungkin dan mungkin kerana pak cik itu. Ya, pak cik itu. Seorang lelaki tua buta yang serba sederhana yang pernah sewaktu ketika dulu saya membantunya. Mungkinkah kerana pak cik itu mendoakan saya berjaya?? Wallahu ‘allam. Saya pun tak tahu. Kemungkinan dihati pak cik tersebut, “Ya Allah, berikanlah kejayaan pada budak ini.” atau sebagainya, wallahu’ allam. Sehingga sekarang, saya masih teringatkan pak cik itu. Walaupun mukanya saya sudah lupa, tetapi peristiwa itu masih segar diingatan saya. Saya berharap, pak cik itu masih sihat dan selalu dalam kerahmatan Allah. Amin.

Coretan cerita saya yang sedikit ini bukanlah untuk berbangga, jauh sekali dihati saya ingin menunjuk-nunjuk atau ingin riak atau sebagainya, tetapi saya ingin menceritakan keberkatan disebaliknya. Mungkin itulah dikatakan keberkatan kita dalam sesuatu perkara bila kita lakukan dengan ikhlas. Walaupun bagi kita itu perkara biasa, tetapi sebenarnya keberkatan itulah membantu kita dalam sesuatu perkara. Saya masih tercari-cari, apa keberkatan yang boleh membantu saya dalam peperiksaan kali ini :) . Wallahu 'allam.


[ Tempat bermulanya pentarbiyahan saya ]

[ Bangunan sekolah yang sudah mula berkulat ]


[ Masjid sekolah saya yang baru siap dibina ]

[ Sekolahku yang penuh kenangan ]

Thursday, April 02, 2009

Ikan sepatku mati

Mungkin agak bosan bercerita mengenai kisah ikan saya ini. Tapi untuk melepaskan sedih dihati, maka, bloglah yang menjadi mangsa.

Semalam saya bermimpi seekor ikan saya mati. Dalam mimpi tersebut, ikan yang mati adalah ikan emas hong kong saya. Ikan paling mahal buat waktu ini. Selepas beberapa jam, saya bercerita kepada kawan saya tentang mimpi saya tersebut. Dia cakap itu hanya mainan tidur. Saya pun beranggapan begitu tanpa memikirkan segala andaian.

Tetapi, pada tengahari tadi. Innalillah. Memang betul. Ikan saya mati. Terkejut besar saya. Tapi, alhamdulillah. Ikan itu bukan ikan emas hong kong. Ikan sepat jawa. Walaupun tidak mahal, tapi ikan itulah yang paling awal dan paling lama saya pelihara. Hmm, memang sedih. Sebab saya pun tidak tahu apa sebabnya ikan tu mati. Bila tengok mayatnya, terdetik dihati saya, mungkinkah ikan lain juga bakal mengikut jejak langkah si sepat jawa tu. InsyaAllah tidak.

p/s: Salam takziah buat jenazah (bleh la kot panggil arwah) ikan sepat jawa aku ni. Semoga tiada pergantungan antara dosaku sepanjang memelihara si ikan sepat ni. Amin.


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

Wednesday, April 01, 2009

Cerpen bersiri: Deen List ke, atau Dean List ?

"Umar, ko tak semayang Maghrib lagi ke? Dah nak masuk Isyak dah ni. Tinggal berapa minit lagi ni" tegur Luqman kepada roomatenya.

"Ala, kejap jer lagi. Kul 8.30 jap lagi aku ada exam ni. Sket lagi nak study tajuk ni." jawab sahabatnya yang selalu mendapat Dean list di Kuliyyahnya.

"Pergi la sembahyang dulu. Kalau ko cemerlang dalam pelajaran sekalipun. Tapi, kalau ko tak cemerlang di akhirat tak guna jugak." tegur Luqman dengan nada yang agak tinggi.

"Hmm..ok la. Aku pergi sembahyang dulu la." Umar angkur dengan nasihat Luqman tadi.

"Barulah dapat dean list dan deen list juga" Luqman menghabiskan leterannya kepada sahabat baiknya itu sambil tersenyum dengan hati yang tenang.


Moral of the story.
Ingatlah, dunia ini sebenarnya tempat ujian/exam bagi kita. Setinggi manapun dean list kita, tapi kalau agama kita tidak berjaya mendapat deen list juga, maka tidak berertilah dean list kita tersebut.

Kalau kita gagal di dalam peperiksaan, kita masih boleh repeat, boleh tukar subjek. Kalau direject universiti, kita masih boleh tukar tempat belajar lain.

Tetapi, klu kita tidak lulus exam dengan Allah SWT.
Kita bukan setakat di dismiss oleh Allah SWT.

Bahkan, kita bakal bertemu azab yang lebih pedih setimpal apa yang kita lakukan.


Pesan saya, sama-sama kita mencari deen list dulu untuk memberi
semangat dalam dean list kita.

Dengan cara:


Kena baca buku rajin-rajin


Kena fokus betul-betul pada pelajaran

Jangan bagi jin atau setan-setan kacau kita tengah study.
(ni bukan anak jin yer, walaupun lebey kure jah :)


Jangan tension masa study



Selalu solat hajat, solat tahjud dan solat sunat yang lain dan last sekali

Banyakkan berdoa pada Allah dan tawakkal padaNYA sokmo.

Maka, jadilah kita pelajar mendapat deen list akhirat dan dean list dunia :)

Ma'an taufiq wannajah
"Rabbana yassir wala tu'assir, waj'alna minan najihin, walfaizin, walmumtaazin, walmutafauwiqin"
to all my frens from pimpinan Ma'ruf Club, members, MRC, kawan2 G'RIMIS, asakelate, PERDANA, amal maahad dan sape2 yang baca blog ni, good luck exam!!
Doakan kita semua berjaya dunia dan akhirat.


Kata-kata saya:

“Life like an education. The final examination for us is when
we will be meeting with Allah. That is our final destination”