Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Thursday, June 18, 2009

Perginya sebutir permata. Dr Fathi Yakan

Al-Fatihah buat almarhum..Dr Fathi Yakan

Tanggal 13 Jun 2009, perginya seorang pelapor gerakan Islam yang terkenal di seluruh dunia terutama sebagai pelapor awal kebangkitan gerakan Islam di Lubnan. Beliau adalah Dr Fathi Yakan, seorang ilmuan yang amat popular dengan bukunya di seluruh dunia iaitu buku "maza ya'ni intimai Ila Islam" (Apakah erti saya menganut Islam).

Buku inilah antara buku terawal yang didedahkan oleh naqib saya dalam usrah sewaktu disekolah dahulu. Malah, sesiapa yang ingin menjadi naqib untuk peringkat seterusnya, harus memahami sedikit sebanyak mengenai karangan buku beliau tersebut. Itulah kehebatan tulisan beliau yang menjadi rujukan banyak nuqaba' di seluruh dunia.

Namun, itulah lumrah hidup, setiap yang hidup pasti bertemu ajalnya juga. Moga-moga, permata yang hilang ini bakal ada penggantinya yang akan meneruskan dakwah Islam yang syumul ini.

Antara buku karangan beliau:
-APAKAH ERTI SAYA MENGANUT ISLAM
-BAGAIMANA KITA MENYERU KEPADA ISLAM
-GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN
-KE ARAH KESATUAN GERAKAN ISLAM
-RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH

Teringat antara kata-kata tulisan beliau di dalam salah satu buku karangannya "GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN". Beliau menulis;

"Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? Apakah
peranan pemuda dalam perubahan Islam yang dicita-citakan? Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu?

Kesemuanya ini akan cuba dibincangkan dan diperkatakan dalam kajian kita ini (Generasi muda dan Perubahan).

Kenapa mesti Pemuda?
Kenapa fokus selalunya kepada pemuda?
Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?

Itulah antara peringatannya kepada golongan muda. Sayangnya beliau kepada golongan muda. Semoga akan ada golongan muda yang bakal menggantikan beliau. InsyaAllah.

Sedikit catatan mengenai biodata beliau:
Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50-an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60-an. Beliau telah menjawat ketua umum dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut, beliau telah bertanding dan memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal pada kerusi tersbut sehingga pada tahun 1996. Kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau juga telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan di antara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pada tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku kesemuanya.
Biodata ihsan dari: http://www.mutiulhaq.blogspot.com/


وَالْعَصْرِ. إِنَّ اْلإِنْسَا َ ن َلفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ
وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesanpesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

2 comments:

mohad said...

semoga ada pengantinya...

Anonymous said...

salam...

kepada sahabat-sahabat forum, di sini saya ingin mempromosi suatu bisnes yang boleh menjana dan menambah pendatan anda...
1. Pendapan Lumayan
2. Tidak perlu jual produk
3. Terbuka kepada yang telah / tidak bekerja (berminat)
4. Perniagaan yg boleh diwariskan kpd saudara terdekat.
5. Rakan niaga diperlukan seluruh Malaysia, Indonesia, Singapore Dan Brunei.
6. Rujukan www.dchl.com.my
7. Syarikat yang kukuh yang memepunyai rangkaian sehingga di 10 buah negara termasuk Hong Kong, Jepun dan Australia.

Ibupejabat
Kuala Lumpur
Level 1, Menara HLA,
No. 3, Jalan Kiapeng,
50450, Kuala Lumpur.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut....

Boleh YM saya di id :aafnan
atau emel saya di aafnan@yahoo.com / afnan145@gmail.com
juga boleh call saya...013-2771096.