Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Wednesday, April 29, 2009

Cerpen bersiri: Berubah kerana “dia” atau DIA?

Berubah kerana “dia” atau DIA?

“Anta nak tahu tak, kawan ana sekarang dah banyak berubah. Dulu dia suka pakai tudung tiga segi tak sampai ke paras dada dan salu berseluar jeans, tapi sekarang dia dah salu pakai baju kurung, tambah lagi, tudung pun dah sedikit labuh. Dia dah banyak berubah.” Terang Khadijah kepada sahabat lelaki sekuliahnya.

“Anta nak tahu tak kenapa dia berubah?” sambung Khadijah lagi.

“Kenapa?” tanya Luqman dengan bersungguh-sungguh.

“Dia berubah kerana anta” jawab Khadijah dengan suara yang perlahan.

Luqman terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh sahabiahnya tadi. Tetiba jantungnyanya berdegup sedikit laju.

“Kenapa dia berubah kerana ana?” tanya Luqman dengan perasaan ingin tahu.

Khadijah menerangkan bahawa, sahabatnya berubah kerana dia tertarik dengan perwatakan, pergaulan dan gerak kerja Luqman tadi. Luqman ini dikenali oleh rakan se-universitinya kerana perwatakannya yang baik, mudah mesra, peramah, tawadduk, berakhlak mulia, berwajah hensem dan cergas dalam gerak kerja dakwahnya. Dia juga diminati ramai oleh pelajar perempuan atau muslimah di kampusnya.

“Tapi ana tak kenal kawan anti tu. Macam mana dia boleh tertarik dengan ana pulak? tegas Luqman.

“Mungkin dia sudah lama memerhatikan cara anta dan gerak kerja dakwah anta dan mungkin sebab itulah dia bersemangat untuk berubah. Bukan senang dia nak berubah. Dulu ana selalu menasihati dia. Tapi, dia tak nak dengar. Tapi, sekarang Alhamdulillah. Dia dah mula berubah. Dia cakap dia meminati anta lantas dia bertekad untuk berubah.” Jelas Khadijah dengan panjang lebar.

Luqman mendengar dengan teliti apa yang dicakapkan oleh rakan sekelasnya itu di depan perpustakaan UIA. Luqman terasa begitu tersentuh dengan apa perubahan yang berlaku pada roommate Khadijah itu. Walaupun Luqman tidak pernah mengenali roommate sahabiahnya itu, tetapi dia terasa dirinya begitu kerdil untuk dijadikan sandaran sebuah perubahan. Fikiranya mula terlintas sebuah firman Allah SWT.

Allah SWT. berfirman:
'Serulah (manusia) ke jalan tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang Maha Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui
orang-orang yang mendapat petunjuk.'
(Q.S. An Nahl: 125)

Mungkin itulah dinamakan hidayah dari Allah yang diturunkan ke dalam hati-hati manusia. Pelbagai cara untuk Allah menurunkan hidayah kepada hamba-hambaNYA. Salah satunya melalui manusia. Manusia itu sebagai alat untuk Allah memberikan hidayah. Inilah yang dinamakan dakwah secara tidak langsung. Berdakwah melalui akhlak yang mulia. Mengikut kajian, sebanyak 70 peratus manusia tertarik dengan dengan seseorang kerana akhlaknya. Sedangkan manusia sering lupa tentang nikmat hidayahnya.

“Ana harap anti menasihati dia supaya jangan berubah kerana ana, tetapi berubahlah kerana Allah, kerana sesungguhnya Allah itulah kekal selama-lamanya. Dan ana tak nak fitrah meminati seseorang bertukar menjadi fitnah. Kerana fitnah wanita ini sangatlah besarnya di sisi lelaki. Baik cegah sebelum parah. Dahulukanlah minat, cinta atau seumpamanya dengan cinta Allah sebelum kita ada rasa untuk bercinta dengan manusia. Kerana manusia ini mudah lupa tanpa agama lebih-lebih lagi dalam bab bercinta.” Jelas Luqman dengan perasaan merendah diri.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia.
Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
(Mutiara Kata)

Rasulullah bersabda,‘‘Tali iman yang paling kuat adalah saling berkasih-sayang kerana Allah, memusuhi kerana Allah , mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah”
(Riwayat Imam At-Thabrani, hadis sahih)

“Ana dah bagitahu kepadanya. Supaya jangan berubah kerana manusia, kerana mungkin manusia itu akan berubah pada bila-bila masa saja, sedangkan syariaat dan Islam sentiasa sama, tak kan berubah. Mula-mula dia masih lagi berharap semangatnya itu dari anta untuk dia terus istiqamah dalam berubah. Tapi sekarang Alhamdulillah, dia dah mula faham bahawa kalau kita berubah kerana Allah pasti kita tidak akan kecewa dan pasti terjaga. "Khadijah mula berfalsafah.

“Alhamdulillah. Mudah-mudahan sahabiah anti tu terus istiqamah untuk berubah. Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia. Sama-samalah kita istiqamah kearah yang lebih baik pada hari ini.” Luqman menyambung perbicaraannya.

Khadijah melihat jam di tangannya tepat menunjukkan 11.20pagi. Tinggal 10 minit lagi kelas dia akan bermula.

“Ok la Luqman. Ana ada kelas pukul 11.30 kejap lagi. Terima kasihlah kerana beberapa nasihat yang berguna tadi. Harap Allah mengira segala perbuatan baik hambaNYA. InsyaAllah.”

“InsyaAllah.” Senyum Luqman sebagai tanda penghargaan kepada sahabatnya kerana memberitahu keadaan roomatenya itu.

Khadijah terus beredar dan Luqman tanpa membuang masa terus masuk ke dalam perpustakaan untuk mengulangkaji pelajarannya.

********************************* ******************************* *********

* Moral values of the story:

Cerita ini adalah sekadar perkongsian, pandangan dan pengajaran mengenai keadaan mahasiswa atau remaja yang berlaku sekarang. Beberapa pengajaran ringkas yang saya ingin berkongsi:

1. Cinta/minat/suka.

Remaja sekarang mudah terjebak ke dalam kancah percintaan. Sesiapa yang tak bercinta dianggap kolot, ketinggalan zaman, tak bertamadun malah dianggap aneh tanpa ada pasangan kekasih. Subhanallah. Dunia sekarang dah terbalik dengan cinta yang di bina barat. Mindset orang Islam sudah berubah 90 darjah. Cinta itu adalah fitrah manusia yang dijadikan Allah sebagai tempat untuk manusia berasa senang dengan kehadiran cinta. Sebab itulah walaupun Syurga itu damai dan indah, namun Nabi Adam a.s berasa kesunyian dan mahukan teman. Maka Allah jadikan Hawa dari tulang rusuk kiri untuk dijadikan teman sepermainan. Lihatlah bagaimana rasa cinta itu ada dalam diri manusia.

Cinta ini boleh ditakrifkan dalam pelbagai maksud. Cinta Nabi pada umatnya sehingga pada saat kematiannya, Rasulullah SAW masih lagi teringat akan umatnya. “Umaati” “Ummati” “Ummati”.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih
dikasihi daripada anaknya, ibu bapanya dan manusia seluruhnya”
(Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Al-Nasai)

Cinta para syuhadak kepada syahidnya. Kata-kata Dr A. Aziz al-Rantissi, pejuang HAMAS sebelum mendapat syahidnya “Demi Allah, sesungguhnya perjuangan kita akan bertambah gemilang dan membuatkan kita semakin mencintai jalan ini. Tangan – tangan kita yang menggenggam senapang di dunia ini Insya Allah akan berpelukan bersama di sisi Allah (di syurga nanti)”. Subhanallah. Bagaikan dia telah melihat Syurga Allah dan mencintai untuk syahid bertemu Allah.

"Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah.Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar" (an-Nisa': 74)

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (Al-Ahzab: 23)

Cinta Nabi Yusof as dan Zulaikha dan pelbagai lagi cerita cinta yang begitu mendalam kepada Allah SWT. Jagalah cinta kita dengan Allah, nescaya Allah akan menjaga cinta kita denganNYA.

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan
kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
( Saidina Umar Ibnul Khattab)

2. Bersahabat.

Persahabatan dalam Islam adalah salah satu elemen penting dalam berdakwah. Dengan bersahabat, manusia mudah terpengaruh dengan sahabatnya, lantaran terikut-ikut apa yang ada pada sahabatnya. Dalam suasana kampus, mungkin terdapat pelbagai ideologi politik, perbezaan jemaah dan sebagainya. Ketepikan soal persafahaman itu dahulu, cari titik persamaan iaitu dalam berdakwah manusia kearah mengenali Islam dengan lebih baik.

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana
dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Banyak sekali hadis dan Al-Quran menerangkan mengenai persahabatan atau ukhwah Islamiah.

Nabi bersabda,‘‘Tidakkah dua orang yang saling bercinta kerana Allah , melainkan yang paling utama di antara keduanya adalah yang paling cinta kepada sahabatnya itu . ” (Bukhari & Abu Daud)

Allah berfirman : ‘‘Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah, mudah-mudahan kamu dirahmati .’’(Al Hujurat : 10)

“ Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (Islam) dan jangan pula berpecah belah, dan kenangkanlah nikmat Allah atas kamu ketika dahulunya kamu bermusuhan, lalu Allah menyatukan hati-hati kamu, maka jadilah kamu disebabkan nikmat-Nya (Islam) kamu bersaudara…” (Ali Imran 103)

Dari Anas, Nabi bersabda, ‘‘Tiga perkara , barangsiapa yang ketiga-tiganya ada pada dirinya , maka ia akan mendapat kemanisan iman, iaitu hendaklah Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada selain keduanya , dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah , serta ia tidak suka kembali kepada kekafiran setalah Allah membebaskannya darinya sebagaimana ia tidak suka dilempar ke dalam api neraka .’’ (Bukhari dan Muslim).

Malah, akan termasuk dalam golongan yang mendapat naungan Allah pada hari kiamat.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, “ Tujuh golongan akan dinaungi Allah pada hari yang tiada apa naunganpun melainkan naungan-Nya sahaja; pemimpin yang adil, pemuda yang hidup beribadat kepada Tuhannya (zaman mudanya penuh dengan ibadah), lelaki yang hati terikat dengan masjid-masjid, dua orang lelaki yang berkasih kerana Allah;mereka berjumpa kerana Allah dan berpisah kerana-Nya, lelaki yang digoda perempuan cantik lalu dia berkata padanya, “Sesungguhnya aku takut kepada Allah, lelaki yang bersedekah bahkan menyembvunyikan sedekahnya sehinggakan kirinya tak mengetahui apa yang dihulurkan kanannya, dan lelaki yang mengingati Allah bersendirian lalu mengalirlah air matanya” (Muttafaq ‘alaih).

Bercinta kerana Allah dan untuk Allah akan menjadi kunci masuk ke syurga :
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, ‘‘Kamu tidak akan memasuki syurga , sehinggalah kamu beriman . Dan kalian tidak (benar-benar) beriman , sehinggalah kamu saling mencintai . Hendakkah aku tunjukkan sesuatu, jika kamu saling mengerjakannya ,maka kamu akan saling mencintai; iaitu sebarkanlah salam antara kamu.’’ (Muslim)

Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. (Khalifah Abdul Aziz)

Bersahabatlah kita kerana Allah dan jangan cuba mempergunakan sahabat-sahabat di sekeliling kita untuk kepentingan diri sendiri. Dan jangan menyalahgunakan persahabatan untuk bercinta.

3. Berakhlak mulia.

Dalam cerita ringkas tadi, kita dapat melihat bagaimana akhlak yang mulia dapat menjaga dan dapat memberi kesenangan pada orang yang melihat orang yang berakhlak mulia ini.

Nabi s.a.w.bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan budipekerti yang mulia."(H.R.Ahmad)

Dalam timbangan (mizan) amal pada hari kiamat tidak ada yang lebih berat dari pada aklak yang baik, sebagaimana sabda rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam : “ Sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik.” (HR. Abu Daud dan Ahmad, disahihkan Al Bani. Lihat ash Shahihah Juz 2 hal 535). Juga sabda beliau : “ Sesungguhnya sesuatu yang paling utama dalam mizan (timbangan) pada hari kiamat adalah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad, dishahihkan al Bani. Lihat Ash Shahihah juz 2 hal.535).

Dari Jabir radhiallahu ‘anhu berkata : Rashulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya orang yang paling saya kasihi dan yang paling dekat padaku pada hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.” (HR. Tirmidzi dengan sanad hasan. Diriwayatkan juga oleh Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban. Lihat Ash shahihah Juz 2 hal 418-419).

Akhlak yang baik akan mengangkat manusia ke darjat yang tinggi dan mulia. Akhlak yang buruk akan membinasakan seseorang insan dan juga akan membinasakan ummat manusia. Manusia yang mempunyai akhlak yang buruk senang melakukan sesuatu yang merugikan orang lain. Senang melakukan kekacauan, senang melakukan perbuatan yang tercela, yang akan membinasakan diri dan masyarakat seluruhnya. Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud:
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya."(H.R.Ahmad)

Dari hadis-hadis di atas dapat difahami bahwa akhlak yang paling baik memiliki keutamaan yang tinggi. Kerana itu sudah menjadi kewajipan pada setiap muslim itu mengambil akhlak yang baik sebagai perhiasannya. Yang perlu diingat bahawa ukuran baik atau buruk suatu akhlak bukan ditimbang menurut selera individu, bukan pula hitam putih akhlak itu menurut ukuran adat yang dibuat manusia. Kerana boleh jadi, yang dianggap baik oleh adat itu buruk menurut timbangan syari’at atau sebaliknya

4. Nasihat menasihati.

Allah berfirman: Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. (Ali-Imran:110)

Kita sebagai kawan hendaklah ada rasa ingin nasihat menasihati antara satu sama lain. Walaupun kadang-kadang nasihat kita itu tidak diendahkan oleh sahabat-sahabat kita, namun, kita perlu bersungguh-sungguh untuk membantu sahabat-sahabat kita berubah kearah yang lebih baik. Mungkin sahabat kita tersebut tidak berubah dalam masa yang terdekat, namun mungin pada suatu masa nanti, dia akan berubah kerana nasihat kita tersebut.
Dalam beberapa situasi, bukan semua orang dapat menerima dan mendengar nasihat. Namun, kita perlulah bersikap positif dan ada alternatif lain dalam member nasihat. Supaya apa yang paling penting adalah silaturrahim antara sahabt-sahabat terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' (Surah al-Imran:103)

5. Aurat.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan cenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punak unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)


6. Istiqamah.

Setiap perkara baik yang kita kerjakan perlulah disusuli dengan perasaan ingin berterusan. Ingin istiqamah.

Firman Allah SWT: Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Hud: 112).

Pernah suatu ketika Sufyan Ibn Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: “ Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang satu pegangan hidup dalam Islam yang tidak perlu lagi aku ajukan soalan-soalan lain. Lantas Baginda SAW menjawab dengan sabdanya: Katakanlah! Aku beriman kepada Allah kemudian tetap teguhlah (beristiqamahlah) pada pendirian itu. (Riwayat Muslim)

Jesteru itu, setiap Muslim haruslah menginsafi bahawa kehidupan yang penuh pancarabo ini menuntut sedikit sebanyak persediaan untuk menghadapinya. Persediaan itu tidak lain dan tidak bukan ialah iman dan istiqamah sebagai medium yang kongkrit dalam berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan dalam hidup ini.

..........................
Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama. InsyaAllah. Wallahu a’lam.

www.helangsenja.blogspot.com

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

6 comments:

Unknown said...

cerita ini hanyalah cetusan rasa, jika ada yang terasa, ia hanyalah kebetulan yang tanpa di duga.. asif jiddan..

Anonymous said...

Salam Ustaz, cerita ni ada pengalaman sendiri ke..:p

nz said...

Agama tidak pernah mengecewakan manusia.
Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
(Mutiara Kata)

very nice :)



-nni-

Unknown said...

bagus sekali kata2 tue..tq!

al_mutmainnah said...

MasyaAllah... syukran pd pkongsian cerpen mcmni... (=^_^=)

Unknown said...

moga ia dapat bermanfaat pada pembaca dan pembuatnya juga. maaf jika bahasanya susah nak faham, org baru nak belajar.