Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Friday, April 03, 2009

Saya, orang tua buta dan keberkatan

Saya, orang tua buta dan keberkatan

Teringat saya sewaktu saya di alam persekolahan dulu. Ketika itu, saya masih menuntut di sekolah Maahad Ahmadi Tanah Merah, sebelum saya menyambung di Maahad Muhammadi Lelaki, KB. Tempat bermulanya saya mengenal fekah, tauhid, sirah dan seangkatan dengannya dengan lebih mendalam.

Orang tua buta. Itulah gambaran yang dapat saya berikan. Entah mengapa tetiba teringat kembali peristiwa ketika saya ditingkatan 1. Seorang lelaki tua, buta, bertongkat dan berpakaian serba kedaifan. Ia masih segar difikiran saya.

Pada waktu itu, loceng rehat baru berbunyi. Saya dan beberapa orang sahabat saya seperti biasa sebelum ke kantin. Kami akan solat dhuha dulu di masjid sekolah kami berikutan kelas kami hanya berhadapan dengan masjid sahaja.

Selepas selesai solat, saya berehat-rehat di beranda masjid. Melihat pemandangan sekeliling. Tetiba saya melihat beberapa orang pelajar muslimat melihat satu benda pada tempat yang sama. Ketika itu, saya masih ingat masjid kami masih lagi dalam pembinaan dan terdapat beberapa timbunan pasir untuk kerja-kerja pembinaan masjid.

Selepas itu, baru saya perasan, mereka sedang melihat seorang pak cik tua buta bertongkat sedang berjalan menghampiri bangunan masjid. Tetapi dihadapannya itu, ada satu timbunan pasir dan pada waktu itu tidak ramai orang disekeliling untuk membantu pak cik itu dari tersepak dengan timbunan pasir tadi.

Sahabat-sahabat saya yang lain masih lagi di dalam masjid. Melihat pak cik itu mula tergagap-gagap dengan tongkatnya mencari haluan untuk keluar dari timbunan pasir tadi, saya terus memberi bantuan kepadanya.

Seterusnya, pak cik itu meminta saya membawanya pergi ke pejabat sekolah. Dalam perjalanan saya ke pejabat sekolah, saya mula perasan ada banyak mata melihat saya dan pak cik tadi. Saya sempat berborak dengan pak cik tersebut dan apabila sampai dipintu pejabat sekolah, saya memohon untuk beredar.

Selepas itu, beberapa sahabat saya yang sempat melihat saya tadi, mula bertanya.

“Duwe, ayohmu ko tu?”

“Duwe, pok cik mum ko tu??”

Semuanya saya menjawab tidak. Dan ada beberapa lagi persoalan yang saya pun sudah lupa. Pada waktu itu, saya tak terasa malu pun untuk menolong seorang pak cik yang buta, biarpun saya perasan ramai yang melihat saya semasa saya memimpin pak cik tersebut dengan pandangan yang pelik kerana saya sedang memimpin pak cik buta dan berpakaian yang daif ke pejabat sekolah.

Selepas peristiwa itu, saya sudah lupa sehinggakan bila keputusan PMRU (Peperiksaan Menengah Rendah Ugama) saya keluar. Alhamdulillah, keputusan yang membanggakan walaupun tak menjadi pelajar terbaik pada waktu itu.

Apa yang saya ingin sampaikan adalah selepas saya mendapat keputusan saya tersebut, tetiba saja, peristiwa pak cik buta tersebut datang bertandang kembali selepas hampir 8 bulan peristiwa itu berlalu kalau saya tak silap. Saya pun mula terfikir, adakah keputusan saya yang membanggakan ini adalah kerana keberkatan saya menolong pak cik tersebut? Hati saya kuat mengatakan mungkin dan mungkin.

Entah mengapa hati saya berkata, keputusan PMRU itu bukan atas usahaku, tetapi mungkin dan mungkin kerana pak cik itu. Ya, pak cik itu. Seorang lelaki tua buta yang serba sederhana yang pernah sewaktu ketika dulu saya membantunya. Mungkinkah kerana pak cik itu mendoakan saya berjaya?? Wallahu ‘allam. Saya pun tak tahu. Kemungkinan dihati pak cik tersebut, “Ya Allah, berikanlah kejayaan pada budak ini.” atau sebagainya, wallahu’ allam. Sehingga sekarang, saya masih teringatkan pak cik itu. Walaupun mukanya saya sudah lupa, tetapi peristiwa itu masih segar diingatan saya. Saya berharap, pak cik itu masih sihat dan selalu dalam kerahmatan Allah. Amin.

Coretan cerita saya yang sedikit ini bukanlah untuk berbangga, jauh sekali dihati saya ingin menunjuk-nunjuk atau ingin riak atau sebagainya, tetapi saya ingin menceritakan keberkatan disebaliknya. Mungkin itulah dikatakan keberkatan kita dalam sesuatu perkara bila kita lakukan dengan ikhlas. Walaupun bagi kita itu perkara biasa, tetapi sebenarnya keberkatan itulah membantu kita dalam sesuatu perkara. Saya masih tercari-cari, apa keberkatan yang boleh membantu saya dalam peperiksaan kali ini :) . Wallahu 'allam.


[ Tempat bermulanya pentarbiyahan saya ]

[ Bangunan sekolah yang sudah mula berkulat ]


[ Masjid sekolah saya yang baru siap dibina ]

[ Sekolahku yang penuh kenangan ]

6 comments:

fizzah said...

salam
duwe..keberkatan yg duwe cri tu ad saje d skeliling duwe..yg plg dkt ialah keberkatan dlm duwe menganugerahkan hanya yg terbaik utk kedua orang tua duwe.so dun wori..what u giv u get back..(mcm kasar je bnyi)..buat baik d balas baik..(sopan sket kot..hehe)

helangsenja said...

wslm...tak kasar pun kak..
insyaAllah..buat baik di balas baik..betul3..:)

muhasabahsokmo said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nor said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nor said...

assalamualaikum..segala keberkatan akan diperoleh apabila apa yang kita buat tu diredhai Allah.. nak dapat keredhaan Allah, buatlah segala perkara tu dengan niat hanya kerana Allah.. :)

Nor Hidayah bt Mohamad said...

assalamualaikum..segala keberkatan akan diperoleh apabila apa yang kita buat tu diredhai Allah.. nak dapat keredhaan Allah, buatlah segala perkara tu dengan niat hanya kerana Allah.. :)