Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Monday, April 13, 2009

Muhasabah untuk parti yang menang

Muhasabah untuk parti yang menang

Baru-baru ini saya berkesempatan bersama beberapa orang sahabat saya ke jamuan makan malam bersempena meraikan kemenangan PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau di MTD Ulu Kelang, Selangor.

Walaupun saya tiba agak lewat, lebih kurang dalam pukul 10.30 mlm di MTD tersebut, tetapi saya berkesempatan untuk mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Ust. Syukri dari Ampang, sebelum jamuan makan malam. Apa yang ingin saya berkongsi adalah mengenai pengisian yang telah diberikan oleh Ustaz tersebut yang begitu “terjijok” dan dapat memuhasabah balik kemenangan yang kita ada.

Apa yang boleh saya petik dari ceramah beliau adalah:

1) Apa yang menarik dalam pilihanraya baru-baru ini adalah orang bukan Islam sudah mula bersama-sama dengan Islam. Berkempen untuk orang Islam, bertakbir bersama-sama dengan orang Islam, malah tidak segan silu berbahas mengenai hudud dengan orang UMNO. Kerana mereka sudah faham apa itu hudud yang Islam bawa. Itulah yang menarik yang berlaku di Bukit Gantang. Orang bukan Islam sudah percaya yang Islamlah yang menyelamatkan mereka dan dapat berlaku adil dalam pemerintahan. Sedangkan kebanyakkan orang melayu di Bukit Gantang masih lagi terpengaruh dengan berita-berita yang disampaikan di stesen-stesen tv dan radio pemerintah. Malah, kebanyakkan orang melayu yang masih terpengaruh dengan dakyah UMNO ini adalah orang pedalaman, orang berpendapatan rendah yang terus bergantung dengan saluran perdana. Sebaliknya, orang yang berada di bandar ini lebih cepat mendapat maklumat melalui blogger PR. Persoalannya, dimana orang melayu Islam kita?? Inilah yang perlu kita muhasabah. Kita tak nak kita menjadi orang Islam yang menghancurkan Islam itu sendiri seperti yang berlaku di Sepanyol. Di Sepanyol, Islam sudah 600 tahun bertapak di sana, tetapi, kerana kerakusan umat Islam sendiri, makan tergadailah Islam di Sepanyol seperti warisan Islam yang kita dapat lihat di sana.

Ustaz telah membawa surah An-Nash untuk orang ramai muhasabah. Surah ini cukup membuktikan kekuasaan ALLAH. Mungkin selepas ini akan ramai orang bukan Islam menyertai PAS dan masuk Islam. Inilah janji Allah SWT. InsyaAllah. Yakinlah dengan kemenangan ISLAM!! InsyaAllah.


1. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah), -
2. Dan Engkau melihat manusia masuk Dalam ugama Allah beramai-ramai, -
3. Maka Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


2) Kalau nak dibandingkan dosa kita dengan kemenangan yang diberikan oleh Allah,sebenarnya masih jauh lagi kemenangan untuk kita. Kita tak layak menang pun. Sedangkan Nabi Ayub berdakwah selama 900 tahun dalam menyebarkan Islam, itu pun hanya beberapa puluh orang sahaja yang menyertai Nabi Ayub. Nabi Muhammad SAW berdakwah selama 13 tahun di Mekkah, tidak sampai 200 orang yang menyertai Islam. Jadi kita bagaimana??

Seboleh-bolehnya kita sentiasa bersujud syukur pada Allah, tanda terima kasih kita pada Allah. Sujud syukur tiap-tiap kali solat, tanda syukur kita yang tidak terhingga ini. Kita mesti bangun tahjud tiap-tiap malam, tanda kita bersungguh-sungguh rasa terima kasih pada Allah. Kalau kita ni kaya, kita derma setiap hari, tanda kita ini bersyukur sangat atas kemenangan yang kita dapat. Kalau kita ada kedai makan, kita belanja kawan-kawan kita, untuk menunjukkan syukur sangatnya kita atas kemenangan kita di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kita hendaklah sentiasa beristighfar atas kemenangan yang kita perolehi. Takut-takut kemenangan ini istidraj untuk kita. Nauzubillahi min zalik. Dalam doa kita, kita minta pada Allah supaya dikekalkan kemenangan dan supaya dapat mengisi dengan baik kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada kita.

Mungkin sebenarnya kemenangan untuk PAS adalah 50 tahun lagi. Baru kita dapat kemenangan yang sebenar, tetapi kenapa Allah telah bagi kemenangan kita lebih awal. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Inilah beberapa sedutan yang saya dapat petik dari ceramah beliau, mudah-mudahan kita dapat sama-sama mnginsafi diatas kemenangan yang kita perolehi. Apa yang penting, kita hendaklah sentiasa muhasabah diri kita balik, layak ke kita mendapat kesenangan dari Allah, sedangkan dalam masa yang sama, kita ini masih banyak melakukan dosa padaNYA. Sungguh Maha Pemurah Allah pada kita. Sama-sama kita muhasabah.

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

No comments: