Sahabat-sahabat,
Setelah kita menunggu hampir 3 bulan lebih atau lebih kurang 123 hari untuk melihat siapa kepimpinan baru MMP UIA pada tahun ini, akhirnya terjawab juga. Setelah segala jerit perih, segala duka, suka, tomahan, cacian, fitnah, tertidur di dalam kelas, terkurang makan, terlebih tidur, terlewat tidur, terjaga malam, terskip kelas, terponteng kelas dan segala liku-liku pengorbanan sahabat-sahabat lakukan, percayalah, kalau kita lakukan dengan ikhlas kerana Allah untuk membantu kelansungan dakwah akan berterusan, insyaAllah, ada ganjaran dan timbangan yang setimpal dengan apa yang kita lakukan dan ikhlaskan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Jumlah kerusi fakulti yang dipertandingkan dalam pilihanraya kali ini adalah sebanyak 24 kerusi; 12 kerusi di Gombak dan 12 kerusi di Kuantan. 5 kerusi antarabangsa juga ditawarkan dengan 4 kerusi di gombak dan 1 kerusi di kuantan. Tiada kerusi Umum dipertandingkan.
Kronologi
19 September 2008 - Pembubaran SRC
13 Oktober 2008 - Notis PALSU Pilihanraya kampus UIAM disebarkan
5 Januari 2009 - Notis Rasmi PERTAMA berkenaan PRK dikeluarkan. Tarikh PRK diumumkan pada 15 Januari 2009.
6 Januari 2009 - Notis PERTAMA ditarik semula dan proses PRK ditangguhkan sementara waktu. (PENANGGUHAN PERTAMA)
7 Januari 2009 - Notis KEDUA dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). PRK diumumkan pada 19 Januari 2009 dan penamaan pada16 Januari 2009
15 Januari 2009 - Notis KETIGA dikeluarkan bagi MENANGGUHKAN PRK buat kali kedua kerana krisis bekalan air di UIAM. Tarikh baru PRK diumumkan pada 22 Januari 2009 dan penamaan pada 19 Januari 2009. (PENANGGUHAN KEDUA)
19 Januari 2009 - Penamaan calon diadakan di Dewan banquet, Bangunan Pentadbiran UIAM. Pro-Mahasiswa telah memenangi 1 Kerusi di Fakulti Kejuruteraan selepas pihak lawan hanya menghantar seorang sahaja wakil, manakala 1 kerusi di Fakulti Informasi & Teknologi Maklumat dimenangi oleh calon bebas. Sementara itu 4 kerusi antarabangsa Gombak dimenangi tanpa bertanding oleh calon bebas.
Di kampus Kuantan pula, 8 kerusi telah dimenangi oleh Pro-Mahasiswa tanpa bertnding selepas penamaan calon dan 2 kerusi masing-masing satu di Fakulti Perubatan dan Kejururawatan dimenangi oleh calon bebas. 1 Kerusi Antarabangsa Kuantan juga dimenangi oleh calon bebas tanpa pertandingan.
Tahniah dan takziah
Di sini, saya ingin mengucakan tahniah kepada yang menang kerana anda berjaya menjadi "YB" di UIAM dan takziah kerana kamu akan memegang amanah yang sangat besar yang perlu diselesaikan tidak kira dari PKPIM, PRO-M dan GPMS, kerana ingatlah, segala janji-janji manismu itu nanti, akan dipertanggungjawab dihadapan Allah kelak.
إِنَّا عَرَضْنَا الاٌّمَانَةَ عَلَى السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ وَالْجِبَالِ فَأبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإِنْسَـنُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولا
[33.72]Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
PRO-M
Keputusan penuh yang memihak calon Pro-Mahasiswa adalah seperti berikut:
Undang-undang
Ahmad Mukhlis
Mashitah
Ekonomi
Sofiyussalam
Kejuruteraan
Kamarul Helmi
Firwan
Ilmu wahyu & Sains Kemanusiaan
Noraini
Zatil Arifah
Senibina
Azwan
Informasi dan Teknologi Maklumat
Hairulzaim
Jumlah rasmi yang dimenangi oleh Pro-Mahasiswa di Gombak adalah 9 Kerusi daripada 12 kerusi fakulti 3 kerusi lain yang dimenangi oleh calon-calon lawan adalah:
Ekonomi
Ahmad Fahmi - PKPIM
Senibina
Fadhlizil fariz - Aspirasi
Informasi & Teknologi Maklumat
Sh. Ummu Kulthum
Pengajaran PRK UIA
Banyak perkara yang saya belajar dari PRK yang lepas. Cuma di sini hanya beberapa perkara sahaja yang saya ingin berkongsi dan pendangan ini adalah peribadi.
1. Sikap kita sebagai ahli gerakan
Sebagai ahli gerakan Islam, kita mestilah mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh kita. Kadang-kadang kita teragak-agak untuk masuk atau tidak dalam PRK. Menyebabkan ahli-ahli kita mula memandang rendah isu PRK. Janganlah kita berangan-angan dengan kemenangan sedangkan kita masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh. Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan lawan.
Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Siapa pemuda ini, tidak lain dan tidak bukan, kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi Islam terutama yang menerajui sebuah gerakan Islam di kampus.
2. Kekuatan rohani
Kadang-kadang kita terfikir, kenapalah susah sangat kita nak buat benda baik, sebenarnya ia mungkin kerana maksiat kita yang menghalang kita untuk rasa nikmat dan aman dalam gerak kerja jentera. So, untuk menguatkan rohani kita dalam menghadapi musuh, kita perlu jauhi dulu musuh maksiat kita dan selalu berharap pada Allah.
3. Kekuatan dana
Untuk mencapai kemenangan kita memerlukan kewangan yang mantap untuk menjamin kelancaran sesebuah jentera. Caranya, gunakan strategi yang menarik dan mulakan dengan awal. Mudah untuk gerak kerja yang seterusnya.
4. Siasah hendaklah bersama tarbiah
Bila siasah tanpa tarbiah ia akan jadi politik kotor dan fitnah kepada lawan itu sendiri. Kata Imam Syafie, kalau kata-kata itu benar, ia akan menjadi pengumpat dan kalau kata-kata itu salah ia akan menjadi fitnah. Gunakan cara yang terbaik dalam berpolitik.
5. Generasi pewaris yang kurang memberansangkan (khas untuk s5)
Adakah kemenangan ini akan berterusan? Siapa yang bakal menggantikan next leader pada masa hadapan?? Jawapannya terjawab pada generasi pewaris yang bakal memimpin pada masa hadapan. Kalau dari mula lagi kurang memberikan komitmen dan ambil acuh tak acuh dari awal, takut-takut bermasalah dipertengahan dan dipengakhiran jalan. Kuatkan semangat untuk menang dan perlu mind set kan dalam pemikiran, akulah pengganti pemimpin Islam pada masa hadapan.
6. Kurang berpengalaman dalam job scope sendiri
Seboleh-bolehnya, pilihlah ketua yang berpengalaman dalam bidang tersebut dan seboleh-bolehnya kena tahu apa tugas yang perlu kena buat. Kalau tidak, kerja jadi lambat dan tertangguh.
Ini hanyalah pandangan peribadi. Diharapkan jentera untuk masa akan datang akan lebih baik dan pastikan kemenangan milik kita lagi. InsyaALLAH.
Kekalahan di Econs
Kekalahan satu kerusi di Kuliyyah Ekonomi telah dijangkakan dari awal-awal lagi. Walaupun ia bukanlah satu kekalahan yang besar, tetapi sebenarnya ia telah memberikan petanda awal yang cukup merbahaya kepada bakal calon PRO-M di Kuliyyah Ekonomi pada masa akan datang. Ini berikutan beberapa insiden dan mood massa pelajar di Econs sendiri.
Kuliyyah Econs cukup berbeza dengan kuliah-kuliah lain seperti di Engin, IRKHSS, KAED, LAWS, EDU dan ICT. Ia dapat di lihat dari beberapa sudut. (...bersambung pada next entry)
"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||
4 comments:
Tahniah Ridhwan... Satu komen, analisa dan kritikan yang cukup baik dari enta.. Teruskan menulis.. Salam perjuangan dan selamat membantu sahabat2 SRC 09 mengisi kemenangan.. Harus diingat, mengisi kemenangan lebih penting dan lebih pahit dari mencapai kemenangan khususnya di bumi UIAM. Keikhlasan, kesabaran dan kekentalan fizikal dan mental menjadi azimat untuk terus istiqamah. Siru 'Ala Barakatillah.. Barakallahufik :)
sama2 menginsafi kemenangan
kemenangan bukan suatu kemestian..tetapi niat utk mencapai kemenangan adalah suatu kewajipan..
kepada abg adib: syukran kerana menyokong ana..ana baru nak bertatih menjadi penganalisis mahasiswa..doakan moga dipermudahkan..syukran atas kritikan..:)
Post a Comment