Kekalahan satu kerusi di Kuliyyah Ekonomi telah dijangkakan dari awal-awal lagi. Walaupun ia bukanlah satu kekalahan yang besar, tetapi sebenarnya ia telah memberikan petanda awal yang cukup merbahaya kepada bakal calon PRO-M di Kuliyyah Ekonomi pada masa akan datang. Ini berikutan beberapa insiden dan mood massa pelajar di Econs sendiri.
Kuliyyah Econs cukup berbeza dengan kuliah-kuliah lain seperti di Engin, IRKHSS, KAED, LAWS, EDU dan ICT. Ia dapat di lihat dari beberapa sudut. (...bersambung pada next entry)
Pertama dari sudut jemaah. Dikhabarkan sebahagian besar ahli-ahli jemaah seperti JIM, PKPIM, AHBASH, SALAFI dan juga "jemaah" GPMS bertapak di Kuliyyah Econs. Di sini kita dapat melihat ke lima-lima organisasi ini berkawan baik di Econs dan ada beberapa organisasi ini, sebahagian besarnya mempunyai keahlian yang ramai di Kuliyyah Econs. Pada hemat saya, bila 5 kelompok besar ini di bawah satu kuliyyah, kemungkinan besar pemikiran mereka juga lebih terbuka untuk menerima ideologi masing-masing dan pelajar-pelajar neutral akan mudah terpengaruh kepada siapa kuat, dia dapat. Tapi tak semestinya yang itu yang selalu dapat.
Kedua dari sudut figure-figure di kuliah Econs yang bukan calang-calang orang. Kalau dari kumpulan PRO-M, ada yang pernah memegang jawatan tinggi di kuliah, pusat asasi dan di sekolah. Ada juga di kalangan PKPIM yang pernah menyandang jawatan tinggi di kuliah, pusat asasi dan juga di luar kampus. Ini menyebabkan orang tidak teragak-agak untuk memilih calon-calon mereka.
Ketiga dari segi kronologi politik kampus di Econs. Seingat saya Kuliyah di Ekonomi ini sudah lama dikuasai oleh pihak PRO-M dan senior-senior President Econs yang saya masih ingat seperti Abg Ali Rajaie dan Abg Afnanudin dan beberapa presiden PRO-M yang dapat bertahan beberapa tahun sebelum itu. Semasa penguasaan mereka, kumpulan PRO-M di Econs cukup kuat "berkuasa" sehinggalah selepas zaman Abg Afnanudin ada orang lain mula mengintai untuk memecahkan tembok "berpuak-puak atau berjemaah" di dalam Econs. Maka bermula la persaingan sengit beberapa individu untuk bertanding di peringkat mainboard dan kerusi paling panas sekali tentulah kerusi Presiden. Telah dijangkakan kerusi presiden sudah berubah tangan ke individu yang dikatakan neutral dan calon PRO-M hanya sekadar menyandang kerusi Tim. Presiden 1 sahaja.
Walaupun kerusi Presiden kalah, namun masih ramai ahli PRO-M di peringkat bawah dan masih dapat menjalankan kerja dengan baik. Tetapi beberapa insiden mula berlaku dalam EMSS (Economics & Management Sciences' Society) menyebabkan ada yang berpuak-puak di dalam persatuan itu dan ada yang mula merancang ingin menjatuhkan sesama sendiri dalam pemilihan organisasi baru untuk tempoh 2008/2009 pula. Dan apa yang telah dijangkakan sudah pun bermula. Inilah dikatakan politik kampus. Ada yang sanggup membuat fitnah kepada kawan-kawan sendiri kerana ingin menyelamatkan diri sendiri dan individu tertentu.
Di dalam beberapa program, terdapat banyak permasalahan menyebabkan masalah ini sampai di tangan Dato' Ust. Hamidon dan berlaku la pergolakan panas di Kuliyah Econs. Hinggalah sampai ke malam pengundian untuk pemilihan organisasi baru yang akan memimpin Kuliyah Econs pada sesi 2008/2009. Cerita pergolakan di EMSS tersebar luas di kuliayah-kuliayah lain menyebabkan orang mula bercakap-cakap mengenai EMSS seperti cerita ambil duit, pemimpin diktator, tak buat kerja dan banyak lagi.
Namun, untuk menyembunyikan dan menenggelamkan beberapa kes di atas menyebabkan individu-individu PRO-M telah dilemparkan beberapa fitnah supaya tidak memberi sokongan kepada calon-calon PRO-M yang bertanding untuk pemilihan EMSS dan juga SRC. Tambahan pula calon yang bakal bertanding untuk peringkat tertinggi EMSS telah menunjukkan akhlak yang kurang meyakinkan beberapa pihak untuk mencalonkan beliau sebagai calon PRO-M selain itu beliau diserang habis-habisan dalam pembentangan laporan kewangan sesi sebelumnya menyebabkan sahabat PRO-M ini tewas dan kesannya kepada sahabat-sahabat lain juga tewas di beberapa kerusi penting di dalam EMSS.
Ini adalah kekalahan yang kedua berturut-turut dan mungkinkan PRO-M dapat merampas kembali kerusi Presiden EMSS pada tahun akan datang. Kita tunggu dan lihat.
Selepas kisah kekalahan teruk PRO-M di EMSS, berlaku kerisauan kepada calon-calon PRO-M untuk bertanding di SRC dan juga percaturan jentera PRK untuk kerusi panas EMSS. Ini kerana orang mula sangsi-sangsi untuk mengundi calon PRO-M dan orang mula melihat calon baru yang dipertandingkan seperti calon dari PKPIM yang cuba membawa ideologi non-partisen. Walaupun begitu, bagi saya orang lebih melihat pada kredibiliti individu dari melihat ideologi calon-calon kerana mereka sudah boleh menerima kedua-dua ideologi ini.
Maka, keputusan pilihanraya menunjukkan, seorang calon PRO-M ECONS telah kalah dengan beberapa puluh majoriti sahaja memandangkan 2 lagi saingan untuk sister hanya masing-masing mendapat undi dalam lingkunagan 400 undi sahaja berbanding Munirah 900 lebih undi. Biarpun kalah, calon PRO-M yang satu lagi, Saufee memenangi kerusi Econs berkongsi dengan Fahmi dari calon PKPIM.
Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya berkongsi dalam situasi di Kuliyah Ekonomi di UIA. Semoga sesiapa yang bakal memegang jawatan di EMSS akan datang dapat melihat kembali sejarah kita di Econs. Sejarah tidak boleh menipu kita. Wallahu' alam.
wassalam..
Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari
1. Semalam - Sudah menjadi sejarah.
2. Hari Ini - Apa yang sedang Kita lakukan.
3. Esok - Hari yang belum pasti.
"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||
1. Semalam - Sudah menjadi sejarah.
2. Hari Ini - Apa yang sedang Kita lakukan.
3. Esok - Hari yang belum pasti.
"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||
No comments:
Post a Comment