Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Tuesday, February 24, 2009

Aku demam campak = Bertih

Innalillah..

Itulah perkataan kawan aku bila dia ingin berjumpa dengan aku, aku kata aku kena demam campak.

Demam campak ini sudah lama kita dengar, kita tahu, bahkan mungkin kita pernah kenakan. Tapi sebenarnya sejauh mana kita faham mengenai penyakit ini.

Pengalaman
Ini kerana pada minggu lepas bertarikh 16/2/09 aku kena demam campak. Mak aku kata bukan campak sebab kalau campak dia hanya hitam-hitam gitu jer, tapi bertih. Hmm, aku pun tak faham, tapi papepun, mungkin dia dari spesis campak jugak, mungkin campak yang kuat la kot.

Sekarang ni aku sedang sedap-sedap bercuti kat rumah. hehe.. Mungkin masa inilah aku perlu gunakan masa rehat sebaik mungkin sebelum aku berjuang kembali di kampus aku. Tapi jangan ingat aku kat rumah tak buat kerja pape yer. Tarbiah telah mengajar kita, dimana kita berada, jangan tinggal kerja tarbiah walaupun seminit. Kerja tarbiah tak semestinya buat kerja organisasi jer. Tapi membaca pun kerja tarbiah juga kan.

Cerita pasal campak ni, aku mula-mula kena tu rasa..hmm, lupa plak. Tapi memang ada rasa letih sangat. Tak tau la napa. Lepas tu, malam-malam tu demam panas. Memang tak leh tido. Masa ni aku tak tau lagi napa, tetiba pening-pening, pahtu, tak lalu nak makan.

Pagi hari seterusnya rasa sakit-sakit badan. Macam badan aku ni ada rangka jer. Kepala pun rasa macam nak longgar jer.

Hari seterusnya aku rasa ada biji-biji kat badan. Mula-mula tak perasan la sakit apa. Lepas tu baru teringat yang aku da kena campak. Terus pergi jumpa doktor. Memang confirm kena campak. Dr. suh aku balik rumah la. Jadi sekarang aku kat rumah la. Kena campak ni memang azab, so, sebelum korang kena azab ni kena la tahu tanda-tandanya dan cara mengubatinya. Tapi jangan rungsin. Orang kata kena sekali dalam seumur hidup je.

Beberapa fakta demam campak
Beberapa fakta menarik pasal demam campak yang telah aku cari yang dapat dikongsi bersama.

Apa itu demam campak?

Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus
measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan
disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan
cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini
sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala
demam campak seperti:
• Demam tinggi
• Batuk, selsema dan sakit tekak
• Mata berair dan sensitif kepada cahaya
• Sakit otot

Ruam demam campak.
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala
kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari.
Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam
sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan
oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan
selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna.
Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang
menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
• Jangkitan pada telinga
• Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
• Jangkitan pada otak (encephalitis)
• Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?

Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
• Panadol untuk mengurangkan demam
• Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
• Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR
(Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.
MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak
mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau
petugas kesihatan.

Petua Mengubati Demam Campak
Mungkin ramai di antara kita tahu salah satu kegunaan Daun Semambu. Daun semambu juga dikenali sebagai Mambu atau Neem dalam bahasa Tamil.

Kalau anda perhatikan, ramai sekali orang-orang India di Malaysia akan menanam pokok semambu ini di halaman/kawasan rumah mereka.

Minggu ini seorang daripada keluarga saya telah terkena Demam Campak. Demam Campak ini mungkin boleh dikatakan sejenis dengan penyakit mizel @ chicken pork.

Bagi mengubati penyakit Demam Campak ini, kami telah gunalah Daun Semambu yang mana Daun Semambu ini sememangnya terkenal sebagai ubat Demam Campak (Chicken Pork).
Cara yang digunakan untuk mengubati Demam Campak ini adalah ;
• 1. Gunakan sebagai pelapik/alas cadar untuk tidur
• 2. Gunakan ia dengan membasuh seluruh badan seperti penggunaan sabun mandi
• 3. Tumbuk daun semambu dengan beras dan kunyit, kemudian lumur dan sapukan diseluruh badan

Kalau ada ubat daripada doktor, bolehlah juga dimakan seperti biasa.
Tips kepada yang terkena Demam Campak atau Chicken Pork ;
• 1. Bila campak dah kering, biar dia tanggal sendiri. Jangan dikunas, nanti parut tak hilang.
• 2. Kalau gatal, eloklah mandi. Petua orang melayu tak bagi/pantang mandi, tapi doktor matsalleh rekomen sangat agar kita mandi. Mana satu yang anda nak ikut, terpulanglah pada kepercayaan masing-masing.

1 comment:

Anonymous said...

Syafakallah..