Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Monday, May 04, 2009

My journey to Indonesia

My journey to Indonesia

Assalamualaikum,

Kenanganku yang mungkin takkan kulupakan. Takkala diminta untuk mewakili kampus ke negara “Ayat-ayat Cinta”, terasa suka bercampur gembira.

Seramai 10 orang pelajar Malaysia mewakili kampus UM, UIA, POLISAS, UiTM, UPM dan PMC( Penang Medical Center) yang mewakili satu organisasi ke Indonesia sebagai lawatan sambil belajar.
Klik Baca Selanjutnya untuk melihat gambar-gambar yang menarik.

Selama 10 hari saya berada di sana dari 28/6/2008 hingga 7/7/2008 pelbagai peristiwa dan kenangan indah yang mungkin tidak akan dilupakan.

Selama 10 hari disana, beberapa orang yang sempat kami berdiskusi dan bertukar-tukar idea dengan persatuan pelajar disana, antaranya bersama aktivis mahasiswa dari KAMMI (Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia), UI (Universiti Indonesia), ITB (Institute Teknologi Bandung) dan beberapa tempat aktivis mahasiswa yang lain.

Kami juga berkesempatan berjumpa dan berdiskusi dengan tokoh Indonesia, antaranya Ibu Asmah, pelakon Kiamat Sudah Dekat dan juga bakal calon PKS dalam pilihanraya Pemilu kali ini.

Beberapa tempat menarik juga saya sempat lawati, antaranya di Bandung, Tangkuban Perahu, Pasentren Darul Tauhid, Bangunan Sate, program DEBAT dan Pemeran Kebudayaan Indonesia. Kami juga melawat beberapa universiti tempatan Indonesia yang lain dan beberapa pusat atau pejabat yang sering menjadi tumpuan rakyat Indonesia, antaranya pejabat PKS pusat, pejabat KAMMI, TV One, PKPU, TRUSTCO dan beberapa tempat lain lagi.

Pengalaman yang saya lalui sukar untuk dinukilkan dengan tulisan mahupun kata-kata. Mungkin sekadar ini sahaja saya bercerita. Memang terlalu banyak yang ingin saya berkongsi. Nak tulis banyak sangat. Kalau ada masa lagi, nanti saya akan bercerita lagi.

Saya akan meneruskan journey saya ke Syiria pada 7hb Mei ini pula. InsyaAllah. Saya bertekad sekurang-kurangnya 5 negara yang akan saya lawati sepanjang berada di kampus ini. Semoga cita-cita saya tercapai. Doakan saya selamat pergi dan selamat kembali, semoga Allah merahmati ilmu yang kita ingin cari. Amin.

Semuanya bermula kerana Tarbiyah dan kerana Dakwah.
Semakin luas perjalanan, semakin luas pengetahuan kita.


Bertukar-tukar cenderamata dari pihak kami dan juga dari PKS

Pihak kami bersama pihak ITB bergambar kenang-kenangan

Di pusat latihan TRUSTCO yang agak terkenal dengan pembawaan dakwah mereka (seperti ESQ)

Bergambar bersama Ibu Asma'
(bekas pelakon dan bakal dicalonkan untuk pilihanraya mewakili PKS)

Budak kecil itu budak kristian, jiran tempat saya tinggal, tapi jirannya baik dengan kami

Dihadapan kontor PKPU
Dihadapan Gedung Sate bersama ikhwan KAMMI (Satu-satunya negeri yang ditadbir oleh PKS)

Delegasi kami bersama Presiden Pusat Bulan Sabit Indonesia

Di atas puncak Gunung Tankubang Perahu (salah satu tempat pelancongan menarik di Bandung)

Selepas membeli belah di Pesta Kebudayaan Indonesia

Kereta ini terkenal untuk digunakan untuk berniaga Tempe, bakso dan bermacam-macam lagi

Di pusat stesen TV One Indonesia (macam TV1 kalau di Malaysia)

Di TV One Indonesia bersama Pegawai Polis merangkap ahli panel semasa program DEBAT

Dihadapan Universiti Pendidikan Indonesia

Makan di AMPERA, antara restoran terkemuka di Jakarta, enak bangat sih

Model Malaysia di Indonesia (dihadapan bangunan UPI)

Di bawah itu lembah gunung berapi yang masih hidup di Tangkubang Perahu, Bandung, nasib baik tak meletus lagi time ni

Kue Surabi Bandung, enak sekali dong

Stesen TV oNE

Rumah Pak Yuli, besar bangat deh

Sedang menghabiskan taklifan di stesen bus di Jakarta

Metromini yang popular di Jakarta

Santapan rohani bersama Ust Roslan (murabbi PKS)

WARTEG (Panggilan untuk warung macam ini, kecik je warung, tp byk mkanan)

Mabit Iman dan Taqwa di Daarut Tauhid (Pusat pasentren terkenal di Bandung)

Di pusat bandar di Jakarta, sibuk bangat, klu kat Malaysia, confirm ramai yg accident

Di pesta buku Indonesia, banyak bangat novel2 cinta Islamik

Bangunan di Jakarta, cantik

Di pintu masuk masjid UI (Universiti Indonesia)

Antara bangunan yang cantik di UI

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||

14 comments:

sepohonkayu said...

semoga budak kecil tu mendapat hidayah Allah dan mati dalam Iman...

***

wearelearningparents said...

bestnye jalan2

faza4peace said...

weih mantap....mau jadi fahri ya?

lailafillah said...

salam..wah..kenangan indah..pengalaman bermakna..

sepohonkayu said...

salam...

semoga budak kristian itu mendapat hidayah Nya...

***

Unknown said...

To faza4peace:
Mau jadi fahri?? teringat kata2nya..

"klu sungai nil bertemu mesir itu jodoh gak??" heheh..indah sekali kata2nya..mungkin itu jodoh..hehe

klu dpt jadi fahri best jugak.. :)

Unknown said...

To Rubiah Ismail:
mmg sgt best..klu ada rezki dan diizinkan Allah..insyaAllah ana p lagi..lagipun blanja kt sana murah..brg2nya pun murah..

klu muslimat pergi, pasti byk brg yg diorg borong..heheh

Unknown said...

To lailafillah:

Alhmdulillah..pngalaman yg sgt2 bermakna..mngkin lepas ini susah dah nak p berdiskusi mcm ni..

Unknown said...

To sepohonkayu:

Klu hidayahnya utk Islam, insyaAllah, dia akan bersama2 dgn kita nanti.

klu nak tahu, budak itu boleh baca al-quran, bersemangat takbir, family dia tgk tak mrh pun. maybe dia budak, tp mgkin suatu hari nanti hidayahnya sampai, siapa tahu kan..

dia pun comel..hehe

zao hin said...

salam..waah,bestnye dpt g Syria!!
pluang dpt brsma ulama' trsohor sprti Dr Wahbah Zuhaili di sna bgaikan mimpi mnjdi nyata,huhu..
ana nk pesan brg kt enta,bole?
klu bole nta bg bank account nta kt
sawza_mac@yahoo.com, nnti ana msukkn pitis,huhu..
smoga mlalui pnglaman yg ckup brhrga di Syria,bumi anbiya'..

Unknown said...

salam..ana baru jer balik dari kuliah Dr. Wahbah ni. hehe..

td p talaqqi kitab tafsir al-wajiz karangan beliau yg terbaru..

alhamdulillah, mmg bumi ini sgt bertuah dgn ilmu..

ni no ana utk cntact kt syria..
+9630992667146

Uhibbu allaun banafsaji said...

salam..jauhnye merantau..slamat pegi slamat pulang..kem slm kt syeikh2 sane..ngeee..

Unknown said...

insyaAllah.. :)

Fitri NH - nutrisi said...

assalamualaikumm...
waw....antum pernah ke indo...ana anak indo...pengen sekali ke malaysia...huuhuhu..apakah itu hanya mimpi???