Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Thursday, May 07, 2009

Selamat Hari Mama!

Ku dedikasikan sajak ini khas untuk mamaku yang tercinta. Nik Rashidah Nik Daud.

Kasihku hanya pada mama, mama dan mama. 3 times!

Segala pengorbananmu menjaga kami berlima tanpa abah di sisi sangat berat untuk mu harungi, tetapi kerana kami, kau tetap meneruskan perjuanganmu sebagai ibu. Thanks a lot! Sayang bangat sama mama!

Terimalah... Sempena Hari IBU! Dan untuk semua ibu-ibu di dunia dan anak-anak di dunia, tanpa mereka, siapalah kita...cintai dan hargai mereka sebelum mereka tiada.

Air mata ibu
mengalir,
bila mendengar tangisan si kecil,
masih merah salutan darah kelahiran.
Biarpun penat bersabung nyawa,
senyuman tetap terukir
ceria memekar taman jiwa.
Segala puncak sengsara
hancur semerta,
selamat zuriat melihat dunia...

Air mata ibu
menitis lagi,
bimbang resah mengulit diri,
sepanjang malam berjaga gelisah,
kerana si kecil masih mentah
meraung sakit ditimpa musibah...

Hari itu,
air mata ibu
bergerimis lagi,
bukan kepiluan
tapi kebanggaan,
melihat permata digilap kejayaan
tak kering bibirnya dengan senyuman,
tak lekang lidahnya pujian kesyukuran...

Takdir tuhan siapa menyangka,
harap panas bertahan
sang hujan bertamu ditengah laman...

Tika ini,
air mata ibu
bergenang kelukaan,
hati tua robek
sarat calaran,
permata kebanggaan
hilang kilauan kemanusiaan,
didikan tinggi tiada pedoman,
akibat gelap hati iman
harta nafsu jadi panduan...

Kemuliaan ibu,
hilang
ditimbus padam,
insan mulia
yang sarat pengorbanan
ditinggal gersang...

Rintihan si ibu,
Kesepian...
Kesedihan...
Kekecewaan...

Bukan balasan jasa
pintaan jua,
cukuplah secebis kasih permata
sementara jasad bersisa nyawa
biar tenang menutup mata...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

4 comments:

D'Rimba said...

Salam UIA. Setiap kali melewati stadium UIA setiap kali itulah hati ini meronta-ronta membengkak melihat warga dan orang luar bersukan tidak menutup aurat dengan sempurna mengikut syariat. Kenapakah syariat makin tersisih dan terpinggir jauh....Adakah kerana janji dapat menyewa kemudahan sukan buatlah apa saja tanpa peringatan dan hak individu lebih utama. Bukankah Islam amat mengutamakan hak masyarakat seluruhnya. Tidak malukah jika berita dan gambar warga UIA bersukan tidak menutup aurat dengan sempurna di dada akhbar negara. Apakah makna semua ini wahai UIA ku yang luka..

helangsenja said...

Wslm anda diterima.
Saya pun berasa cukup kecewa.butuukan stakat waktu bersukan tidak menutup aurat dgn sempurna, malah, wanitanya juga sgt2 la kecewa.

Dalam kelas pun tak tutup aurat dgn sempurna, apatah lagi di pdg bola sebegitu rupa.

Jadi, di sini dpt dilihat, UIA sndiri byk berdolak dalih dgn org tak tutup aurat ini.

Walaupun pelbagai cara dan pelbagai aktiviti pihak pelajar lakukan utk menyuruh pihak UIA tegaskan lagi budaya "membuka aurat", namun seperti kata Sing Walia, seperti air sungai mengalir ditepi longkang..

Sedikit perkongsian dan pemberitahuan..

Wallahu 'alam..

helangsenja said...

*pembetulan makna:
butuukan itu salah eja. Yang betulnya, bukan.. =)

lailafillah said...

subahanaAllah..indah puisi..^^