“Saya retorik, saya ego, saya malas dan saya tak serius”
Antara pernyataan peserta dalam suatu kem. Biarpun ia adalah luahan paksaan oleh komiti program untuk ditulis, namun sebenarnya ia suatu realiti di dalam kampus.
Dakwah kampus
Dakwah kampus adalah suatu medan yang sangat mencabar oleh pada dai’e di kampus untuk menyampaikan dakwah kepada mad’u mereka. Di kampus juga, ia menguji ketahanan pendakwah kampus untuk istiqamah dalam perjuangan mereka.
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah.
Firman Allah yang bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki kerana anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)
Retorik bermakna seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seperti seni berpidato. Manakala,realiti pula bermaksud keadaan yang nyata (bukan khayalan), kenyataan, hakikat.
Retorik
Sering kali di dalam kem-kem ibadat atau tamrin pelajar,peserta akan diberi modul untuk dilaksanakan. Namun, ada segelintir pelajar yang kurang memahami modul yang diberikan kerana merasakan ia hanyalah retorik semata-mata. Lantas, modul yang cuba dijalankan tidak mencapai matlamat yang ditetapkan.
“Aku tak nak join dah usrah kita ni” berkata Halim pada kawannya.
“Kenapa pulak?” kawannya mula bertanya.
“Tadi aku nampak abang yang kendali program hari tu keluar ber’dating’. Hari tu, masa program cakap berapi, macam bagus, tapi rupa-rupanya diorang pun buat juga masalah-masalah gini. Cakap tak serupa bikin. Retorik je banyak” terang Ali dengan nada yang tidak berpuas hati.
Inilah antara menjadi punca kenapa kadang-kadang pelajar kampus tidak berminat untuk berdakwah atau menyertai persatuan Islam. Ini kerana sikap segelintir para pendakwah yang tidak sama apa yang mereka perkatakan.
Di dalam kem atau tamrin, mereka bersemangat mengendalikan program, menyuruh pelajar jangan buat ni, jangan buat itu, tetapi ia sebenarnya hanyalah bahasa untuk menyedapkan telinga, mencantikkan tuturkata, namun ia adalah bahasa retorik.
Realiti
Didalam buku “Wahai Pemuda” tulisan Sheikh Hasan Al-Banna, beliau ada menyebut sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.
Realitinya tidak sama apa yang kita idam-idamkan sebagai pendakwah di dalam kampus. Ujiannya sangat hebat. Kadang-kadang ujian itu sangat menyeksakan, namun disebalik penyeksaan ada kejayaan. Ia tidak semudah seperti kita sangkakan.
Tetapi, setiap modul didalam program sebenarnya adalah ingin member pendedahan kepada para dae’I tentang pendedahan di alam kampus. Tinggalkan seketika perasaan berburuk sangka, kerana kita semua manusia. Pasti ada salah dan silapnya.
Walaupun ia dikatakan retorik di dalam program, namun ia sebenarnya ingin mendidik jiwa, supaya ciri-ciri utama pemuda atau pemudi terlaksana. Harus diingat, ujian kepada yang berkata-kata akan selalu diuji dan banyak cabarannya.
Kesimpulannya, dunia dakwah kampus sebenarnya menguji ketahanan diri kita sendiri dalam menjadikan ia realiti. Beretoriklah ketika di dalam program, namum harus diingat, ada ujian disebaliknya. Istighfarlah dulu dan muhasabah diri sendiri dulu sebelum memulakan program. Takut ujiannya kita tidak menduga. Wallahu ‘alam.
Beretorik adalah keperluan, bukan kewajipan, realiti adalah kepastian dan suatu cabaran.
"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
||helangsenja@yahoo.com||
||helangsenja@yahoo.com||
7 comments:
salam...
ade ustadz di tanjon malim kata...
"kita buat dakwah, niat nak islahkan diri... banyak sifat2 mazmumah dalam diri kita yang kita nak buang... justeru itu kita perlu banyak doa supaya Allah beri keikhlasan kepada kita dalam berdakwah." katanya bersemangat.
"apabila kita tiada niat sebegitu, maka dakwah kita kosong daripada pengislahan diri kita dan kita akan futur dalam dakwah (nauzubillah) jika tiada orang ikut kita... walau orang tak ikut sekalipun, tapi kita dapat peningkatan dalam diri (islah iman dan amal)." sambungnya lagi.
wallahua'lam...
nak buang sifat2 tu pun susah juga. so, kena salu istiqamah nak buang..
hurm.. itu realiti dan retorik dakwah kampus. ~tp jujurnya, kat sini tak timbul sgt masalah retorik dan realiti ni, mgkn krn biah yg terkawal.
ujian kepada yang berkata-kata akan selalu diuji dan banyak cabarannya.Betul ayat ni.
tp isu kampus berbeza dgn isu yg saya bangkitkan ttg Bdn Dakwah di sekolah. Kampus tmpt mahasiswa dan mahasiswi yg hampir menemui diri, insyaALLAH tak ramai yg trsesat klu dah trlibat dlm aktiviti dakwah dan tarbiah.
Anyway, nice post! Cuma kena baca dua kali utk dptkan konklusi.
mmg tak sama ngn sekolah sebb kt sekolah rmai yg da faham, lagi2 sekolah cam maahad pompuan..
namun, masih ramai yg tidak ingin terlibat bila di alam kampus..mngkin sudah tidak berminat barang kali..
haah... betul2... ramai yg mungkin x berminat apabila sampai ke alam U...
kenapa ek?
***
that's the case.. kat skolah je syok cakap berdegar2.. bila sampai kampus, x dpt jawatan.. senyap.. muahhaa... ~sggh aku ini jahat~
xder, diorg tak berani dah kot bila kat kampus, sbb takde kuasa autoriti. mgkn itulah masalahnya. Smua kena bermula dr pembetulan kaedah tarbiah di skolah.
klu yg sy perhatikan, ramai je yg bukan dr kepimpinan di MMP dulu yg "naik" di kampus.
tarbiah dan dakwah bukan atas minat, tp kewajipan. kan? :D
Saya rasa tarbiah di sekolah dah bagus dah.
cuma mngkin kurang follow up semasa lepas sekolah tu, kan seblm tgu result spm dan tgu UPU tu lama tempohnya, dan juga mgkin waktu itu pelbagai ujian dari syaitan yang melanda, so, klu waktu itu tidak di isi dgn prgram2 tarbiah utk diri, mgkin sudah berkurangan rasa ingin bersama2 dgn org2 tarbiah.
mgkin ini salah satu kenapa pimpinan sekolah berkurangan mnyertai gerakan dakwah di kampus.
ye, ramai juga pimpinan sekolah bila di kampus, senyap terus, ajak p progrm pun sudah tak berminat.
Tiap² Waktu adalah Dkwah,Tiap² Masa adalah Trbiah ::..
p/s: ini juga pesanan utk diri sendiri..byk lagi yg perlu dibaiki..
Post a Comment