Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Monday, January 05, 2009

Updated!!!

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Segala puji dan syukur tidak terhinggaku panjatkan syukur pada Allah. Akhirnya aku berjaya juga mengisi kekosongan di blog ku ini setelah sekian lama tidak terisi. Agak-agak sudah 3 bulan aku tak mengisi blog ku ni. Padahal terlalu banyak aku nak masukkan dalam blog ni, tapi mungkin masa tidak kesampaian.

Ditambah lagi, kadang-kadang rasa malas je nak tulis. hehe. Bak kata orang-orang tua dulu, klu tinggalkan rumah kosong selama 3 hari, nati berantu rumah tu. Mungkin betul la kata-kata diaorang dalam konteks blog aku ni. hehe. Dah lebih tiga hari dah blog ni aku tinggalkan. Macam-macam hantu dah masuk dah. Tapi, alhamdulillah. Masih lagi dalam kawalan. Walaupun kawan-kawan aku asyik duk tanya, nape la ayam serama lama sangat kat posting atas tu. hehe. Lepas ni, duk bawah la dia.

Alakullihal, banyak sangat berita yang telah berlaku disekeliling kita sekarang. Aku banyak jer gambar yang nak berkongsi dengan sahabat-sahabat ni, tapi mungkin bukan dalam masa terdekat ni. Untuk masa terdekat ini, lebih baik kita semua umat ISLAM sama-sama fokus pada isu Palestin. Aku pun dah kena sound kat visitor aku suh masukkan entry Palestin. Syukran pada pelawat-pelawat yang masih lagi sanggup jenguk2 "rumah usangku ini". Dah lamakan kena tinggal. So, jadi usanglah rumah ku ni. hahah.

Sorry la deh klu kali ni aku banyak mengarut. Saja je nak menconteng-centeng blog sendiri. huhu..

Walauapapun, aku masih mencari-cari gaya tulisan yang boleh menyentuh jiwa kita. Seperti kata Dr. Hamka dalam salah satu catatannya, orang yang mengarang dari hatinya, tulisan mereka itu akan terpancar dan kesannya terus masuk ke dalam hati manusia lain.

Subhanallah. Hebat sungguh sebuah tulisan. Jumpa lagi pada entry yang lebih menarik. InsyaAllah.. :)

"Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab,
hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami
ke atas mereka dan goyankanlah mereka"

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"

1 comment:

helangsenja said...

insyaAllah..lepas ni aku kena rajin2 la update blog..aminn!!