Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Saturday, January 03, 2009

:: Lebih 2,000 mahasiwa, warga UIA berdemo bantah Israel ::

GOMBAK, 3 Jan (Hrkh)- Seramai lebih 2,000 orang mahasiswa, mahasisiwi dan kakitangan UIAM telah mengadakan perhimpunan aman di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM petang semalam.

Perhimpunan diadakan bagi membantah dan mengecam kekejaman dan kezaliman rejim Zionis yang telah menyerang Semenanjung Gaza dan mengakibatkan kematian beratus-ratus nyawa umat Islam yang tidak berdosa.

Perhimpunan yang diadakan sejurus solat Jumaat itu telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada jemaah masjid dan mendapat kerjasama yang baik daripada pentadbiran universiti.

Perhimpunan telah dimulakan dengan laungan takbir dan ucapan yang penuh bersemangat daripada wakil mahasiswa. Pelbagai sepanduk dan 'banner' juga telah dibawa yang mengutuk kezaliman Israel dan menuntut pembebasan Palestin daripada cengkaman Israel.

Wakil mahasiswa yang berucap telah menyentuh latar belakang isu serangan Israel ini dan menggesa semua pihak termasuk pemimpin negara agar berusaha menamatkan konflik berdarah ini.

Wakil yang berucap daripada Kelab Ma'ruf juga telah mencabar agar semua parti politik, tanpa mengira ideologi dan fahaman politik bersatu membawa isu ini dengan mengadakan solat hajat serta munajat bagi mendoakan keselamatan saudara seislam di Gaza.

Dalam perhimpunan ini,bendera Israel juga telah dibakar oleh mahasiswa bagi menunjukkan kemarahan mahasiswa terhadap sikap angkuh rejim Yahudi. Perhimpunan aman ini berakhir dengan semua peserta perhimpunan membacakan doa wehdah bagi menunjukkan kesatuan umat Islam di samping mendoakan keselamatan Muslim di Gaza.

Perhimpunan ditamatkan secara aman pada jam 2.45 petang tanpa sebarang kekacauan dan provokasi. - azm_

Sumber: Harakahdaily

No comments: