Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Thursday, April 08, 2010

Namamu SAHABAT

Namamu SAHABAT

Indah bahasa pada nahunya,
Indah rupa pada wajahnya,
Indah akhlak pada perwatakannya,
Indah sahabat pada sifat-sifatnya.

Sahabat,
Takkala kesedihan, kau pengubat kegembiraan,
Dikala peperiksaan, kau datang melupakan kegelisahan,
Ketika keriangan, kau menutup segala kelemahan.

Sahabat,
Aku tahu kau dalam kesusahan,
Namun, kau tetap tersenyum,
Bagaikan tiada masalah yang perlu difikirkan,
Sedangkan kau menanggung banyak penderitaan.

Sahabat,
Kau bagai cerminan dalam kegelapan,
Menyuluh jalan kearah kebaikan,
Memberi kesedaran ketika dalam kealpaan.

Sahabat,
Tiada apa yang mampu kuberikan,
Melainkan sebuah kejujuran dan ketulusan,
Melainkan seraut wajah kegembiraan,
Buatmu bernama sahabat.

Semoga kasih kita hingga ke syurga,
Keranamu bernama sahabat,
Sahabat, teman sejati dan sejiwa,
Hingga kita bersama-sama hidup di Syurga.


Al-Fakir Ila Allah,
Sajak ini khas untuk semua rakan-rakanku yang bernama SAHABAT.

Mohd Ridhuan Che Husin,
www.helangsenja.blogspot.com

12 pagi,
Khamis,
7 April 2010


"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, beramallah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||

8 comments:

Nurhamizah Ismail said...

sajak ini ditujukan kembali kpd penulisnya..
T_T terharu..sahabat ini mmg dah terbiase bt2 hepi..tp kdg2 emo juge..
mntk maaf salah xsilap sepanjang bersahabat ye~

helangsenja said...

tak de masalah la..ngn ko aku kira kosong campur kosong..heheh..2 kosong la kan..yES!! Aku menang... :P

noriza said...

sahabat,
terima kasih atas segalanya,
salah dan silap jangan diambil kira,
moga ikatan persahabatan hingga ke akhirnya,
keredhaan Allah harapan bersama.

trm ksh sahabat..:-)

helangsenja said...

Noriza: wah, terre sajak tu..hehe..ni saya kena berguru ngn awk ni..hehe..boleh wat satu sajak nanti..hehe.. :)

noriza said...

hehe..mn ada terer..pndai sambung je..dulu2 penah la wt sajak penuh..skang dh lama xmncuba..hehe..
teruskn mnulis sajak ye..

helangsenja said...

Noriza: wah, anda seorang penyajak ke dulu. mesti dah byk pengalaman buat sajak ni. hehe. cuba la kilatkan bakat anda tu balik. mgkin saya boleh belajar sesuatu nanti.. :)

noriza said...

hehe..xbyk pengalaman pn..tp penah la buat sajak ms sekolah dlu...insyaAllah kalo ada masa free blh la wt sajak byk2..skang dh ada 1 sajak yg siap sbnarnya, tp sogan nk publish..hehehe

helangsenja said...

noriza: ala, jgn la sogan..hihih.. benda yg baik apa salahnya dihebahkan.. boleh gak berkongsi..nak publish kt blog ni pun bleh juga klu tak der tempat nak publish.. :)

p/s: saya mengalu-alukan sajak anda itu.. :D