Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Wednesday, April 07, 2010

Pagi Itu...

Pagi itu gelap gelita,
Sunyi sepi tanpa suara,
Sayup-sayup kedengaran cengkerek bersahutan
Memuji Sang Pencipta dalam kegelapan.

Terdengar satu tangisan,
Rintihan seorang hamba dalam keinsafan,
Bertasbis, bertahmid dan bertafakur dalam kesedaran,
Ketika insan lain sedang khusyuk tidur menanti siang.

Pagi itu menuntut kesabaran,
Dalam wuduk yang kesejukan,
Dalam kepenatan di waktu siang,
Namun cekal dalam kehambaan,
Sebagai tanda syukur kepada Tuhan.

Ya Allah,
Kami hamba yang hina,
Mencari sebuah kekuatan,
Sebagai bekalan dalam pelayaran,
Sebagai penawar dikala keresahan,
Mengharap selaut keampunan.

Pagi itu terus berlalu,
Menanti cinta dari Tuhan,
Dalam kejauhan, hamba it terus berharap dan berharap,
Sehingga menanti Azan subuh berkumandang..



Sentuhan ikhlas dari,
Mohd Ridhuan Che Husin,
a.k.a “helangsenja”
www.helangsenja.blogspot.com

2 pagi,
Rabu,
7 April 2010

"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, gunakanlah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||

5 comments:

helangsenja said...

Maaf jika sajak ini banyak kesalahan bahasa.. baru belajar.. :)

Nurhamizah Ismail said...

cengkerek ke cengkerik??hehe..
not bad la duan..
ade gaye penyajak da..
truskn usaha kamu..

Fakhrul Hayyi Bin Mohamed said...

salam ziarah we....salam rindu...lame x jjupo..hu...kemas ust we loni.mantap...teruskn perjuangan,,doakn ana jgk d kejauhan ni...('',)

helangsenja said...

Fakhrul Hayyi Bin Mohamed: InsyaAllah, ana sentiasa mengharap doa ntum untuk ana di sini juga. Moga berkat ditanah arab dapat dikongsi bersama. Teruskan usaha kalian. phni, jadi imam kt masjid ana deh.. :)

helangsenja said...

Mizah: cengkerik eh..ahaha..tak tau la..yer kot.. :p

tq bgtau..nati baca sajak seterusnya.. :D