Siapa yang mendengar takbir raya, pasti ada juga rasa KEHAMBAAN dihati. Rasa rendahnya diri. Rasa besarnya KUASA Ilahi. Ada yang menitiskan air mata. Rasa syukur tidak terhingga. Rasa gembira tak terkata.
"Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…
Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…"
Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…"
Yang masih mempunyai AYAH dan IBU, perbanyakkan melakukan kebaikan kepada mereka sebelum mereka pergi meninggalkan kita.
Bagi yang sudah tiada salah seorang dari mereka, pasti akan terasa akan kehilangan mereka bila tibanya malam raya. Sudah 5 tahun abah aku pergi. Namun, raya tetap raya juga, jadi jangan terlalu sedih di malam raya. Jadikan malam raya dengan perbanyakkan ibadat sebagai salah satu tanda syukur kita selepas berjaya keluar dari Universiti of Ramadhan dengan mendapat taqwa dari Allah. InsyaAllah.
Dengan merendah diri, menyusun jari-jemari, saya ingin mengucapkan;
Salam Eidilfitri 1430H
Kullu Aam Wa Antum Bikhair
Minal A'idin Wal Faizin
Maaf Zahir dan Batin Andai Pernah "TerMACAM-MACAM" yang
menyebabkan ada yang terguris dan terasa.
Salam Eidilfitri 1430H
Kullu Aam Wa Antum Bikhair
Minal A'idin Wal Faizin
Maaf Zahir dan Batin Andai Pernah "TerMACAM-MACAM" yang
menyebabkan ada yang terguris dan terasa.
3 comments:
kenangan YM dari rakan2 yg malas nak bg SMS..
takbir bergemah sunggu meduh.
bulan puasah dah pun berlalu.
tak tahan hati selalu rindu.
sudi kah kasih beraya dengan ku..
Dari bandar pulang ke desa,
Untuk Beraya Dengan Keluarga,
Kalau selalu ponteng puasa,
Jgn la pula sibuk nak raya.
pergi ke kedai membeli santan
santan di letak di atas peti
silap dan salah minta dimaafkan
jangan disimpan di dalam hati
pandu cermat perlahan-lahan
insyaAllah, selamat diperjalanan
hidup tentu banyak kesalahan
sempena raya kita bermaafan
sungguh tidak dapat diduga
cempedak diidam dapat kelapa
raya tu raya juga
ibadah dan solat jangan dilupa
Cantik sungguh bunga seroja,
duduk di bawah bulan bercahaya,
di Bangkok atau di msia sama sahaja,
semoga bahagia di hari raya
Buaya bukan sebarang buaya,
buaya di bela dlm paya,
salam ceria di hari raya,
SMS murah dari kad raya
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
selamat hari raya maaf zahir batin
kullu aam wa antum bikhair
minal a,idin wal faizin
walaupon tanpa abah dicc pasti syawal yang datang punya
kemeriahan yang tersendiri kerana masih ader ummi yang menemani untuk meraikan syawal yang datang ......
Post a Comment