Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Sunday, November 23, 2008

:: Tahukah anda, ayam terkecil di dunia : Ayam Serama ::











Sebenarnya, saya ada cerita juga disebalik ayam serama ini. Saya mula berjinak-jinak dengan ayam serama semenjak saya berumur 13 tahun lagi. Pada ketika itu juga saya mempunyai puluhan ayam serama, malahan ketika abah saya menaik tarafkan kandang ayam serama kami setinggi 2 tingkat almari pakaian, ayam serama kami mencecah kepada 200-350 ekor ayam serama. Ketika itu lah saya belajar apa itu erti seorang penternak ayam serama.

Tapi sekarang, semuanya hanya tinggal kenangan apabila abah saya sudah meninggal dunia. Maka, ayam serama saya sekarang hanya tinggal kenangan dan tinggal reban.

Di sini saya hendak berkongsi beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang ayam serama.

Ayam Serama merupakan satu spesis dari keluarga burung yang amat popular di Kelantan pada tahun 1995 - 2000. Tahun tersebut merupakan tahun emas bagi pemilik ayam serama.

Sebelum itu ayam Serama hanya dijual dengan harga RM 200 - 300 ’sekapuh’ (sepasang) tapi disebabkan permintaan tinggi maka harganya mencecah puluhan ribu ringgit.

Berita dari asiaone.com memaparkan cerita tentang abe soh dari Tanjung Mas (10 KM dari Kota Bharu) yang pernah ditawarkan ayam Seramanya dengan harga RM 40,000. Pada Zaman kegemilangan ayam serama, boleh dikatakan setiap minggu di Kota Bharu diadakan pertandingan ayam Serama Cantik.

Terdapat beberapa kriteria yang dikira, seperti jinak, cantik dan bergaya. Kebanyakan penyertaan menggunakan ayam jantan kerana ia lebih cantik dan bewarna-warni. Ayam serama berbeza dengan ayam katik dimana saiznya lebih kecil dan pandai bergaya. Ayam serama yang baik dikatakan mempunyai bulu ekor yang lentik dan badan berbentuk V selain sayap hampir mencecah ke tanah.

Ayam serama asli dari Kelantan dan berasal dari nama seorang hero popular Wayang Kulit Kelantan iaitu Sri Rama. Spesis ini telah dikacuk dengan pelbagai jenis burung dan ayam termasuk ayam katik dan lain-lain. Selain ia comel, ia juga pandai bergaya dan jinak. Biasanya jika terdapat mata memandang maka mulalah ia mengepakkan sayapnya dan menaikkan dadanya.

Kini setelah hampir 15 tahun ayam Serama menjadi binatang kesayangan rakyat kelantan, ianya mula memasuki pasaran antarabangsa. Ia mula diminati di Amerika dan negara Eropah.

Anda boleh melayari laman kelab serama dari US disini dan sini untuk mengetahui secara lebih lanjut. Dari segi pemarkahan digubah hampir sama seperti standard dari KARISMA. Ada beberapa cara pemarkahan yang saya dapat dari forum http://www.pet-cockatiel.com/ seperti

Gaya A = 18

Gaya B = 4

Tubuh = 11/13

Ekor/lawi = 12/12.5

Kepala/balung =6/7

Warna = 5/6.5

Sayap = 5/5.5

Bulu = 4/4

Kaki = 3.5

Markah Penuh /75 ( standard KARISMA )

Pertandingan yang diadakan selalunya diadakan pada hari minggu dan ditawarkan pelbagai hadiah, dari barangan keperluan hinggalah barangan elektrik. Seperti yang anda lihat dalam gambar dibawah, ayam tersebut menaikkan dada apabila gambar diambil.

Salah seekor ayam serama milik otai di forum http://www.pet-cockatiel.com/. Saya juga mempunyai sepasang ayam serama yang kini dibela oleh ayah di kampung. Walaupun ayam tersebut tidak secantik ayam serama Abe soh dan ayam dalam gambar tersebut tapi kepuasan memiliki ayam serama berbeza dengan binatang peliharaan lain.

Dengan populariti ayam Serama di US dan Eropah diharap ada pihak sudi mengetengahkan lagi ayam ini dah diharap spesis ini boleh dikomersialkan selain menjaga harta rakyat nusa bangsa kita. “Budaya kito comey sokmo”.

Harga ayam serama boleh mencecah RM80,000 seekor

AYAM serama lebih dikenali kerana kecantikan menyebabkan dibela hanya untuk tujuan menyertai pertandingan dan sekadar hobi.

Pengarah Urusan Serama Corporation Sdn Bhd, Ahmad Fauzi Mohamed, berkata penternakan ayam serama mempunyai potensi besar untuk diterokai kerana permintaan amat besar sedangkan pengeluaran ketika ini masih rendah.

Dari segi harga, katanya ayam serama yang menjuarai pertandingan boleh mencecah hingga RM80,000 seekor dan secara purata harga ayam ini adalah antara RM40,000 hingga RM50,000 seekor.

“Hanya orang kaya mampu memiliki ayam begitu. Ini tidak menghalang peminatnya sejauh Thailand, Indonesia dan Filipina datang untuk membelinya.

“Pengeluaran terhad menyebabkan orang biasa hanya mampu melihat. Tetapi keadaan ini mampu diubah jika pengeluaran kecil-kecilan sekarang digantikan dengan kaedah penternakan komersil,” katanya.

FAKTA: AYAM SERAMA

* Dipercayai berasal dari Kelantan.
* Dipercayai hasil kacukan pelbagai burung eksotik, termasuk burung hutan.
* Dikatakan nama serama berasal dari nama Seri Rama dan pada mulanya adalah haiwan peliharaan di istana.
* Jangka hayat antara tujuh hingga 15 tahun
* Berat ideal adalah 500 gram ke bawah dengan saiz adalah satu pertiga dari ayam biasa.
* Ciri istimewa adalah ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah
* Mempunyai kira-kira 2,000 warna
* Menjadi haiwan peliharaan kerana jinak, manja dan mengenali tuannya.
* Haiwan ini mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang.
* Masyarakat Melayu percaya haiwan ini mempunyai khasiat perubatan.



PENILAIAN AYAM SERAMA

* Jenis - Ciri utama ialah kepala melunjur ke belakang, bahagian belakang pendek, kepak menegak dan ekor panjang, penuh dan apabila berkembang, tidak menyentuh balung. Kedudukan tengah mata sama dengan kedudukan tengah kaki ketika berdiri.

* Perwatakan - Kelihatan gagah, berani dan yakin. Lagak suka menonjol seperti berkokok dan suka berdiri.

* Ekor - Saiz besar, menegak dan tinggi. Bulu pelepah ekor utama panjang, melentik di penghujung dan berkembang seperti bentuk V. Lawi (ayam jantan) menegak 90 darjah dan sedikit melentik ke belakang di penghujung.

* Kepak - Ketika berdiri, kepak ayam dalam posisi menegak tetapi sedikit menghala ke belakang. Hujung kepak bersentuhan sedikit dengan lantai.

* Badan - Tegap dan bulat. Dada ayam lebih luas dari bahagian belakang apabila dilihat dari atas. Dari tepi, badan berbentuk V. Belakang ayam pendek dan lebar di bahagian bahu.

* Kaki - Tidak begitu rapat dan selari. Panjang sederhana dan seimbang dengan saiz kepak. Paha berotot dan sederhana panjang. Taji di bahagian tengah betis, keras, kecil dan menghala ke belakang kaki.


"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"

4 comments:

ApihMarang said...

salam..
wow, cantik betul ayam2 serama tu..
amik kat mane erk?..

Salam..
Selamat sejahtera..
Saya Hafidz, just to join you..
Jom kita bekerjasama, nak tak?
Lawati Blog saya: http://online-car-auctions-1.blogspot.com/
kita same2 bekerjasama nak dapatkan hasil dari google adsense kan?betul tak?
so, kita bekerjasama la..saya review you punye website and click pada iklan tu..
awak pasti dapat duit...
so, you make the same to my blog la..orait?hehe..
but becareful..jgn klik lebih2.hehe..
ape2, kita share.ok!

Hafidz a.k.a apihmarang
http://affordable-health-insurance-program.blogspot.com/

Unknown said...

wslm..amik kt website...saje je nak berkongsi..

nati saya tgk macam mana adsense tu yer.. :)

SEPHIA said...

ganah2......bjiop dio wes....

Unknown said...

hehehe.. :)