Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Monday, April 26, 2010

Kerinduan pada Tanah Syam

Kerinduan pada Tanah Syam

Hatiku merindui pada tanah yang gersang itu, takkala membaca buku Travelog Tarbiyah, “Rindu Bau Pohon Tin” karangan Ustaz Hasrizal, fikiranku terus melayang-layang dalam lembayung majlis ilmu di Dataran Syam. Tanah yang luas dengan ilmu, barakah dengan ulama’ dan suburnya tanam-tanaman dan buah-buahan. Itulah Syria, tanah penuh keajaiban. Sungguh, jiwaku terus bergelora untuk menetap di sana. Bersama sheikh-sheikh quran, Syeikh Ismail Zabibi dan syeikh-syeikh yang lain.

Rindu pada majlis-majlis ilmu yang meriah bagaikan solat Jumaat di Malaysia, dikelilingi anak muda, orang-orang tua dan kanak-kanak yang sibuk menghafaz Al-Quran dan menadah kitab Sohih Bukhari dan sebagainya.

Cintanya pada Syeikh Dr. Said Ramadhan Al-Bouti dengan kuliah beliau yang sering mengundang keinsafan dan air mata. Rindu pada Syeikh Na'im Aroqsusi, seorang yg sangat tawadhu' dengan kuliah syarah Sohih Bukhari beliau. Rindu pd Syeikh Dr. Wahbah Zuhaily, dengan tuangan indahnya Al-Quran dalam Kuliah Tafsir Al-Wajiz dan kuliah syarah Sohih Muslim oleh Syeikh Dr. Mustofa Bugho. Rindu pada sahabat-sahabat di Syria, yang keluarnya pagi, pulangnya malam demi menuntut ilmu. Rindu pada falafil, hummus, ruzz mandi dan anak-anak kecil Syria yang sangat comel.

Rindunya pada tempat-tempat yang bersejarah di Syria yang menyedarkan kita tentang kehebatan Kerajaan Salahuddin Al-Ayubi dengan banyaknya taklukan dan Qala’ah Saladin, Penglima Khalid Al-Walid dengan pembukaan Kota Bosra yang juga Rasulullah S.A.W pernah dua kali tiba di Bosra, kincir air di Homs, Halab, makam Nabi Ayub, Nabi Zulkifly, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, dan banyak makam sahabat-sahabat nabi, isteri nabi dan juga tabi-tabi’en, antaranya makam isteri Rasulullah S.A.W yang keenam iaitu Hindun binti Huzaifah al-Mughirah atau dikenali dengan Umm Salamah yang terdapat di Maqamat Bab Saghir, Dimashq. Bersebelahan Makam Umm Salamah terdapat Makam isteri Rasulullah S.A.W yang ke-10 iaitu Ramlah binti Abi Suffian atau dikenali dengan Umm Habibah.

Sahabat Nabi, Bilal bin Rabah, Auf bin Auf Ath-Thaqofi, Mu'awiyah bin Abi Suffian, Abdullah Umm Makhtum, Fatimah binti Hussein bin Ali, Asma' (Isteri Ja'far bin Abi Talib), Ammar bin Yasir, Uweis Al-Qarni , Ubai bin Qis Al-Nukha'i dan ramai lagi sahabat nabi yang berhijrah di Tanah Syam dan barakahnya para ulama’ terdahulu, Imam Nawawi di Nawar.

Terngiang-ngiang sabda Baginda Nabi SAW" "Beradalah kalian di Syam. Sesungguhnya ia merupakan negeri pilihan Allah, dihuni oleh makhluk pilihanNya"(1) dan “Keberuntungan bagi penduduk Syam,” maka kami bertanya : “Karena apa, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab,”Karena para malaikat membentangkan sayap-sayapnya kepada mereka (penduduk Syam)” (2).
[1]. Hadits shahih li ghairihi. Lihat Shahihut-Targhib wat-Tarhib, no. 3089.
[2]. HR at Tirmidzi. Lihat Shahihut-Targhib wat-Tarhib, no 3095; ash-Shahihah, no. 503.

Robbi, sampaikan salamku pada Bumi itu, bumi yg Kau berkahi dengan RahmatMu dan KasihMU. Bumi tempat tumpahnya darah para Anbiya' dan para Syuhada'. Bumi yang Kau limpahi dengan cahaya ilmuMu. Semoga terus damai dan terus berkah, Syamku...

p/s: kredit to sahabatku Syahrul

Allahumma Barik fi Yamamina wa Syamina..


"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, gunakanlah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||

Thursday, April 15, 2010

Comelnya Bayi Itu

Comelnya Bayi Itu


Wajahmu berseri dalam tangisan,
Dirimu kecil dalam pelukan,
Tangismu syahdu dalam keceriaan,
Memecah sepi berkat kelahiran.

Comelnya dikau dijadikan Tuhan,
Bersih wajahmu penuh keajaiban,
Senyumanmu mengukir keikhlasan,
Walau dikau tidak mengerti tentang kehidupan

Dirimu suci dari dosa,
Sesuci kain putih yang belum terlukis apa-apa,
Riang riamu mengembirakan manusia,
Buat penyeri sebuah keluarga.

Namun kenapa masih ada insan yang jahat perangainya,
Membuatkan diriku seperti tiada nilai dan harga,
Aku di buang di longkang yang hina,
Dicampak bagai sampah dilonggok bersama,
Dimakan ulat di makan kerengga,
Hingga cantikku hilang di mata,
Hingga ajalku datang menjelma.

Sedangkan haiwan juga sayang pada anaknya,
Bermati-matian menjaga dari musuhnya,
Supaya si anak hidup sampai bila-bila.

Inikan manusia,
Yang diberi akal dan jiwa,
Supaya berfikir tentang akhirat dunia,
Dosa dan pahala,
Supaya menjadi khalifah yang berjaya.

Kenapa aku diperlakukan sebegini?
Jahatkah aku?
Menyusahkah aku?
Berdosakah aku?
Tanpa ada belas kasihan,
Tanpa ada sifat keibuan,
Mungkin mereka sudah lupa pada Tuhan.

Ya Allah,
lindungilah diriku dari kejahatan manusia,
Yang lebih jahat dari binatang,
Lebih dasyat dari syaitan,
Yang tidak mengerti tentang kemanusiaan.

Ya Allah,
Jika aku mampu berkata,
Maka akan ku ucap perkataan binasa,
Sebagai doa kepada mereka,
Biar mereka takut hidup di dunia.

Aku juga mahu jadi manusia biasa,
Yang hidup penuh gembira,
Yang membesar hingga dewasa,
Sampai menjadi manusia sempurna.


"Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, karena kebodohan lagi tidak mengetahui (Bahwa Allahlah yang memberi rezki kepada hamba-hambanya.) dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezki-kan pada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk."
(Al-An'aam : 140)

Sajak ini ditujukan kepada mereka yang punya perasaan pada bayi yang comel. Marilah kita sama2 mencegah pembuangan bayi di dunia ini. Sajak ini sebagai meluahkan perasaan yang sedih melihat kepada bayi2 yang setiap hari dibuang tanpa ada perasaan kemanusian. Semoga ia menberi kesedaran 
pada kita tentang cinta pada manusia.

Ikhlas yang mencintai bayi-bayi Malaysia,
Mohd Ridhuan Che Husin,

12.15 ptg,
Rabu,
14 April 2010.
UIAM, Gombak


"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, beramallah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||

Sunday, April 11, 2010

Seorang Ibu Tua

Seorang Ibu Tua

Mentari fajar muncul kembali,
Seorang ibu tua yang sudah kecut mukanya,
Sedang menanti anaknya pulang,
Ketika anaknya dikejauhan,
Mencari sebuah kejayaan.

Ibu itu terus menunggu,
Hingga sampai waktu petang,
Hingga menanti munculnya bulan.

Namun, ibu itu tidak pernah lupa tentang anaknya,
Biarpun bergenang titisan cair dipipinya,
Tidak kisah pagi, petang ataupun malam,
Baginya, kasih sayang tidak pernah luput dalam ingatan,

Tapi, bagaimana seorang anak,
Adakah masih ingat ibunya?
Masih rindu seorang perempuan tua?
Masih ingat jasanya?
Masih perlu belai dan manjanya?
Tidak diduga ini balasannya.

Tiada apa yang ibumu harapkan melainkan sebuah kebahgiaan,
Seraut wajahmu cukup ibu itu melepaskan rindu,
Rindu ibu pada kelahirannya.

Itulah cinta suci seorang perempuan bernama ibu,
Biarpun sejauh mana anaknya pergi,
Hanya doa yang mampu si ibu beri,
Tidak pernah berputus asa,
Dalam mengharap secubit rindu buat melepas selaut cinta,
Buat seorang ibu tua.

"Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa2 kedua ibu bapaku. 
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi"


Mohd Zahid Bin Mastal,

Sajak ini ditulis oleh:
Mohd Ridhuan Che Husin

9.45 mlm,
Jumaat,
9 April 2010
UIAM, Gombak

"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, gunakanlah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||

Thursday, April 08, 2010

Namamu SAHABAT

Namamu SAHABAT

Indah bahasa pada nahunya,
Indah rupa pada wajahnya,
Indah akhlak pada perwatakannya,
Indah sahabat pada sifat-sifatnya.

Sahabat,
Takkala kesedihan, kau pengubat kegembiraan,
Dikala peperiksaan, kau datang melupakan kegelisahan,
Ketika keriangan, kau menutup segala kelemahan.

Sahabat,
Aku tahu kau dalam kesusahan,
Namun, kau tetap tersenyum,
Bagaikan tiada masalah yang perlu difikirkan,
Sedangkan kau menanggung banyak penderitaan.

Sahabat,
Kau bagai cerminan dalam kegelapan,
Menyuluh jalan kearah kebaikan,
Memberi kesedaran ketika dalam kealpaan.

Sahabat,
Tiada apa yang mampu kuberikan,
Melainkan sebuah kejujuran dan ketulusan,
Melainkan seraut wajah kegembiraan,
Buatmu bernama sahabat.

Semoga kasih kita hingga ke syurga,
Keranamu bernama sahabat,
Sahabat, teman sejati dan sejiwa,
Hingga kita bersama-sama hidup di Syurga.


Al-Fakir Ila Allah,
Sajak ini khas untuk semua rakan-rakanku yang bernama SAHABAT.

Mohd Ridhuan Che Husin,
www.helangsenja.blogspot.com

12 pagi,
Khamis,
7 April 2010


"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, beramallah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||

Wednesday, April 07, 2010

Pagi Itu...

Pagi itu gelap gelita,
Sunyi sepi tanpa suara,
Sayup-sayup kedengaran cengkerek bersahutan
Memuji Sang Pencipta dalam kegelapan.

Terdengar satu tangisan,
Rintihan seorang hamba dalam keinsafan,
Bertasbis, bertahmid dan bertafakur dalam kesedaran,
Ketika insan lain sedang khusyuk tidur menanti siang.

Pagi itu menuntut kesabaran,
Dalam wuduk yang kesejukan,
Dalam kepenatan di waktu siang,
Namun cekal dalam kehambaan,
Sebagai tanda syukur kepada Tuhan.

Ya Allah,
Kami hamba yang hina,
Mencari sebuah kekuatan,
Sebagai bekalan dalam pelayaran,
Sebagai penawar dikala keresahan,
Mengharap selaut keampunan.

Pagi itu terus berlalu,
Menanti cinta dari Tuhan,
Dalam kejauhan, hamba it terus berharap dan berharap,
Sehingga menanti Azan subuh berkumandang..



Sentuhan ikhlas dari,
Mohd Ridhuan Che Husin,
a.k.a “helangsenja”
www.helangsenja.blogspot.com

2 pagi,
Rabu,
7 April 2010

"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, gunakanlah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||

Tuesday, April 06, 2010

Welcoming back!

Sudah lama tidak tercoret sesuatu dihalaman sendiri. Sesekali, selepas musim final exam, ia masa yang sangat sesuai untuk menghabiskan masa untuk melepaskan rasa gelisah selepas mengekang mata ketika tempoh peperiksaan.

Kelihatan beberapa pelajar yang sudah habis peperiksaan mula menghiburkan diri sendiri (barangkali) dengan makan “besar” di McD, ada yang melepak ke kedai “Sup Awe” setiap malam, ada yang terus menerus 24 jam tanpa henti dengan wireless UIA, tak ketinggalan kelihatan beberapa pasangan yang keluar berdating dengan teman istimewa. Mengambil peluang sehari dua sebelum balik untuk untuk bershopping bersama “girlfriend” atau “boyfriend”.

Tanpa segan silu, berbangga ada “awek” dan dapat keluar belanja “awek”.

“Tak da awek?? Apa kes lu tak da awek, tak rock laa…”. Adegan biasa anak muda mudi zaman sekarang.

Itulah realiti kehidupan kampus di tempat saya.

Saya terfikir, apakah perasaan ibubapa mereka apabila mereka mengetahui anaknya balik lambat disebabkan “girlfriend” atau “boyfriend”. Mungkin mereka pun agak gelisah. Mungkin ada yang berbohong mengatakan balik lambat sebab kemas bilik, tolong angkut barang kawan, tetapi sebenarnya pergi merayau-rayau bersama teman “istimewa”. Pasti mereka “pening kepala” dengan anak sebegini. Kesian jika ada anak-anak yang belajar dikampus buat perangai kepada ibubapa. Anaknya bergaya dikampus, tapi, ibubapanya hanyalah pesawah biasa atau tidak semewah anaknya.

Ibubapa bukan main bangga anak masuk ke Universiti, tapi, lain yang diharap, lain yang dibuat. Itulah anak-anak Malaysia zaman sekarang.

Zaman sekolah “agama” bukan main bertudung labuh, tapi, bila makin tinggi pelajarannya, makin rendah pula agamanya. Lain zaman la katakan.

Itulah yang saya lihat disekitar saya. Kawan disekolah dulu bukan main warak wabarakok, tapi bila dah masuk U, warak ntah ke mana, rokok pula yang ada.


Semoga apa yang saya kongsikan ini dapatlah diambil manfaatnya. Semoga ia muhasabah untuk saya dan untuk pembaca entry ini.

Salam Mahasiswa.

"Kehidupan ini hanyalah SEMENTARA, layarilah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||