Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Wednesday, September 29, 2010

Ruqayyah Hanum: Impak besar pada pembentukan negara

Rugayyah Hanum, namanya tidak seharum titisan yang ditinggalkannya. Beliau dikatakan gundik yang dihadiahkan oleh Kesultanan Uthmaniyyah kepada Maharaja Abu Bakar pada tahun 1890an. Maharaja Abu bakar merupakan sultan yang pintar dan rapat dengan kuasa asing termasuk British. Rugayyah hanum berketurunan Circassian yang mendiami Chechenya dan Dagestan sekarang. Satu bangsa yang beragama Islam yang kental dengan jihad, amal tasawuf dan cantik perwatakkannya.

Sampai di Johor, Maharaja Abu Bakar mengahwinkan Rugayyah hanum dengan Ungku Abdul Majid. Hasil hubungan ini, mereka mendapat 3 cahaya mata. Antara yang tersohor ialah Prof Diraja Ungku Aziz. Apabila Ungku Aziz berkahwin dengan sepupunya, Azah Aziz, mereka dikurniakan Dr Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara.

Selepas kematian Ungku Abdul Majid, Ruqayyah Hanum berkahwin dengan Dato Jaafar(mantan Menteri Besar Johor), ayah kepada Dato Onn Jaafar. Dato Onn Jaafar adalah Pengasas kepada parti UMNO. Daripada titisan ini munculnya Tun Hussein Onn (perdana menteri ketiga) dan Dato Seri Hishamudin Hussien, Menteri Dalam Negeri sekarang.

Kemudian, Rugayyah Hanum berkahwin Syed Abdullah al Attas, seorang ahli perniagaan Arab. Hasilnya, lahirlah insan seperti Syed Hussein al Alatas dan Syed Muhammad Naquib al Attas. Syed Hussein al Alatas merupakan ahli sosiologi terkenal, mantan Naib Canselor Universiti Malaya dan antara pengasas parti GERAKAN. Manakala adiknya, menumpu kajian terhadap pemikiran dan kebudayaan Islam di rantau nusantara. Syed Muhammad Naquib juga mempunyai titisan yang berkaliber dalam dunia akademik ialah Syed Tawfiq, mantan Pengarah IKIM.

Titisan politik dan intelektual daripada Ruqayyah Hanum telah memberi impak besar kepada pembangunan, pemikiran, kebudayaan dan politik negara kita.

Dipetik dari http://hannanfarhana.blogspot.com/

"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, beramallah SEBAIKNYA"
||helangsenja@yahoo.com||