Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Thursday, November 26, 2009

Merealitikan sebuah fantasi



Selepas thunami besar melanda Aceh, Indonesia, kini lain pula thunaminya. Bukan thunami musibah, tetapi hadiah. Thunami filem Islami yang kini giat diperkatakan. Filem diadaptasi dari novel yang telah menjadi mega best seller di merata-rata negara termasuklah Malaysia. Karya Habiburrahman El-Sherazy mula diperkatakan lewat kebelakangan ini. Setelah kejayaan besar filem “Ayat-ayat Cinta” yang diadaptasi dari novel best seller beliau, sekarang muncul pula “Ketika Cinta Bertasbih” yang menjadi igauan.

Selepas 2 jam lebih kami se”roommate” menonton bersama filem “Ketika Cinta Bertasbih 1”. Tetiba kawan saya menyapa.

“Kang Azzam tak nak tidur lagi ke?” Tanya kawan saya secara sepontan.

“Erk..ko panggil aku Azzam” kata saya dalam hati.

Ana nak gi jumpa Ust Mujab kejap kt bilik sebelah, nak lamar Anna Althafunisa” jawab saya selamba dengan tersenyum bersama-sama.

Kami pun gelak bersama. Tanda gurauan yang tak pernah sunyi dari bilik kami. Sungguh luar biasa pengaruhnya. Begitulah sketsa kami sebilik selepas menonton filem “Ketika Cinta Bertasbih”.

Itulah penangan besar karya filem cinta Islami. Terpengaruh dengan watak yang dibawa dalam filem tersebut menjadikan igauan setiap orang untuk menjadi seperti watak tersebut. Sesiapa pernah membaca novel “Ayat-ayat Cinta” dan “Ketika Cinta bertasbih”, pasti teruja dengan gaya bahasa yang dibawa. Mungkin ada beberapa kritikan untuk novel tersebut, tetapi lebih banyak kebaikan yang boleh diperbincangkan.

Sekarang semakin banyak cerita cinta Islami yang telah menambat hati penonton-penonton yang menontonnya. Di Malaysia, wujudnya “Nur Kasih”, “Syurga Cinta”, “Cinta Sempurna” yang mungkin ada yang ingin menjadi sebahagian watak utama pelakon tersebut. Saya pernah terdengar, ramai mak cik-makcik yang terpengaruh dengan drama “Nur Kasih” menyebabkan ramai yang ingin menjadikan seperti Aidil, Adam dan Nur Amina sebagai menantunya. Sungguh hebat kalau itu kesannya.

Tetapi hakikatnya, semua itu hanyalah fantasi belaka. Ia hanyalah lakonan sementara sahaja. Kalau yang kenal bagaimana perangai pelakonnya diluar drama tadi, mungkin ada yang terbeliak melihat aksi seksinya. Tetapi dalam drama lain pula aksi. Siapa orang itu, carilah sendiri.

Filem “Ketika Cinta Bertasbih” bagi saya banyak nilai Islami yang boleh dijadikan panduan seperti perinsip, pengorbanan, kecekalan, amanah dan sebagainya. Tetapi realitinya dalam masyarakat sekarang sangat sukar untuk mencari lelaki dan wanita yang sebegitu rupa. Kalau ada pun sangat sedikit.

Ada yang ingin berfantasi menjadi seperti Azzam, Fahri, Aisyah dan Anna, tapi mungkin kita berlakon hanyalah seketika. Tetapi, kalau kita selalu sudah biasa dengan lakonan kita dengan istiqamahnya mungkin ia boleh menjadi habit dalam hidup kita. Jadi, untuk berfantasi dengan watak-watak yang baik tidak salah. Malah mungkin itulah yang sebenarnya yang ingin diterapkan oleh penulis novelnya. Untuk berdakwah merubah kearah cinta yang bukan Islami, kepada cinta yang lebih mengenal PenciptaNya.

Oleh itu, berfantasilah untuk menjadi realiti. Kalau kanak-kanak berfantasi menjadi Batman, Superman, Keluang Man, maka, tindakan berpakaian, percakapan dan pergaulan mereka akan bertindak seperti super hero khayalan mereka. Begitulah sebolehnya kita. Fantasinya baik, maka baiklah impresi kita. Kalau buruk fantasi difikiran kita, maka buruklah perbuatan kita. Imaginasinya difikiran kita. Realitinya pada tindakkan kita. Kalau kita impikan wanita yang solehah, maka tindakan kita sesoleh semampu kita dan begitulah sebaliknya. Buat semampu yang kita ada, bukan hanya berkhayal semata-mata. Saya berharap, selepas ini bakal wujud filem-filem Islami yang boleh menjadikan alternatif kepada filem-filem yang rempit sana, buka sini, terbuka sana dan sewaktu dengannya.

Allahumma innii as aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala laddzii yuballighunii hubbaka. Allahummaj’al hubbaka ahabba ilayya min nafsii wa ahlii.

“Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu
dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu,
serta memohon curahan amal yang dapat mengantarkan
diriku mencintai-Mu. Ya Allah, jadikanlah kecintaan
kepada-Mu lebih tertanam dalam jiwaku
melebihi kecintaanku kepada
diri sendiri dan
keluargaku.”

Melly Goeslow Feat. Amee
(Ketika Cinta Bertasbih)

Lagu : Aden
Lirik : Melly Goeslaw
Penyanyi : Melly Feat Amee
Produksi : Aquarius Musikindo

bertuturlah cinta mengucap satu Nama
seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku

cinta yang bertasbih mengutus hati ini
kusandarkan hidup matiku pada Mu

bisikan doaku dalam butiran tasbih
kupanjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta
sudah diubun-ubun cinta mengusik resah
tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
sujud syukurku pada-Mu atas segala cinta

p/s: maaf le yer kalau macam sedikit jiwang =)
















4 comments:

nz said...

dah bace ke novelnye? dah tgk ke filem nye?

sy x minat bace novel dah.. hahha. klu filem ok la.

Unknown said...

dah baca dan dah tgk filemnya.

baca la novelnya dulu baru tgk filemnya.

baru la best.

fiqhullughah said...

hmm..filem2 ni memg bgus utk santapan remaja hari ini..cme perlu hati2..hadith dan ayat2 quran yg digunakan kdg2 xtepat..

noraz said...

kita rasa anna, khairul azzam n furqan yg terbaik dlm cerita tu.. kita lbih nampak yg besar dari yg kecik.. sya sendiri pada mulanya nampak watak2 tu je tapi lpas dikaji.. cerita tu menunjukkan mcm mane mak n ayah mendidik anak mjadi hamba yg taat malah merungkai permasalahan sosial yg berlaku skarang cthnya x ada rasa segan silu utk memberi sesautu yg bkan hak kita..

mungkin remeh tapi memberi impak yg meluas... =)