Pages

.:: Menyusuri Sebuah Kehidupan~ ::.

↑ Dapatkan informasi helangsenja dengan menekan RSS ini

Save Palestin
Photobucket
..:: Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya-Saidina Ali- ::..

Followers

Thursday, July 31, 2008

Welcome to my new blog

Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Pencinta seluruh alam..Allah Rabbul Alamin..yang telah memberikan nikmat yang tidak terhingga banyaknya kepada hamba-Nya dalam segala limpahan dan kurnia yang amat luas.

Pertamanya, selamat datang ke blog baru ana, http://www.helangsenja.blogspot.com/. Yang sebelum ini beralamat di http://www.helangsenja.blogdrive.com/. ana kira ana lebih mudah untuk menggunakan blogspot berbanding blogdrive. mungkin kerana ianya lebih 'friendly' untuk ana dengan blogspot ini.

Sudah lama ana tidak menulis dalam blog sendiri. zaman sekarang sudah berubah. kalau dulu, bile cakap pasal blog, mesti blur..tapi sekarang ini, sudah ramai yang mula membina blog sendiri, mudah untuk meluahkan apa yang hendak diperkatakan. tak perlukan cost yang tinggi, mudah dan cepat.

ok la..untuk sahabat-sahabat yang baru berkunjung ke blog baru ana ini, ana ucapkan selamat datang dan semoga kita dapat berkongsi-kongsi pendapat dan idea yang boleh kita sama-sama manfaatkan.

dan diharapkan kita dapat sama-sama menasihat dan menasihati dalam perkara kebaikan dan keburukan dan kita sama-sama manfaatkan hadis nabi ini..

Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.

semoga kita sentiasa di rahmati dan diredhai Allah SWT.

akhir kalam, apa yang baik itu dari Allah, dan yang kurang itu dari kelemahan diri ini. Wallahu Allam..

Selamat beralam maya dari ana...

Salam Mujahid Muda,
Mohd Ridhuan Che Husin :)

1 comment:

Anonymous said...

salam ramadhan almubarak yang penuh barakah...